FADHA'IL AHLULBAIT RASULULLAH SAW
K.H Abdullah bin Nuh.
Kata Sambutan
-Kata Sambutan
Pengenalan
-Pendahuluan
Syair -Sya'ir "Bahtera Keselamatan"
-Sya'ir "Keagungan Ahlulbait Rasulullah s.a.w"
Bahagian Pertama
-Siapakah yang disebut "AHLULBAIT"?
-Berbagai penafsiran para ulama mengenai ayat 33 S. al-Ahzab
Bahagian Kedua
-Hadith Tsaqalain dan kedudukan Ahlulbait
-Tanggapan para ulama tentang Hadith Tsaqalain
-Pandangan Syeikhul-Islam Ibnu Taimiyyah tentang Ahlulbait Rasulullah s.a.w
-Empat macam penafsiran tentang makna 'aal Muhammad Rasulullah s.a.w
Bahagian Ketiga
-Ahlulbait Rasulullah s.a.w. keselamatan bagi ummatnya
Bahagian Keempat
-Fadha'il (keutamaan) Ahlulbait
-Hadith-hadith Nabi s.a.w yang mengenai fadha'il (keutamaan) ahlulbait Rasulullah s.a.w
-Beberapa Hadith tentang keutamaan Iman Ali r.a
-Hadith-hadith tentang fadha'il Siti Fatimah Az-Zahra r.a
-Imam al-Hasan dan Imam al-Husein radhiyallahu'anhum
Bahagian Kelima -Pembahasan tentang "ayat Mawaddah"
Bahagian Keenam
-Nas-nas Hadith "al-Kisa"
Bahagian Ketujuh
-Kisah tentang tafsir ayat 32 Fathir
Penutup
-Penutup
KATA SAMBUTAN
Oleh:
H.M.H Alhamid Alhusaini
Bismillahhir-Rahmanir-Rahim,
Alhamdulillah, puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Allah s.w.t.
yang telah mengutus Rasul-Nya membawa hidayat dan agama yang benar; dan
telah memberi petunjuk kepada hamba-Nya untuk mengikuti wasiat Rasul
yang tidak diucapkan menurut hawa nafsunya, melainkan menurut wahyu yang
diturunkan kepadanya oleh Dzat Yang Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana. Semoga Allah senantiasa melimpahkan shalawat dan salam
sejahtera kepada junjungan kita, penghulu semua Nabi dan Rasul, Nabi
Besar Muhammad s.a.w. beserta semua ahlulbait dan para sahabatnya.
Sesepuluh Majlis Ta'lim "Al-Ihya" Bogor, Kyai Haji Abdullah bin Nuh
menyerahkan kepada saya sebuah naskah tentang keutamaan ahlulbait
Rasulullah s.a.w. disertai permintaan agar saya turut menyumbangkan
fikiran, menambah atau mengurangi beberapa persoalan yang dianggap
perlu. Jika permintaan itu tidak dapat saya penuhi, beliau minta
sekurang-kurangnya supaya saya bersedia menulis sepatah dua kata
sambutan.
Saya fikir
permintaan beliau itu tidak dapat ditujukan kepada saya, kerana betapa
pun adanya kekurangan dan kelemahan yang ada pada peribadi saya, saya
sendiri termasuk dalam keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. Sukar
sekali bagi saya untuk memenuhi permintaan beliau itu, tetapi lebih
sukar lagi menolak permintaannya, mengingatkan demikian akrabnya
hubungan persaudaraan antara kami berdua. Dengan perasaan seresah itu
saya membuka-buka naskah yang ada di tangan saya dan saya baca halaman
demi halaman. Tiba-tiba pada bahagian terakhir bab "Pembahasan Tentang
Ayat Mawaddah" saya menemukan ungkapan Imam 'Ali bin Abi Talib r.a
mengenai sifat-sifat para pengikut ahlulbait Rasulullah s.a.w. Beliau
mengakhiri ungkapannya dengan mengatakan "…tidak berbuat kebajikan
kerana riya dan tidak meninggalkan kebajikan kerana malu". Kalimat
sesingkat itu sungguh menggugah fikiran dan perasaan saya untuk segera
berlindung kepada Allah s.w.t. dari segala macam riya dalan berbuat
kebajikan sebagaimana yang diminta oleh Buya K.H Abdullah bin Nuh.
Dengan tetap berlindung kepada inayah Ilahi saya berusaha memenuhi
permintaan beliau. Saya menyedari betapa besar jerih payah yang telah
beliau curahkan untuk menulis sebuah naskah tentang keutamaan ahulbait
disertai dengan dalil-dalil dan hujah yang berupa nas-nas Kitabullah
al-Quran, Sunnah Rasul dan pandangan serta pendapat para Imam Mujtahidin
dan para ulama.
Dengan
penuh perhatian naskah tersebut saya telaah dan saya pelajari serta
saya cocokkan dengan berbagai kitab tentang ahlulbait yang ada pada
saya. Saya berpendapat, semua yang dikemukakan oleh Buya K.H Abdullah
bin Nuh merupakan sumbangan yang berharga bagi kaum Muslimin Indonesia
dalam Islam dan kewajipan-kewajipannya. Dari penelahaan seluruh naskah
saya berkesimpulan, tidak ada sesuatu yang perlu ditambahkan atau
dikurangi, kerana segala sesuatunya telah disusun demikian baik.
Memang benar apa yang dikatakan oleh K.H Abdullah bin Nuh, bahawa masih
banyak di antara kaum Muslimin yang belum memahani sepenuhnya kedudukan
aal Muhammad s.a.w. di dalam kehidupan agama Islam. Jelas, hal itu
merupakan kekurangan yang perlu dipenuhi, agar mereka memiliki
pengertian yang tepat sebagaimana dikehendaki oleh Kitabullah dan Sunnah
Rasul-Nya.
Buku ini mengemukakan banyak Hadith Rasulullah s.a.w.
yang berkenaan dengan ahlulbait beliau. Di antara Hadith-Hadith yang
banyak itu ada yang secara langsung mudah difahami maknanya, ada yang
memerlukan pemikiran dan penggaliannya lebih dulu dan ada pula yang
sukar dicerna akal, tetapi mudah diresapi dengan hati yang beriman.
Memang demikian itulah cirri khusus ajaran agama. Kerana itu pemahaman
beberapa Hadith yang tercantum di dalam buku ini tidak hanya menuntut
kemampuan berfikir, tetapi juga menuntut kearifan dan kesedaran batin
yang berlandaskan iman sepenuhnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dengan
landasan iman semua ajaran sgama tidak sukar difahami, dan dengan iman
pula akal tidak hanya berhenti pada alam kenyataan yang dapat dilihat
dan diraba saja, tetapi akan terus-menerus mencari pengetahuan tentang
soal-soal yang belum deketahui rahsia dan hikmahnya.
Mungkin ada
orang yang berkata: Bukankah menganjur-ngajurkan kecintaan kepada
ahlubait Rasulullah s.a.w. sejalan dengan ajaran mazhab Syi'ah?
Pertanyaan seperti itu sebenarnya timbul dari kekurangan pengertian
mengenai ajaran Islam selengkapnya. Yang menganjurkan, yang menyerukan,
bahkan yang mewajibkan kecintaan kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w.
adalah beliau s.a.w. sendiri. Yang menetapkan kesucian ahlubait
Rasulullah s.a.w. bukan mazhab dan bukan aliran, melainkan Allah s.w.t.
melalui firmannya dalam al-Qur'anul-Karim. Yang meriwayatkan
Hadith-Hadith Nabi tentang wasiat mengenai ahlulbaitnya bukan lain
adalah para sahabat Rasulullah s.a.w. Dan yang menyampaikan kepada ummat
Islam sedunia adalah para Imam ahli Hadith dan para ulama puncak dari
semua mazhab. Bahkan Imam Syafi'i r.a sendiri menetapkan keharusan
mengucapkan shalawat bagi sayyidina Muhammad dan aal sayyidina Muhammad
dalam doa tasyahhud akhir pada tiap sholat fardhu lima kali sehari
semalam. Jadi, kalau mazhab Syi'ah mengajarkan kepada para pengikutnya
supaya mencintai ahlulbait Rasulullah s.a.w. itu adalah kewajipan
mereka, sebagaimana yang telah menjadi kewajipan seluruh kaum Muslimin
tanpa memandang perbezaan mazhab yang dianutnya.
Menurut hemat saya,
buku tentang ahlulbait Rasulullah s.a.w. yang ditulis oleh K.H
Abdullah bin Nuh ini cukup memberikan pokok-pokok pengertian tentang
kewajipan kaum Muslimin mencintai Rasulullah s.a.w. dan ahlulbait
beliau. Di sana-sini tampak adanya beberapa Hadith semakna yang
terulang, tetapi mengingat kelainan sumber riwayat dan perawinya serta
mengingat pula perbezaan konteks persoalan yang disajikannya, hal itu
bukan merupakan kejanggalan, malah meringankan pembacanya. Sabda
Rasulullah s.a.w. tersebut diulang di banyak tempat.
AkhirulKalam
saya bersama seluruh warga 'Alawiyyin mengucapkan terima kasih yang
tidak terhingga besarnya kepada Buya K.H Abdullah bin Nuh atas
kebajikan yang dengan tulus ikhlas diberikan kepada semua keturunan
ahlulbait Rasulullah s.a.w. Semoga Allah s.w.t. dan Rasul-Nya berkenan
meredhai usaha mulia yang disumbangkan olrh beliau kepada umat Islam
Indonesia. Amin.
Sebagai penutup dari kata sambutan ini, saya
menyatakan amat prihatin mendengar berita-berita tentang peristiwa yang
pernah terjadi di Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur. Iaitu adanya
sementara kaum muda dari golongan Alawiyyan yang tidak terpelajar dan
tidak memperoleh pendidikan agama secara baik, menyalahgunakan
salasilahnya sebagai keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. untuk
memperoleh keuntungan tertentu. Mereka mendatangi para pencipta
ahlulbait dan sambil "mempromosikan" asal-usul keturunannya lalu mereka
minta ini dan itu, bahkan adakalanya tidak segan-segan menggunakan
cara-cara yang bersifat menekan. Perbuatan seperti itu tentu saja tidak
sesuai dengan kedudukan mereka sebagai keturunan ahlulbait Rasulullah
s.a.w. Namun syukurlah, di antara para pencinta ahlulbait banyak yang
tidak menghiraukan mereka dan menolak dengan cara yang tidak menusuk
perasaan. Kejadian tersebut di atas sungguh merupakan "musibah" yang
mencemarkan martabat kaum Alawiyyan, merosak kehormatan dan kemuliaan
Rasulullah s.a.w. serta mendiskreditkan nama baik agama Islam. Sebagai
manusia biasa, bukan manusia maksum, mereka memang tidak terhindar dari
kemungkinan berbuat kesalahan atau kekeliruan. Kerana itu mereka wajib
diingatkan agar tidak berbuat hal-hal yang tidak sesuai dengan
kehormatan ahlulbait Rasulullah s.a.w. yang harus mereka pelihara
sebaik-baiknya. Kendati perbuatan mereka itu tidak separah yang
dilakukan oleh sementara oknum yang mengaku beragama Islam, tetapi
bagaimanapun juga perbuatan mereka yang tidak patut itu dapat
dihebohkan atau dibesar-besarkan oleh pihak-pihak yang tidak menyukai
ahlulbait Rasulullah s.a.w. dan tidak menyukai agama Islam. Bahkan
perbuatan itu dapat ditiru oleh orang lain yang dengan mengaku-ngaku
keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. bermaksud hendak mencari
keuntungan. Adalah menjadi kewajipan segenap kaum Muslimin untuk
menginsyafkan mereka yang telah berbuat salah dan mengembalikan mereka
ke jalan yang diredhai Allah dan Rasul-Nya.
Sehubungan dengan
Fadhail Ahlulbait saya merasa perlu mengemukakan fatwa dari seorang
ulama besar dan Mufti rasmi kerajaan Saudi Arabia dari kalangan mazhab
al-Wahhabiyah, iaitu Allamah Almufti Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin
Baz, yang dimuat dalam majalah "ALMADINAH", halaman 9, nombor 5692,
tanggal 7 Muharram 1402 H/24 Oktober 1982 Masihi sebagai berikut:
Seorang saudara dari Iraq mengajukan pertanyaan, bahawa sementara orang
di negeri itu terkenal sebagai golongan "Sayyid" atau sebagai anak cucu
keturunan Rasulullah s.a.w. Akan tetapi menurut keyakinan saya,
demikian kata Saudara tersebut, mereka memperlakukan orang lain dengan
perlakuan yang tidak semestinya mereka lakukan. Saya sendiri tidak
tahu, apakah keyakinan saya itu benar ataukah salah. Yang saya anggap
penting iaitu bahawa mereka itu memungut wang dari orang lain sebagai
imbasan atas tulisan dan doa-doa yang mereka berikan untuk orang
sakit…dan lain sebagainya. Mereka juga menerima shadaqah baik berupa
ternakan sembelihan mahupun wang dan lain-lain. Dengan perbuatan
seperti itu mereka membangkitkan keraguan orang banyak…dan seterusnya.
Jawapan atas pertanyaan tersebut ialah:
"Orang-orang seperti mereka itu terdapat di berbagai tempat dan negeri.
Mereka terkenal juga dengan gelaran "syarif". Sebagaimana yang
dikatakan oleh orang-orang yang mengetahui, mereka itu berasal dari
keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. Di antara mereka itu ada yang
salasilahnya berasal dari al-Hassan r.a dan ada pula yang berasal dari
al-Husein r.a; ada yang dikenali dengan gelaran "sayyid" dan ada juga
yang dikenali dengan gelaran "syarif". Itu merupakan kenyataan yang
diketahui umum di Yaman dan di negeri-negeri lain.
"Mereka itu
sesungguhnya wajib bertaqwa kepada Allah dan harus menjaga diri dari
hal-hal yang diharamkan Allah bagi mereka. Semestinya mereka itu harus
menjadi orang-orang yang paling menjauhi segala macam keburukan.
Kemuliaan silsilah mereka wajib dihormati dan tidak boleh
disalahgunakan oleh orang-orang yang bersangkutan. Jika mereka diberi
sesuatu dari Baitul-Mal itu memang telah menjadi hak yang dikurniakan
Allah s.w.t. kepada mereka. Pemberian halal lainnya yang bukan zakat,
tidak ada salahnya kalau mereka itu mahu menerimanya. Akan tetapi kalau
silsilah yang mulia itu disalahgunakan, lalu ia beranggapan bahawa
orang yang mempunyai silsilah itu dapat mewajibkan orang lain supaya
memberi ini dan itu, sungguh itu merupakan perbuatan yang tidak patut.
Keturunan Rasulullah s.a.w. adalah keturunan yang termulia dan Bani
Hasyim adalah yang paling afdhal di kalangan orang-orang Arab.
Kerananya tidak patut kalau mereka melakukan sesuatu yang mencemarkan
kemuliaan martabat mereka sendiri, baik berupa perbuatan, ucapan
ataupun perilaku yang rendah.
"Adapun soal menghormati mereka,
mengakui keutamaan mereka dan memberikan kepada mereka apa yang telah
menjadi hak mereka, atau memberi maaf atas kesalahan mereka terhadap
orang lain dan tidak mempersoalkan kekeliruan mereka yang tidak
menyentuh soal agama, semuanya itu adalah kebajikan. Dalam sebuah
Hadith Rasulullah s.a.w. berulang-ulang mewanti-wanti: "Kalian ku
ingatkan kepada Allah akan ahlulbaitku…kalian ku ingatkan kepada Allah
akan ahlulbaitku". Jadi, berbuat baik terhadap mereka, memaafkan
kekeliruan mereka yang bersifat peribadi, menghargai mereka sesuai
dengan darjatnya, dan membantu mereka pada saat-saat membutuhkan;
semuanya itu merupakan perbuatan baik dan kebajikan kepada mereka…
Demikianlah fatwa al-mukarram Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
mengenai kedudukan para keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. di tengah
masyarakat. Saya fikir kedudukan seperti itu perlu difahami oleh kaum
Muslimin, terutama oleh para keturunan ahlulbait sendiri sebagai pihak
yang paling berkewajipan menjaga kemuliaan martabat Rasulullah s.a.w.
dan para ahlulbaitnya. Suatu kekeliruan atau kelengahan yang dilakukan
oleh seseorang tidak akan setajam disorot oleh masyarakat seperti
kekeliruan atau kelengahan yang dilakukan oleh seorang dari keturunan
ahlulbait Rasulullah s.a.w. Ini wajar kerana mereka itu dipandang oleh
masyarakat sekitarnya sebagai teladan dalam kehidupan sehari-hari.
Akhirul-kalam, saya bersama seluruh warga Alawiyyin mengucapkan terima
kasih yang tidak terhingga besarnya kepada Buya K.H Abdullah bin Nuh
atas amal kebajikan dengan tulus ikhlas diberikan kepada semua keturunan
ahlulbait Rasulullah s.a.w. dengan mencurahkan jerih payahnya untuk
menulis buku ini. Semoga Allah dan Rasul-Nya berkenan meridhai usaha
mulia yang beliau sumbangkan kepada umat Islam Indonesia, wa billahi
attawfig wal hidayah, Amin.
Jakarta, 1986.
PENDAHULUAN
BISMILLAH AR-RAHMAN AR-RAHIM
Alhamdulillah, puji syukur saya panjatkan ke hadrat Allah yang
mewajibkan segenap kaum Muslimin menumpahkan kecintaan dan kasih sayang
kepada junjungan kita Nabi Besar Muhammad s.a.w. beserta semua
ahlulbait dan keluarganya; sebagaimana telah difirmankan-Nya dalam
al-Qur'anul-Karim.
("Katakanlah hai Muhammad, aku tidak meminta upah
apa pun dari kalian atas seruanku selain kasih sayang di dalam
kekeluargaan") [Asy-Syura: 23]
Asyhadu an laa ilaaha illallaah,
saya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dengan kesaksian itu
semoga Allah s.w.t. berkenan memperdalam kecintaan saya dan lebih
mendekatkan saya kepada-Nya…Wa asyhadu anna sayyidanna wa maulaanaa
Muhammadan 'abduhu wa Rasulu; dan saya pun bersaksi bahawa junjungan
kita Nabi Muhammad s.a.w. adalah hamba Allah dan Rasul-Nya, manusia
termulia di seluruh jagat raya…
Ya Allah, limpahkanlah shalawat
sebanyak-banyaknya dan salam sejahtera kepada Nabi dan Rasul yang mulia
itu bersama seluruh ahlulbait dan para sahabatnya yang telah
melaksanakan amanat Risalah dengan sempurna.
Ada dua sebab yang mendorong saya menulis buku kecil ini yang saya beri judul "KEUTAMAAN AHLULBAIT RASULULLAH S.A.W."…
Pertama: Lebih kurang lima tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1400
H/1980 M, saya pernah menulis sebuah risalah kecil berjudul "Asyura"
(10 Muharram), berisi uraian tentang ahlulbait Rasulullah s.a.w.,
khususnya riwayat singkat Imam al-Husein bin 'Ali bin Abi Thalib r.a.
Di saat menulis risalah itu tidak terlintas dalam fikiran saya, bahawa
ia akan memperoleh sambutan hangat dari kaum Muslimin. Bahkan banyak di
antara mereka yang meminta kepada saya supaya menulis sebuah buku yang
lebih lengkap dan jelas tentang kedudukan ahlulbait Rasulullah s.a.w.
di dalam agama Islam.
Sesungguhnya saya merasa berat sekali
memenuhi permintaan yang baik itu kerana saya bukan seorang penulis.
Dalam waktu yang lama hal itu menjadi beban fikiran saya. Kemudian saya
berniat hendak mencubanya sambil bertawakkal kepada Allah s.w.t.,
mohon hidayat dan taufik-Nya, agar niat saya itu dapat terlaksana.
Dengan menekuni pembacaan kitab-kitab tentang ahlulbait Rasulullah
s.a.w. dan dengan bantuan beberapa orang sahabat, akhirnya saya
memberanikan diri menulis buku ini. Betapa besar saya rasa syukur saya
kepada Allah s.w.t. yang telah berkenan mengabulkan permohonan saya.
Dalam keadaan usia saya yang telah lanjut, saya hanya mengharapkan
semoga usaha saya ini diridhai Allah dan Rasul-Nya serta dinilai sebagai
amal kebajikan yang akan membuka pintu maghfirah, agar pada saat saya
akan meninggalkan dunia yang fana ini dikurniai husunal-khatimah. Tidak
lain hanya itulah yang saya idam-idamkan.
Kecuali itu masih ada satu soal yang ingin saya kemukakan untuk
mencegah kemungkinan terjadinya salah faham yang sama sekali tidak saya
inginkan. Dalam buku ini terdapat pembahasan tentang "Hadith
Tsaqalain". Sehubungan dengan itu saya hendak menekankan dua hal:
Pertama, saya sama sekali tidak mengingkari adanya Hadith yang
diriwayatkan berasal dari ucapan Rasulullah s.a.w., bahawa beliau
meninggalkan dua pegangan yang menjamin keselamatan ummatnya iaitu;
(Kitabullah dan Sunnahku)
Hadith tersebut adalah Hadith yang lain lagi, yakni bukan Hadith
Tsaqalain, dan pada umumnya telah banyak diketahui oleh kaum muslimin.
Lain halnya dengan Hadith Tsaqalain, sekalipun kebenarannya telah
diterima bulat oleh berbagai mazhab Islam, namun belum banyak dikenal
oleh kaum Muslimin. Kedua, dengan membahas Hadith Tsaqalain, buku ini
sama sekali tidak bermaksud hendak membuka pendebatan atau polemik, saya
hanya bermaksud menyampaikan wasiat Rasulullah s.a.w. kepada kaum
Muslimin awam yang belum pernah mendengar atau mengenalnya. Dengan
mengenal dan mengetahui siapa-siapa dan bagaimana sesungguhnya kedudukan
ahlulbait Rasulullah s.a.w. itu, orang akan merasa mantap dalam
mengucapkan shalawat bagi "sayyidina Muhammad dan bagi aal sayyidina
Muhammad" dalam setiap shalat fardhu yang lima kali sehari semalam.
Tidak diragukan lagi bahawa aal Muhammad Rasulullah s.a.w. yang dalam
zaman kita sekarang ini terkenal dengan sebutan kaum 'Alawiyyin,
merupakan orang-orang yang memiliki fadhilah dzatiyyah (keutamaan dzat)
yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada mereka melalui hubungan darah
dengan insan pilihan-Nya, Rasulullah s.a.w. Naif sekali anggapan yang
menyamakan mereka dengan orang-orang dari keturunan lain, kerana
anggapan demikian itu sama ertinya dengan menyamakan peribadi Rasulullah
s.a.w. dengan peribadi lain. Anggapan seperti itu tidak sejalan dengan
syari'at Islam, kerana Allah s.w.t. menegaskan dalam firmannya:
"Dan dia (Muhammad s.a.w.) tidak mengucapkan sesuatu menurut kemahuan
hawa nafsunya, ucapannya bukan lain adalah wahyu yang diwahyukan Allah
kepadanya" [An-Najm: 3-4]
Fadhilah dzatiyyah yang mereka miliki
bukan fadhilah yang dibuat-buat dan bukan berdasarkan fadhilah
pengamalan baik mereka dan bukan pula atas keinginan mereka, melainkan
telah menjadi qudrat dan kehendak Ilahi sejak azal. Kerana itu tidak
ada alasan apa pun untuk merasa irihati terhadap keutamaan mereka. Soal
inilah justeru yang dipertanyakan Allah s.w.t. dalam firman-Nya:
"Ataukah mereka (orang-orang yang dengki) merasa irihati terhadap
orang-orang yang telah diberi kurnia oleh Allah?" [An-Nisa: 54]
Fadhilah dzatiyyah yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada para keturunan
Rasulullah s.a.w. sama sekali tidak lepas dari rasa tanggungjawap mereka
yang lebih berat dan lebih besar daripada yang mesti dipikul orang
lain. Mereka mesti selalu menyedari kedudukannya di tengah-tengah ummat
Islam. Mereka wajib menjaga diri dari ucapan, perbuatan dan sikap yang
dapat mencemarkan kemuliaan aal Muhammad Rasul Allah s.a.w., dan wajib
pula menyedari tanggungjawapnya yang lebih besar atas citra Islam dan
ummatnya. Dengan demikian maka kewajipan menghormati mereka yang
dibebankan oleh syari'at kepada kaum Muslimin dapat diwujudkan dengan
sebaik-baiknya. Tidak akan ada kesan bahawa para keturunan Rasulullah
s.a.w. menonjol-nonjol diri menuntut penghormatan dari orang lain, dan
kaum Muslimin pasti menempatkan mereka pada kedudukan sebagaimana yang
telah menjadi ketentuan syari'at.
Dalam buku ini kami paparkan
dengan jelas dan gambling kewajipan kaum Muslimin menghormati keturunan
Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang difatwakan oleh para ulama puncak
dan para Iman mujtahidin berdasarkan Kitabullah al-Qur'an dan Sunnah
Rasul-Nya. Semoga Allah s.w.t. berkenan melimpahkan hidayat-Nya kepada
kita semua agar tetap mencintai ahlulbait dan aal Muhammad s.a.w. demi
kecintaan kita kepada Allah s.w.t. dan kepada junjungan kita Nabi Besar
Muhammad s.a.w. Maha Besar Allah yang telah berfirman:
"Sungguhlah
bahawa engkau tidak akan dapat memberi hidayat kepada orang yang kau
kasihi, tetapi Allah sajalah yang melimpahkan hidayat kepada siapa yang
dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang hidup
menurut hidayat-Nya" [Al-Qashash: 56]
Mudah-mudahan dengan inayah
Rabil-'alamin penjelasan saya mengenai ahlulbait Rasulullah s.a.w. akan
bermanfaat bagi kaum Muslimin. Semoga Allah s.w.t. dan Rasul-Nya
berkenan menerima serta meridhai sekelumit kebajikan yang saya hibahkan
kepada seluruh ahlulbait Rasul Allah s.a.w.
Wa maa taufiqi illa billah, 'alaihi tawakkaltu wa ilaihi unib.
Jakarta, 1986
K.H. 'Abdullah bin Nuh.
BAHTERA KESELAMATAN
Ahlulbait Nubuwwah pengemban wasiat sepanjang zaman
Bahtera kehidupan dan bahtera keselamatan
Selagi bintang-bintang belum berguguran
Mereka tempat manusia menumpu harapan
Kesucian mereka terpatri kukuh dalam al-Qur'an
Diuraikan sabda Nabi di dalam Shahihan1
Tentera sebagai amanat dalam Hadith Tsaqalain2
Tiada kalimat meragukan orang beriman
Mereka bahtera penyelamat kemanusiaan
Dari taufan dan badai keduniaan
Mereka bintang-bintang pemandu jalan
Bagi setiap musafir ke alam kelanggengan
Betapa pun dahsyat gelombang kemunafikan
Hendak membenamkan mereka ke dasar lautan…
Betapa pun ganasnya muntahan lahar kedzaliman
Hendak menghanguskan mereka menjadi debu berserakan…
Dengan lindungan Ilahi mereka tegak tak terpunahkan
Dengan kebenaran Rasul-Nya mereka tangguh tak tergoyahkan
Dengan kecintaan ummatnya mereka tak tersingkirkan
Dengan kesucian darahnya mereka tak tercemarkan
Seandainya dahulu ada seribu Karbala dan Dzil Jausyan3
Bahtera ahlulbait tak akan karam dan bintang pun tak suram
Selagi Allah menghendaki kelestarian insan
Pengemban amanat kebenaran dan penentang kebatilan
Kemulian mereka titisan suci darah Rasulur-Rahman
Terpadu dengan kalam Ilahi di setiap dada beriman
Dalam Surah Al-Ahzab dan Aali Imran4
Hingga semua kembali ke Haud di Yaumil-Mizan5
Beruntunglah orang yang melaju dalam bahtera keselamatan
Mengikuti cahaya bintang di tengah samudra kehidupan
Celakalah orang yang enggan berlayar menyeberang laut
Memejamkan mata terhadap beribu bintang taburan
KEAGUNGAN AHLULBAIT RASULULLAH S.A.W.
Syair Farazdaq tentang 'Ali Zainul Abidin
Dialah yang dikenal jejak langkahnya
oleh butiran pasir yang dilaluinya
Rumah Allah Ka'bah pun mengenalinya
dan dataran tanah suci sekelilingnya.
Dialah putera insan termulia
dari hamba Allah seluruhnya
Dialah manusia hidup berhias takwa
kesuciannya ditentukan oleh fitrahnya
Apabila orang Quraishi melihatnya
berkatalah penyambung lidah mereka:
Pada keagungan peribadinya
berpuncak semua sifat yang mulia.
Bernasab setinggi bintang kejora
seanggun langit di cakerawala
tak tersaingi insan mana pun juga
baik Arab mahupun 'Ajam6 di jagat raya
Di saat ia menuju ke Ka'bah
bertawaf mencium Hajar jejak datuknya
Ruknul-Hatim7 enggan melepaskan tangannya
kerana mengenali betapa ia tinggi nilainya
Senantiasa menundukkan kepala
Kerana pemalu menjadi dasar fitrahnya
Orang terpaku kerana kewibawaannya
mengajaknya bicara hanya saat senyumnya
Itulah 'Ali buyut Rasul Allah
buyut pemimpin segenap ummat manusia
dengan agamanya manusia berbahagia keridhaan-Nya
Sinar hidayat memancar di antariksa
dari kecermelangan bulan purnama
penaka mentari terbit diufuk sana
membelah cuaca gelap gelita
Darah, daging dan tulang sumsumnya
berasal dari utusan Allah Yang Maha Esa
sungguh indah semua unsurnya
serba sempurna semua intinya
Jika anda belum mengenal dia
dia itulah putera Fatimah
puteri Nabi utusan Allah
penutup para Rasul dan Anbiya
Sejak azal Allah memuliakan martabatnya
tiada makhluk setara keagungannya
tersurat dalam ilmu Allah Pencipta
di Lauh Mahfudz dengan qalam-Nya
Pertanyaan anda "siapa dia"
Tidak merugikan keharuman namanya
Arab dan 'Ajam mengenal dia
walau anda hendak mengingkarinya
Uluran tangannya bak8 hujan merata
menyebar manfaat ke mana-mana
tangannya tak pernah kosong dan hampa
walaupun dermawan tiada tara
Lembut perangai dan perilakunya
bila marah tak dikhuwatirkan akibatnya
budi luhur dan kedermawanannya
dua hiasan hidupnya yang terutama
Tiap si miskin datang kepadanya
beban derita dipikul olehnya
Dengan wajah cerah ceria
baginya "ya" jawapan yang termesra
Bila berjanji tak kenal cedera
keberkahan menyertai kebajikannya
riang peramah dan lapang dada
sedetik pun hatinya tak pernah lengah
Tak pernah ia berucap "tidak"
Kecuali dalam ucapan syahadatnya9
kalau bukan kerana syahadatnya
"tidak"-nya berubah menjadi "ya"
Kebajikan meluas dan merata
seluas bumi dengan segala isinya
hapuslah semua duka derita
sirnalah semua ratap sengsara
Berasal dari keluarga mulia
mencintainya fardhu wajib dalam agama
membencinya kufur dalam agama
dekat padanya selamat dari merbahaya
Kalau dihitung semua orang bertakwa
merekalah barisan pemimpinnya
bila ditanya siapakah penghuni buni utama
tiada lain kecuali "mereka"-lah jawapnya
Kuda sembrani pun tak terdaya
Menjangkau ketinggian martabat mereka
tiada makhluk lain tolok bandingnya
betapa pun tinggi dan mulianya
Laksana hujan menyiram kemarau
mengikis paceklik menangkal bencana
ibarat singa…singa Syara10
terkenal tangkas dan amat perkasa
Kesukaran hidup bukanlah alasan mereka
untuk menahan uluran tangannya
keadaan mereka senantiasa sama
di saat "kaya" dan di waktu "sengsara"
Betapa berat cubaan dan derita
tersingkirkan oleh cinta kasihnya
dengan cinta kasih dan kebajikannya
nikmat Ilahi melimpah berlipat ganda
Sebutan mereka diucapkan setiap insan
setelah sebutan Allah Yang Maha Rahman
pada tiap awal wicara
dan pada tiap akhir untaian kata11
Kenistaan pantang menyentuh mereka
tiada kehinaan menjamah kehormatannya
keharumannya semerbak merata
dengan tangan mereka melawan durjana
tak ada manusia hina di mata mereka
tak seorang pun menjadi budaknya
tidak! Merekalah justeru pemimpinnya
dan yang pertama: Rasul pembawa nikmat-Nya
yang mengenal Allah pasti mengenal dia
yang mengenal dia mengenal keutamaannya
yang bersumber pada lingkungan keluarganya
tempat manusia bermandikan cahaya12
Sya'ir Farazdaq
Melukiskan kemuliaan anggota ahlulbait Rasulullah s.a.w.:
'Ali Zainal Abidin bin Al-Husein bin 'Ali bin Abi Thalib radhiyallahu anhum.
1) Dua Hadith Shahih Bukhari dan Muslim.
2) Hadith Rasulullah s.a.w. yang mewasiatkan ummatnya supaya tetap
berpegang teguh pada dua bekal, iaitu Kitabullah dan ahlulbait beliau.
3) Karbala = Tempat pasukan Bani Umayyah menyerang Al-Husein r.a
Dzil Jausyan = nama orang yang mencincang jenazahnya.
4) Surah Al-Ahzab: 33 dan Surah Aali Imran: 61
5) Haud = Syurga. Yaumil-Mizan = Hari Kiamat.
6) 'Ajam = Sebutan khusus bagi semua bangsa diluar bangsa Arab,atau semua yang tidak berbahasa Arab.
7) Ruknul-Hatim = Sudut Ka'bah, tempat Hajar Aswad diletakkan.
8) Bak = Laksana
9) Kata "tidak" dalam syahadat: "Tidak ada tuhan selain Allah"
10) Singa Syara = Jenis singa terkenal keberaniannya di daerah sekitar Al-Furat.
11) Yang dimaksud ialah doa, khutbah dan lain-lain selalu diawali dan
diakhiri dengan ucapan shalawat kepada kepada Rasulullah s.a.w. dan
kepada "aal" (keluarga)-nya
12) Agama Islam.
Bagian Pertama
SIAPAKAH YANG DISEBUT "AHLUL-BAIT"?
Istilah "Ahlul-Bait" berasal dari firman Allah s.w.t. sebagaimana
termaktub di dalam Al-Qur'anul-Karim Surah Al-Ahzab: 33 yang berbunyi:
("Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan noda dan kotoran dari kalian, ahlul-bait, dan mensucikan kalian sesuci-sucinya")
Dalam ertikata biasa "ahlul-bait" bermakna "keluarga" atau "anggota
rumahtangga". Akan tetapi dalam kaitannya dengan makna ayat tersebut,
para tafsir berbeza pendapat. Muhammad Jawad Maghniyyah dalam kitabnya
yang berjudul 'Al-Husain Wal-Qur'an' halaman 18-19 menerangkan, bahawa
menurut riwayat 'Ikrimah dan Az-Zayyad ayat tersebut ditujukan khusus
kepada para isteri Rasulullah s.a.w., kerana penafsiran ayat tersebut
dikaitkan dengan ayat sebelumnya, iaitu yang berkenaan dengan para
isteri beliau s.a.w. Akan tetapi sebahagian besar para ahli tafsir
berpegang pada riwayat Abu Sa'id Al-Khudhariy yang mengatakan bahawa
Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan: "Ayat itu turun untuk lima orang,
iaitu aku sendiri, ''Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husein". Berdasarkan
penegasan beliau itu maka yang dimaksudkan dengan istilah "ahlul-bait"
bukan lain adalah lima anggota keluarga Rasulullah s.a.w.
At-Tirmudziy mengetengahkan sebuah Hadits yang dibenarkan oleh Jarir,
Ibnul-Mundzir, Al-Hakim, Ibnu Mardawih dan Al-Baihaqiy, iaitu sebuah
Hadits yang berasal dari isteri Rasulullah s.a.w., Ummu Salamah. Ummu
Salamah r.a mengatakan: "Di rumahku turun ayat 'innamaa yuridullahu…'
(yakni ayat 33 Surah al-Ahzab tersebut di atas) dan ketika itu di
rumahku terdapat Fatimah, Al-Hasan dan Al-Husein. Rasulullah s.a.w.
kemudian menutupi mereka dengan kain yang dipakainya sambil berkata:
Mereka inilah ahli-baitku. Allah telah menghapuskan noda dan kotoran
dari mereka dan telah mensucikan mereka". Hadits ini terkenal dengan
'Haditsul-Kisa'.
Kedudukan khusus para anggota Ahlu-bait itu
diperkukuh oleh kesaksian Ibnu 'Abbas r.a yang mengatakan: "Aku
menyaksikan sendiri selama sembilan bulan Rasulullah s.a.w. secara
terus-menerus menghampiri tempat kediaman 'Ali bin Abi Thalib setiap
beliau hendak bersembahyang di masjid. Beliau selalu mengatakan:
Assalaamu alaikum warahmatullahi wabaarakaatuh. Sungguhlah Allah hendak
menghapuskan noda dari para ahlul-bait dan benar-benar hendak
mensucikan kalian. Marilah bersembahyang, semoga Allah melimpahkan
rahmat-Nya kepada kalian". Tidak diragukan lagi ucapan Rasulullah
s.a.w. itu ditujukan kepada 'Ali bin Abi Thalib, Siti Fatimah Az-Zahra
dan kepada dua orang cucu beliau s.a.w., iaitu al-Hasan dan al-Husein –
radhiyallahu 'anhuma.
Kesaksian Ibnu 'Abbas r.a itu diperkuat oleh
Ibnu Jarir dan Ibnu Mardawih berdasarkan kasaksian Abdul-Hamra yang
mengatakan sebagai berikut: "Selama delapan bulan di Madinah aku
menyaksikan, tiap kali Rasulullah s.a.w. keluar hendak menunaikan
shalat di masjid, beliau berpegang pada pintunya beliau s.a.w. berucap:
Marilah bersembahyang, sungguhlah bahawa Allah hendak menghapuskan
kotoran dari kalian, hai ahlul-bait, dan Dia benar-benar hendak
mensucikan kalian".
Sebuah Hadits yang berasal dari Abu Hurairah r.a
diriwayatkan oleh Al-Hakim, Abu Ya'la, Abu Nu'aim dan Ad-Dailamiy;
bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Yang terbaik di antara kalian ialah yang terbaik perlakuannya terhadap ahlulbaitku setelah aku kembali ke haribaan Allah"
Demikian juga At-Thabraniy dalam kitabnya yang berjudul 'Al-kabir' dan
Ibnu Hajar dalam kitabnya 'Ash-Shawa'iqul-Muhriqah'; kedua-duanya
meriwayatkan sebuah Hadits berasal dari Abu Sa'id Al-Khudhariy r.a yang
mengatakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda sebagai berikut:
"Sesungguhnya bahawa bagi Allah ada tiga hurumat, yakni tiga perkara
yang tidak boleh dilanggar. Barangsiapa menjaga baik-baik tiga perkara
tersebut, nescaya Allah akan menjaga urusan agamanya (akhiratnya) dan
urusan dunianya. Barangsiapa yang tidak menjaga baik-baik tiga perkara
tersebut maka tidak ada suatu pun baginya yang mendapat perlindungan
Allah. Tiga hurumat itu ialah: Hurumatul Islam (yakni kewajipan terhadap
Islam), hurumatku (yakni kewajipan terhadap Rasulullah s.a.w.) dan
hurumat rahimku (yakni kewajipan terhadap ahlulbait atau keluarga Beliau
s.a.w.)".
Imam Muslim di dalam 'Shahih'-nya Bab 'Fadha'il
Ahlul-Bait, mengatakan, bahawa ayat 33 Surah Al-Ahzab ditujukan kepada
Muhammad Rasulullah s.a.w., 'Ali bin Abi Thalib, Siti Fatimah dan dua
orang puteranya, iaitu al-Hasan dan al-Husein radhiyallahu 'anhum.
Demikian pula yang dikatakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal. Penegasan
seperti itu dapat kita temukan juga dalam berbagai kitab, antara lain:
'Mustadrakus-Shahihain', 'Sunah At-Tirmudziy', 'Tafsir At-Thabraniy',
'Khasha'ish an-Nasa'iy', 'Tarikh Baghdad', 'Al-Isti'ab', Ar-Riyadh
an-Nadhrah', 'Musnad Abi Dawud', 'Asad Al-Ghabah' dan lain-lain.
Penulis Tafsir 'Al-Manar', Syeikh Muhammad Abduh, dalam menafsirkan ayat
84 Surah Al-An'am, antara lain mengatakan, bahawasanya Rasulullah
s.a.w. pernah bersabda:
"Semua anak Adam bernasab kepada orang tua
lelaki (ayah mereka), kecuali anak-anak Fatimah. Akulah ayah mereka dan
akulah yang menurunkan mereka".
Dari Hadits tersebut jelaslah,
bahawa putera-puteri Siti Fatimah r.a semuanya adalah anggota-anggota
ahlulbait Rasulullah s.a.w. Hal itu lebih ditegaskan lagi oleh sebuah
Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhariy dalam kitab 'Al-Ahkam', dan
oleh Imam Muslim dalam kitab 'Al-Imarah'. Iaitu hadits-hadits yang
menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. sambil menunjuk kepada dua orang
cucunya, al-Hasan dan al-Husein radhiyallahu 'anhuma, menyatakan:
"Dua orang puteraku ini adalah Imam-Imam, baik di saat mereka sedang duduk atau pun sedang berdiri".
Dengan keterangan-keterangan tersebut di atas semuanya, kiranya
jelaslah sudah, bahawa yang dimaksud dengan istilah 'ahlulbait' dalam
ayat 33 surah al-Ahzab ialah anggota-anggota keluarga Rasulullah s.a.w.
Mereka itu adalah: Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a, isteri beliau Siti
Fatimah r.a puteri bongsu Rasulullah s.a.w., al-Hasan dan al-Husein
radhiyallahu 'anhuma. Penafsiran dan definisi (ta'rif) tersebut
sepenuhnya didasarkan pada ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. sendiri,
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Hadits-Hadits shahih. Dengan
perkataan lain yang lebih tegas ialah: Rasulullah s.a.w. sendirilah
yang menafsirkan ayat 33 Surah Al-Ahzab. Sedangkan beliau s.a.w. adalah
seorang Nabi dan Rasul yang oleh Allah s.w.t. nyatakan dalam
Al-Qur'anul-Karim:
"Sahabat kalian (yakni Muhammad Rasulullah
s.a.w.) tidak sesat dan tidak keliru. Ia tidak mengucapkan sesuatu
menurut hawa nafsunya. Apa yang diucapkan adalah wahyu yang diwahyukan
Allah kepadanya" [An-Najm: 2-4]
Berbagai penafsiran para ulama mengenai ayat 33 Surah al-Ahzab
Imam Abu Ja'far bin Jarir At-Thabariy dalam kitab 'Tafsir'-nya
mengatakan, bahawa firman Allah tersebut bermakna: Sesungguhnya Allah
bermaksud menghilangkan keburukan (as-suu) dan kemaksiatan (al-fahsya)
dari kalian, hai ahlulbait Muhammad, dan hendak mensucikan kalian
sesuci-sucinya dari noda dan kotoran yang dapat ditimbulkan oleh
perbuatan maksiat terhadap Allah s.w.t. At-Thabariy juga mengetengahkan
sebuah keterangan yang diperoleh dari Abu Zaid, bahawa kata 'ar-rijsa'
(noda atau kotoron) dalam ayat tersebut bermakna 'syaitan'.
Dengan
isnad Sa'id bin Qatadah, At-Thabariy mengatakan juga bahawa kata
'ahlulbait' dalam ayat tersebut bererti 'ahlulbait yang oleh Allah
s.w.t. telah disucikan dari setiap keburukan dan kepada mereka telah
dilimpahkan rahmat khusus'.
Ibnu Athiyyah mengatakan bahawa
'ari-rijsa' adalah sebutan yang mengandungi pengertian 'dosa' atau
'seksa', dan semua barang najis serta semua bentuk kekurangan. Semuanya
itulah yang telah dihapuskan Allah dari para Ahlul-bait.
Imam
Nawawiy mengatakan, ada sementara ulama yang mengertikan kata
'ari-rijsa' dengan 'asy-syak' (keraguan); ada yang mengertikan dengan
'adzab' (seksa) dan ada pula yang mengertikannya dengan 'itsm' (dosa).
Sebaigamana telah kami katakan, para ahli tafsir berbeza pendapat,
mengenai makna kata 'ahlulbait'. Sekelompok dari mereka, termasuk Abu
Sa'id Al-Khudhariy dan sebahagian kaum Tabi'in (generasi ulama sesudah
kaum Salaf) seperti Mujahid, Qatadah dan lain-lain, memberi penafsiran
seperti yang dikutip oleh Imam Al-Baghawiy, Ibnul-Khazim dan para ulama
tafsir yang lain. Menurut mereka, yang dimaksud 'ahlulbait' ialah
'ahlul-Aba' atau 'ahlul-kisa', iaitu terditi dari Imam 'Ali bin Abi
Thalib, Siti Fatimah binti Muhammad Rasulullah s.a.w., al-Hasan dan
al-Husein radhiyallahu anhum.
Kelompok ulama yang lain, seperti
'Ikrimah dan lain-lain, menafsirkan kata 'ahlulbait' dalam ayat
tersebut dengan 'para isteri Rasulullah s.a.w.'. Para ulama tafsir dari
kelompok ini berpegang pada makna semua ayat dalam Surah Al-Ahzab yang
berkenaan dengan para isteri Rasulullah s.a.w. iaitu mulai dari ayat
28 hingga akhir atay 34. Mereka mengatakan, bahawa semua ayat tersebut
berkaitan dengan para isteri Nabi s.a.w., jadi bagaimana mungkin di
tengah-tengahnya terselip persoalan ini? Akan tetapi penafsiran mereka
itu disanggah oleh para ulama tafsir yang lain, iaitu yang mengertikan
'ahlulbait' dengan 'ahlul-aba', berdasarkan dalil-dalil naqliy.
Mengenai Hadits Al-Kisa, di samping riwayat yang berasal dari Ummu
Salamah r.a sebagaimana telah kami kemukakan, terdapat versi lain yang
juga dapat dipercayai kebenarannya, iaitu: Bahawa pada suatu hari
Rasulullah s.a.w. datang bersama-sama 'Ali bin Abi Thalib, Siti Fatimah,
Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu anhum. Beliau s.a.w. menggandeng
dua orang cucunya (yakni Al-Hasan dan Al-Husein) hingga masuk ke dalam
rumah. Imam 'Ali dan Siti Fatimah kemudian diminta duduk di hadapan
beliau s.a.w., sedangkan Al-Hasan dan Al-Husein kedua-duanya dipangku
oleh beliau. Setelah itu beliau merentang sehelai kisa (kain sejenis
pakaian) di atas mereka sambil membaca ayat 33 surah al-Ahzab.
Sumber riwayat lain mengatakan, ketika itu Rasulullah s.a.w. tidak membaca ayat tersebut, melainkan berdoa:
"Ya Allah, mereka ini adalah ahlulbaitku. Kerana itu hilangkanlah noda
kotoron (ar-rijsa) dari mereka dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya".
Dalam hubungannya dengan Hadits ini diriwayatkan pula bahawa saat itu
Ummu Salamah r.a berusaha masuk ke bawah kain yang direntangkan
Rasulullah s.a.w. itu, tetapi baru saja ia mengangkat sedikit kain itu
segera ditarik oleh beliau s.a.w. dari tangannya. Ummu Salamah berkata:
"Ya Rasulullah, aku bersama kalian". Beliau menyahut: "Engkau seorang
isteri Nabi, berada dalam kebajikan".
Masih banyak lagi riwayat
mengenai hal itu, semuanya dapat dipercaya kebenarannya dan dipandang
sebagai Hadtih-Hadits hasan (baik) oleh para ulama Hadits.
Mengenai
nas Hadits yang berasal dari Rasulullah s.a.w. sendiri, iaitu
pernyataan beliau yang menegaskan bahawa ahlulbait terdiri dari lima
orang – sebagaimana yang telah kami kemukakan – para ahli tafsir yang
berpegang pada Hadits tersebut mengatakan: Kalau yang dimaksud
'ahlulbait' itu 'para isteri Nabi s.a.w.', tentu dalam ayat tersebut
Allah s.w.t. tidak menggunakan dhamir (kata ganti-nama) 'kum' (kalian
lelaki), melainkan menggunakan dhamir 'kunna' (kalian perempuan).
Para ahli tafsir yang mengertikan 'ahlul-bait' dengan 'para' isteri Nabi
s.a.w.' menjawab: Digunakannya kata ganti nama (dhamir) 'kum' kerana
menunjuk kepada kata 'ahlu'. Sebab, menurut tatabahasa Arab, kata 'ahlu'
adalah mudzakkar (menunjukkan lelaki), bukan muannats (menunjukkan
perempuan). Kerana Allah s.w.t. menyebut para ahlul-bait dengan kata
ganti nama 'kum', bukan 'kunna'.
Akan tetapi jumhurul ulama (para
alim ulama pada umumnya) berpendapat, bahawa yang dimaksud dengan kata
'ahlul-bait' dalam ayat 33 Surah Al-Ahzab ialah dua pihak sekaligus,
yakni: Lima orang yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dan para isteri
beliau s.a.w. Mereka mengatakan, bahawa pengertian 'ahlul-bait' yang
mencakup kedua belah pihak itu lebih sesuai dengan semua dalil yang
ada.
Mengenai hal itu Al-Muqriziy mengatakan, bahawa di antara
dalil-dalil yang digunakan oleh jumhurul-ulama ialah dhamir 'kum'.
Kalau yang dimaksudkan ayat itu hanya khusus perempuan pasti digunakan
dhamir 'kunna'.
Sehubungan dengan itu Ibnu 'Athiyyah mengatakan,
'menurut pendapat saya, para isteri Nabi s.a.w. tidak berada di luar
pengertian 'ahlul-bait' mesti beerti semua anggota keluarga, iaitu para
isteri Rasulullah s.a.w., puteri beliau, anak-anak lelaki puteri
beliau dan suami puteri beliau'.
An-Nasfiy mengatakan, bahawa
firman Allah yang menggunakan kata ganti nama (dhamir) 'kum'
mengandungi petunjuk bahawa dalam pengertian 'ahlul-bait' termasuk para
isteri Rasulullah s.a.w. . Sebab, dhamir 'kum' berlaku bagi lelaki dan
perempuan bersama-sama.
Demikian juga pendapat Zamakhsyariy,
Al-Baidhawiy dan Abu As-Sa'ud. Imam Al-Baghawiy dalam kitabnya yang
berjudul 'Ma'aalimut-Tanzil' sependapat dengan Zamakhsyariy, bahkan ia
mengetengahkan sebuah riwayat Hadits yang olehnya disebut berasal dari
Ummu Salamah r.a yang pada waktu terjadinya 'Haditssul-Kisa' ia
bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasullullah, bukanlah aku dari
mereka juga"? Beliau menjawap: "Ya, benar"!
Fakrur-Raziy mengenai
persoalan itu mengatakan: bahawa Allah s.w.t. menggunakan dhamir 'kum'
agar tercakup semua anggota keluarga Rasulullah s.a.w., baik yang
lelaki mahupun yang perempuan'. Ia menambah: "Dikalangan para ahli
tafsir memang terjadi perbezaan pendapat mengenai makna 'ahlulbait'.
Kerana itu lebih baik dikatakan, bahawa mereka itu terdiri dari para
isteri beliau s.a.w., puteri beliau bersama suaminya, dan dua orang
cucu beliau, Al-Hasan dan Al-Husein. 'Ali bin Abi Thalib termasuk dalam
pengertian 'ahlulbait' kerana ia menjadi suami puteri Rasulullah
s.a.w. dan selalu bersama beliau". Demikian Fakrur-Raziy.
Ibnu Jarir
dalam kitab Tafsirnya mengetengahkan 15 buah riwayat Hadits dengan
isnad yang berbeza-beza. Iaitu riwayat-riwayat Hadits yang menerangkan
bahawa yang dimaksud 'ahlul-bait' dalam ayat 3 Surah Al-Ahzab ialah
Rasulullah s.a.w. 'Ali bin Abi Thalib r.a, Siti Fatimah r.a, Al-Hassan
dan Al-Husein radhiyallahu 'anhuma. Setelah mengemukakan 15 buah
riwayat Hadits tersebut, barulah Ibnu Jarir mengetengahkan sebuah
Hadits lain yang menerangkan, bahawa yang dimaksud 'ahlulu-bait' adalah
para isteri Rasulullah s. a.w.
Dalam kitab tafsir 'Ad-Durr
Al-Mantsur' dapat kita temukan huraian Imam Jalaluddin As-Sayuthiy
mengenai soal pergertian 'ahlul-bait'. Ia mengetengahkan tiga buah
riwayat Hadits yang semuanya menerangkan bahawa para isteri Rasulullah
s.a.w. termasuk dalam pengertian 'ahlul-bait'. Di samping itu Imam
As-Sayuthiy juga mengetengahkan dua puluh buah riwayat Hadits yang
berasal dari berbagai sumber, dan semuanya menerangkan bahawa
Rasulullah s.a.w., puteri beliau (Siti Fatimah r.a), menantu beliau
(Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a) dan dua orang puteranya (Al-Hasan dan
Al-Husein r.a), semuanya termasuk dalam pengertian 'ahlul-bait'. Di
antara dua puluh riwayat Hadits itu terdapat yang dikemukakan oleh Ibnu
Jarir, Ibnul-Mundzir, Ibnu Abi Hatim, Thabraniy dan Ibnu Mardawih,
yang kesemuanya berasal dari Ummu Salamah r.a, termasuk Hadits Al-Kisa.
Al-Wahidiy dalam kitabnya, 'Asbabun-Nuzul' mengetengahkan dua buah
riwayat Hadits yang berlainan. Akan tetapi dalam uraiannya ia menyebut
sebuah Hadits yang dikatakannya berasal dari Athiyyah dan Abu Sa'id,
iaitu yang menerangkan bahawa makna 'ahlulbait' dalam ayat 33 surah
Al-Ahzab adalah lima orang: Rasulullah s.a.w., Imam 'Ali bin Abi Thalib
r.a, Siti Fatimah Az-Zahra r.a, Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu
'anhuma. Lebih jauh Al-Wahidiy mengemukakan pernyataan Atha bin Abi
Rabbah yang mengatakan: "Hadits tersebut disampaikan kepadaku oleh orang
yang mendengar langsung dari Ummu Salamah". Al-wahidiy mengatakan juga
bahawa Hadits yang dikemukakannya itu terdapat di dalam kitab 'Ad-Durr
Al-Mantsur'. Setelah itu ia menyebut dua buah Hadits lainnya lagi yang
menerangkan, bahawa ayat 33 surah Al-Ahzab tertuju kepada para ibu
suci isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Berdasarkan riwayat-riwayat Hadits
yang dihimpunnya itu Imam Al-Wahidiy akhirnya menyimpulkan dalam
'Tafsir'-nya, bahawa ayat 33 surah Al-Ahzab mencakup dua pihak. Iaitu 5
orang seperti tersebut di atas tadi, dan para ibu suci isteri-isteri
Rasulullah s.a.w.
An-Nisaburiy dalam 'Tafsir'-nya menyatakan
pendapat yang sama dengan pendapat Al-Wahidiy. Semua riwayat Hadits
yang berkenaan dengan persoalan itu dikemukakan olehnya, termasuk
Hadits Al-Kisa. Selanjutnya ia mengetengahkan pendapat Muqatil yang
menegaskan sebagai berikut: "Para isteri Rasulullah s.a.w. termasuk
dalam pengertian ayat 33 surah Al-Ahzab, sebab jika dhamir lelaki
itulah disatukan dengan dhamir perempuan maka dhamir lelaki itulah yang
mengalahkan dhamir perempuan. Kerana itu Allah s.w.t. dalam firman-Nya
menggunakan dhamir 'kum', bukan 'kunna'.
Al-Muqriziy mengatakan
sebagai berikut: "Menurut lahirnya, ayat tersebut berlaku umum bagi
semua anggota ahlulbait yang terdiri dari para isteri Rasulullah s.a.w.
dan orang-orang selain mereka". Setelah menjelaskan kedudukan dhamir
'kum' sebagaimana yang dikatakan oleh An-Nisaburiy, lebih lanjut ia
berkata: "Dengan demikian jelaslah, bahawa ayat tersebut menetapkan
para isteri Rasulullah s.a.w. termasuk dalam pengertian 'ahlulbait'.
Hal itu sesuai dengan urutan dan rangkaian kalimat selengkapnya ayat 33
surah Al-Ahzab".
Ibnu Hajar dalam kitabnya,
'Ash-Shawa'iqul-Muhriqah', mengatakan: "Yang dimaksud dengan kata
'bait' (rumah atau keluarga) dalam ayat itu ialah rumah kediaman
Rasulullah s.a.w. dan para penghuninya. Kerana itu ayat tersebut
mencakup para isteri Rasulullah s.a.w.
Ats-Tsa'labiy mengatakan:
"Ada yang berpendapat bahawa yang dimaksud 'ahlulbait' ialah
orang-orang Bani Hasyim. Pengertian itu disasarkan pada ta'wil, bahawa
yang dimaksud 'bait' (keluarga) ialah para orang tua silsilah
Rasulullah s.a.w. Dengan demikian maka 'Abbas bin Abdul Mutthalib dan
para paman Rasulullah s.a.w. lainnya beserta semua anak-anak mereka
adalah anggota-anggota ahlulbait. Seperti itu jugalah yang diriwayatkan
oleh Zaid bin Arqam, sebagaimana tercantum di dalam Tafsir Al-Khzin…"
Ada suatu penafsiran kata 'ahlulbait' yang lebih bersifat umum. Iaitu
sebagaimana yang dikemukakan oleh Imam Al-Khathib. Dalam tafsirnya ia
mengatakan: "Banyak perbezaan pendapat mengenai erti 'ahlulbait', dan
yang terbaik ialah yang dikatakan oleh Al-Buqai'iy, iaitu: Setiap orang
yang dekat dengan Rasulullah s.a.w. atau selau menyertai beliau, maka
orang itu berhak dan patut disebut 'ahlulbait'. Demikian kata
Al-Khathib.
Seorang arif dan tokoh sufi kenamaan, Syeikh Al-Akbar
Sidi Muhyiddin bin Al-Arabiy, dalam bab ke-29 dari kitabnya yang
berjudul 'Al-Futuhaatul-Makkiyyah' mengatakan antara lain sebagai
berikut: "Kerana Rasulullah s.a.w. itu seorang hamba Allah s.w.t. telah
disucikan sesuci-sucinya bersama para ahlulbaitnya, maka telah
dihilangkan pula segala kotoran (rijsa) dari peribadi mereka. Yang
dimaksud 'rijsa' (kotoron) ialah apa saja yang dapat membuat mereka
buruk, sebagaimana yang lazim terdapat di dalam masyarakat Arab. Kerana
itu, kepada 'ahlulbait' tidak dapat dimasukkan orang lain sebagai
tambahan, kecuali yang benar-benar telah disucikan Allah. Sebab, hanya
orang yang seperti mereka (ahlulbait) sajalah yang dapat dimasukkan ke
dalam pengertian 'ahlulbait'. Mereka sendiri tidak memasukkan orang
lain ke dalam lingkungannya selain orang yang oleh Rasulullah s.a.w.
sendiri telah dipandang suci. Dalam hal itu Salman Al-Farisiy telah
disebut oleh beliau s.a.w. ketika bersabda: "Salman adalah dari kami,
ahlulbait"!
Tirmudziy berpendapat, bahawa yang dimaksud 'ahlulbait'
dalam ayat 33 surah Al-Ahzab ialah para isteri Rasulullah s.a.w., tidak
termasuk ahlul-'aba (ahlul-kisa). Tirmudziy mengatakan, bahawa
dimasukkannya ahlul 'aba ke dalam pengertian 'ahlulbait' semata-mata
atas dasar kehendak Rasulullah s.a.w. sendiri, setelah turun ayat 33
surah Al-Ahzab yang tertuju kepada para isteri Rasulullah s.a.w.
Pendapat Tirmudziy yang demikian itu menimbulkan kesulitan lebih jauh
lagi, kerana orang akan bertanya: "Bagaimana mungkin Rasulullah s.a.w.
berkeinginan memasukkan sekelompok orang ke dalam pengertian ayat
tersebut, sedangkan Allah s.w.t. tidak memasukkan mereka ke dalam
firman-Nya"? Lepas dari pendapat Tirmudziy mengenai "keinginan
Rasulullah s.a.w." itu, namun yang jelas ialah bahawa Imam Tirmudziy
tidak menolak pengertian, bahawa yang dimaksud 'ahlulbait' ialah
Rasulullah s.a.w., para isteri beliau, Siti Fatimah, Imam 'Ali bin Abi
Thalib, Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu anhum.
Dari berbagai
panafsiran para ulama yang kami utarakan di atas tadi, dapatlah kita
simpulkan, bahawa mengenai makna kata 'ahlulbait' dalam ayat 33 surah
Al-Ahzab terdapat lima penafsiran:
Pertama: Pada umumnya para ulama
ahli tafsir berpendapat, bahawa makna 'ahlulbait' mencakup dua pihak,
iaitu para ahlul 'aba (Rasulullah s.a.w., Siti Fatimah, 'Ali bin Abi
Thalib, Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu anhum) dan para isteri
Rasulullah s.a.w. – radhiyallahu anhum. Itulah penafsiran yang mu'tamad
dan dapat dijadikan pegangan.
Kedua: Abu Sa'id Al-Khudhariy
(seorang sahabat Nabi) dan sejumlah para ulama tafsir dari kaum
Tabi'in, termasuk Mujahid dan Qatadah, berpendapat bahawa makna
'ahlulbait' terbatas pada para ahlul-'aba.
Ketiga: Ibnu 'Abbas
(seorang sahabat Nabi) dan Ikrimah (dari kaum Tabi'in) berpendapat,
bahawa yang dimaksud 'ahlulbait' ialah para ummahaatul-Mu'minin, yakni
para ibu suci isteri-isteri Rasulullah s.a.w.
Keempat: Ibnu Hajar
dan Tsa'labiy berpendapat, bahawa yang dimaksud 'ahlulbait' ialah
orang-orang Bani Hasyim, kerana mereka mengertikan kata 'bait' dengan
'keluarga', yakni keluarga seketurunan. Dengan demikian maka 'Abbas bin
Abdul Mutthalib (paman Nabi), saudara-saudaranya dan anak-anaknya;
semuanya termasuk dalam pengertian 'ahlulbait'. Pengertian tersebut
didasarkan pada riwayat yang berasal dari Zaid bin Arqam, dan tercantum
di dalam 'Tafsir Al-Khazin'.
Kelima: Al-Khathib Asy-Syaibaniy
sependapat dengan Al-Buqai'iy, bahawa menurut mereka, penafsiran yang
terbaik mengenai kata 'ahlulbait' ialah: Setiap orang yang hidup
bersama Rasulullah s.a.w., baik lelaki, perempuan, isteri, kerabat
mahupun hambasahaya. Mereka itulah yang sangat dekat dengan Nabi
s.a.w., memperoleh perhatian khusus dari beliau dan selalu menyertai
beliau; kerana itu mereka lebih berhak dan lebih patut disebut
'ahlulbait'.
Bagian kedua
KEUTAMAAN KELUARGA RASULULLAH SAW
HADITS TSAQALAIN DAN KEDUDUKAN AHLUL-BAIT
Hadits Tsaqalain ialah hadits Rasulullah s.a.w. yang menekankan dua
persoalan sebagai wasiat yang amat penting, besar bobotnya dan berat
timbangannya. Besar bobotnya kerana hadits tersebut menyangkut masalah
kepimpinan atas ummat Islam sepeninggalan Rasulullah s.a.w. Berat
timbangannya kerana Rasulullah s.a.w. kelak akan menuntut
pertanggungjawapannya kepada kaum Muslimin atas pelaksanaan wasiat
beliau itu.
'Tsaqalain' dalam bahasa Indonesia bererti 'dua bekal'
bagi seorang musafir. Tanpa membawa bekal yang diperlukan, seorang
musafir tidak akan sampai ke tempat tujuan. Dalam kaitannya dengan
hadits Tsaqalain, dua bekal (tsaqalain) yang diwasiatkan oleh
Rasulullah s.a.w. kepada ummatnya itu merupakan dua persoalan yang
perlu diindahkan dan dijaga baik-baik, agar dalam perjalanan hidup di
dunia ini ummat Islam tidak akan sesat dan akan mencapai tujuan yang
didambakan, iaitu meraih keridhaan Allah s.w.t. di dunia dan di
akhirat. Hadits Tsaqalain diulang di banyak tempat.
Untuk
mempermudahkan penjelasan lebih jauh, baiklah kiranya kalau kami
ketengahkan lebih dulu beberapa nas tentang hadits Tsaqalain:
"Kepada kalian kutinggalkan sesuatu yang jika kalian berpegang teguh
padanya, sepeninggalanku kalian tidak akan sesat: Kitabullah sebagai
tali yang terentang dari langit sampai ke bumi, dan keturunanku,
ahlulbaitku. Kedua-dua tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di
Haudh (syurga). Perhatikanlah dua hal itu dalam kalian meneruskan
kepemimpinanku mengenai dua hal itu". (Dikeluarkan oleh Tirmudziy dari
Zaid bin Arqam. 'Kanzul-Ummal' Jilid I. halaman 44, hadits no. 874)
"Kutinggalkan kepada kalian dua peninggalan: Kitabullah sebagai tali
yang terentang antara langit dan bumi, dan keturunanku ahlulbaitku.
Sesungguhnya kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali
kepadaku di Haudh (syurga)." (Dikeluarkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal
dari hadits Zaid bin Tsabit dan dari dua Shaih Bukhari-Muslim. Yang
pertama pada halaman 182 dan yang kedua pada akhir halaman 189, jilid V.
Dikeluarkan juga oleh Abu Syaibah, Abu Ya'laa dan Ibnu Sa'ad.
"Kanzul-Ummal" jilid I, halaman 47, hadits no. 945).
"Bahawasanya
aku hampir dipanggil dan aku akan memenuhi panggilan itu. Sesungguhnya
aku telah meninggalkan kepada kalian dua bekal: Kitabullah Azza wa
Jalla dan keturunanku. Kitabullah adalah tali yang terentang dari
langit sampai ke bumi, dan keturunanku ialah ahlulbaitku. Bahawasanya
Allah Yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui telah memberitahuku
kepadaku, bahawa kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali
kepadaku di Haudh (syurga). Perhatikan dua hal itu dalam kalian
meneruskan kepimpinanku mengenai dua hal itu". (Dikeluarkan oleh Imam
Ahmad bin Hanbal dari hadits Abu Sa'id Al-Khudhariy. Tercantum dalam
'Musnad'-nya Jilid III, halaman 17 dan 18).
"Kutinggalkan kepada
kalian dua bekal: Kitabullah dan ahlulbaitku. Sesungguhnya kedua-duanya
itu tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di Haudh (syurga)".
(Dikeluarkan oleh Al-Hakim dalam 'Al-Mustadrak' Jilid III halaman 148.
Dikatakan olehnya bahawa hadits tersebut mempunyai kebenaran isnad yang
diakui oleh Bukhari dan Muslim, tetapi tidak dikeluarkan oleh dua
orang Imam hadits tersebut. Dikeluarkan juga oleh Adz-Dzahabiy dalam
'Talkhishul-Mustadrak' dan dinyatakan kebenarannya berdasarkan
pembenaran Bukhari dan Muslim).
"Seakan-akan aku telah dipanggil dan
aku akan memenuhi panggilan itu. Sesungguhnya aku telah meninggalkan
kepada kalian dua bekal, yang satu lebih besar daripada yang lain:
Kitabullah dan keturunanku. Maka perhatikanlah dua hal itu dalam kalian
meneruskan kepimpinanku mengenai dua hal itu. Kedua-duanya tidak akan
berpisah hingga kembali kepadaku di Haudh (syurga). Allah Azza wa Jalla
adalah Maulaku (pemimpinku) dan aku adalah Maula (pemimpin) setiap
orang beriman"…sambil menarik tangan 'Ali bin Abi Thalib r.a,
Rasulullah s.a.w. bersabda lebih lanjut:
"Barangsiapa yang aku ini
menjadi maulanya, maka dia ini (yakni Imam 'Ali r.a) adalah walinya
(pemimpinnya). Ya Allah, pimpinlah orang yang menjadikan dia sebagai
pemimpinnya dan musuhilah orang yang memusuhinya". (Hadits tersebut
diucapkan Rasulullah s.a.w. di Ghadir Khum dalam perjalanan kembali ke
Madinah bersama rombongan sesudah menunaikan Hijjatil-Wada (ibadah haji
perpisahan). Dikeluarkan oleh Al-Hakim dari hadits Zaid bin Arqam
dalam 'Al-Mustadrak' Jilid III, halaman 109 dan 533. Diakui
kebenarannya oleh Adz-Dzahabiy dalam 'Talkhishul-mustadrak').
"Bagi
kalian bukankah aku ini lebih utama daripada diri kalian? Para sahabat
menjawap: Benar, ya Rasulullah! Beliau lalu bersabda: Kelak aku akan
bertanya kepada kalian tentang dua hal: Al-Qur'an dan keturunanku".
(Hadits berasal dari Abdullah bin Hanthab, yang mengatakan bahawa
Rasulullah s.a.w. mengucapkannya di sebuah tempat bernama Jahfah, dalam
suatu khutbah. Dikeluarkan oleh Thabraniy dalam 'Arba'unal-Arba'in yang
ditulis oleh An-Nabhaniy. Dikeluarkan juga oleh As-Sayuthiy dalam
'Ihya'ul-Mayyit').
"Barangsiapa senang hidup seperti hidupku dan
mati seperti matiku, lalu ingin menjadi penghuni syurga 'Adn yang
ditanam oleh Tuhanku, hendaklah ia mengangkat 'Ali sebagai pemimpin
sepeninggalanku, dan orang itu pun hendaklah mengikuti pimpinan yang
diangkat olehnya ('Ali) sebagai pemimpin, dan supaya berteladan kepada
ahlulbaitku sepeninggalanku. Sebab mereka itu adalah keturunanku dan
diciptakan dari darah dagingku serta dikurniai pengertian dan ilmuku.
Celakalah orang dari ummatku yang mendustakan keutamaan mereka, dan
memutuskan hubungan denganku melalui (pemutusan hubungan dengan)
mereka. Allah tidak akan menurunkan syafaatku kepada orang-orang
seperti itu". (Dikeluarkan oleh Thabraniy dalam kitabnya 'Al-Kabir',
dan dikeluarkan juga oleh Ar-Rafi'iy dalam 'Musnad'-nya berdasarkan
isnad Ibnu 'Abbas. 'Kanzul-Ummal' Jilid VI, halaman 217, hadits no.
3819).
Hadits-hadits Rasulullah s.a.w. yang kami kemukakan di atas,
semuanya kami kutip dari kitab-kitab yang di tulis oleh para ulama
Ahlus-Sunnah terkemuka. Isnadnya pun kami ambil dari kitab-kitab
mereka, yang menyebut nama para perawinya secara berturutan dan
bertautan satu sama lain. Hadits-hadits tersebut dikeluarkan juga oleh
para ulama Islam dari berbagai mazhab, seperti: mazhab Imamiyyah,
mazhab Hanafi, mazhab Syafi'i, mazhab Maliki, mazhab Hanbali dan mazhab
Zaidiyyah.
Tanggapan para ulama tentang Hadits Tsaqalain:
Imam
Muslim dalam 'Shahih'nya mengetengahkan sebuah riwayat hadits berasal
dari Yazid bin Hayyan yang menyatakan sebagai berikut: "Bersama Hashih
bin Shibrah dan Umar bin Muslim saya pergi menemui Zaid bin Arqam r.a.
Setelah kami duduk, Hashin berkata kepada Zaid: Hai Zaid, saya sungguh
telah memperoleh banyak kebajikan. Saya sempat menyaksikan hidupnya
Rasulullah s.a.w., mendengar sendiri tuturkata beliau, berperang
bersama-sama beliau dan bersembahyang ma'mum di belakang beliau.
Benarlah, bahawa saya merasa telah memperoleh banyak kebajikan. Hai
Zaid, katakanlah kepada kami apa yang pernah kau dengar dari Rasulullah
s.a.w.!
Zaid bin Arqam kemudian berkata: Rasulullah s.a.w. pernah
mengucapkan khutbah di depan kita. Setelah memanjat puji syukur ke
hadhirat Allah, memberi nasihat-nasihat dan peringatan, beliau lalu
bersabda:
"Amma ba'du, sesungguhnya aku adalah manusia…Hampir datang
utusan Allah kepadaku dan aku menerimanya. Kutinggalkan kepada kalian
dua bekal, yang pertama ialah Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk
dan cahaya terang. Ambillah Kitabullah itu dan berpeganglah teguh
padanya…"
Beliau melanjutkan:
"…Dan ahlulbaitku. Kutinggalkan kalian kepada Allah mengenai ahlulbaitku". (Beliau mengucapkannya tiga kali).
Hashin kemudian bertanya: Hai Zaid, siapakah ahlulbait beliau itu?
Apakah para isteri Rasulullah s.a.w. termasuk ahlulbaitnya? Zaid
menjawap: Isteri-isteri beliau termasuk ahlulbaitnya, tetapi orang-orang
selain beliau s.a.w. yang diharamkan menerima shadaqah juga termasuk
ahlulbait beliau. Hashin bertanya lagi: Siapakah mereka itu? Zaid
menerangkan: Semua keluarga 'Ali, semua keluarga Aqil, semua keluarga
Ja'far dan semua keluarga 'Abbas! Hashin masih bertanya: Benarkah mereka
itu semuanya diharamkan menerima shadaqah? Zaid menjawap: Ya, benar!
Mengenai riwayat hadits tersebut di atas Imam Muslim mengetengahkan nas
riwayat hadits serupa yang berasal dari sumber lain dan mengandungi
makna berlainan, iaitu sebagai berikut: "…Kami bertanya: Apakah
isteri-isteri beliau termasuk ahlulbait Rasulullah s.a.w.? Zaid
menjawap: Tidak, demi Allah. Sebab isteri mungkin hanya untuk sementara
waktu saja hidup bersama suami. Bila terjadi penceraian, isteri akan
kembali kepada orang tua atau sanak saudara keluarganya. Ahlulbait
beliau ialah orang-orang dari mana beliau berasal, dan kaum kerabat
beliau yang diharamkan menerima shadaqah, seperti beliau sendiri".
Imam Nawawiy dalam uraiannya mengatakan, bahawa dua buah riwayat hadits
tersebut nampak berlawanan. Yang jelas diketahui ialah bahawa dalam
kebanyakan riwayat yang diketengahkan oleh Muslim mengenai soal itu,
Zaid bin Arqam mengatakan: para isteri Rasulullah s.a.w. bukan ahlulbait
beliau. Kerana itu riwayat hadits tersebut pertama di atas harus
dita'wilkan, bahawa dimasukkannya para isteri Rasulullah s.a.w. ke dalam
lingkungan ahlulbait, kerana mereka itu tinggal bersama Rasulullah
s.a.w. dan diperlakukan oleh beliau sebagai keluarga. Beliau
memerintahkan supaya mereka itu dihormati dan dimuliakan serta disebut
sebagai 'tsaqal'. Beliau mengingatkan juga supaya hak-hak mereka
dipelihara dan dipenuhi. Atas dasar penta'wilan itu maka para isteri
Rasulullah s.a.w. memang termasuk dalam lingkungan ahlulbait, tetapi
mereka tidak termasuk orang-orang yang diharamkan menerima shadaqah.
Dengan penta'wilan seperti itu maka hilanglah sifat pertentangan antara
dua riwayat hadits yang diketengahkan oleh Imam Muslim.
Mengenai
hadits Tsaqalain, para ulama mengatakan: Hadits tersebut dinamakan
'Hadits Tsaqalain' (Hadits Dua Bekal) mengingatkan besarnya persoalan
yang terkandung di dalamnya.
Ibnul-Atsir dalam kitabnya,
'An-Nihayah', mengatakan: Setiap hal yang amat penting dan sangat
berharga dapat dinamakan 'tsaqal'. Dinamakan 'Hadits Tsaqalain'
mengingat besarnya nilai dan untuk lebih menekankan betapa penting
persoalan yang menjadi kandungan hadits tersebut. Di dalam Kamus,
'tsaqal' bererti sesuatu yang amat sangat berharga dan diperlukan
sebagai bekal dalam perjalanan jauh. Menurut sumber riwayat lain, nas
hadits Tsaqalain adalah:
"Kutinggalkan kepada kalian dua bekal: Kitabullah dan keturunanku".
Dalam kitab 'Is'afur-Raghibin' Ash-Shabban mengatakan: Kalimat yang
berbunyi "Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai ahlulbaitku" bermakna
"Kalian kuperingatkan akan Allah mengenai urusan ahlubaitku".
Dalam
kitab 'Syarah Riyadhus-Shalihin' Ibnu Allan mengatakan: Diulanginya
kalimat tersebut bermaksud menekankan wasiat Nabi s.a.w. mengenai
mereka (ahlulbait) dan beliau minta supaya mereka sungguh-sungguh
diperhatikan. Kerana itu masalahnya menjadi wajib, sebab permintaan
beliau itu ditekankan dan diserukan (dibebankan).
Ahs-Shabban dalam
kitab 'Is'aafur-Raghibin' mengatakan bahawa yang dimaksud dengan 'tali
terentang…' dalam hadits Tsaqalain yang diketengahkan oleh Imam Ahmad
bin Hanbal (Lihat: hadits Tsaqalain no. 3) ialah janji Allah s.w.t.
atau wasilah yang dapat menyampaikan manusia kepada rahmat dan
ridha-Nya.
Demikian pula yang dikatakan oleh Imam Nawawiy.
Di
dalam kitab 'Nawadirul-Ushul' Imam Tirmudziy membatasi makna 'itrah'
(keluarga keturunan) yang terdapat dalam teks hadits Tsaqalain, hanya
pada para pemuka atau Imam-Imam yang terdiri dari keturunan Rasulullah
s.a.w. saja. Mengenai hal itu ia berbicara panjang lebar, antara lain
sebagai berikut: 'Mengenai berpegang teguh pada Kitabullah dan keluarga
keturunan Rasulullah s.a.w. penjelasannya terdapat di dalam keterangan
yang dikemukakan oleh Jabir r.a. Ia mengatakan: Dalam ibadah haji pada
hari 'Arafat aku melihat Rasulullah s.a.w. berada di atas untanya,
'Al-Qushwa', mengucapkan khutbah. Aku mendengar beliau bersabda: "Hai
kaum Muslimin, kutinggalkan kepada kalian sesuatu, jika kalian berpegang
teguh padanya, kalian tidak akan sesat: Kitabullah dan keturunanku,
ahlulbaitku…"
Riwayat hadits yang berasal dari Hudzaifah bin Usaid
Al-Ghifariy mengatakan: Sehabis menunaikan ibadah haji wada Rasulullah
s.a.w. mengucapkan khutbah: "Hai kaum Muslimin, bahawasanya Allah Maha
Lembut lagi Maha Mengetahui memberitahu kepadaku, bahawa seorang Nabi
tidak diberi umur lebih dari separuh umur para Nabi terdahulu. Aku
merasa sudah hampir dipanggil dan aku akan memenuhinya. Aku akan
mendahului kalian berada di dalam Haudh (syurga), dan pada saat kalian
datang kepadaku kalian akan ku tanya mengenai dua bekal. Kerana itu
perhatikanlah bagaimana kalian akan memperlakukan dua hal (bekal) itu
sepeninggalanku. Bekal yang terbesar ialah Kitabullah s.w.t., suatu
sarana yang hujung satunya berada di tangan Allah dan hujung yang
lainnya berada di tangan kalian. Kerananya peganglah teguh, jangan
sampai kalian sesat dan jangan pula menggantinya. Bekal yang terkecil
ialah keluarga keturunanku, ahlulbaitku. Aku telah diberitahu Allah Yang
Maha Lembut, bahawa kedua-duanya itu tidak akan berpisah hingga
kembali kepadaku di Haudh (syurga)…"
Diriwayatkan juga bahawa pada saat itu Rasulullah s.a.w. memanggil orang ramai, kemudian beliau membaca ayat 33 surah Al-Ahzab…
Jadi jelaslah bahawa keturunan ahlulbait termasuk dalam lingkungan
ahlulbait. Mereka adalah orang-orang shafwah (suci), tetapi bukan
orang-orang ma'shum (terpelihara dari kemungkinan berbuat dosa), sebab
yang ma'shum hanyalah para Nabi dan Rasul alaihimus salam, sedang
orang-orang bukan Nabi hanya memperoleh anugerah Ilahi. Mereka
memperoleh anugerah mengenai soal-soal yang bagi mereka masih tertutup,
yakni tidak mereka ketahui. Adapun orang-orang yang telah memiliki
kesanggupan mengetahui soal-soal yang tertutup, mereka itu telah berada
pada martabat yang lebih tinggi daripada orang-orang yang memperoleh
anugerah…
Mengenai ucapan Rasulullah s.a.w. "kedua-duanya tidak akan
berpisah hingga kembali kepadaku di Haudh", dan ucapan beliau "jika
kalian berpegang teguh padanya kalian tidak akan sesat" itu hanya
berlaku bagi para Imam yang berasal dari keturunan ahlulbait, tidak
berlaku bagi orang-orang selain mereka. Orang-orang yang berbuat buruk,
atau orang yang amalan baiknya bercampuraduk dengan amalan buruknya,
bukanlah teladan yang patut diikuti. Orang-orang seperti itu tentu ada
di kalangan para keluarga keturunan Rasulullah s.a.w., sebab mereka itu
tidak terhindar dari syahwat manusiawi dan tidak maksum seperti para
Nabi…
Sama halnya dengan Kitabullah pada masa-masa diwahyukannya,
ada ayat-ayat yang nasikh (mengesamping) dan ada pula ayat-ayat yang
mansukh (dikesampingkan). Ayat-ayat yang nasikh oleh hukum dinyatakan
lebih kuat daripada ayat-ayat yang mansukh. Demikian juga orang-orang
dari keluarga keturunan Rasulullah s.a.w. Yang mempunyai keistimewaan
sebagai teladan berada pada martabat lebih tinggi daripada yang tidak
mempunyai keistimewaan sebagai teladan. Kita wajib berteladan kepada
para ulama dari mereka yang telah dijamin oleh Allah s.w.t. ada pada
mereka. Jadi, kita wajib berteladan bukan kerana memandang
asal-keturunan mereka. Orang-orang yang bukan seunsur atau bukan
seasal-keturunan dengan mereka, jika benar-benar menguasai ilmu agama
sedalam-dalamnya pun wajib kita jadikan teladan, kerana Allah s.w.t.
telah berfirman:
"Taatilah Allah dan Taatilah Rasul serta para pemegang urusan (syariat) dari kalian".[An-Nisa: 59]
"Orang-orang yang memegang urusan syari'at dari kita ialah mereka yang
memperolah pengetahuan dari Allah dan Rasul-Nya mengenai ilmu-ilmu yang
sangat diperlukan untuk mengurus soal-soal syar'at Allah. Menurut
hemat kami, Rasulullah s.a.w. dengan ucapan beliau itu menunjuk
anggota-anggota keluarga keturunan beliau, kerana jika mereka itu baik
nescaya mempunyai keistimewaan dapat memahami apa yang diperlukan. Sebab
kebaikan unsur dapat melahirkan kebaikan akhlak, dan kebaikan akhlak
akan menciptakan kebersihan dan kesucian hati. Manakala hati telah
bersih dan suci ia akan memberikan cahaya terang dan dengan cahaya itu
dada akan menjadi lebih cerah. Semuanya itu merupakan kekuatan bagi
orang yang bersangkutan dalam usahanya memahami apa yang harus dilakukan
menurut perintah syari'at".
Demikian Imam Tirmudziy mengemukakan
pendapat dan alasan-alasan mengenai 'itrah' (keluarga keturunan
Rasulullah s.a.w.) yang tercantum dalam hadits Tsaqalain.
Mengenai
pendapat dan alasan-alasan tersebut Syeikhul-Islam Taqiyyuddin Ahmad
bin Taimiyyah dalam kitabnya yang berjudul 'Al-IAqidatul-Wasithiyyah'
memberikan tanggapannya sebagai berikut:
"Dua kalimat hadits
Tsaqalain yang menyatakan 'kedua-duanya tidak akan berpisah hingga
kembali kepadaku di Haudh, dan sesuatu yang jika kalian berpegang teguh
padanya kalian tidak akan sesat'; tidak hanya berlaku bagi para Imam
atau orang-orang terkemuka dari keluarga keturunan Rasulullah s.a.w.
saja, melainkan berlaku juga bagi semua orang yang berasal dari
keluarga keturunan beliau s.a.w., baik yang awam mahupun yang khawash,
yang menjadi Imam mahupun yang tidak. Pertanyaan Rasulullah s.a.w. yang
menegaskan 'kedua-duanya tidak akan berpisah hingga kembali kepadaku
di Haudh' tidak mengandungi makna, bahawa mereka itu harus sanggup
melaksanakan semua ketentuan yang ditetapkan dalam Kitabullah; sehingga
Tirmudziy mengatakan, bahawa di antara mereka itu ada 'orang-orang
berbuat buruk, atau orang yang amalan baiknya bercampuraduk dengan
amalan buruknya…' dan seterusnya. Pertanyaan Rasulullah s.a.w. itu
adalah dorongnya supaya orang menghormati mereka, dan merupakan berita
menggembirakan bahawa mereka itu tidak akan meninggalkan agama Islam
hingga saat mereka memasuki syurga (haudh) dengan selamat. Itulah makna
pernyataan Rasulullah s.a.w. bahawa mereka itu tidak akan berpisah
dari Kitabullah hingga saat mereka kembali kepada beliau si syurga
kelak…'
"Sebagaimana telah saya katakan, makna 'noda' atau 'kotoran'
(rijsa) dalam ayat tersebut di atas, mencakup segala macam dosa dan
kesalahan lainnya, dan paling buruk ialah kufur. Orang-orang dari
keluarga keturunan Rasulullah s.a.w. adalah orang-orang yang telah
disucikan langsung oleh Allah s.w.t. Dalam hal keteguhan berpegang pada
agama Islam mereka itu tidak akan goyah atau tergelincir…"
"Mungkin orang ingin berkata kepada kami: Dalil itu tidak dapat diterima
oleh Tirmudziy, kerana ia berpendapat bahawa ayat 33 surah Al-Ahzab
ditujukan khusus kepada para isteri Rasulullah s.a.w.…"
"Kami
menjawap: Benar, sekalipun ia berpendapat seperti itu, namun telah
nyata terdapat pembuktian kuat, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah
memanggil 'Ali bin Abi Thalib, Fatimah, al-Hasan dan al-Husein
radhiyallahu anhum, kemudian beliau membacakan ayat 33 surah Al-Ahzab…"
"Tirmudziy sendiri dalam penjelasannya mengatakan, bahawa 'keturunan
mereka (ahlulbait) memang termasuk dalam lingkungan ahlulbait, kerana
itu mereka adalah orang-orang shafwah (suci)'. Dikatakan juga olehnya:
'Hal itu dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. setelah ayat 33 surah Al-Ahzab
turun, kerana beliau ingin memasukkan mereka ke dalam makna ayat
tersebut'. Dengan keterangan seperti itu bererti Tirmudziy yakin bahawa
Rasulullah s.a.w. pernah memanggil 'Ali bin Abi Thalib, Fatimah,
Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu anhum – dan mereka telah memenuhi
panggilan beliau itu dan mendengarkan Rasulullah s.a.w. membacakan ayat
33 surah Al-Ahzab di depan mereka. Dengan demikian meka jelaslah,
bahawa mereka termasuk dalam makna ayat tersebut. Jadi, pada hakikatnya
keterangan Tirmudziy itu sama dengan pendapat para ulama yang lain…'
Mengenai tidak akan terpisahnya mereka (keluarga keturunan Rasulullah
s.a.w.) dari Kitabullah, bermakna bahawa mereka itu tidak akan
menyeleweng dari agama Islam hingga saat mereka kembali kepada
Rasulullah s.a.w. di syurga. Makna tersebut diperkuat dalilnya oleh
firman dalam ayat 5 surah Adh-Dhuha:
"Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu sehingga emgkau menjadi puas…"
'Al-Qurthubiy dalam tafsirnya yang dikutip dari Ibnu 'Abbas r.a,
mengatakan: Kepuasan Muhammad Rasulullah s.a.w. ialah kerana tidak ada
seorang pun dari ahlulbaitnya yang akan masuk neraka'.
'Dalil-dalil hadits mengenai hal itu banyak sekali, antara lain bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Fatimah telah sungguh-sungguh menjaga kesucian dirinya. Kerana itu ia
dan keturunannya dihindarkan Allah dari seksa neraka". Al-Hakim
menegaskan bahawa hadits tersebut shahih…'
'Ada hadits lain lagi yang berasal dari Imran bin Hashin r.a. Ia mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Aku telah mohon kepada Tuhanku supaya tidak memasukkan seorang pun
dari keluargaku (ahlulbaitku) ke dalam neraka, dan Dia mengabulkan
permohonanku". Demikian Imam Ibnu Taimiyyah'.
Dalam Bab yang akan
datang hal itu akan kami uraikan lebih terperinci. Di sini kami
sebutkan saja sebuah dalil tambahan, berupa hadits Rasulullah s.a.w.
yang amat jelas maknanya, iaitu:
"Semua sebab dan nasab akan terputus pada hari kiamat kecuali sebabku dan nasabku".
Dalam hadits tersebut terang sekali bahawa ahlulbait Rasulullah s.a.w.
maksum (terpelihara) dari kekufuran. Sebab kalau ada kemungkinan mereka
akan menjadi kafir tentu Rasulullah s.a.w. tidak akan menegaskan
pengecualian mereka dalam hadits tersebut. Kekufuran adalah pemutusan
hubungan sebab dan nasab (asal keturunan) yang paling besar. Jadi, tetap
tidak akan terputusnya hubungan nasab dengan Rasulullah s.a.w. hingga
hari kiamat kelak merupakan hujjah yang sangat kuat tentang tidak akan
terpisahnya keluarga keturunan Rasulullah s.a.w. dari agama Islam.
Mengenai wasiat Nabi s.a.w. kepada ummatnya supaya berpegang teguh pada
Kitabullah dan itrah atau ahlulbait beliau, tentu saja harus sesuai
dengan keadaannya masing-masing. Berpegang teguh pada Kitabullah bererti
teguh melaksanakan atau mengamalkan ketentuan dan hukum-hukum
syari'at-Nya, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram.
Berpegang teguh pada ahlulbait Rasulullah s.a.w. bererti memelihara
dengan baik hak-hak mereka, seperti: mencintai mereka, menghargai dan
menghormati mereka.
Mengenai orang-orang dari keturunan Rasulullah
s.a.w. yang oleh Tirmudziy dikeluarkan dari lingkungan ahlulbait yang
wajib dijaga hak-haknya dengan baik – kerana menurut Tirmudziy hadits
tersebut di atas hanya berlaku bagi para Imam dan orang-orang terkemuka
ahlulbait, Ibnu Taimiyyah mengetengahkan riwayat-riwayat hadits yang
lain sebagai hujjah. Antara lain riwayat hadits yang berasal dari Zaid
bin Arqam, iaitu:
"Kutinggalkan kepada kalian dua bekal. Yang
pertama ialah Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya
terang; maka ambillah Kitabullah itu dan berpeganglah teguh padanya…,
dan ahlulbaitku. Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai ahlulbaitku!
Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai ahlulbaitku"!
Dari hadits
Zaid bin Arqam itu kita dapat mengetahui, bahawa Rasulullah s.a.w.
pertama-tama mengkhususkan pesan beliau supaya kaum Muslimin berpegang
teguh pada petunjuk dan hidayat Kitabullah Al-Qur'anul-Karim. Hikmah
mengenai hal itu beliau menyebutnya dengan kata-kata "di dalamnya
terdapat petunjuk dan cahaya terang". Setelah itu barulah beliau
menyebut ahlulbait dengan ucapan "Kalian kuingatkan kepada Allah
mengenai ahlulbaitku". Pesan beliau itu diucapkan dua kali untuk lebih
menekankan perlunya memelihara hak-hak mereka sebagai keluarga keturunan
beliau s.a.w. Dalam pesanan beliau itu sama sekali tidak terdapat
pengistimewaan yang seorang daripada yang lain di antara semua keluarga
ahlulbait.
Jelaslah kiranya, bahawa yang dimaksud dengan keluarga
keturunan Rasulullah s.a.w. atau ahlulbait ialah mereka semua yang
diharamkan menerima shadaqah atau zakat, sebagaimana yang dikatakan
oleh Zaid bin Arqam dalam hadits Tsaqalain yang diriwayatkannya. Oleh
Rasulullah s.a.w. mereka itu disebut secara beriringan dengan
penyebutan Kitabullah. Sudah pasti itu bermaksud menghormati kedudukan
mereka, dan untuk menekankan wasiat beliau agar hak-hak mereka
dipelihara sebaik-baiknya oleh kaum muslimin.
Dalam uraian Imam
Tirmudziy mengenai soal itu terdapat perumusan kalimat yamg oleh Ibnu
Taimiyyah dianggap aneh dan menghairankan. Iaitu kalimat yang berbunyi:
"Apabila orang-orang yang tidak seunsur atau tidak seasal keturunan
dengan mereka (keluarga keturunan ahlulbait) benar-benar menguasai
ilmu-ilmu agama secara mendalam, maka kita pun wajib berteladan kepada
mereka, sama seperti kita berteladan kepada orang-orang (Imam-imam)
terkemuka yang berasal keturunan Rasulullah s.a.w."
Perumusan
kalimat seperti itu oleh Ibnu Taimiyyah dianggap menarik garis
persamaan antara keluarga keturunan Rasulullah s.a.w. dan orang-orang
dari unsur lain yang bukan keluarga keturunan Rasulullah s.a.w. Jadi,
tidak ada keistimewaan apa pun pada orang-orang keturunan Rasulullah
s.a.w. Yang dipandang oleh Tirmudziy sebagai ciri istimewa ialah
"kedalaman ilmu" yang ada pada orang-orang keluarga keturunan Rasulullah
s.a.w. Dengan demikian maka yang diertikan 'itrah' dan 'ahlulbait'
menurut Imam Tirmudziy bukan lain hanyalah para ulama, para Imam dan
Para ahli Fiqh di kalangan ummat Islam! Benarkah itu yang dimaksud oleh
Rasulullah s.a.w.? Tentu tidak!
Yang dimaksud oleh Rasulullah
s.a.w. ialah keluarga keturunan dan kaum kerabat, tidak pandang apakah
mereka itu Imam, ulama atau bukan. Mengenai para ahli Fiqh, para ulama
dan para Imam, mereka itu memang teladan bagi ummat Islam dan merupakan
pelita yang menerangi kegelapan. Akan tetapi itu tidak bererti bahawa
mereka itu keluarga keturunan Rasulullah s.a.w. Para ulama, para ahli
fiqh dan para Imam itu justeru orang-orang yang paling pertama
berkewajipan mengindahkan wasiat Nabi s.a.w., yakni secara umum itu
wajib menghormati kedudukan dan memelihara hak-hak keluarga keturunan
Rasulullah s.a.w. dengan sebaik-baiknya.
Rasulullah s.a.w.
mengucapkan khutbah yang di dalamnya terdapat 'hadits Tsaqalain' itu di
depan lautan manusia dan disaksikan oleh para sahabat beliau. Ketika
itu beliau baru selesai menunaikan ibadah haji wada. Beliau berangkat
dari Madinah ke Makkah disertai beribu-ribu kaum Mislimin, tidak
termasuk mereka yang datang dari daerah Yaman. Pada masa itu mereka
merupakan bahagian terbesar ummat Islam. Kecuali para sahabat, di
antara mereka terdapat juga para ahli Fiqh seperti Abu Bakar
Ash-Shiddiq r.a dan lain-lain. Tidak diragukan lagi, di antara mereka
itu pasti terdapat orang-orang yang sudah lebih mendalam ilmu
pengetahuannya tentang Fiqh dibanding dengan kebanyakan anggota
ahlulbait dan anak-anak mereka. Apakah di antara kaum Muslimin yang
sebanyak itu ada yang menyimpulkan, bahawa Rasulullah s.a.w. dengan
hadits Tsaqalain itu mewasiatkan para anggota keluarganya supaya
memuliakan kedudukan para ulama dan para ahli Fiqh? Apakah beliau
berwasiat bahawa anggota-anggota keluarga beliau adalah Abu Bakar
Ash-Shiddiq, Umar Ibnul-Khatthab, Zaid bin Tsabit, Ubaiy bin Ka'ab,
Mu'adz bin Jabal, Abdullah bin Salam, atau para ulama lainnya, baik yang
berasal dari kaum Muhajirin ataupun kaum Ansar? Apakah kaum Muslimin
yang sebanyak itu tidak ada yang memahami, bahawa Rasulullah s.a.w.
berpesan kepada segenap kaum Muslimin supaya memelihara dengan baik
kedudukan para keluarga keturunan dan kaum kerabat beliau? Apakah di
antara kaum Muslimin yang beribu-ribu jumlahnya itu tidak ada yang
mengerti, bahawa yang dimaksud 'itrah' atau 'ahlulbait' itu 'keluarga
keturunan Rasulullah s.a.w.'? Bukan orang-orang selain mereka? Sebab,
erti 'itrah' atau 'ahlulbait Rasulullah s.a.w.' tidak bisa lain kecuali
mereka, keluarga Rasulullah s.a.w. dan keturunan beliau! Apakah ketika
itu ada orang yang mengatakan, bahawa yang dimaksud 'itrah' atau
'ahlulbait' itu bukan keturunan keluarga Rasulullah s.a.w., melainkan
orang-orang lain yang tidak mempunyai hubungan darah dengan beliau?
Masih ada satu persoalan lagi yang menjadi pendapat Imam Tirmudziy
mengenai masalah 'itrah' dan 'ahlulbait'. Ia mengatakan: "Mereka
(ahlulbait) diikuti kerana ilmunya. Kalau ada orang dari unsur lain yang
mempunyai ilmu seperti mereka, kita pun wajib mengikutinya dengan cara
yang sama seperti kita mengikuti 'ahlulbait'. Jadi menurut Tirmudziy
persoalan pokok yang wajib diikuti ialah ilmu, bukan unsur keturunan
Rasulullah s.a.w. kerana – menurut Tirmudziy – telah berabad-abad
lamanya ijtihad terputus dari mereka, maka mereka telah kehilangan
syarat-syarat yang diperlukan"!
Para Ahlus-Sunnah di seluruh dunia
dalam masalah hukum Fiqh semuanya mengikuti empat orang Imam, iaitu
Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad bin Hanbal dam Imam Syafi'i
radhiyallahu anhum. Dalam masalah 'aqa'id kaum Ahlus-Sunnah mengikuti
Al-Asy'ariy atau Al-Matridiy. Adapun mengenai para ahlulbait, walaupun
pada masa pertumbuhan Islam mereka itu banyak yang menjadi Imam,
mujtahid dan pendiri mazhab; namun mazhab-mazhab mereka tidak tercatat
dengan baik dan tidak terkenal luas. Mazhab-mazhab mereka menjadi
tambah menciut akibat semakin menciutnya para pengikut dan para
pendukung mazhab-mazhab mereka.
Apa yang dikatakan oleh sementara
golongan pada zaman belakangan, bahawa mazhab mereka itu berasal dari
ahlulbait, tidak dapat dibenarkan. Menurut kenyataan mazhab mereka
sangat berlawanan dengan mazhab Ahuls-Sunnah. Tirmudziy sendiri dalam
uraiannya tidak pernah menyebut peranan para ahlul-bait, padahal mereka
itu sumber aslinya. Uraian seperti itu sukar diterima.
Mungkin ada
orang yang berkata: Yang dimaksud oleh Tirmudziy bukan kaum
mujtahidin, melainkan para ulama dari kalangan keturunan Rasulullah
s.a.w. dan mereka itu banyak terdapat di setiap zaman!
Persoalan itu
dapat diberikan jawapannya sebagai berikut: Imam Tirmudziy dalam
pernyataannya mengemukakan, bahawa para Imam diikuti oleh kaum Muslimin
kerana kedalaman ilmunya, khususnya ilmu Fiqh. Pernyataan seperti itu
kurang tepat, kerana para Imam tidak bisa lepas sama sekali dari
peranan kaum Mujtahidin sebelum mereka. Itu bererti yang diikuti oleh
kaum Muslimin adalah kaum mujtahidin, sebab para Imam itu menimba ilmu
para mujtahidin!
Lebih jauh Tirmudziy mengatakan: Para ulama yang
ada di kalangan mereka (keturunan Rasulullah s.a.w.) pada zaman-zaman
belakangan mengikuti salah satu dari empat mazhab, kerananya jelas
mereka mengikuti orang lain, bukan orang lain yang mengikuti mereka.
Selanjutnya Tirmudziy juga mengatakan: Menurut hemat saya, Rasulullah
s.a.w. menunjuk mereka (keluarga keturunan beliau) kerana jika orang
dari unsur mereka itu baik maka ia akan sanggup memahami apa yang
diperlukan…dan seterusnya.
Apa yang dikatakan Imam Tirmudziy itu
perlu dihargai, tetapi ia tidak mengemukakan hujjah atau dalil bahawa
yang dimaksud oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadits Tsaqalain itu "para
ulama" dari ahlul-bait beliau! Seandainya beliau bermaksud seperti itu
tentu beliau akan menyebut: "Kutinggalkan kepada kalian dua bekal:
Kitabullah dan para ulama dari ahlulbaitku", agar beribu-ribu
pendengarnya dapat memahami maksud beliau dengan jelas. Kaum Muslimin
yang sedemikian banyaknya itu tentu mempunyai tingkat kecerdasan yang
berbeza-beza, ada yang bisa cepat memahami khutbah beliau dan ada pula
yang tidak.
Pandangan Syeikhul-Islam Ibnu Taimiyyah tentang ahlul-bait Rasulullah s.a.w.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam bukunya yang berjudul 'Risalatul-Furqan', halaman 163 mengatakan sebagai berikut:
"Yang dimaksud hadits 'Tsaqalain' ialah sabda Nabi s.a.w.:
'Kutinggalkan kepada kalian dua bekal, Kitabullah…' Kemudian beliau
mewasiatkan supaya semua kaum Muslimin berpegang teguh padanya. Beliau
lalu melanjutkan:…'Dan keturunanku, ahlulbaitku'…diulang tiga kali dan
seterusnya…"
Ibnu Taimiyyah dalam bukunya yang berjudul 'Al-Washiyyatul-Kubra' halaman 297 menerangkan sebagai berikut:
"…Para anggota keluarga Rasulullah s.a.w. mempunyai beberapa hak yang
wajib dipelihara sebaik-baiknya. Allah telah memberi hak kepada mereka
untuk menerima bahagian dari seperlima ghanimah (jarahan perang), dan
Allah telah memerintahkan ummat Islam menyampaikan shalawat kepada
mereka bersama shalawat yang disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. Kepada
kaum Muslimin Rasulullah s.a.w. mengajarkan ummatnya supaya berdoa:
"Ya Allah, limpahkanlah shalawat kepada Muhammad dan kepada Aal
(keluarga) Muhammad, sebagaimana Engkau telah melimpahkan shalawat
kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnyalah Engkau Maha Terpuji
lagi Maha Agung. Berkatilah Muhammad dan Aal Muhammad, sebagaimana
Engkau telah memberkati Ibrahim dan Aal Ibrahim…"
Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ka'ah bin Syajarah mengatakan, ketika turun ayat:
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai
orang-orang yang beriman, hendaklah kalian bershalawat untuk Nabi dan
ucapkanlah salam penghormatan baginya".[Al-Ahzab: 56]
Kami (para
sahabat) bertanya: "Kami telah mengetahui bagaimana cara mengucapkan
salam kepada anda, tetapi bagaimanakah cara kami bershalawat untuk
anda? Rasulullah s.a.w. menjawap:
"Ucapkanlah: Ya Allah,
limpahkanlah shalawat kepada Muhammad dan kepada aal Muhammad". (Mahmud
Syarqawiy: 'Sayyidatu Zainab r.a' 21)
Hadits yang lain lagi meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengingatkan para sahabatnya:
"Janganlah kalian bershalawat untukku dengan shalawat buntung".
Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan shalawat buntung?" Beliau s.a.w. menjawap:
"Kalian mengucapkan 'Ya Allah, limpahkanlah shalawat kepada Muhammad',
lalu kalian berhenti di situ; tetapi ucapkanlah: 'Ya Allah,
limpahkanlah shalawat kepada Muhammad dan aal Muhammad". (Mahmud
Syarqawiy: 'Sayyidatu Zainab r.a: 21)
Imam Syafi'i r.a berkata dalam dua bait sya'irnya:
(Hai ahlulbait Rasulullah, kecintaan kepada kalian
kewajipan dari Allah yang turun dalam Al-Qur'an
Cukuplah bukti betapa tinggi nilai kalian
tiada sempurna shalat tanpa shalawat untuk kalian).
"Para anggota keluarga (aal) Muhammad ialah mereka yang diharamkan
menerima shadaqah atau zakat. Demikian kata Imam Syafi'iy dan Imam Ahmad
bin Hanbal serta para alim ulama yang lain – rahimmahumullah – kerana
Nabi s.a.w. sendiri telah bersabda, bahawa peribadi beliau sendiri dan
para anggota keluarganya diharamkan menerima shadaqah. Dalam Al-Qur'an
Allah s.w.t. telah berfirman bahawa Allah semata-mata hendak menghapus
rijsa (kotoran) dari para ahlulbait dan hendak mensucikan mereka
sesuci-sucinya (Al-Ahzab: 33). Allah mengharamkan mereka menerima
shadaqah kerana shadaqah dapat dipandang sebagai kotoran orang lain
(yakni: shadaqah merupakan cara untuk membersihkan diri dari dosa –
pen)".
Setelah menunjuk beberapa kitab Musnad dan Hadits-hadits,
Ibnu Taimiyyah mengetengahkan jawapan Rasulullah s.a.w. kepada paman
beliau, 'Abbas, ketika ia mengadu kepada beliau tentang adanya
perlakuan kasar sementara orang terhadap dirinya. Ketika itu Rasulullah
s.a.w. menjawap:
"Demi Allah yang nyawaku berada di tangan-Nya,
mereka itu tidak akan memasuki syurga selama mereka belum mencintai
kalian demi kerana aku".
Ibnu Taimiyyah kemudian mengetengahkan hadits Rasulullah s.a.w. yang menerangkan kemulian asal keturunan beliau s.a.w., iaitu:
"Allah telah memilih anak cucu keturunan (bani) Ismail, dan memilih
anak cucu keturunan Kinanah dari Bani Ismail, kemudian memilih Quraisy
dari Kinanah, dan memilih Bani Hasyim dari Quraisy, lalu memilih aku
dari anak cucu keturunan Bani Hasyim".
Dalam buku
'Al-Aqidatul-Wasithiyyah' Ibnu Taimiyyah dengan tegas membenarkan sikap
dan pendirian kaum Ahlus-Sunnah terhadap ahlulbait Rasulullah s.a.w.
Ia mengatakan: "Mereka mencintai ahlulbait Rasulullah s.a.w. yang oleh
mereka dipandang sebagai para pemimpin dan mereka jaga baik-baik
hak-haknya, berdasarkan wasiat Rasulullah s.a.w. yang diucapkan di
Ghadir Khum: "Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai ahlulbaitku"!
Ibnu Taimiyyah menegaskan hal itu setelah menyatakan sikapnya yang sama
sekali tidak dapat membenarkan pandangan kaum Rawafidh1) yang membenci
dan mencerca para sahabat Nabi, dan pandangan kaum Nawashib2) yang
selalu mengganggu ahlulbait Rasulullah s.a.w. baik dengan perkataan
mahupun dengan perbuatan.
Dalam bukunya yang berjudul 'Risalah Darajatul-Yaqin' halaman 149 Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan:
"Bagi manusia tak ada kecintaan yang lebih besar, lebih sempurna dan
lebih lengkap daripada kecintaan orang-orang beriman yang ditumpahkan
kepada Tuhan mereka, Allah. Di alam wujud ini tak ada suatu apa pun yang
berhak dicintai tanpa kerana Allah. Kecintaan kepada segala sesuatu
harus didasarkan pada kecintaan kepada Allah. Rasulullah s.a.w. dicintai
semata-mata demi kerana Allah. Iaitu sebagaimana dinyatakan Allah
s.w.t. dalam firman-Nya:
"Katakanlah hai Muhammad: Jika kalian mencintai Allah, maka ikutilah aku, Allah nescaya mencintai kalian".[Aali-Imran: 31]
Dalam 'Risalah Tafsirul-Mu'awwadzatain' Ibnu Taimiyyah menjelaskan soal
kekhususan Ahlul-Kisa sebagai ahlulbait Rasulullah s.a.w. Ia
mengatakan: "Sama halnya dengan sabda Nabi s.a.w. yang mengatakan
bahawa masjid yang didirikan atas dasar takwa ialah 'masjidku'. Padahal
secara pasti nas Al-Qur'an yang mengenai itu menerangkan, bahawa yang
dimaksud adalah masjid Quba. Demikian pula sabda Rasulullah s.a.w. yang
diucapkan kepada Ahlul-Kisa bahawa mereka itu adalah 'ahlulbaitku'.
Pada hal ayat Al-Qur'an yang mengenai 'ahlulbait' (Al-Ahzab: 33)
pengertiannya mencakup para isteri Nabi s.a.w. Mengenai soal-soal
seperti itu pengkhususan sesuatu yang perlu dikhususkan memang lebih
baik daripada hanya diutarakan keumuman sifat-sifatnya saja".
Mengenai kemuliaan nasab (asal-usul keturunan) Rasulullah s.a.w. sebagai
pangkal kemuliaan nasab ahlulbait dan keturunan beliau, Ibnu Taimiyyah
dalam 'Al-Iqtidha' halaman 72 menerangkan sebagai berikut:
"Tirmudziy meriwayatkan sebuah hadits berasal dari 'Abbas bin Abdul
Mutthalib yang mengatakan: kepada Rasulullah s.a.w. saya berkata: 'Ya
Rasulullah, ada sekelompok orang Quraisy duduk-duduk memperbincangkan
kemuliaan silsilah mereka, kemudian 'mengibaratkan diri anda sebagai
sebatang pohon kurma yang tumbuh pada tanah yang kotor' (yang dimaksud
ialah: Nabi seorang yang mulia, tetapi berasal dari keturunan rendah).
Rasulullah s.a.w. menjawap: "Allah mencipta manusia dan telah
menciptakan diriku berasal dari jenis kelompok manusia terbaik. Kemudian
Allah menciptakan kabilah-kabilah terbaik, dan menjadikan diriku dari
kabilah yang terbaik. Lalu Allah menciptakan keluarga-keluarga terbaik
dan menjadikan diriku dari keluarga yang paling baik. Akulah orang yang
terbaik di kalangan mereka, baik dari segi peribadi mahupun dari segi
silsilah". Tirmudziy menilai hadits tersebut sebagai hadits Hasan
(hadits baik).
Nas hadits tersebut adalah sebagai berikut:
Lebih
lanjut Ibnu Taimiyyah mengatakan (dalam 'Al-Iqtidha' halaman 73 dan
74), bahawa Imam Tirmudziy meriwayatkan dua buah hadits tentang sikap
Rasulullah s.a.w. terhadap orang-orang yang tidak menghormati keluarga
dan kerabat beliau. Hadits pertama berasal dari Mutthalib bin Rabi'ah,
bahawa 'Abbas bin Abdul Mutthalib mengatakan, pada suatu hari ia dalam
keadaan marah datang menghadap Rasulullah s.a.w. Beliau s.a.w.
bertanya: "Apa yang membuatmu marah?" 'Abbas menjawap: 'Ya Rasulullah,
jika kita berjumpa dengan orang-orang Quraisy semestinya masing-masing
harus memperlihatkan wajah cerah ceria, tetapi apa jadinya kalau
masing-masing tidak memperlihatkan wajah sedemikian itu?" Ketika itu
wajah Rasulullah s.a.w. tampak kemerah-merahan menandakan kegusaran,
kemudian beliau menjawap:
"Demi Allah yang nyawaku berada di
tangan-Nya, iman tidak akan masuk ke dalam hati seseorang selama ia
belum mencintai kalian demi Allah dan Rasul-Nya…"
Hadits kedua yang
diketengahkan oleh Tirmudziy diambil dari Musnad Imam Ahmad bin Hanbal
dan berasal dari Mutthalib bin Rabi'ah, yang mengatakan: bahawa pada
suatu hari 'Abbas datang menghadap Rasulullah s.a.w. kemudian berkata:
'Ya Rasulullah, kami keluar rumah dan kami menyaksikan beberapa orang
Quraisy sedang bercakap-cakap. Ketika mereka melihat kami, semuanya
mendadak diam'. Mendengar itu Rasulullah s.a.w. tampak marah hingga
keningnya berkeringat, kemudian menjawap:
"Demi Allah, iman tidak
akan masuk ke dalam hati seseorang selama ia belum mencintai kalian
kerana Allah dan kerana kalian itu kerabatku".
Menanggapi dua buah
hadits yang diketengahkan oleh Imam Tirmudziy itu Ibnu Taimiyyah
mengatakan sebagai berikut: "…Allah telah memberi kekhususan kepada
orang-orang Arab dan dalam bahasa mereka Allah s.w.t. menurunkan
hukum-hukum-Nya. Dengan demikian mereka itu menjadi berbeza dari
orang-orang lain. Kemudian Allah mengkhususkan orang-orang Quraisy dan
menjadikan mereka sebagai para penerus kepemimpinan Rasulullah s.a.w.
Allah mengkhususkan orang-orang keturunan Bani Hasyim haram menerima
shadaqah atau zakat, tetapi memberi hak kepada mereka menerima bahagian
dari seperlima ghanimah. Selain itu Allah s.w.t. memberikan darjat
keutamaan kepada mereka sesuai dengan silsilah keturunannya. Sungguhlah
bahawa Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".
Selanjutnya
dalam 'Al-Iqtidha' halaman 79 Ibnu Taimiyyah mengatakan: "Lihatlah
ketika Umar Ibnul-Khatthab r.a menetap daftar urutan pembahagian jatah
tunjangan bagi kaum Muslimin. Banyak orang mengatakan nama Umar supaya
ditempatkan pada urutan pertama. Namun ketika Umar berkata tegas:
"Tidak! Tempatkanlah Umar sebagaimana Allah menempatkannya"! Umar
kemudian memulai dengan anggota-anggota ahlulbait Rasulullah s.a.w.,
baru menyusul orang-orang dari Bani Adiy – kabilah Umar sendiri. Mereka
itu orang-orang keturunan Quraisy yang sudah jauh terpisah hubungan
silsilahnya. Urutan seperti itu tetap dipertahankan oleh Umar dalam
pemberian hak-hak tertentu. Pada umumnya lebih mendahulukan orang-orang
Bani Hasyim daripada orang-orang Quraisy lainnya".
Dalam sebuah
risalah yang disusun khusus berkenaan dengan peristiwa pembunuhan cucu
Rasulullah s.a.w., al-Husein r.a di Karbala oleh penguasa Bani Umayyah,
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan:
"Allah telah memuliakan
al-Husein r.a dan anggota-anggota keluarganya dengan jalan memperoleh
syahadah (mati syahid). Allah telah melimpahkan keridhaan-Nya kepada
mereka semua dan membuat mereka ridha serta ikhlas. Allah telah
merendahkan darjat orang-orang yang menghina al-Husein r.a beserta kaum
keluarganya, dengan menimpakan murka-Nya kepada mereka berupa
perbuatan-perbuatan derhaka, kezaliman dan permusuhan; kerana mereka
telah mencabuli kehormatan al-Husein r.a dan kaum keluarganya dengan
menumpahkan darahnya…"
"Peristiwa yang menimpa al-Husein r.a pada
hakikatnya adalah nikmat Allah yang terlimpah kepadanya, agar ia
memperoleh martabat sebagai salah seorang syuhada (para pahlawan
syahid). Suatu cubaan yang Allah tidak memperkenankan terjadi atas
dirinya pada masa pertumbuhan Islam, sebagaimana cubaan yang dialami
oleh kaum keluarganya, seperti: Datuknya, ayahnya, pamannya dan paman
ayahnya (yakni: Rasulullah s.a.w., Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a, Ja'far
bin Abi Thalib r.a dan Hamzah bin Abdul Mutthalib – radhiyallahu
anhum)".
Pada halaman 144 buku 'Al-Iqtidha' Ibnu Taimiyyah dalam
uraiannya tentang Hari Asyura, mengatakan sebagai berikut: "Allah telah
melimpahkan kemuliaan besar kepada cucu Rasulullah s.a.w., al-Husein
r.a, pemuda terkemuka ahli syurga bersama kaum keluarganya; melalui
tangan-tangan orang derhaka yang telah menghina mereka. Musibah apa pun
yang menimpa kaum Muslimin wajib mereka hadapi dengan sikap seperti
ketika al-Husein r.a menghadapi musuh…"
Empat macam penafsiran tentang makna 'aal' Muhammad Rasulullah:
Syeikhul Islam Ibnul-Qayyim Al-Jauziyyah dalam bukunya yang berjudul
'Jala'ul-Afham' halaman 138 menerangkan adanya empat macam faham
mengenai makna 'aal Muhammad s.a.w.'Fahaman yang pertama terbahagi
menjadi tiga penafsiran, iaitu:
a. Penafsiran
yang mengatakan, bahawa 'aal Muhammad s.a.w.' ialah anak cucu
keturunan Bani Hasyim dan anak cucu keturunan Bani Mutthalib. Ini
adalah mazhab Syafi'i dan Ahmad bin Hanbal, berdasarkan riwayat-riwayat
hadits yang dikemukakan oleh dua orang Imam tersebut.
b. Penafsiran
yang mengatakan, bahawa 'aal Muhammad s.a.w.' ialah khusus anak cucu
keturunan Bani Hasyim. Ini adalah mazhab Imam Abu Hanifah, berdasarkan
pendapat Abul-Qasim, sahabat Imam Malik.
c. Penafsiran
yang mengatakan, bahawa 'aal Muhammad s.a.w.' ialah semua orang dari
silsilah Bani Hasyim ke atas dan ke bawah hingga anak cucu Ghalib.
Penafsiran ini berdasarkan pendapat Asyhab, sahabat Imam Malik juga,
sebagaimana yang dikatakan oleh penulis buku 'Al-Jawahir', dan oleh
Al-Lakhmiy dalam buku 'At-Tabashshur', tetapi ia tidak mengatakan bahawa
pendapat itu berasal dari Asyhab.
Tiga macam panafsiran tersebut
di atas semuanya menetapkan, bahawa 'aal Muhammad s.a.w.' ialah mereka
yang diharamkan menerima shadaqah.
Faham yang kedua ialah yang
mengatakan, bahawa 'aal Muhammad s.a.w.' ialah anak cucu keturunan
Rasulullah s.a.w., khususnya para isteri beliau. Hal itu diriwayatkan
oleh Ibnu Abdul Birr di dalam buku 'At-Tamhid', dan berdasarkan sebuah
hadits yang diriwayatkan oleh Imam Malik berasal dari Nu'aim Al-Mujmar,
dan hadits-hadits lainnya lagi; yang semuanya menerangkan bahawa
Rasulullah s.a.w. sering berdoa:
"Ya Allah, limpahkan shalawat kepada Muhammad, kepada aal Muhammad, kepada para isteri dan keturunan Muhammad".
Para pendukung faham yang kedua itu mengatakan, bahawa ucapan
Rasulullah s.a.w. tersebut merupakan penafsiran makna 'aal Muhammad
s.a.w.' yang bererti para isteri dan anak cucu keturunan beliau. Lebih
jauh mereka mengatakan, jika seseorang bertemu dengan seorang isteri
Rasulullah s.a.w. atau salah seorang anak cucu keturunan beliau, ia
boleh mengucapkan:
"Allah melimpahkan shalawat kepada anda"
Dan jika tidak langsung bertemu, bolehlah ia mengucapkan:
"Allah melimpahkan shalawat kepadanya"
Akan tetapi ucapan tersebut tidak boleh dialamatkan kepada orang-orang
selain para isteri Rasulullah s.a.w. dan anak cucu keturunan beliau.
Mereka mengatakan juga, bahawa kata 'aal' atau kata 'ahlu' (keturunan
dan keluarga) mempunyai erti yang sama, yakni anak cucu keturunan
seseorang dan keluarga seseorang adalah sama ertinya, iaitu para isteri
dan anak cucu keturunannya. Pengertian itu didasarkan pada hadits
tersebut di atas.
Faham yang ketiga mengatakan, bahawa makna 'aal
Muhammad s.a.w.' ialah semua pengikut Nabi Muhammad s.a.w. hingga
datangnya hari kiamat. Hal itu dikemukakan oleh Ibnu Abdul Birr dan
sementara ulama berdasarkan pernyataan Jabir bin Abdullah, sebagaimana
disebut riwayatnya oleh Al-Baihaqiy, Sufyan Ats-Tsauriy dan lain-lain.
Beberapa sahabat Imam Syafi'i pun berpendapat seperti itu, sebagaimana
yang dikatakan oleh Abu Toyyib At-Thabariy dalam syarahnya, kemudian
dibenarkan oleh Syeikh Muhyiddin An-Nawawiy dalam kitab 'Syarah
Muslim', dan diperkuat oleh Al-Azhariy.
Adapun faham yang keempat
ialah yang mengatakan, bahawa yang dimaksud dengan 'aal Muhammad
s.a.w.' adalah semua orang yang bertakwa di kalangan ummat Muhammad
s.a.w. Hal ini dikemukakan oleh Al-Qadhi. Hisain dan Ar-Raghib bersama
jama'ahnya.
Syeikhul Islam Ibnul-Qayyim kemudian mengemukakan
dalil-dalil dan hujjah yang berkaitan dengan empat faham dan
pendapat-pendapat tersebut serta menjelaskan dalil mana yang kuat dan
lemah.
Mengenai faham pertama – termasuk tiga macam penafsirannya –
Ibnul-Qayyim mengatakan, bahawa faham tersebut didasarkan pada
pernyataan Rasulullah s.a.w. yang melarang aal beliau (keluarga beliau)
menerima atau makan shadaqah dan zakat. Salah satu hadits mengenai hal
itu diriwayatkan oleh Al-Bukhariy di dalam 'Shahih'nya, iaitu hadits
berasal dari Abu Hurairah yang mengatakan sebagai berikut:
"Pada
musim panen kurma banyak orang berdatangan kepada Rasulullah s.a.w.
membawa buah kurma untuk beliau sehingga banyak kurma menumpuk di
kediaman beliau. Kemudian datanglah dua orang cucu beliau yang masih
kanak-kanak, al-Hasan dan al-Husein, lalu bermain-main dengan buah kurma
yang banyak itu. Salah seorang dari kedua cucu Rasulullah s.a.w. itu
memasukkan sebuah kurma ke dalam mulut hendak dimakan. Melihat hal itu
Rasulullah s.a.w. segera mengeluarkan kurma yang sudah berada di dalam
mulut cucunya, seraya berkata: "Apakah engkau tidak mengerti bahawa aal
(keluarga) Muhammad tidak makan shadaqah?"…Menurut riwayat Muslim,
ketika itu Rasulullah bersabda: "Shadaqah tidak dihalalkan bagi kami".
Hadits kedua yang disebut oleh Ibnul-Qayyim sebagai dalil yang
mendasari faham dan penafsiran tersebut ialah hadits shahih yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim berasal dari Zaid bin Arqam (Lihat:
hadits Tsaqalain no. 5), iaitu bahagian dari khutbah Rasulullah s.a.w.
di Ghadir Khum.
Hadits ketiga yang dikemukakan oleh Ibnul-Qayyim
sebagai dasar faham tersebut ialah hadits Az-Zuhriy yang berasal dari
Urwah dan Urwah berasal dari Ummul Mu'minin Siti Aisyah r.a,
sebagaimana tercantum di dalam dua 'Shahih Bukhariy dan Muslim'. Iaitu,
bahawa sepeninggalan Rasulullah s.a.w. Siti Fatimah r.a (puteri bongsu
Rasulullah s.a.w.) mengutus seorang menghadap Khalifah Abu Bakar
Ash-Shiddiq r.a untuk menanyakan kepadanya tentang warisan yang dapat
diterima dari ayahandanya, Muhammad Rasulullah s.a.w. Abu Bakar r.a
menjawap, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Kami tidak
mewariskan. Apa yang kami tinggalkan adalah shadaqah. Keluarga Muhammad
hanya makan dari harta itu saja, yakni harta Allah. Mereka tidak
berhak mendapat tambahan yang lain…"
Ibnul Qayyim mengemukakan
hadits yang keempat, iaitu hadits yang diriwayatkan oleh Muslim berasal
dari Abdullah bin Al-Harits bin Naufal Al-Hasyimiy yang mengatakan,
bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Abdul Mutthalib bin
Rabi'ah dan Al-Fadhl bin 'Abbas, bahawa shadaqah itu bukan lain adalah
kotoran orang (yakni: untuk membersihkan diri dari dosa), kerananya hal
itu tidak dihalalkan bagi Muhammad dan aal Muhammad s.a.w.
Hadits
yang dikemukakan oleh Ibnul Qayyim ialah hadits yang diriwayatkan oleh
Muslim dalam 'Shahih'nya, berasal dari Urwah bin Zubair yang mendengar
sendiri Siti Aisyah r.a berkata, bahawasanya pada suatu hari Rasulullah
s.a.w. menyuruhnya membawakan seekor kambing tidak bertanduk dan
berwarna kehitam-hitaman guna disembelih. Setelah kambing itu
dibaringkan, sebelum disembelih Rasulullah s.a.w. berdoa: "Bismillah, ya
Allah, terimalah dari Muhammad, dari aal Muhammad dan dari ummat
Muhammad". Kemudian kambing itu disembelih.
Imam Muslim meriwayatkan
hadits tersebut selengkapnya dan menerangkan urutan maknanya yang
berlainan, iaitu bahawa 'ummat Muhammad' mempunyai erti umum, sedangkan
'keluarga' adalah menunjukkan kekhususan. Orang-orang yang menafsirkan
kata 'aal' bermakna 'keluarga Muhammad s.a.w. yang diharamkan menerima
shadaqah' mengatakan, bahawa penafsiran yang berdasarkan ucapan
Rasulullah s.a.w. lebih utama daripada penafsiran yang berdasarkan
pendapat orang lain.
Demikianlah dalil-dalil yang dikemukakan oleh Ibnul-Qayyim mengenai penafsiran-penafsiran orang yang mendukung faham pertama.
Sehubungan dengan masalah tersebut dapat kami tambahkan, bahawa pada
dasarnya semua keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. diharamkan menerima
shadaqah atau zakat. Yang dimaksud keturunan ahlulbait, khususnya
ialah mereka yang berasal dari keturunan al-Hasan dan al-Husein
radhiyallahu 'anhuma, bukan keturunan dari dua orang saudara perempuan
mereka, kendatipun semuanya adalah putera-puteri Fatimah binti Muhammad
Rasulullah s.a.w. Ketentuan tersebut didasarkan pada sebuah hadits
shahih berasal dari Jabir r.a, diketengahkan oleh Al-Hakim di dalam
'Al-Mustadrak' dan oleh Abu Ya'laa di dalam 'Musnad'nya, bahawasanya
Siti Fatimah r.a meriwayatkan ayahandanya s.a.w. berkata:
"Semua
anak Adam yang dilahirkan oleh seorang ibu termasuk di dalam suatu
'ushbah – yakni kelompok dari satu keturunan – kecuali dua orang putera
Fatimah. Akulah wali dan 'ushbah mereka berdua".
Yang dimaksud 'dua
orang putera Fatimah' dalam hadits tersebut ialah al-Hasan dan
al-Husein radhiyallahu 'anhuma. Dengan memperhatikan lafaz hadits
tersebut kita dapat mengetahui dengan jelas bagaimana Rasulullah s.a.w.
mengkhususkan pengelompokan al-Hasan dan al-Husein radhiyallahu
'anhuma sebagai keturunan beliau s.a.w., sedangkan dua orang saudara
perempuan mereka (Zainab r.a dan Ummu Kaltsum r.a, dua orang puteri Siti
Fatimah r.a juga) dikecualikan dari pengelompokan nasab tersebut di
atas; kerana anak-anak dari dua orang puteri Siti Fatimah r.a itu
bernasab kepada ayahnya masing-masing yang bukan dari ahlulbait
Rasulullah s.a.w.
Itulah sebabnya kaum Salaf dan kaum Khalaf
memandang anak lelaki seorang syarifah (wanita keturunan ahlulbait
Rasulullah s.a.w.) tidak dapat disebut syarif (atau sayyid) jika
ayahnya bukan seorang syarif (sayyid). Kalau pengkhususan tersebut di
atas berlaku umum bagi semua anak yang dilahirkan oleh anak cucu
perempuan Rasulullah s.a.w., tentu anak lelaki seorang syarifah adalah
syarif yang diharamkan menerima shadaqah, walaupun ayahnya bukan
seorang syarif.
Kerana itu Rasulullah s.a.w. menetapkan kekhususan
tersebut hanya berlaku bagi dua orang putera Siti Fatimah r.a, tidak
berlaku bagi puteri-puteri Rasulullah s.a.w. selain Siti Fatimah r.a.
Kerana kakak perempuan Siti Fatimah r.a, iaitu Zainab binti Muhammad
s.a.w. tidak melahirkan putera lelaki, tetapi hanya melahirkan anak
perempuan iaitu Amamah binti Abul-Ash bin Ar-Rabi, seorang pria bukan
dari kalangan ahlulbait Rasulullah s.a.w. Ketentuan itu diambil oleh
Rasulullah s.a.w. semasa hidupnya. Hal itu menunjukkan bahawa anak-anak
Amamah tidak bernasab kepada beliau s.a.w., kerana Amamah adalah anak
perempuan dari puteri beliau, Zainab r.a, yang menjadi isteri seorang
pria bukan dari ahlulbait Rasulullah s.a.w. Adapun Zainab r.a sendiri
jelas bernasab kepada Rasulullah s.a.w. Seumpama Zainab r.a melahirkan
anak lelaki dari suami seorang ahlulbait, tentu bagi anak lelakinya itu
berlaku ketentuan sebagaimana yang berlaku bagi al-Hasan dan al-Husein
radhiyallahu 'anhuma, iaitu bernasab kepada Rasulullah s.a.w.
Semua keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. secara keseluruhan berhak
memperoleh bahagian dari wakaf 'Barakatul-Habsy' yang terdapat di
Makkah, Madinah, Mesir, Iraq dan lain-lain, kerana 'Barakatul-Habsy'
tidak khusus diwakafkan untuk keturunan al-Husan dan al-Husein
radhiyallahu 'anhuma saja, tetapi dibahagi dua: Separuh diperuntukkan
bagi para syarif, iaitu keturunan al-Hasan dan al-Husein radhiyallahu
'anhuma; dan yang separuhnya lagi diperuntukkan bagi kaum Thalibiyyin,
iaitu keturunan 'Ali bin Abi Thalib dari puteranya yang bernama Muhammad
bin Al-Hanafiyyah dan saudara-saudaranya, bagi keturunan Ja'far bin
Abi Thalib r.a dan keturunan Aqil bin Abi Thalib.
Apakah para
syarif termasuk orang-orang yang boleh menerima bahagian dari harta
wasiat atau harta waqaf? Jawapnya adalah: Boleh dan tidaknya mereka
menerima bahagian dari harta wasiat atau harta waqaf, itu tergantung
pada penegasan nas yang diberikan oleh si pemberi wasiat atau oleh
orang yang mewakafkan hartanya. Jika di dalam nas (bunyi teks dokumen
wasiat atau wakaf) tidak terdapat ketegasan mengenai hak mereka untuk
mendapat bahagian, maka berlaku kaedah hukum Fiqh yang menetapkan,
bahawa wasiat atau wakaf ditentukan pengaturannya menurut kebiasaan
yang berlaku di negeri setempat. Kebiasaan yang berlaku di Mesir sejak
zaman kekhalifahan kaum Fathimiyyin hingga zaman kita dewasa ini ialah,
bahawa syarif adalah gelar bagi seorang keturunan al-Hasan atau
keturunan al-Husein radhiyallahu 'anhuma. Mereka itu tidak termasuk
orang-orang yang boleh menerima wakaf seperti itu, tetapi mereka hanya
diperbolehkan menerima wakaf 'Barakatul-Habsy', kerana pihak yang
mewakafkannya menegaskan ketentuan seperti itu, yakni separuh untuk para
syarif dan yang separuhnya lagi untuk kaum Tahlibiyyin.
Pada
dasarnya semua keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. termasuk
orang-orang Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutthalib (yang lazim disebut
dengan kaum syarif atau kaum sayyid) diharamkan menerima shadaqah atau
zakat dalam bentuk apa pun juga. Mereka diberi hak untuk memperoleh
bahagian dari harga ghanimah atau dari harta kekayaan umum (Baitul-Mal).
Akan tetapi dalam zaman kita dewasa ini tidak ada lagi ghanimah dan
tidak ada pula dana Baitul-Mal sebagaimana yang dahulu pernah terjadi
pada zaman pertumbuhan Islam. Dengan terjadinya perkembangan yang
demikian jauh dibanding dengan zaman lampau maka sebagai akibatnya para
keturunan ahlulbait yang hidup kekurangan tidak dapat menerima
tunjangan yang oleh syari'at telah ditetapkan sebagai hak mereka. Lagi
pula banyak sekali di antara mereka yang hidup bertebaran di negeri
atau daerah-daerah terpencil. Dalam keadaan seperti itu apakah oleh
syari'at mereka diperkenankan menerima shadaqah atau zakat dari
orang-orang kaya setempat untuk meringankan beban penghidupan
sehari-hari?
Jawapnya ialah: Menurut mazhab Syafi'iy, dalam keadaan
bagaimanapun juga mereka mutlak diharamkan menerima shadaqah atau
zakat. Akan tetapi menurut Imam Al-Qadhiy Abu Sa'id Al-Hurawiy, para
keturunan ahlulbait yang dalam keadaan seperti di atas tadi
diperbolehkan menerima shadaqah atau zakat asal benar-benar mereka itu
tidak mungkin lagi dapat memperoleh haknya dari bahagian harta ghanimah
atau jarahan perang. Demikian pula fatwa yang dikeluarkan oleh Imam
Muhammad bin Muhammad Yahya dan Imam Fakruddin Ar-Raziy. Pendapat
demikian itu dibenarkan oleh Abu Syakil. Dalam kitabnya yang berjudul
'Al-Khadim' Abu Syakil setelah mengutarakan pendapat Ar-Rafi'iy
mengenai masalah tersebut, ia pun mengemukakan pendapat Imam
Al-Ashthakhriy, Al-Hurawiy dan Ibn Yahya, yang semuanya memperbolehkan
keturunan ahlulbait menerima shadaqah atau zakat, jika mereka
benar-benar tidak mungkin lagi memperoleh hak-haknya dari harta
ghanimah atau jarahan perang.
Abu Hafsh An-Narsamiy mengatakan,
shadaqah atau zakat boleh diterimakan kepada orang-orang yang menurut
syari'at berhak memperoleh bahagian dari harta ghanimah atau jarahan
perang. Dalam kitab 'Ta'liq Ibnul Abi Hurairah' ia mengatakan, dewasa
ini mereka (para keturunan ahlulbait) tidak mungkin lagi dapat menerima
bahagian dari harta ghanimah atau jarahan perang, kerana itu tidaklah
pada tempatnya kalau kita melarang mereka menerima shadaqah atau zakat
yang telah ditetapkan oleh syari'at, sebab larangan seperti itu akan
mengakibatkan kepunahan mereka. Bagaimanapun juga mereka adalah manusia
juga, apa yang ada manusia lain ada pula pada mereka.
Syarif
Abdul-'Abbas Al-Fara dalam kitabnya yang berjudul 'Mu'tamadut-Tanbih'
mengatakan sebagai berikut: Aku diberitahu oleh salah seorang yang
turut menghadiri pertemuan dengan Imam Fakhruddin di suatu tempat di
Khurasan atau Khawarzim, bahawa dalam pertemuan tersebut ada beberapa
orang Alawiyyin mengeluh kerana mereka tidak diperbolehkan menerima
haknya dari Baitul-Mal sehingga penghidupan mereka amat susah.
Menanggapi keluhan mereka itu Imam Fakhruddin memberikan kepada mereka
wang sebesar 100 dinar atau lebih, kemudian berkata kepada kaum Mislimin
setempat: "Hai kaum Muslimin, aku memfatwakan supaya kalian
menyerahkan zakat kepada mereka (orang-orang Alawiyyin). Zakat adalah
halal bagi mereka…!"
Di dalam kitab 'Al-Ajaalah' Ibnul-Nahwiy
mengemukakan sebuah hadits dari Al-Hakim, berasal dari 'Abbas bin Abdul
Mutthalib r.a bahawa di antara mereka (Bani Abdul Mutthalib) sendiri
orang yang hidup kekurangan boleh menerima zakat dari orang yang hidup
berkecukupan. Akan tetapi Al-Hakim tidak menyatakan pendapatnya sendiri
mengenai persoalan itu.
Mengenai faham kedua, iaitu yang mengatakan
bahawa aal Nabi Muhammad s.a.w. itu terdiri dari anak cucu keturunan
beliau dan para isteri beliau, Syeihkul Islam Ibnul Qayyim menyebut
riwayat hadits yang dikemukakan Ibnul Abdul Birr berasal dari hadits
yang diriwayatkan oleh Ibnul Hamid As-Sa'idiy, iaitu yang di dalamnya
terdapat kalimat: "Ya Allah, limpahkanlah shalawat kepada Muhammad,
kepada para isteri Muhammad dan kepada keturunan Muhammad". Dalam
riwayat yang lain, kalimat itu berbunyi: "Ya Allah, limpahkanlah
shalawat kepada Muhammad dan kepada aal Muhammad…" Orang-orang yang
mendukung faham kedua itu mengatakan, bahawa teks kalimat pertama
menerangkan teks kalimat kedua, dan teks kalimat yang kedua
meringkaskan teks kalimat-kalimat yang pertama.
Mereka juga
menggunakan hadits Abu Hurairah sebagai dalil, iaitu hadits yang
diriwayatkan oleh Bukhariy dan Muslim, bahawasanya Rasulullah s.a.w.
pernah berdoa:
"Ya Allah, limpahkanlah kepada aal Muhammad rezeki berupa makanan (sehari-hari)".
Mereka mengatakan, menurut kenyataannya doa beliau s.a.w. itu terkabul,
tetapi tidak meliputi semua orang keturunan Bani Hasyim dan Bani Abdul
Mutthalib. Sebab di antara orang-orang keturunan Bani Hasyim dan Bani
Abdul Mutthalib, hingga zaman sekarang ini, banyak yang terjadi
hartawan dan mendapat rezeki lebih dari yang diperlukan untuk makan
sehari-hari. Harta yang didapat oleh para isteri Nabi dari kaum
Muslimin sepeninggal Rasulullah s.a.w., seluruhnya telah dishadaqahkan
hingga mereka tidak mempunyai apa pun juga selain yang diperlukan untuk
makan sehari-hari. Terdapat sebuah riwayat yang mengatakan, bahawa
Ummul Mu'minin Siti Aisyah r.a pernah menerima sejumlah harta yang
cukup besar dari kaum Muslimin, tetapi seketika itu juga harta tersebut
dibahagikan semuanya kepada kaum fakir miskin hingga habis samasekali.
Melihat hal itu pembantu wanitanya berkata: "Cubalah seumpama ibu
sisakan barang satu dirham, tentu kita dapat membeli daging"! Siti
Aisyah menjawap: "Cubalah seumpama engkau tadi mengingatkan aku, tentu
akan kusisakan"!
Para pendukung faham kedua itu juga menggunakan
hadits Siti Aisyah r.a yang diriwayatkan oleh Bukhariy dan Muslim,
bahawasanya Ummul Mu'minin itu pernah berkata: "Keluarga Muhammad
s.a.w. tidak pernah kenyang makan roti gandum selama tiga hari
berturut-turut hingga saat Rasulullah s.a.w. pulang kembali ke haribaan
Allah Azza wa Jalla".
Atas dasar hadits tersebut mereka mengatakan,
bahawa semua orang Bani 'Abbas dan Bani Abdul Mutthalib tentu tidak
termasuk dalam ucapan Siti Aisyah r.a itu, dan sama sekali tidak
dimaksud olehnya. Mereka berpendapat bahawa para isteri Rasulullah
s.a.w. pasti termasuk dalam pengertian 'aal Muhammad s.a.w.". Para
isteri Nabi disamakan kedudukannya dengan keturunan Rasulullah s.a.w.
Mereka diharamkan mengadakan hubungan (pernikahan) dengan orang lain,
baik selagi Rasulullah s.a.w. masih hidup mahupun setelah wafat. Mereka
adalah para isteri Nabi di dunia dan akhirat. Hubungan khusus mereka
dengan Rasulullah s.a.w. itulah yang membuat mereka berkedudukan sama
dengan keturunan beliau s.a.w.
Dalam mempertahankan pendapat bahawa
para isteri Nabi juga termasuk ahlulbait Rasulullah s.a.w. mereka
berpegang teguh pada firman Allah dalam Al-Qur'anul-Karim, ayat 30-34
surah Al-Ahzab seluruhnya, tidak hanya berpegang pada bahagian terakhir
ayat 33 saja. Seluruh ayat tersebut bermakna sebagai berikut:
"Hai
para isteri Nabi, barangsiapa di antara kalian nyata-nyata melakukan
perbuatan tidak senonoh, ia akan dilipatkan dosanya menjadi dua kali
lipat. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Dan barangsiapa di
antara kalian tetap taat kepada Allah dan Rasul-Nya serta berbuat
kebajikan, kepadanya Kami berikan pahala dua kali lipat dan Kami
sediakan baginya rezeki yang mulia. Hai para isteri Nabi, kalian
tidaklah seperti wanita yang lain, jika kalian benar-benar bertakwa,
maka janganlah kalian menunduk dalam berbicara sehingga (membangkitkan)
selera orang (lelaki) yang terdapat penyakit di dalam hatinya
(keinginan berbuat tidak senonoh), dan ucapkanlah perkataan yang baik.
Hendaklah kalian tetap tinggal di rumah kalian (kecuali bila ada
keperluan), dan janganlah kalian berhias serta bertingkahlaku seperti
orang-orang jahiliyah dahulu. Dirikanlah sholat, tunaikanlah zakat
serta taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak
menghilangkan kotoran (dosa) dari kalian, hai ahlulbait, dan hendak
mensucikan kalian sesuci-sucinya. Dan ingatlah apa yang dibacakan di
rumah kalian dari ayat-ayat Allah dan hikmah. Sungguhlah bahawa Allah
Maha Lembut lagi Maha Mengetahui".
Selain itu mereka juga
mengetengahkan hadits Watsilah bin Asqa yang berasal dari Ummu Salamah
r.a, iaitu hadits Al-Kisa, sebagaimana telah kami uraikan terdahulu.
Adapun para penganut faham yang keempat, iaitu yang menafsirkan 'aal
Muhammad s.a.w.' dengan 'semua orang yang bertakwa di kalangan ummat
Muhammad', mereka itu berpegang pada sebuah riwayat yang dikemukakan
oleh Thabraniy, iaitu riwayat yang berasal dari Ja'far bin Ilyas bin
Shadaqah, dari Nu'aim bin Hammad, dari Nuh bin Maryam, dari Sa'id bin
Yahya Al-Anshariy yang mendengar Imam Malik berkata: "Rasulullah s.a.w.
pernah ditanya tentang siapakah yang dimaksud dengan 'aal Muhammad"?
Beliau menjawap: "Semua orang yang bertakwa".
Akan tetapi Thabraniy
sendiri mengatakan, tidak ada orang yang meriwayatkan hadits tersebut
selain Nuh bin Maryam. Hadits yang serupa itu berasal dari Nu'aim.
Al-Baihaqiy meriwayatkan hadits itu dari Abdullah bin Ahmad bin Yunus,
yang berasal dari Nafi bin Hurmuz dan bersumber dari Anas. Lebih jauh
Thabraniy mengatakan, bahawa hadits-hadits yang berasal dari Nuh bin
Maryam dan dari Nafi bin Murmuz tidak dapat diterima sebagai hujjah,
kerana dua orang itu terkenal pendusta.
Alasan lain yang
dikemukakan oleh para penganut faham keempat itu ialah firman Allah
s.w.t. yang ditujukan kepada Nabi Nuh a.s (dalam Al-Qur'an) mengenai
anak lelaki beliau pada saat terjadinya banjir besar melanda ummatnya.
Kepada Nabi Nuh Allah berfirman: "Hai Nuh, sesungguhnya dia bukan dari
keluargamu, ia adalah perbuatan yang tidak baik". (Hud: 46). Kerana
syirik anak Nabi Nuh itu dikeluarkan dari lingkungan keluarga beliau.
Dengan demikian maka jelaslah, bahawa aal Rasulullah s.a.w. ialah para
pengikut beliau yang setia. Demikian kata mereka.
Mengenai soal itu
Imam Syafi'iy r.a telah menyatakan sanggahannya. Ia mengatakan: Bahawa
yang dimaksud dengan kalimat "sesungguhnya ia bukan dari keluargamu",
ialah bahawa anak lelaki Nabi Nuh itu tidak termasuk anggota keluarga
yang diperintahkan Allah kepada Nabi Nuh supaya diangkut dalam bahtera
dan akan diselamatkan dari air bah. Sebab, sebelum itu Allah telah
berfirman lebih dulu kepada Nabi Nuh: "Angkutlah di dalam bahtera dua
pasangan (jodoh) dari setiap jenis (ternak) bersama keluargamu kecuali
yang sudah dikenakan keputusan Allah (untuk tidak diikutsertakan)".
Dengan demikian maka anak lelaki Nabi Nuh tidak termasuk anggota
keluarga yang dijamin keselamatannya.
Syeikhul Islam Ibnul Qayyim
sendiri berpendapat, bahawa sanggahan Imam Syafi'iy tepat sekali,
kerana 'orang-orang beriman' dalam kontek hikayat Nabi Nuh a.s tidak
termasuk dalam pengertian 'keluarga Nabi Nuh'. Sebab, ayat tersebut
selengkapnya menegaskan: "Angkutlah di dalam bahtera dua pasangan dari
setiap jenis (ternak) bersama keluargamu kecuali yang sudah dikenakan
keputusan Allah (untuk tidak diikutsertakan) dan orang-orang yang
beriman. Kalimat 'orang-orang yang beriman' dalam ayat tersebut adalah
kalimat yang berdiri sendiri di samping kata 'keluarga' dan 'dua
pasangan' dari setiap jenis (ternak). Dengan demikian maka kata
'keluargamu (ahlika)' tidak mencakup pengertian 'pengikut Nabi Nuh yang
beriman atau bertakwa'.
Yang kami utarakan tersebut di atas
semuanya adalah beberapa hujjah atau dalil yang dikemukakan oleh
masing-masing golongan guna memperkuat penafsirannya sendiri-sendiri.
Yang benar ialah faham atau pendapat yang pertama, iaitu yang
mengatakan bahawa aal Muhammad s.a.w. ialah anak cucu keturunan Bani
Hasyim; kemudian menyusul pendapat atau faham yang kedua, iaitu yang
memasukkan para isteri Nabi dalam aal Muhammad s.a.w.
Rasulullah
s.a.w. telah bersabda, bahawa 'aal (keluarga) Muhammad makan hanya dari
harta ini (yakni: Harta Allah, bukan shadaqah). Demikian pula doa
beliau yang menyatakan: "Ya Allah, berilah rezeki kepada aal (keluarga)
Muhammad berupa makanan sehari-hari". Dengan demikian tidak ada alasan
sama sekali memasukkan 'ummat Muhammad' dalam pengertian 'aal
Muhammad'.
Soal terpisahnya sebutan 'azwaj' (para isteri) dari
sebutan 'zuriyat' (keturunan) dalam ucapan shalawat, sama sekali tidak
menunjukkan perpisahan kedudukan kedua-duanya sebagai keluarga (aal)
Muhammad s.a.w. Hal itu dipersoalkan sehubungan dengan adanya hadits
yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, berasal dari Nu'aim Al-Mujmar dan
bersumber dari Abu Hurairah r.a mengenai shalawat Nabi yang berbunyi:
"Ya Allah, limpahkanlah shalawat kepada Muhammad, kepada isteri-isteri
beliau, kepada segenap keturunan beliau dan kepada ahlulbait beliau;
sebagaimana Engkau telah melimpahkan shalawat kepada Ibrahim…dan
seterusnya". Dijejerkannya sebutan-sebutan 'para isteri'. 'keturunan'
dan 'ahlulbait' dalam kalimat tersebut semata-mata untuk lebih
menegaskan bahawa mereka itu semuanya termasuk dalam pengertian 'aal
Muhammad s.a.w.'.
Orang yang mengucapkan shalawat di dalam sholat
(tasyahhud) bagi aal Muhammad s.a.w. dengan pengertian 'ummat
Muhammad', terlampau jauh menyimpang dari makna yang semestinya. Bacaan
tahiyyat (tasyahhud) yang diucapkan orang di saat bersembahyang di
dalamnya terdapat kata-kata 'salam' dan 'shalawat'. Ucapan salam itu
pertama-tama tertuju kepada Rasulullah s.a.w., kemudian kepada orang
yang bersangkutan sendiri, lalu kepada semua hamba Allah yang saleh.
Terdapat riwayat hadits yang menerangkan, bahawa Rasulullah s.a.w.
pernah bersabda: "Apabila kalian telah mengucapkan hal itu (yakni
salam) bererti kalian telah menyampaikan salam kepada semua hamba Allah
yang saleh di langit dan bumi". Adapun tentang 'shalawat', Rasulullah
s.a.w. tidak mengisyaratkan shalawat boleh diucapkan tertuju kepada
orang selain beliau sendiri bersama aal (keluarga)-nya.
Pendapat
yang mengatakan, bahawa 'aal Muhammad' bererti 'semua pengikut
Muhammad', sama sekali tidak dapat diterima. Memang benar, bahawa dalam
hal-hal tertentu 'para pengikut' dapat disebut dengan istilah 'aal',
tetapi sebaliknya, kata 'aal' tidak harus diertikan 'pengikut'. Tentang
hal itu telah kami utarakan dalil-dalilnya. Demikian Ibnul Qayyim.
Syeikhul Islam Ibnul Qayyim kemudian berbicara tentang erti 'zuriat'. Ia
menegaskan, bahawa 'zuriat' bererti 'anak cucu keturunan, tetapi
apakah keturunan dari anak perempuann termasuk juga dalam pengertian
'zuriat'? Mengenai hal itu terdapat dua pendapat di kalangan para
ulama…demikian kata Ibnul Qayyim dalam penjelasannya. Pendapat pertama
ialah sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, yang
mengatakan bahawa keturunan dari anak perempuan termasuk zuriat; dan
ini menjadi mazhab Syafi'iy. Pendapat yang kedua mengatakan, bahawa
keturunan dari anak perempuan tidak termasuk dalam pengertian zuriat;
dan ini adalah mazhab Imam Abu Hanifah.
Golongan yang menganut
pendapat pertama bersepakat bulat, bahawa anak cucu Siti Fatimah
Az-Zahra r.a adalah zuriat (keturunan) Rasulullah s.a.w., yakni zuriat
yang mustahak menerima shalawat dan salam dari kaum Muslimin. Sebab
tidak ada putera atau puteri Rasulullah s.a.w. yang melahirkan
keturunan selain Siti Fatimah r.a. Kerana itulah Rasulullah s.a.w.
menyebut al-Hasan – putera Fatimah r.a – dengan 'anakku'. Beliau
menegaskan: ''Sesungguhnya ini (al-Hasan r.a) adalah anakku, seorang
sayyid''.
Ketika ayat mubahalah (ayat 61 surah Aali Imran, iaitu
ayat yang menentang kaum musyrikin untuk bersedia menerima kutukan
Allah) turun, Rasulullah s.a.w. segera memanggil Siti Fatimah, al-Hasan
dan al-Husein radhiyallahu anhum, kemudian keluar bersama-sama untuk
bermubahalah dengan kaum Nasrani Najran. Demikian Ibnul-Qayyim.
Setelah mengatakan, bahawa Nabi Isa a.s tidak mempunyai silsilah dari
Nabi Ibrahim a.s selain dari pihak bundaknya, Maryam; berkata lebih
lanjut:
"Pihak yang berpendapat bahawa keturunan anak perempuan
tidak termasuk dalam pengertian 'zuriat' berhujjah, bahawa keturunan
dari anak perempuan pada hakikatnya adalah keturunan dari ayah mereka.
Kerana itu jika ada seorang wanita melahirkan anak bukan dari seorang
pria Bani Hasyim, anak tersebut tidak termasuk keturunan Bani Hasyim.
Bagi orang merdeka (bukan budak) keturunannya mengikuti silsilah ayah,
sedangkan bagi budak, keturunannya mengikuti silsilah ibu. Akan tetapi
dilihat dari sudut agama, yang terbaik di antara keduanya itu ialah
yang paling besar takwanya…
"Mereka mengatakan, dimasukkannya Siti
Fatimah r.a ke dalam zuriat Rasulullah s.a.w. semata-mata kerana
kemuliaan dan keagungan martabat ayahandanya, yakni Muhammad Rasulullah
s.a.w., yang tak ada persamaannya dengan manusia mana pun di dunia.
Dengan demikian maka zuriat Nabi dari puterinya itu merupakan
kelanjutan dari keluhuran dan kemuliaan martabat beliau s.a.w. Kita
mengetahui bahawa kemuliaan dan keagungan seperti itu tidak dapat kita
temukan pada orang-orang besar, raja-raja dan lain sebagainya. Kerana
mereka tidak memandang keturunan dari anak perempuan mereka sebagai
zuriat yang meneruskan kebesaran dan kemuliaan mereka. Yang dipandang
sebagai penerus kebesaran mereka hanyalah keturunan anak lelaki mereka.
Jadi, jika keturunan, itu semata-mata disebabkan oleh factor keagungan
dan keluhuran ayah anak perempuan itu…"
Menanggapi pendapat seperti
tersebut di atas itu, Ibnul Qayyim dengan tegas mengatakan:
"Dikenakannya pandangan seperti itu pada zuriat Rasulullah s.a.w.
adalah tidak benar dan tidak pada tempatnya".
Dari tutur-kata dan
pendapat-pendapat dua orang Syeikhul Islam, Ibnul Taimiyyah dan Ibnul
Qayyim, yang kami utarakan semuanya itu, tampak jelas bahawa kedua
ulama puncak itu menekankan, bahawa yang disebut 'Ahlul-Bait' atau
'aal' Nabi Muhammad s.a.w. ialah Imam 'Ali bin Abi Thalib, Siti Fatimah
Az-Zahra dan anak cucu keturunan mereka berdua. Kecuali itu ditekankan
pula bahawa mereka itulah yang disebut 'Ahlul-Kisa' dan merupakan
anggota-anggota keluarga Rasulullah s.a.w. yang terdekat dan paling
terkemuka. Dua orang Syeikhul Islam itu menekankan juga bahawa
hadits-hadits Istishfa (yang menerangkan kesucian Ahlul-Bait)
benar-benar meyakinkan dan kuat.
1) Golongan yang sangat
ekstrim 'mencintai' Imam Ali bin Abi Thalib, sehingga menganggapnya
sebagai 'tuhan'. Golongan ini telah musnah dalam sejarah.
2) Golongan yang tidak mempercayai keutamaan Imam Ali dan anggota-anggota ahlulbait lainnya.
Bagian ketiga
AHLULBAIT RASULULLAH KESELAMATAN BAGI UMMATNYA
Judul tersebut di atas adalah bahagian dari hadits Rasulullah s.a.w.
yang diriwayatkan oleh Imam Al-Hakim dan dibenarkan oleh dua orang Imam
hadits terkemuka, Bukhariy dan Muslim. Lengkapnya adalah sebagai
berikut:
"Bintang-bintang adalah keselamatan bagi penghuni bumi dari
(bahaya) tenggelam (di dasar laut) dan ahlulbaitku adalah keselamatan
bagi ummatku dari perselisihan. Apabila ada kabilah Arab yang
membelakangi ahlulbaitku mereka akan berselisih kemudian mereka akan
menjadi kelompok iblis".
Hadits yang hampir serupa diketengahkan juga oleh jama'ah ahli hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Bintang-bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit, dan
ahlulbaitku adalah keselamatan bagi ummatku (menurut sumber riwayat
lain:"…keselamatan bagi penghuni bumi"…) Manakala ahlulbaitku lenyap
maka apa yang dijanjikan dalam ayat-ayat Al-Qur'an akan tiba (iaitu
bencana).
Persoalan yang hendak kami telaah dalam Bab ini ialah
sabda Rasulullah s.a.w. yang menegaskan, bahawa 'ahlulbaitku adalah
keselamatan bagi ummatku'. Persoalan itu mengundang perhatian beberapa
ulama terkemuka untuk mendiskusikan maknanya. Masing-masing mempunyai
hujjah dan dalil-dalilnya sendiri untuk memperkuat pendapatnya; dan
dalam tiap diskusi perbezaan pendapat adalah wajar.
Imam Tirmudziy
dalam kitabnya yang berjudul 'Nawadirul-Ushul' menerangkan, bahawa
ahlulbait Rasulullah s.a.w. yang dimaksud dalam hadits tersebut ialah
'orang-orang yang meneruskan jalan hidup Rasulullah s.a.w. setelah
beliau wafat. Mereka adalah orang-orang shiddiq, orang-orang abdal
(keramat) sebagaimana yang diriwayatkan oleh 'Ali bin Abi Thalib r.a
dengan ucapannya:
"Akan muncul orang-orang keramat di Syam. Mereka
berjumlah empat puluh orang. Tiap ada seorang dari mereka wafat, Allah
mengganti kedudukannya dengan orang lain. Kerana kekeramatan mereka
Allah menurunkan hujan, kerana kekeramatan mereka Allah memenangkan
mereka atas musuh-musuhnya, dan kerana kekeramatan mereka Allah
menyelamatkan penghuni bumi dari malapetaka…"
Kata Tirmudziy lebih
lanjut; Mereka itulah ahlulbait Rasulullah yang menjadi sebab
keselamatan ummat ini. Bila mereka itu lenyap, rosaklah bumi dan
hancurlah dunia…
Seterusnya ia mengatakan: Pertama, pengertian mengenai ahlulbait tidak bisa didasarkan pada makna hadits yang berbunyi:
"Manakala ahlulbaitku lenyap maka datanglah kepada ummatku apa (bencana) yang dijanjikan".
Bagaimana dapat dibayangkan kalau ahlulbait sudah tidak ada lagi tak
akan ada seorang pun ummat Muhammad s.a.w. yang masih tinggal? Jumlah
ummat Muhammad s.a.w. jauh lebih banyak daripada yang dapat dihitung,
dan Allah s.w.t. senantiasa melindungi mereka dengan berkah dan
rahmat-Nya. Pengertian mengenai ahlulbait juga tidak dapat didasarkan
pada hadits yang berbunyi:
"Semua sebab dan nasab akan terputus kecuali sebabku dan nasabku".
Kedua, menurut hadits tersebut, ahlulbait Rasulullah s.a.w. ialah nasab
beliau, yakni Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutthalib. Akan tetapi mereka
bukan merupakan sebab bagi keselamatan ummat Islam, sehingga orang
boleh berkata: Kalau mereka lenyap akan lenyap pula dunia ini!
Ketiga, di kalangan mereka pula terdapat keburukan (fasad) seperti yang
terdapat di dalam golongan lain. Di antara mereka ada yang baik
(muhsin) dan ada pula yang buruk (musi'). Lantas bagaimana dapat
dikatakan bahawa mereka itu merupakan sebab bagi keselamatan penghuni
di bumi? Jadi jelaslah, bahawa yang dimaksud oleh Rasulullah s.a.w.
ialah 'orang-orang yang kerana mereka itu dunia ini tetap lestari".
Mereka itulah lambing kehidupan dan para pembimbing manusia ke jalan
hidayat pada setiap zaman. Tanpa mereka tak ada kehormatan apa pun di
muka bumi dan bencana akan merajalela…
Tirmudziy melanjutkan: Kalau
ada yang mengatakan bahawa kemuliaan ahlulbait dan dekatnya hubungan
mereka dengan Rasulullah s.a.w., itu yang membuat mereka menjadi sebab
keselamatan bagi penghuni bumi, orang lain tentu dapat menjawap:
Kehormatan dan kemuliaan Rasulullah s.a.w. jauh lebih agung! Di bumi
ini ada sesuatu yang lebih mulia dan lebih agung dibanding dengan
keturunan Rasulullah s.a.w., iaitu Kitabullah Al-Qur'an, walau tidak
disebut dalam hadits di atas tadi. Selain itu kehormatan dan kemuliaan
ada juga pada para ahli takwa…
Dalam penjelasannya mengenai
sebab-sebab yang membuat Muhammad s.a.w. menjadi manusia besar, mulia
dan agung, Tirmudziy mengatakan: Kehormatan, kebesaran dan keagungan
Rasulullah s.a.w. adalah berkat kanabian dan kemuliaan yang dilimpahkan
Allah s.w.t. kepada beliau. Sebagai dalil mengenai hal itu dapat
dikemukakan sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah sebagai
berikut:
"Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. mendatangi Siti Fatimah.
Di tempat kediaman Siti Fatimah terdapat Shafiyyah, bibi Rasulullah
s.a.w. Beliau kemudian berkata: Hai Bani Abdu' Manaf, Hai Bani Abdul
Mutthalib, Hai Fatimah binti Muhammad, Hai Shafiyyah bibi Rasul Allah.
Di hadirat Allah aku tidak bermanfaat bagi kalian. Mintalah berapa saja
dari hartaku yang kalian inginkan. Ketahuilah, bahawa orang yang
terbaik bagiku pada hari kiamat ialah mereka yang bertakwa. Jika kalian
hanya mengandalkan kekerabatan kalian denganku, di saat orang lain
datang kepadaku membawa amal kebajikan lalu kalian datang kepadaku
hanya membawa keduniaan di leher kalian. Kemudian memanggil-manggil Hai
Muhammad, aku menjawap dengan memalingkan wajahku dari kalian. Kalian
lalu memanggil lagi 'Hai Muhammad'. Aku pun menjawap begitu lagi.
Kemudian kalian berkata: "Hai Muhammad! Aku ini si Fulan bin Fulan".
Aku akan menjawap: "Tentang nasab kalian aku memang kenal, tetapi
tentang amal kebajikan kalian aku tidak tahu. Kalian telah meninggalkan
kitabullah, kerana itu kalian kembali kepada kekerabatan (yang kalian
andalkan) antara aku dan kalian".
Diriwayatkan pula bahawa saat itu Rasul Allah s.a.w. menegaskan:
"Di antara kalian, orang-orang yang memperoleh perlindunganku bukanlah
mereka yang berkata: 'ayahku si fulan', tetapi di antara kalian yang
memperoleh perlindunganku ialah mereka yang bertakwa, sesiapapun mereka
itu dan bagaimana pun keadaan mereka".
Yang kami utarakan di atas
semuanya adalah pernyataan Imam Tirmudziy dan dalil-dalilnya mengenai
pendapatnya tentang ahlulbait Rasul Allah s.w.t. sebagai sebab
keselamatan ummat beliau.
Pendapat dan penafsiran Imam Tirmudziy
terhadap hadits Nabi yang kami sebut pada permulaan Bab ini, khususnya
mengenai pengertian 'ahlulbait Rasulullah s.a.w.' tertanya memperoleh
tanggapan dari ulama yang lain. Yusuf bin Ismail An-Nabhani dalam
kitabnya yang berjudul 'Asjsjaraful Muabbad li Aal Muhammad' menanggapi
uraian Imam Tirmudziy sebagai berikut:
Sementara jama'ah ahli
hadits meriwayatkan sebuah hadits yang diberitakan oleh banyak sahabat
Nabi s.a.w., bahawasanya Rasulullah bersabda:
"Ahlulbaitku di
tengah-tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Barangsiapa menaikinya ia
selamat, dan yang ketinggalan ia celaka… (Sumber riwayat lain
mengatakan:'…ia tenggelam', dan sumber yang lainnya lagi
mengatakan:'…ia di giring ke neraka)".
Abu Dzar Al-Ghifariy mengatakan: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jadikanlah ahlulbaitku bagi kalian seperti kedudukan kepala bagi tubuh dan seperti kedudukan dua mata bagi kepala".
Imam Al-Hakim mengetengahkan sebuah hadits yang dibenarkan oleh Bukhariy dan Muslim sebagai berikut:
"Bintang-bintang adalah keselamatan bagi penghuni bumi dari (bahaya)
tenggelam (di dasar laut) dan ahlulbaitku adalah keselamatan bagi
ummatku dari perselisihan. Apabila ada kabilah Arab yang membelakangi
ahlulbaitku mereka akan berselisih kemudian mereka akan menjadi kelompok
iblis".
Hadits yang lain lagi dikemukakan juga oleh jama'ah ahli hadits, iaitu bahawanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Bintang-bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit dan
ahlulbaitku adalah keselamatan bagi ummatku. (Menurut sumber riwayat
lain: 'Keselamatan bagi penghuni bumi'). Manakala ahlulbaitku lenyap
(binasa) maka yang dijanjikan dalam ayat-ayat Al-Qur'an akan tiba
(iaitu bencana)".
Hadits seperti itu yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal berbunyi sebagai berikut:
"Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah penghuni langit; dan apabila ahlulbaitku lenyap, lenyaplah penghuni bumi".
Setelah mengemukakan hadits-hadits tersebut di atas An-Nabhaniy
kemudian mengatakan: "Bagaimanapun juga ahlulbait Rasulullah dan
keturunan beliau s.a.w. di permukaan bumi ini merupakan sebab atau
syarat bagi keselamatan ummat manusia, dan pada khususnya merupakan
syarat keselamatan ummat Muhammad s.a.w. dari azab neraka. Yang
dimaksud oleh hadits tersebut bukan khusus hanya anggota keluarga yang
saleh saja. Sebab ciri kemuliaan yang ada pada unsur keturunan beliau
s.a.w. sama sekali tidak tergantung pada sifat-sifat mereka".
Sebagai dalil mengenai itu An-Nabhaniy menunjuk kepada penyataan
Ash-Shabban di dalam kitab 'Is'afur-Raghibin' yang mengatakan, bahawa
pengertian tersebut di atas diperoleh dari isyarat yang terkandung dalam
ayat 33 surah Al-Anfal:
"Dan Allah sekali-kali tidak akan menyeksa mereka (orang-orang derhaka) sedang engkau berada di tengah-tengah mereka".
Sekalipun ayat tersebut ditujukan kepada Rasulullah s.a.w., namun
ahlulbait dan keturunan beliau dapat didudukkan pada tempat beliau,
kerana mereka itu berasal dari beliau dan beliau pun berasal atau
senasab dengan mereka (keluarga beliau, yakni Bani Hasyim dan Bani Abdul
Mutthalib), sebagaimana yang diriwayatkan oleh beberapa hadits.
Demikian Ash-Shabban.
An-Nabhaniy kemudian mengetengah sebuah hadits Rasulullah s.a.w. yang menegaskan sebagai berikut:
"Orang-orang pertama yang mengalami bencana adalah Qureisy, dan
orang-orang Qureisy yang pertama mengalami bencana adalah ahlulbaitku…
(riwayat lain mengatakan bukan "bencana" [halak], melainkan 'kepunahan'
[fana]. Dan bukan pula 'ahlulbaitku', melainkan 'Bani Hasyim')".
Para ahli syarah ilmu hadits, termasuk Al-Manawiy dan lain-lain menjelaskan makna hadits tersebut seperti di bawah ini:
"Bencana yang menimpa mereka merupakan petanda akan datangnya hari
kiamat, sebab hari kiamat akan terjadi akibat perbuatan manusia-manusia
jahat, sedangkan para keluarga keturunan Rasulullah s.a.w. adalah
orang-orang baik".
Menanggapi penjelasan Al-Manawiy tersebut,
An-Nabhaniy mengatakan: "Rasanya penjelasan Al-Manawiy itu dapat
dijadikan tafsir bagi hadits tersebut di atas, bahkan lebih baik
daripada penafsiran kami. Dengan demikian maka teranglah bahawa
penafsiran Tirmudziy tidak dapat diterima, iaitu penafsiran yang
mengertikan "Zurriyyatu Rasulullah s.a.w." dengan "abdal" (orang-orang
keramat) sebagaimana yang terdapat di dalam hadits 'Ali bin Abi Thalib
r.a.
Sebagai reaksi terhadap pernyataan Imam Tirmudziy yang
mengatakan: "Bagaimana bisa dibayangkan bahawa dengan lenyapnya
ahlulbait dari muka bumi ini maka tak akan ada lagi seorang pun dari
ummat Muhammad s.a.w. yang tinggal? Padahal jumlah ummat Muhammad
s.a.w. jauh lebih banyak daripada yang dapat dihitung, dan Allah selalu
melindungi mereka dengan berkah dan rahmat-Nya?"… An-Nabhaniy berkata:
"Tidak ada halangan dan tidak ada salahnya jika orang membayangkan hal
sedemikian itu. Lebih-lebih kerana Rasulullah s.a.w. sendiri telah
menegaskan: Orang-orang pertama yang mengalami bencana adalah Qureisy,
dan orang-orang Qureisy yang pertama mengalami bencana adalah
ahlulbaitku.
Hadits itu merupakan salah satu petunjuk tentang rahmat
yang dilimpahkan Allah s.w.t. kepada keluarga dan keturunan Rasulullah
s.a.w. Demikian An-Nabhaniy.
Menanggapi penafsiran Imam Tirmudziy
yang mengutip sabda Rasulullah s.a.w. "Semua sebab dan nasab akan
terputus kecuali sebab dan nasabku", An-Nabhaniy mengatakan sebagai
berikut: "kata 'putus' tidak bermakna 'kepunahan' atau 'kebiasaan'
keturunan Rasulullah s.a.w. Itu hanya dikhususkan pada saat terjadinya
hari kiamat, sebagaimana yang dijelaskan oleh hadits-hadits shahih.
Kata 'putus' juga bermakna 'nasab (silsilah) tidak bermanfaat',
sebagaimana ditegaskan Allah s.w.t. dalam firman-Nya:
"Maka tiada lagi hubungan nasab di antara mereka pada hari itu". [Al-Mu'minun: 101]
Hanya Rasulullah s.a.w. sajalah yang memperoleh pengecualian dalam hal
nasab – melalui pernikahan dan dalam hal nasab – melalui keturunan –
Bagi beliau s.a.w. kemanfaatan sebab dan nasab tetap berkesinambungan,
baik di dunia mahupun di akhirat. Hal itu diperkuat oleh sabda
Rasulullah s.a.w. yang diucapkan dari atas mimbar:
"Mengapa sampai
ada orang-orang yang mengatakan, bahawa kekerabatan Rasulullah s.a.w.
tidak bermanfaat pada hari kiamat? Ya…, kekerabatanku berkesinambungan
di dunia dan akhirat".
Terhadap uraian Imam Tirmudziy yang
mengatakan, bahawa 'Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutthalib bukan
merupakan syarat bagi keselamatan ummat Muhammad s.a.w. dan bukan pula
merupakan syarat bagi keselamatan ummat Muhammad s.a.w. dan bukan pula
merupakan orang-orang yang akan mengakibatkan lenyapnya dunia bila
mereka lenyap", An-Nabhaniy menjawap sebagai berikut: "Yang diertikan
mereka itu syarat bagi keselamatan ummat ini, bahkan penghuni bumi ini,
ialah bahawa dengan masih adanya mereka di dunia bererti saat
kepunahan dunia ini belum tiba. Bila mereka telah punah, maka penghuni
bumi ini akan menyaksikan apa yang telah dijanjikan Allah dalam
Al-Qur'an tentang tibanya hari kiamat dan kepunahan dunia ini",
Mengenai uraian Imam Tirmudziy yang mengatakan:.." di antara mereka
(zuriyyatu Rasulullah s.a.w.) juga terdapat kerosakan (fasad) seperti
yang terdapat di dalam golongan-golongan lain yang bukan dari unsur
mereka, yakni ada yang berlaku baik dan ada pula yang berlaku buruk.
Jadi, bagaimana dapat dikatakan bahawa mereka itu syarat bagi
keselamatan ummat ini dan penghuni bumi"?... An-Nabhaniy menjawap:
"Mereka menjadi syarat bagi keselamatan ummat ini dan penghuni bumi ini
bukan kerana amal kebajikan mereka, melainkan kerana mereka itu adalah
unsur suci kenabian; suatu anugerah yang dikhususkan Allah bagi mereka
sejak azal. Mereka dianugerahi keistimewaan itu ialah rahmat Allah yang
dilimpahkan kepada mereka sebagai anggota-anggota ahlulbait Rasulullah
s.a.w. Di tengah-tengah mereka Allah s.w.t. menurunkan wahyu-Nya.
Dalam hal-hal seperti itu mereka tidak mungkin dapat disamai orang
lain".
Mengenai uraian Imam Tirmudziy yang mengatakan "Di bumi ini
ada yang lebih mulia daripada keturunan Rasulullah s.a.w., iaitu
Al-Qur'an, sekalipun hal itu tidak disebut dalam hadits yang
bersangkutan", An-Nabhaniy menjawap sebagai berikut:
"Tidak ada
keharusan bagi Rasulullah s.a.w. untuk menyebut kemuliaan anak cucu
keturunan beliau bersama-sama dengan kemuliaan Al-Qur'an di dalam
sebuah hadits, walaupun jelas bahawa kemuliaan Kitabullah Al-Qur'an
jauh lebih besar daripada kemuliaan keturunan Rasulullah s.a.w.
Kendatipun bukan merupakan keharusan, namun beliau menyebut
kedua-duanya itu di dalam hadits Tsaqalain. Lagi pula di antara
ahlulbait Rasulullah tak ada seorang pun yang mengaku dirinya lebih
mulia atau sejajar dengan Kitabullah, dan mereka pun tidak beranggapan
bahawa kemuliaan Kitabullah itu disebabkan adanya keistimewaan yang ada
pada diri mereka…
"Kitabullah menjelang hari kiamat pun akan
diangkat. Ibnul Mas'ud r.a mengatakan: "Bacalah Al-Qur'an sebelum
diangkat! Hari kiamat akan terjadi dekat sebelum Al-Qur'an diangkat"!
Seorang sahabat bertanya: "Hai Abu Abdurrahman (nama panggilan Ibnu
Mas'ud), bagaimanakah erti Kitabullah akan diangkat, padahal itu telah
menetap di dalam dada dan di lembaran-lembaran mushaf kita"? Ibnu
Mas'ud menjawap: "Kitabullah memang tetap di dalam dada, tetapi tidak
diingat dan dibaca orang"!
Tidak diragukan lagi bahawa Ibnu Mas'ud
tidak berkata menurut pendapatnya sendiri, kerana persoalan itu berada
di luar pemikiran orang. Dari keterangannya itu jelaslah bahawa
Kitabullah menjadi syarat bagi keselamatan ummat manusia. Selama
Kitabullah masih berada di tengah-tengah ummat manusia, dunia ini tidak
akan dimusnahkan Allah. Mengenai keturunan suci Rasulullah s.a.w.
tidak boleh diberi penilaian lebih dari apa yang telah kami terangkan".
Mengenai penegasan Imam Tirmudziy, bahawa 'kemuliaan hanya ada pada
para ahli takwa' berdasarkan dalil sebuah hadits yang meriwayatkan
kedatangan Rasulullah s.a.w. di kediaman Siti Fatimah r.a di saat
Shafiyyah (bibi beliau) berada di tempat itu, kemudian Rasulullah s.a.w.
berkata: "Hai Bani Abdul Manaf, hai Bani Abdul Mutthalib, hai Fatimah
binti Muhammad, hai Syafiyyah…" dan seterusnya (Silakan baca hadits
terdahulu); mengenai uraian Tirmudziy yang demikian itu, An-Nabhaniy
memberi tanggapannya sebagai berikut:
"Mengenai soal itu Al-Muhib
At-Thabraniy telah memberikan jawapan meyakinkan, yang kemudian dikutip
oleh Al-Manawiy dalam kitab 'Al-Kabir' dan oleh Ash-Shabban dalam
kitab 'Is'afur-Raghibin'. Jawapan tersebut mengatakan: benarlah bahawa
Rasulullah s.a.w. tidak mempunyai apa-apa yang mendatangkan manfaat
bagi orang lain, hanya Allah sajalah yang memiliki hai itu. Namun,
dengan kekuasaan-Nya Allah membuat Rasul-Nya bermanfaat bagi kaum
kerabatnya, bahkan bagi semua ummatnya, berupa syafaat khusus dan umum.
Beliau s.a.w. tidak mempunyai suatu apa pun selain yang dikurniakan
Allah kepadanya, iaitu seperti yang ditunjukkan oleh sebuah hadits
Al-Bukhariy mengenai sabda beliau:
"Kalian – yang pria mahupun yang wanita – mempunyai hubungan silaturrahmi (denganku). Yang akan kusambung hubungannya…"
"Demikian pula makna ucapan Rasulullah s.a.w.:
"Di hadhirat Allah aku tidak berguna apa pun bagi kalian".
Maknanya ialah: "Kalau hanya diriku sendiri tanpa anugerah syafaat dan
ampunan yang dilimpahkan Allah kepadaku, aku tidak dapat memberikan
manfaat apa pun kepada kalian". Rasulullah s.a.w. menyatakan demikian
itu untuk memperingatkan mereka agar banyak-banyak berbuat kebajikan,
dan agar mereka memperoleh rahmat Allah kerana kebesaran takwanya
masing-masing.
'Ash-Shabban mengatakan: Konon hadits tersebut di
atas diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. sebelum beliau diberitahu Allah
mengenai manfaatnya bernasab kepada beliau. Akan tetapi tampaknya
bahasa Arab kurang membantu At-Tirmudziy dalam menafsirkan
hadits-hadits tentang 'ahlulbait'. Adakah orang yang mengertikan kata
'ahlulbait' dengan 'orang-orang keramat' (abdal)? Demi Allah, tidak
ada! Tidak ada seorang pun yang mendengar kata 'ahlulbait' dari
Rasulullah s.a.w. lalu ia memahaminya dengan makna selain ahlulbait
yang bernasab kepada beliau. Memang hanya itu sajalah makna
'ahlulbaitku' dalam bahasa Arab, bahasa beliau s.a.w. sendiri!...
'Mengenai orang-orang keramat, kemanfaatan mereka bagi kita, atau
mengenai ketinggian derajat mereka dan dekatnya mereka itu dengan Allah
dan Rasul-Nya; tak ada seorang Muslim pun yang meragukannya. Namun
orang-orang keramat itu sendiri tentu merasa tidak senang jika diberi
'perhiasan' yang dicabutkan dari keluarga atau dari keturunan orang yang
paling mereka cintai, iaitu Rasulullah s.a.w.…'
"Saya yakin –
demikian kata Ash-Shabban lebih jauh – bahawa Imam Al-Hakim
At-Tirmudziy sendiri termasuk salah seorang keramat terkemuka. Kerana
itu saya berani memastikan bahawa uraian yang ditulis dalam kitabnya
itu mengandungi salah satu dari dua kemungkinan:
Pertama – dan ini
yang paling besar kemungkinannya: Tulisan tersebut dipalsukan oleh
orang yang dengki kepadanya dan kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w. Hal
seperti itu sering dialami oleh para ulama dan orang-orang keramat
lainnya, seperti Syeikh Al-Akbar Sidi Muhyiddin bin Al-Arabiy, Syeikh
Abdulwahhab Asy-Sya'raniy dan lain-lain…
Kedua: Imam Tirmudziy
pernah bergaul dekat dengan orang-orang ekstrim Syi'ah yang terlampau
berlebih-lebihan dalam mengagung-agungkan ahlulbait Rasulullah s.a.w.
sehingga mereka sesat kerana tidak mahu mempercayai kejujuran para
sahabat Nabi, terutama Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a dan Umar
Ibnul-Khatthab r.a. Dengan uraiannya itu mungkin Tirmudziy hendak
mengecam mereka, dan itu tampak jelas pada rumus-rumus kalimat yang
dipergunakan olehnya. Kecaman itu dituangkan olehnya dalam uraian
mengenai 'ahlulbait', tetapi bersamaan dengan itu ia tetap mencintai
Ahlulbait dan memberikan penilaian yang baik serta tetap mengakui
kemuliaan dan keistimewaan mereka…' Demikian Ash-Shabban.
Bagian Ke empat
KEUTAMAAN KELUARGA RASULULLAH SAW
FADHA'IL (KEUTAMAAN) AHLULBAIT
Syeikhul Islam Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah dalam bukunya yang berjudul
'Jala'ul-Afham', mulai halaman 210, membicarakan keutamaan-keutamaan
(fadha'il) ahlulbait Rasulullah s.a.w. sekaitan dengan kemuliaan
ahlulbaitun-nubuwwah secara menyeluruh. Yang dimaksud dengan
'ahlubaitun-nubuwwah' dalam hal itu ialah mulai dari ahlubait Nabi
Ibrahim a.s hingga ahlubait Muhammad Rasulullah s.a.w. Kami rasa hal itu
sangat baik dan perlu diketahui, kerana dapat memberikan gambaran
menyeluruh tentang betapa mulianya ahlulbait Rasulullah s.a.w. dan
keturunannya.
Ibnul Qayyim mengatakan, bahawa keluarga silsilah
keturunan Nabi Ibrahim a.s adalah keluarga-keluarga yang diberkati dan
disucikan Allah s.w.t., kerana itu mereka adalah silsilah keluarga yang
paling mulia di antara semua ummat manusia. Allah s.w.t. berkenan
menganugerahkan berbagai keistimewaan dan keutamaan kepada mereka. Di
antara keutamaan yang banyak itu ialah:
1. Banyak
Nabi dan Rasul – dengan syari'at dan Kitab Sucinya masing-masing –
lahir dari kalangan mereka, dan dari kalangan mereka pula lahir para
Imam yang memberikan penerangan serta petunjuk kepada ummat manusia
hingga saat tibanya hari kiamat kelak. Semua hali takwa dan para
waliyyullah yang dijanjikan akan masuk syurga adalah kerana mereka itu
menempuh jalan hidup yang diserukan dan dianjurkan oleh keluarga
nubuwwah.
2. Allah
s.w.t. mengangkat martabat Nabi Ibrahim a.s sedemikian tinggi dengan
memberi gelar kepada beliau sebagai 'Khalil' (sahabat dekat),
sebagaimana ditegaskan Allah s.w.t. di dalam firman-Nya (surah An-Nisa:
125). Rasulullah s.a.w. sendiri dalam sebuah hadits menegaskan:
"Sesungguhnya Allah telah mengangkat diriku sebagai 'Khalil', sama
dengan Ibrahim yang telah diangkat pula sebagai 'Khalil'."
3. Allah
s.w.t. telah menjadikan Nabi Ibrahim a.s dan keturunannya sebagai Imam
(pemimpin) bagi seluruh ummat manusia. Hal ini difirmankan Allah
s.w.t. di dalam Al-Qur'anul-Karim surah Al-Baqarah ayat 124.
4. Nabi
Ibrahim bersama puteranya Nabi Ismail – alaihissalam – membangun
baitullah (rumah Allah) – Al-Ka'batul-Mukarramah – yang kemudian oleh
Allah s.w.t. ditetapkan sebagai kiblat, dan ke sana pula semua kaum
Muslimin menunaikan ibadah haji. Rumah suci tersebut adalah buah karya
baitun-nubuwwah yang mulia.
5. Allah
s.w.t. telah memerintahkan semua orang yang beriman supaya senantiasa
mengucapkan shalawat bagi Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga (aal)
beliau seperti shalawat yang diucapkan bagi Nabi Ibrahim dan keluarga
(aal) beliau.
6. Allah
s.w.t. telah menciptakan dua ummat manusia terbesar di dunia, iaitu
ummat Nabi Musa a.s dan ummat Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ummat-ummat
terbaik dalam pandangan Allah, guna melengkapi jumlah 70 ummat yang
diciptakan-Nya.
7. Allah
s.w.t. melestarikan kemuliaan baitun-nubuwwah sepanjang zaman dengan
selalu disebut-sebutnya keagungan mereka dan keluarga serta keturunan
mereka; sebagaimana firman Allah dalam Al-Qur'anul-Karim (surah
Ash-Shaffat: 108-110)
8. Allah
s.w.t. telah menjadikan baitun-nubuwwah (keluarga Nabi Ibrahim a.s dan
keturunannya hingga Nabi Muhammad s.a.w. dan keturunannya) sebagai
'furqan' (batas pemisah kebenaran dan kebatilan). Bahagilah manusia yang
mengikuti seruan dan jejak mereka, dan celakalah mereka yang memusuhi
dan menentangnya.
9. Allah
s.w.t. berkenan menyebut nama-nama mereka disamping nama-Nya sendiri
dengan menyebut Nabi Ibrahim: "Ibrahim Khalilullah", "Musa Kalimullah"
(manusia yang langsung menerima firman Allah), dan "Muhammad Habibullah"
(kesayangan Allah). Kecuali itu Allah s.w.t. telah menegaskan juga
kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang nikmat besar yang telah
dilimpahkan-Nya kepada beliau s.a.w., sebagaimana termaktub dalam surah
Al-Insyirah: 4. Sehubungan dengan itu Ibnu 'Abbas meriwayatkan,
bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Apabila engkau menyebut
Allah, sebutlah pula namaku". Yakni: Tiada tuhan selain Allah dan
Muhammad adalah Rasulullah. Sebutlah kalimat itu, baik pada saat orang
mulai memeluk Islam, di dalam azan, dalam khutbah, dalam tasyahud dan
lain sebagainya. Demikian kata Ibnu 'Abbas r.a.
10. Allah
s.w.t. menghindarkan ummat manusia dari kesengsaraan dunia dan akhirat
melalui tuntutan dan bimbingan baitun-nubuwwah itu. Betapa besar
kebajikan yang telah dicurahkan oleh baitun-nubuwwah demi keselamatan
ummat manusia. Mereka telah banyak berbuat kebajikan dan ihsan bagi
manusia masa silam, masa kini dan masa mendatang. Setiap amal kebajikan
yang dilakukan oleh manusia di muka bumi, di samping Allah memberikan
pahala kepadanya, Allah juga berkenan memberikan pahala kepada
baitun-nubuwwah atas jasa-jasa yang telah mereka berikan kepada seluruh
ummat manusia. Maha Suci Allah Yang telah memberikan kemuliaan kepada
siapa saja menurut kehendak-Nya.
11. Kepada
baitun-nubuwwah itu Allah s.w.t. telah menganugerahkan keistimewaan
khusus, iaitu menutup semua jalan dan pintu bagi manusia di dunia ini
untuk mendekatkan diri kepada-Nya, selain jalan dan pintu yang telah
dirintis dan dibukakan oleh baitun-nubuwwah. Dalam sebuah hadits Qudsiy
Allah s.w.t. berfirman kepada Rasul-Nya, Muhammad s.a.w.: "Demi
Kemuliaan-Ku dan Demi Keagungan-Ku, seandainya manusia hendak datang
kepada-Ku melalui jalan dan pintu mana saja, tak akan Ku-bukakan sebelum
mereka mengikuti jejakmu"
12. Allah
s.w.t. telah menjadikan baitun-nubuwwah sebagai pemusatan ilmu
pengetahuan tentang: Keagungan Asma Allah, sifat-sifat Allah,
hukum-hukum Allah, af'al Allah (segala sesuatu yang dilakukan Allah),
anugerah dan ganjaran Allah, hal-hal yang diridhai dan dimurkai Allah,
para malaikat dan semua makhluk ciptaan Allah; lebih banyak daripada
ilmu pengetahuan yang ada pada baitun-nubuwwah.
13. Allah
s.w.t. menempatkan baitun-nubuwwah di muka bumi sebagai khalifah yang
dipatuhi oleh ummat manusia. Kemuliaan seperti itu tidak diberikan
Allah s.w.t. kepada keluarga lain, dan itu merupakan keistimewaan yang
luar biasa besarnya.
14. Melalui
baitun-nubuwwah itu Allah s.w.t. hendak menghapuskan kesesatan dan
syirik dari muka bumi, iaitu suatu sikap mental dan kejiwaan yang paling
dimurkai Allah. Untuk itu Allah s.w.t. menanamkan perasaan cinta
kepada mereka di dalam hati ummat manusia. Tidak ada keluarga lain
manapun juga yang pernah memperoleh kecintaan ummat manusia setinggi
yang mereka peroleh.
15. Allah
s.w.t. telah menjadikan peninggalan mereka (agama-agama yang mereka
bawakan) di muka bumi ini sebagai jaminan keselamatan bagi alam semesta,
yang akan senantiasa tetap lestari selama agama mereka tetap lestari.
Manakala agama yang mereka ajarkan itu lenyap dari muka bumi, itu
merupakan petanda mulai hancurnya alam semesta. Allah s.w.t. telah
menjelaskan di dalam Al-Qur'anul-Karim, bahawa Allah tetap menjadikan
Ka'bah sebagai tempat suci yang di dalamnya dilarang adanya perbuatan
permusuhan dan lain sebagainya. Ibnu 'Abbas r.a pernah mengatakan
andaikata tidak ada lagi manusia yang menunaikan ibadah haji, maka akan
ambruklah langit ini. Kecuali itu, konon Rasulullah s.a.w. sendiri
pernah memberitahu para sahabatnya, bahawa pada akhir zaman Allah akan
mengangkat Ka'bah dari muka bumi dan meniadakan Kalam-Nya
(firman-firman-Nya) dari kitab Suci dan dari dada setiap insane,
sehingga di bumi ini tidak ada lagi Ka'bah tempat orang menunaikan
ibadah haji, dan tidak ada lagi ayat-ayat suci dibaca orang. Saat itu
menandakan hampir tibanya hari kiamat dan kehancuran alam semesta.
Demikian pula keadaan manusia dewasa ini, kesentosaan mereka tergantung
pada kesentosaan agama dan syari'at yang ditinggalkan oleh seorang Nabi
akhir zaman yang datang dari baitun-nubuwwah, iaitu Nabi Muhammad
s.a.w. keselamatan manusia dari cubaan dan malapetaka tergantung pada
sikap manusia sendiri dalam melestarikan kesentosaan ajaran agama yang
dibawakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Malapetaka dan berbagai macam
bencana pasti akan menimpa kehidupan ummat manusia manakala mereka
menjauhi kebenaran dan keadilan yang diajarkan Muhammad Rasulullah
s.a.w. dan bernaung kepada hal-hal selain Allah dan tuntutan agama-Nya.
Barangsiapa yang merenungkan murka Allah yang ditimpakan kepada seorang
manusia atau sebuah negeri yang memusuhi-Nya, ia dapat memahami bahawa
turunnya azab itu akibat sikap manusia sendiri yang tidak menghiraukan
agama Allah.
Kesemuanya itu merupakan berkah dan rahmat Allah
s.w.t. yang telah dilimpahkan kepada baitun-nubuwwah. Di antara mereka
itu ada yang memperoleh martabat tinggi dan keutamaan-keutamaan lain,
seperti: Nabi Ibrahim diangkat sebagai 'Khalilullah', Nabi Ismail
diberi gelaran sebagai 'Zabihullah', Nabi Musa didekatkan kepada-Nya
dan dianugerahkan gelaran 'Kalimullah', Nabi Yusuf dianugerahi
kehormatan dan paras indah yang luarbiasa, Nabi Sulaiman dianugerahi
kerajaan dan kekuasaan yang tiada tolok bandingannya di kalangan ummat
manusia dan jin, Nabi Isa diangkat kedudukannya ke martabat yang
setinggi-tingginya, dan Nabi Muhammad diangkat sebagai penghulu semua
Nabi dan Rasul serta sebagai Nabi terakhir pembawa agama Allah yang
terakhir, Islam. Maha Benar Allah yang telah menyatakan bahawa mereka
itu telah dianugerahi keutamaan mengungguli semua keutamaan yang ada di
dunia dan di alam semesta.
Keistimewaan-keistimewaan khusus lainnya
dilimpahkan Allah s.w.t. kepada mereka ialah, bahawa Allah meniadakan
azab umum dari ummat manusia. Tidak seperti ummat-ummat sebelum mereka
yang selalu dikenakan azab umum apabila sudah banyak orang yang
mendustakan para Nabi dan Rasul yang diutus Allah kepada mereka;
seperti azab umum yang ditimpakan Allah kepada ummat Nabi Nuh a.s,
ummat Nabi Salleh a.s, ummat Nabi Luth a.s dan lain-lain. Akan tetapi
setelah Allah s.w.t. menurunkan kitab-kitab suci Taurat, Injil dan
Al-Qur'an, Allah berkenan meniadakan azab umum dari ummat manusia.
Allah hanya memerintahkan dilakukannya perjuangan terhadap
manusia-manusia yang mendustakan para Nabi dan Rasul.
Demikianlah,
beberapa keutamaan baitun-nubuwwah yang diketengahkan oleh Syeikhul
Islam Ibnul Qayyim dalam kitabnya, 'Jala'ul-Afham'.
Mengingat
kemuliaan martabat baitun-nubuwwah yang dimulai sejak Nabi Ibrahim a.s
secara turun-temurun hingga Nabi kita Muhammad s.a.w. tidaklah
menghairankan jika beliau mewanti-wanti ummatnya supaya menghormati dan
bersikap tepat terhadap ahlulbait dan keturunannya. Ini bukan
semata-mata kerana keagungan martabat beliau sendiri sebagai Nabi dan
Rasul, melainkan kerana kemuliaan baitun-nubuwwah yang telah ditetapkan
Allah s.w.t. sejak Nabi Ibrahim a.s. Itulah rahsia besar yang terselip
di dalam hadits Tsaqalain dan hadits-hadits lainnya yang berkaitan
dengan kedudukan ahlulbait Rasulullah s.a.w.
Hadits-hadits Nabi s.a.w. yang mengenai fadha'il (keutamaan) ahlulbait Rasulullah s.a.w.
Mufti Makkah Syeikh Muhammad Sa'id bin Muhammad Babushail Al-Hadhramiy –
rahimahullah – mengetengahkan nas-nas hadits Rasulullah s.a.w.
mengenai fadha'il ahlulbait dan keturunan beliau s.a.w., di dalam
sebuah risalah yang ditulisnya berjudul 'Ad-Durarun-Naqiyyah Fi
Fadha'ili Dzurriyyati Kharil-Barriyyah', dicetak di kairo pada tahun
1969 M/1389 H.
Pada bahagian pertama risalah tersebut Syeikh
Muhammad Sa'id menerangkan makna 'ahlulbait' berdasarkan hadits-hadits
shahih. Dalam hal itu ia mengatakan sebagai berikut: "…ayat Al-Qur'an
yang mengenai ahlulbait" (yakni ayat 33 surah Al-Ahzab) tidak menolak
pengertian tentang masuknya para isteri Rasulullah s.a.w. dalam
lingkungan ahlulbait Rasulullah s.a.w., kerana kata 'ahlul-bait'
mencakup dua pengertian, iaitu: keluarga yang tinggal serumah
(baitus-sukna) dan keluarga menurut silsilah (batin-nasab). Para isteri
Rasulullah s.a.w. adalah keluarga yang tinggal serumah dengan beliau
s.a.w., sedangkan kaum kerabat beliau (termasuk anak cucu keturunan
beliau) adalah keluarga senasab. Ayat tersebut pada dasarnya turun
berkenaan dengan hak dan kewajipan para isteri Nabi. Akan tetapi dengan
adanya hadits-hadits yang menunjukkan, bahawa ayat tersebut mencakup
ahlulbait sukna dan ahlulbait senasab, maka pengertian mencakup semua
pihak…"
Mengenai fadha'il ahlulbait Rasulullah s.a.w. Syeikh
Muhammad Sa'id mengetengahkan nas-nas Al-Qur'an dan hadits seperti di
bawah ini:
"Katakanlah (hai Muhammad): 'Kepada kalian aku tidak
minta upah apa pun juga atas seruanku kecuali kasih-sayang dalam
kekeluargaan'. Barangsiapa berbuat kebajikan baginya Kami tambahkan
kebaikan pada kebajikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi
Maha Membalas syukur". [Asy-Syura: 23]
Imam Ahmad bin Hanbal,
Thabraniy dan Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Ibnu
'Abbas r.a yang mengatakan, bahawa setelah turun ayat tersebut di atas,
para sahabat bertanya:
"Ya Rasulullah, siapakah kerabat anda yang
wajib kita berkasih sayang kepada mereka?" Rasulullah s.a.w. menjawap:
"'Ali, Fatimah dab dua orang anak mereka berdua".
Abu Syeikh meriwayatkan sebuah hadits dari Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a yang mengatakan bahawa:
"Ayat Haa Miim turun berkenaan dengan diri kami".
Yang dimaksud dengan ayat 'Haa Miim' adalah ayat tersebut di atas. Selanjutnya Imam 'Ali r.a mengatakan:
"Tidak ada yang memelihara kasih sayang kepada kami selain orang yang beriman".
Ayat lainnya lagi yang menunjukkan fadha'il ahlulbait Rasulullah s.a.w.
dan membenarkan hubungan nasab mereka dengan beliau s.a.w. ialah:
"Barangsiapa yang membantahmu tentang kisah Isa setelah datang ilmu
kepadamu (yakni pemberitahuan yang meyakinkan dari Allah) maka
katakanlah (kepada mereka): "Marilah kita panggil anak-anak kami dan
anak-anak kalian, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kalian, diri kami
dan diri kalian; kemudian marilah kita bermubahalah (berdoa kepada
Allah supaya menjatuhkan laknat bagi orang-orang yang berdusta)".
Imam Ar-Raziy mengatakan: "Tidak ada dalil yang lebih kuat daripada ayat
mubahalah tersebut, mengenai fadha'il ahlul-kisa, iaitu 'Ali, Fatimah,
Al-Hasan, Al-Husein – radhiyallahu anhum. Ketika berangkat untuk
bermubahalah (dengan kaum Nasrani Najran) Rasulullah s.a.w. menggendong
Al-Husein r.a, menggandeng Al-Hasan r.a, sedang Fatimah r.a berjalan di
belakang beliau, dan 'Ali r.a berjalan di belakang mereka. Dengan
demikian maka dapat diketahui dengan jelas, bahawa mereka itulah yang
dimaksud ayat tersebut. Dalam hal itu putera-putera Fatimah r.a dan
keturunannya disebut "putera-putera Rasulullah s.a.w." dan dinyatakan
benar-benar bernasab kepada beliau s.a.w.
Adapun hadits-hadits yang menerangkan fadha'il ahlulbait Rasulullah s.a.w. banyak sekali. Beberapa di antaranya adalah:
1. Hadits yang diriwayatkan oleh Thabraniy, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Allah menciptakan keturunan setiap Nabi dari tulang sulbinya sendiri,
namun Allah menciptakan keturunanku dari tulang sulbi 'Ali bin Abi
Thalib".
Abulkhair dan Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadits berasal
dari Al-'Abbas, paman Nabi, bahawa pada suatu hari 'Ali bin Abi Thalib
r.a datang menghadap Rasulullah s.a.w., dan di tempat itu hadir
Al-'Abbas. Setelah Rasulullah s.a.w. menjawap ucapan salam 'Ali bin Abi
Thalib r.a beliau berdiri, kemudian merangkulnya dan mencium
keningnya, lalu dipersilakan duduk di sebelah kanan beliau. Ketika itu
Al-'Abbas bertanya: 'Ya Rasulullah, apakah anda mencintai dia'? Beliau
menjawap:
"Paman, demi Allah, Allah lebih mencintai dia daripada
aku. Allah Azza wa Jalla menjadikan keturunan setiap Nabi dari tulang
sulbinya sendiri, namun Allah menjadikan keturunanku dari tulang sulbi
orang ini".
Al-Bukhariy di dalam 'Shahih'nya meriwayatkan sebuah
hadits berasal dari Abu Bikrah Ats-Tsaqafiy r.a yang mengatakan sebagai
berikut:
"Saya mendengar Rasulullah s.a.w. berkata dari atas mimbar
– al-Hasan di samping beliau, beliau sebentar melihat kepadanya dan
sebentar melihat kepada hadirin – 'Puteraku ini adalah sayyid.
Mudah-mudahan dengan dia Allah kelak akan mendamaikan dua golongan kaum
Muslimin".
Tirmudziy mengetengahkan sebuah hadits berasal dari Usamah bin Zaid r.a yang mengatakan sebagai berikut:
"Saya melihat Rasulullah s.a.w. duduk memangku al-Hasan dan al-Husein,
kemudian beliau berkata: Dua orang anak ini anak-anakku dan anak-anak
Fatimah. Ya Allah, aku mencintai dua anak ini, maka cintailah mereka
berdua dan cintailah pula orang yang mencintai kedua-duanya".
Dalam
kitab 'Al-Hilyah' Abu Nu'aim meriwayatkan sebuah hadits berasal dari
Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a yang menceritakan kesaksiannya, bahawa pada
suatu hari di saat Rasulullah s.a.w. sedang mengimami sholat jama'ah,
tiba-tiba datanglah al-Hasan r.a. Di saat Rasulullah s.a.w. sedang
sujud al-Hasan yang masih kecil itu naik ke atas punggung beliau,
kemudian turun dan naik lagi ke atas tengkuk beliau. Rasulullah s.a.w.
mengangkat anak itu perlahan-lahan. Selesai sholat para sahabat berkata:
Ya Rasulullah, anda memperlakukan anak itu tidak seperti perlakuan
yang anda berikan kepada siapa pun juga. Rasulullah s.a.w. menjawap:
"Anak ini raihanahku3. Anakku ini adalah sayyid, semoga dengan dia Allah akan mendamaikan dua golongan kaum Muslimin".
Al-Hafidz As-Salafiy meriwayatkan sebuah hadits dari Abu Hurairah r.a
yang mengatakan, bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bersama saya
pergi ke tempat perniagaan Bani Qainuqa. Sekembalinya dari tempat itu
beliau masuk ke masjid, kemudian menyuruh saya: "Panggilkan anakku…"
Al-Hasan bin Ali segera datang lalu masuk ke dalam hijr beliau,
Rasulullah s.a.w. kemudian membuka mulut al-Hasan dan berdoa di depan
mulutnya:
"Ya Allah, aku mencintai dia maka cintailah dia dan cintailah orang yang mencintainya – beliau mengucapkannya tiga kali".
Ahmad dan Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Musawwar bin
Makhramah radhiyallahu 'anhuma; bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah
berkata:
"Fatimah adalah sebahagian dari diriku, apa yang membuatnya
marah membuatku marah dan apa yang melegakannya melegakan aku.
Sesungguhnya bahawa semua nasab akan terputus pada hari kiamat, selain
nasabku, sebabku dan menantuku".
Thabraniy meriwayatkan sebuah hadits dari Siti Fatimah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan:
"Semua anak yang dilahirkan oleh ibunya bernasab kepada ayah mereka
kecuali anak Fatimah; akulah wali mereka, akulah nasab mereka dan akulah
ayah mereka".
Al-Baihaqiy, Thabraniy dan lain-lainnya
meriwayatkan, bahawa ketika Umar Ibnul-Khatthab r.a meminang puteri
Imam 'Ali r.a yang bernama Ummu Kaltsum (puteri Siti Fatimah Az-Zahra
r.a), ia berkata:
Lebih lanjut Umar r.a berkata. "Aku tidak
menginginkan kedudukan, tetapi saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w.
berkata: 'Semua sebab dan nasab akan terputus pada hari kiamat kecuali
sebabku dan nasabku. Semua anak yang dilahirkan ibunya bernasab kepada
ayah mereka kecuali anak Fatimah, akulah ayah mereka dan kepadaku
mereka bernasab'. Umar r.a berkata lebih lanjut: 'Aku adalah sahabat
beliau, dan dengan hidup bersama Ummu Kaltsum aku ingin memperoleh
hubungan sebab dan nasab (dengan Rasulullah s.a.w.)'.
Abulkhair
Al-Qazwainiy meriwayatkan sebuah hadits dari Anas bin Malik r.a,
bahawasanya Rasulullah s.a.w. ketika menikahkan 'Ali bin Abi Thalib r.a
dengan Siti Fatimah r.a berkata sebagai berikut:
"Allah mempererat
kerukunan kalian berdua, memenangkan pengikut kalian, memberkahi kalian
dan semoga mengeluarkan keturunan yang banyak dan baik dari kalian".
Anas mengatakan: Demi Allah, benarlah bahawa Allah mengeluarkan
keturunan yang banyak dan baik dari dua orang (suami-isteri) itu.
Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Abi Hatim meriwayatkan sebuah hadits
berasal dari Ummu Aiman r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pada malam
pertama pernikahan 'Ali dengan Fatimah radhiyallahu 'anhuma berdoa bagi
keselamatan kedua-duanya. Untuk Fatimah r.a beliau berdoa:
"Ya Allah, ia (Fatimah r.a) dan keturunannya kuperlindungkan kepadaMu dari syaitan terkutuk".
Untuk 'Ali r.a beliau berdoa:
"Ya Allah, ia ('Ali r.a) dan keturunannya keperlindungkan kepadamu dari syaitan terkutuk".
Kemudian kepada 'Ali r.a beliau berkata:
"Gaulilah keluargamu bismillah wal barakah".
Al-Bazar, Abu Ya'la, Thabraniy dan Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadits
dari Ibnu Mas'ud r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah berkata:
"Fatimah telah menjaga kehormatannya, kerana itu Allah mengharamkan dia dan keturunannya dari neraka".
Al-Bukhariy dan Muslim dalam 'Shahih'nya masing-masing meriwayatkan
sebuah hadits dari Siti Fatimah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah
berkata kepadanya:
"Apakah engkau tidak puas menjadi sayyidatu nisa'ul Mu'minin (wanita kaum Muslimin yang terkemuka)"?
Tirmudziy dan Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadits dari Usaman bin Zaid r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah berkata:
"Keluargaku yang paling kucintai ialah Fatimah".
Imam Ahmad bin Hanbal dan Tirmudziy meriwayatkan sebuah hadits dari
Ibnuz-Zubair r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah berkata:
"Fatimah adalah bahagian dari diriku, apa yang mengganggunya mengganggu diriku dan apa yang menyakitinya menyakiti diriku".
Dalam kitab 'Al-Ghilaniyyat' Abubakar meriwayatkan sebuah hadits dari
Abu Ayuub Al-Anshariy, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata:
"Pada hari kiamat akan terdengar suara berseru dari tengah Arsy: 'Hai
semua manusia, tundukkanlah kepala dan pejamkan mata kalian hingga
Fatimah binti Muhammad lewat di atas shirath! Fatimah kemudian berjalan
bersama tujuhpuluh ribu bidadari secepat kilat hingga sampai ke
syurga".
Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan sebuah hadits dari Abu
Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada 'Ali bin
Abi Thalib r.a:
"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, dan bagiku engkau lebih mulia daripada Fatimah".
Abu Dawud meriwayatkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah berkata:
"Barangsiapa mencintaiku dan mencintai kedua anak itu – yakni al-Hasan
dan al-Husein radhiyallahu 'anhum – serta mencintai ayah bonda mereka
(yakni Imam 'Ali dan Siti Fatimah radhiyallahu 'anhuma) kemudian ia mati
dalam keadaan mengikuti sunnahku ia akan masuk syurga yang sederajat
dengan syurgaku".
Imam Ahmad bin Hanbal dan Tirmudziy mengetengahkan
sebuah hadits dari Abu Sa'id Al-Khudhariy r.a, yang diriwayatkan juga
oleh Thabraniy dari hadits Umar, Jabir, Abu Hurairah, Amamah bin Zaid,
Al-Barra bin Azib dan Ibn Adiy, berasal dari Abdullah bin Mas'ud r.a;
bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Al-Hasan dan Al-Husein
adalah dua orang pemuda terkemuka penghuni Syurga. – Dalam hadits Ibnu
Mas'ud: Dua orang puteraku ini, Al-Hasan dan Al-Husein, adalah dua
orang pemuda terkemuka penghuni Syurga, namun ayah kedua anak itu lebih
mulia".
Di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin
Hanbal, Tirmudziy, An-Nasa'iy dan Ibnu Hiban, yang berasal dari
Hudzaifah bin Al-Yaman r.a; bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Yang diperlihatkan kepada sebelum itu ialah seorang malaikat yang
sebelum malam ini tidak pernah turun ke bumi. Ia mohon izin kepada Allah
Azza wa Jalla untuk menyampaikan salam kepadaku dan memberi kabar
gembira kepadaku, bahawa Al-Hasan dan Al-Husein adalah dua orang pemuda
terkemuka penghuni syurga, dan bahawa Fatimah adalah wanita terkemuka
penghuni syurga".
Tirmudziy meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Abdullah bin Umar r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Al-Hasan dan Al-Husein adalah dua raihanahku di dunia".
Abu Ya'la meriwayatkan sebuah hadits dari Salmah bin Al-Akwa r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata:
"Bintang-bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit sedangkan
ahlulbaitku adalah keselamatan bagi ummatku dari perselisihan".
Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Rasulullah berkata:
"Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah langit; dan apabila ahlulbait lenyap, lenyaplah penghuni bumi".
Dalam hadits lain Rasulullah berkata:
"Apabila ahlulbaitku punah, maka tibalah apa yang dijanjikan dalam ayat-ayat Al-Qur'an kepada penghuni bumi (yakni kepunahan)".
Ibnu Adiy dan Ad-Dailamiy meriwayatkan sebuah hadits berasal dari 'Ali
bin Abi Thalib r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Di antara kalian yang paling mantap (tidak goyah) di atas shirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlulbaitku".
Tirmudziy, Ibnu Majah dan Al-Hakim meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata:
"Aku memerangi orang yang memerangi mereka (ahlulbaitku) dan berdamai dengan orang yang berdamai dengan mereka".
Ibnu Ma'jah meriwayatkan sebuah hadits yang berasal dari Al-'Abbas bin Abdul Mutthalib, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Kepada ada orang-orang yang sedang bercakap-cakap kemudian jika
didatangi seorang dari ahlulbait lalu memutuskan pembicaraan? Demi Allah
yang nyawaku berada di tangan-Nya, iman tidak akan masuk ke dalam hati
seorang sebelum ia mencintai mereka (ahlulbaitku) demi kerana Allah
dan kerana kerabatku".
Menurut riwayat lain beliau berkata:
"Seseorang (hamba Allah) tidak beriman kepadaku sebelum ia mencintaiku,
dan ia tidak mencintaiku sebelum mencintai ahlulbaitku".
Dalam riwayat hadits yang lain lagi beliau berkata:
"Mereka tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan mereka tidak
beriman sebelum mencintai kalian (ahlulbait Rasulullah s.a.w.) demi
kerana Allah dan Rasul-Nya".
Thabraniy dan Al-Baihaqiy meriwayatkan sebuah hadits, bahawa dalam salah satu khutbah di atas mimbar Rasulullah s.a.w. berkata:
"Kepana ada orang-orang yang menggangguku mengenai nasab dan kaum
kerabatku? Bukankah orang yang mengganggu nasabku dan kaum kerabatku
bererti ia telah menggangguku dan siapa yang menggangguku bererti ia
mengganggu Allah s.w.t.?"
Ad-Dailamiy meriwayatkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Barangsiapa mencintai Allah ia mencintai Al-Qur'an. Barangsiapa yang
mencintai Al-Qur'an ia mencintai aku dan barangsiapa yang mencintai aku
ia tentu mencintai para sahabatku dan kaum kerabatku".
Al-Mala dalam kitab 'Sirah'nya mengetengahkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Tidak ada yang mencintai kami ahlulbait kecuali orang yang beriman dan
bertakwa, dan tidak ada yang membenci kami kecuali orang munafik dan
derhaka".
Ad-Dailamiy meriwayatkan sebuah hadits dari Ibnu Sa'id Al-Khudhariy bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Allah sangat murka terhadap orang yang menggangguku melalui ahlulbaitku (itrahku)".
Ad-Dailamiy mengatakan, benarlah bahawa Rasulullah s.a.w. telah berkata:
"Barangsiapa yang ditangguhkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) dan ingin
mendapat kebahagiaan dengan kebajikan yang dikurniakan Allah
kepadanya, hendaklah berlaku baik terhadap keluargaku sepeninggalanku.
Barangsiapa tidak berlaku baik terhadap keluargaku sepeninggalku, ia
akan dipendekkan umurnya, dan pada hari kiamat ia akan dihadapkan
kepadaku dalam keadaan mukanya berwarna hitam".
Ibnu Sa'ad mengetengahkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan:
"Hendaklah kalian berwasiat yang baik mengenai ahlulbaitku. Kelak aku
akan menggugat kalian. Barangsiapa yang kugugat bererti aku menjadi
lawannya, dan orang yang menjadi lawanku ia masuk neraka. Barangsiapa
yang menjaga baik-baik wasiatku mengenai ahlulbaitku, bererti ia telah
membuat perjanjian dengan Allah".
Ibnu Sa'ad juga mengetengahkan hadits lain, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Aku dan ahlulbaitku ibarat sebuah pohon di syurga yang cabang dahannya
berada di dunia. Barangsiapa menghendaki dapat menjadikannya sebagai
jalan kepada Tuhannya".
Ad-Dailamiy mengetengahkan sebuah riwayat hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Doa seseorang masih tertutup hijab sebelum ia mengucapkan shalawat
bagi Muhammad dan ahlulbaitnya: Ya Allah limpahkanlah shalawat kepada
Muhammad, aal Muhammad dan para sahabatnya dan limpahkanlah salam
sejahtera kepada mereka".
Tirmudziy dan Al-Hakim meriwayatkan hadits dari Ibnu 'Abbas r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Cintailah Allah yang dengan nikmat kurnia-Nya memberi makan kepada
kalian, dan cintailah aku demi kerana Allah s.w.t. serta cintailah
ahlulbaitku demi kecintaan kalian kepadaku".
Al-Baihaqiy dan Ad-Dailamiy meriwayatkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. menegaskan:
"Seorang hamba Allah tidak beriman sebelum ia mencintai diriku lebih
daripada dirinya sendiri, lebih mencintai keturunanku daripada
keturunannya, lebih mencintai keluargaku daripada keluarganya dan lebih
mencintai dzatku daripada dzatnya sendiri".
Ad-Dailamiy mengetengahkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kaum Muslimin:
"Didiklah anak-anak kalian supaya mempunyai tiga macam sifat: Mencintai
Nabi kalian, mencintai ahlulbaitnya dan gemar membaca Al-Qur'an".
Al-Hafidz As-Salafiy meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Muhammad
bin Al-Hanafiyyah, bahawa ia (Muhammad bin Al-Hanafiyyah) dalam
tafsirnya mengenai firman Allah dalam surah Maryam: 96, iaitu:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berbuat kebajikan, Allah Yang
Maha Pengasih akan – menanamkan dalam hati mereka – rasa kasih
sayang".
Mengatakan:
"Seorang mu'min tidak akan mantap imannya
sebelum di dalam hatinya terdapat rasa kasih-sayang kepada 'Ali r.a dan
ahlulbaitnya".
Abu Sa'id di dalam kitab 'Syarafun-Nubuwwah'
mengetengahkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata
kepada Fatimah r.a:
"Hai Fatimah, engkau marah Allah marah, dan engkau ridho (puas) Allah ridho".
Al-allamah Ibnu Hajar dalam kitabnya, 'Ash-Shawaiqul-Muriqah',
menerangkan sebagai berikut: Barangsiapa mengganggu salah seorang putera
Fatimah, ia akan menghadapi bahaya kerana perbuatannya itu membuat
marah Siti Fatimah r.a. Sebaliknya, barangsiapa mencintai putera-putera
Fatimah r.a ia akan memperoleh keridhaannya. Para ulama khawash (yakni
para ulama yang mempunyai keistimewaan khusus) merasa di dalam hatinya
terdapat keistimewaan yang sempurna kerana kecintaan mereka kepada
Rasulullah s.a.w. dan ahlulbait serta keturunannya atas dasar
pengertian, bahawa ahlulbait dan keturunan beliau s.a.w. adalah
orang-orang suci. Selain itu mereka (para ulama khawash itu) juga
mencintai anak-anak 10 orang yang telah dijanjikan masuk syurga, di
samping itu mereka juga mencintai anak-anak para sahabat Nabi yang lain.
Mereka memandang anak-anak semua sahabat Nabi sebagaimana mereka
memandang para orang tua mereka.
Ibnu Hajar lebih jauh mengatakan:
Orang harus menahan diri sampai mengecam mereka (ahlulbait dan
keturunan Rasulullah s.a.w.). Jika ada seorang di antara mereka yang
berbuat fasik berupa bid'ah atau lainnya, yang harus dikecam hanyalah
perbuatannya, bukan dzatnya, kerana dzatnya itu merupakan bahagian dari
Rasulullah s.a.w., sekalipun antara dzat beliau dan dzat orang itu
terdapat perantara (wasa'ith).
Ad-Dailamiy meriwayatkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Barangsiapa ingin bertawassul (berwasilah) padaku dan ingin memperoleh
syafaatku pada hari kiamat, hendaklah ia menyambung hubungan (yakni
memelihara kasih-sayang) dengan ahlulbaitku dan berbuat yang
menyenangkan mereka".
Ibnu Asakir meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Imam 'Ali r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Barangsiapa yang menanam budi baik bagi ahlulbaitku, pada hari kiamat kelak ia akan kubalas".
Dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. berkata:
"Pada hari kiamat aku akan menjadi penolong (syafi') bagi empat
golongan orang, iaitu: Orang yang menghormati keturunanku, orang yang
memenuhi kebutuhan mereka, orang yang berusaha membantu urusan mereka
pada saat mereka membutuhkan bantuannya, dan orang yang mencintai
mereka dengan hatinya".
Al-Bazar dan Thabraniy meriwayatkan sebuah
hadits panjang dari Al-Hasan bin 'Ali radhiyallahu 'anhuma, yang antara
lain mengatakan:
"Aku termasuk ahlul-bait yang Allah mewajibkan
setiap Muslim supaya berkasih-sayang dengan mereka. Mengenai merekalah
Allah telah menurunkan ayat Al-Qur'an: "Katakanlah (hai Muhammad): 'Aku
tidak minta upah apa pun atas seruanku kecuali kasih-sayang kepada
keluargaku'. Dan siapa yang berbuat kebaikan akan Kami tambahkan
kebaikan baginya". [Asy-Syura: 51]
Berbuat kebaikan dalam ayat tersebut bermakna kasih-sayang kepada ahlul-bait.
Hadits lainnya yang semakna dan diketengahkan oleh Imam Ahmad bin
Hanbal dari Ibnu 'Abbas r.a yang menafsirkan kata 'kebaikan' dalam ayat
tersebut di atas dengan 'kasihsayang kepada aal Muhammad s.a.w."
Demikian sejumlah hadits tentang fadha'il ahlulbait Rasulullah s.a.w.,
yang diketengahkan oleh Mufti Makkah, Syeikh Muhammad Sa'id bin Muhammad
Babushail Al-Hadhramiy, dalam risalahnya yang berjudul
'Ad-Durarun-Naqiyyah Fi Fadha'ili Dzurriyyati Khairil-Barriyyah'.
Kiranya akan lebih lengkaplah jika kami tambahkan beberapa riwayat
mengenai sikap hormat para sahabat Nabi kepada ahlulbait Rasulullah
s.a.w. sebagai pencerminan nyata tentang betapa kesetiaan mereka dalam
menjaga dan melaksanakan wasiat Rasulullah s.a.w. mengenai ahlulbaitnya.
Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a pernah berkata kepada Imam 'Ali bin Abi
Thalib r.a sebagai berikut: "Demi Allah yang nyawaku berada di
tangan-Nya, sungguhlah bahawa kerabat Rasulullah s.a.w. lebih kucintai
daripada kerabatku sendiri".
Umar Ibnul-Khatthab r.a pernah berkata
kepada 'Abbas bin Abdul Mutthalib, paman Nabi s.a.w., dengan
bersumpah, bahawa andaikata ayah Umar sendiri memeluk Islam maka bagi
Umar Islamnya 'Abbas r.a lebih disukai olehnya, kerana Rasulullah
s.a.w., lebih menyukai Islamnya 'Abbas r.a.
Pada suatu hari Zainul
Abidin bin Al-Husein bin 'Ali bin Thalib radhiyallahu anhum datang ke
rumah Ibnu 'Abbas r.a, ia disambut dengan ucapan: 'Marhaban bil-habib
ibnil-habib' ('Selamat datang saudara tercinta putera saudara
tercinta').
Pada suatu hari Zaid bin Tsabit r.a melawat seorang
sahabat yang wafat. Sesuai menunaikan sholat jenazah datang seorang
membawa seekor keldai untuk ditungganginya. Oleh Zaid r.a keldai itu
diserahkan kepada Ibnu 'Abbas r.a yang berada di dekatnya seraya
berkata: "Hai putera paman Rasulullah, biarlah anda saja yang
mengendarai keldai ini!" Ibnu 'Abbas r.a menyahut: 'Memang demikianlah
Rasulullah s.a.w. memerintahkan kita supaya menghormati para ulama".
Sambil mencium tangan Ibnu 'Abbas r.a, Zaid bin Tsabit r.a berkata:
"Memang demikianlah Rasulullah s.a.w. memerintahkan kita supaya
menghormati ahlulbait beliau s.a.w."
Umar bin Abdul Aziz r.a
(Khalifah Bani Umayyah satu-satunya yang terkenal saleh dan zuhud)
berkata kepada buyut Rasulullah s.a.w. yang bernama Abdullah bin
Al-Hasan Al-Mutsanna bin Al-Hasan bin 'Ali radhiyallahu anhum: "Bila
anda membutuhkan sesuatu tulis sajalah surat kepadaku, kerana aku malu
kepada Allah yang melihat anda berdiri di depan pintu kediamanku".
Ketika Umar bin Abdul Aziz masih menjabat sebagai penguasa kota Madinah,
buyut perempuan Rasulullah s.a.w. yang bernama Fatimah binti 'Ali
Zainul Abidin bin Al-Husein bin 'Ali bin Abi Thalib radhiyallahu anhum
datang kepadanya. Semua orang yang berada di dalam rumah disuruh keluar
oleh Umar bin Abdul Aziz, kemudian ia berkata kepada Fatimah r.a: "Di
muka bumi ini tidak ada keluarga yang lebih kucintai daripada kalian,
dan kalian lebih kucintai daripada keluargaku sendiri".
Abu Bakar
bin Ayyasy berkata: "Seumpama Abu Bakar, Umar dan 'Ali radhiyallahu
anhum; tiga-tiganya itu datang bersama kepadaku untuk suatu kebutuhan,
tentu aku mendahulukan 'Ali daripada dua orang sahabatnya itu, kerana
hubungan kekerabatan 'Ali dengan Rasulullah s.a.w. Daripada aku
mendahulukan Abu Bakar dan Umar, rasanya aku lebih baik dijatuhkan dari
langit ke bumi!"
Apabila Ibnu 'Abbas r.a menanyakan suatu hadits
kepada seorang sahabat Nabi, ia selalu datang ke rumahnya. Pada suatu
hari seorang sahabat Nabi yang didatanginya berkata: "Semestinya anda
menyuruh orang saja memanggil saya, dan saya pasti datang kepada anda"!
Ibnu 'Abbas menjawap: "Akulah yang harus datang kepada anda"!
Imam
Ahmad bin Hanbal pernah disesali beberapa orang kerana mengadakan
hubungan dekat dengan seorang penganut mazhab Syi'ah. Terhadap reaksi
mereka itu ia berkata: "Subhanallah, ia seorang yang sangat mencintai
ahlulbait Rasulullah s.a.w., dan ia seorang perawi yang dapat
dipercayai"! Apabila Imam Ahmad melihat ada seorang terkemuka datang ke
rumahnya, lebih-lebih jika yang datang itu orang Quraisy, ia segera
keluar menjemputnya, mempersilakan masuk, dan ia sendiri berjalan di
belakangnya.
Imam Abu Hanifah sangat besar kecintaannya kepada
ahlulbait Rasulullah s.a.w., menghormati mereka dan sering membantu
kesukaran mereka, baik yang sedang dikejar-kejar oleh kekuasaan Bani
Umayyah mahupun yang tidak. Pada suatu saat ia memberi bantuan kewangan
kepada keluarga ahlulbait yang sedang dikejar-kejar dengan wang
sebesar 12 000 dirham. Bahkan ia mendorong sahabat-sahabatnya supaya
membantu kesulitan para anggota keluarga ahlulbait Rasulullah s.a.w.
Demikian juga Imam Malik r.a, ia seorang yang sangat mencintai dan
menghormati keluarga ahlulbait Rasulullah s.a.w. Ketika itu ia dipukuli
hingga pengsan oleh penguasa Madinah yang bernama Ja'far bin Sulaiman
Al-'Abbasiy (dari keluarga 'Abbas). Setelah sedarkan diri kembali ia
berucap: "Saya bersaksi bahawa orang yang memukulku tidak salah"! Ketika
ada orang bertanya apa sebabnya, Imam Malik menjawap: "Saya takut dan
malu kalau saya mati dan bertemu dengan Rasulullah s.a.w. ada seorang
dari kerabat beliau (Yakni Ja'far bin Sulaiman) masuk neraka kerana
diriku"! Beberapa waktu kemudian ketika Khalifah Al-Manshur (dari
dinasti Bani 'Abbas) datang ke Madinah dan berniat hendak mengambil
tindakan terhadap Ja'far bin Sulaiman, ia menyerahkan sebuah cambuk
kepada Imam Malik dan menyuruhnya supaya membalas perbuatan Ja'far. Saat
itu Imam Malik menjawap: "Ma'adzallah, demi Allah, saya tidak akan
memukulnya dengan cambuk ini, saya telah menyatakan dia tidak bersalah
kerana ia kerabat Rasulullah s.a.w."!
Imam Syafi'iy r.a lebih besar
lagi kecintaannya kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w. Ketika ia dituduh
oleh kaum Khawarij sebagai pengikut kaum Rawafidh dan kaum Nawashib
(kerana kecintaan dan penghormatannya kepada ahlulbait dan Abu Bakar
Ash-Shiddiq dan Umar Ibnul-Khatthab radhiyallahu anhum); dalam beberapa
bait sya'irnya ia menjawap tegas:
"Kalau aku dituduh oleh
orang-orang bodoh sebagai penganut kaum rawafidh kerana aku memuliakan
'Ali r.a…kalau aku dituduh sebagai penganut kaum nawashib kerana aku
memuliakan Abu Bakar r.a, biarlah aku selamanya menjadi orang rawafidh
dan nawashib kedua-duanya, kerana aku memang memuliakan 'Ali dan Abu
Bakar radhiyallahu 'anhuma, kendatipun aku akan dibenamkan dalam
gundukan pasir"… "Kalau kerana mencintai aal Muhammad aku dituduh
penganut kaum Rawafidh, biarlah Tsaqalain (Kitabullah dan ahlulbait
Rasulullah s.a.w.) menjadi saksi bahawa aku ini seorang rawafidh"!
Demikianlah beberapa contoh mengenai kesetiaan para sahabat Nabi dan
para Imam empat mazhab kepada wasiat Rasulullah s.a.w. yang
mewanti-wanti ummatnya supaya menghormati dan memuliakan ahlulbait
beliau s.a.w.
Dalil-dalil atau hujjah-hujjah, baik yang berupa
Hadits-Hadits, ayat-ayat Al-Qur'an mahupun contoh-contoh yang telah
diberikan oleh para sahabat Nabi dan para Imam – sebagaimana yang kami
kemukakan terdahulu – kiranya cukup meyakinkan bagi setiap Muslim yang
mendambakan keridhaan Allah dan Rasul-Nya. Setiap Mu'min, apa mazhab
dan aliran yang dianutnya, tentu menyedari bahawa hakikat ajaran agama
Islam ialah iman kepada Allah dan Rasul-Nya, taat kepada kedua-duanya
dan patuh melaksanakan semua perintahnya.
Berbicara tentang
'keridhaan Allah dan Rasul-Nya', tidak bererti lain kecuali, bahawa
keridhaan yang terpokok adalah keridhaan Allah, sedang keridhaan
Rasulullah s.a.w. adalah kesinambungan dari keridhaan Allah s.w.t. Tiap
perbuatan yang diridhai Allah pasti diridhai oleh Rasul-Nya, dan tiap
perbuatan yang dimurkai Allah pasti dimurkai pula oleh Rasul-Nya.
Demikian juga sebaliknya Allah s.w.t. ridha terhadap apa yang diridhai
oleh Rasul-Nya, dan murka terhadap apa yang dimurkai oleh Rasul-Nya,
dalam hal ridha dan murka, antara Allah dan Rasul-Nya tidak terdapat
pemisahan. Tidak mungkin seorang beriman taat melaksanakan perintah
Allah tanpa melaksanakan perintah Rasul-Nya, dan tidak pula mungkin
pula orang taat melaksanakan perintah Rasulullah s.a.w. tanpa mentaati
perintah Allah s.w.t. Hal itu banyak ditegaskan dalam
Al-Qur'anul-Karim, antara lain firman Allah s.w.t.:
"Barangsiapa taat kepada Rasul bererti taat kepada Allah…" [An-Nisa: 80]
"…Dan Allah beserta Rasul-Nya itulah yang lebih berhak didambakan keridhaan-Nya…" [At-Taubah: 62]
"Hendaklah kalian beriman kepada Allah dan Rasul-Nya…" [An-Nisa: 136]
Masih banyak lagi ayat Al-Qur'an yang semakna dengan ayat-ayat tersebut
di atas. Jadi, sekalipun yang terpokok adalah iman kepada Allah
s.w.t., namun iman kepada Rasul-Nya sama sekali tidak terpisahkan dari
iman kepada Allah. Atas dasar pengertian yang benar itu, maka soal
menjaga kehormatan dan memelihara hak-hak ahlulbait dan keturunan
Rasulullah s.a.w. – sebagaimana yang beliau wasiatkan dalam hadits
Tsaqalain dan lain-lainnya – merupakan kewajipan ummat Islam dalam
rangka melaksanakan ketaatan kepada Rasulullah s.a.w.
Memandang
ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w. sebagai orang-orang mulia
sama sekali tidak mengurangi makna firman Allah s.w.t. dalam Al-Qur'an:
"Kalian Kami jadikan berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kalian
saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian
ialah yang paling besar takwanya". [Al-Hujurat: 13]
dan tidak pula mengurangi makna sabda Rasulullah s.a.w. yang menegaskan:
"Tiada kelebihan bagi orang Arab atas orang bukan Arab ('Ajam) dan
tiada kelebihan bagi orang bukan Arab atas orang Arab kecuali kerana
takwa"
Ayat 13 surah Al-Hurujat dan hadits Nabi yang kami kemukakan
di atas itu tidak bertentangan dengan ayat 33 surah Al-Ahzab yang
menegaskan:
"Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan rijsa (kotoran) dari kalian, ahlulbait, dan hendak mensucikan kalian sesuci-sucinya".
Kemuliaan yang diperoleh seorang beriman dari kebesaran takwanya kepada
Allah dan Rasul-Nya adalah kemuliaan yang bersifat umum, yakni dapat
diperoleh setiap orang beriman dengan jalan takwa. Lain halnya dengan
kemuliaan ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w. Mereka memperoleh
kemuliaan berdasarkan kesucian yang dilimpahkan Allah kepada mereka
sebagai keluarga dan keturunan Rasulullah s.a.w. Jadi, kemuliaan yang
ada pada mereka bersifat khusus, tidak mungkin dapat diperoleh orang
lain yang bukan ahlulbait dan bukan keturunan Rasulullah s.a.w. Akan
tetapi itu tidak bererti bahawa mereka tidak diharuskan bertakwa kepada
Allah dan Rasul-Nya. Dengan memperbesarkan ketakwaan kepada Allah dan
Rasul-Nya mereka memperoleh kemuliaan khusus dan kemuliaan umum,
sedangkan orang-orang selain mereka dengan ketakwaan kepada Allah dan
Rasul-Nya hanya memperoleh kemuliaan umum. Itulah yang membezakan
martabat kemuliaan ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w. dari
martabat kemuliaan orang-orang selain mereka. Ketinggian martabat yang
diberikan Allah kepada mereka merupakan penghargaan Allah s.w.t. kepada
Rasul-Nya, junjungan kita Nabi Besar Muhammad s.a.w.
Mengenai
kemuliaan para sahabat Nabi, Allah s.w.t. telah menyatakan pujian dan
penghargaanNya atas kesetiaan dan ketaatan mereka kepada Allah dan
Rasul-Nya, dan atas keikhlasan mereka dalam perjuangan menegakkan
kebenaran Allah di muka bumi. Dalam Al-Qur'anul-Karim Allah telah
berfirman:
"Kalian adalah ummat terbaik yang dilahirkan bagi ummat
manusia. Kalian menyuruh manusia berbuat kebajikan dan mencegah
kemungkaran." [Aali Imran: 110]
"Dan demikian pula kalian telah
Kami jadikan ummat yang adil – wasathan – agar kalian menjadi saksi
atas perbuatan manusia". [Al-Baqarah: 143]
"…Pada hari Allah tidak
merendahkan Nabi dan kaum mu'minin yang menyertainya, cahaya mereka
memancar di hadapan dan sebelah kanan mereka…" [At-Tahrim: 8]
"Sesungguhnyalah, bahawa Allah telah ridha kepada orang-orang beriman
ketika mereka menyatakan janji setia kepadamu di bawah sebatang pohon –
Bai'atur-Ridhwan". [Al-Fath: 18]
"…Orang-orang yang terdahulu lagi
yang pertama-tama memeluk Islam di kalangan kaum Muhajirin dan Ansar
serta semua orang yang mengikuti mereka dengan baik. Kepada mereka itu
Allah telah ridha dan mereka pun ridha kepada Allah…" [At-Taubah: 100]
"Hai Nabi, cukuplah bagimu Allah dan orang-orang beriman yang mengikutimu – yang akan membelamu". [Al-Anfal: 64]
"…Juga bagi orang-orang fakir yang berhijrah, yang diusir dari kampung
halaman dan dari harta bendanya – hanya kerana mereka itu – mencari
kurnia dari Allah dan mendambakan keridhaan-Nya, dan (kerana) mereka itu
membela Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang shadiq
(benar-benar beriman). Dan orang-orang yang bertempat tinggal tetap
(yakni penghuni kota Madinah) dan telah beriman sebelum (kedatangan)
mereka (kaum Muhajirin), mereka itu mencintai orang-orang yang datang
(dari Makkah) berhijrah kepada mereka. Dalam hati mereka tidak
menginginkan apa pun juga dari mereka (yang datang berhijrah), dan
mereka mengutamakan orang-orang yang berhijrah lebih daripada diri
mereka sendiri, sekalipun mereka berada di dalam kesusahan. Barangsiapa
dirinya terpelihara dari kekikiran, maka orang-orang yang demikian
itulah yang beruntung. Dan orang-orang yang datang sesudah mereka berdoa
kepada Allah: "Ya Allah, Tuhan kami, ampunilah kami dan
saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu daripada kami.
Janganlah Engkau biarkan ada kedengkian dalam hati kami terhadap
orang-orang yang telah beriman. Ya Allah Tuhan kami, sungguhlah Engkau
Maha Penyantun lagi Maha Penyayang". [Al-Hasyr: 8-10]
"Muhammad
Rasulullah, dan orang-orang yang bersama dia adalah keras terhadap kaum
kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Engkau saksikan mereka
itu berruku' dan bersujud mencari kurnia Allah dan mendambakan
keridhaan-Nya. Tanda bekas sujud tampak pada wajah mereka. Demikianlah
sifat-sifat mereka – yang termaktub – di dalam Taurat, dan sifat-sifat
mereka – yang termaktub – di dalam Injil. Ibarat tanaman bertunas yang
membuat tanaman itu kuat, besar dan tegak lurus di atas pokoknya.
Tanaman itu memuaskan hati orang-orang yang menanamnya, dan Allah
hendak membuat hati orang-orang kafir merasa dengki. Allah menjanjikan
kepada orang-orang di antara mereka yang beriman dan berbuat kebajikan
dengan ampunan dan pahala yang amat besar". [Al-Fath: 29]
"…Maka
Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan
mereka mencintai-Nya, iaitu mereka yang bersikap lemah-lembut terhadap
sesama orang beriman dan bersikap keras terhadap kaum kafir,
orang-orang yang berjuang di jalan Allah dan tidak takut disesali orang.
Itulah kurnia Allah yang dilimpahkan kepada siapa saja menurut
kehendak-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui".
[Al-Maidah: 54]
Demikian itulah kemuliaan para sahabat Nabi, mereka
memperoleh penilaian tinggi langsung dari Allah s.w.t. Tak ada alasan
apa pun untuk meragukan kesetiaan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya.
Ayat-ayat Al-Qur'anul-Karim yang kami kemukakan di atas menunjukkan
betapa mulianya para sahabat Rasulullah s.a.w.
Sebagai sesama
manusia, para ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w. adalah sama
dengan para sahabat Nabi dan keturunannya. Mereka bisa saja berbuat
suatu kekeliruan atau terkena dosa, kerana bukan orang-orang ma'sum
(terpelihara dari kemungkinan berbuat kekeliruan). Orang-orang yang
ma'sum hanyalah para Nabi dan Rasul, sebagai pembawa syari'at Ilahi dan
hukum-hukum-Nya untuk disampaikan kepada ummat manusia. Betapa pun
tingginya martabat, keutamaan (fadha'il) dan ketakwaan mereka, sebagai
manusia mereka tetap menghadapi kemungkinan berbuat kekeliruan. Namun
secara khusus bagi ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w., atas
berkah dan kepemurahan Allah s.w.t. mereka itu memperoleh ampunan atas
segala kekeliruan dan kesalahan yang mungkin diperbuat, dan Allah
memelihara mereka dari cacat cela yang dapat merendahkan kadudukan
mereka.
Jelaslah, kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w. Allah
berfirman: "Allah hendak menghapuskan kotoran (rijsa) dari kalian dan
mensucikan kalian sesuci-sucinya"; sedangkan mengenai para sahabat
Nabi, Allah berfirman: "…Allah telah ridha kepada orang-orang beriman
ketika mereka menyatakan janji setia kepadamu di bawah sebatang pohon"
(Bai'atur-Ridhwan).
Dilihat dari sudut akal, bisa saja terjadi suatu
perbuatan tidak menyenangkan ahlulbait Rasulullah s.a.w. yang
dilakukan oleh seorang atau beberapa sahabat Nabi, dan sebaliknya. Hal
itu bukan merupakan kejadian aneh, kerana setiap manusia dapat saja
berbuat kekeliruan dan kesalahan, apalagi mereka itu bukan orang-orang
ma'sum.
Kita, seluruh kaum Muslimin, wajib mencintai dua golongan
tersebut agar kita – insya Allah – dapat memperoleh kebajikan di dunia
dan akhirat. Kita wajib memandang mereka semua dengan sikap yang adil,
mengingat jasa-jasa yang telah mereka berikan kepada agama Islam dan
kepada ummat Islam. Pandangan kita terhadap mereka semua harus
bertitik-tolak pada keinginan memperoleh keridhaan Allah dan Rasul-Nya.
Kita harus menjauhkan dari hati dan fikiran kita kecenderungan nafsu
berpihak kepada yang satu dan mengecam yang lain. Orang yang berfikir
sihat tentu tidak akan membiarkan dirinya dicekam oleh fikiran dan
perasaan yang tidak selaras dengan ajaran Al-Qur'an dan Sunnah.
Beberapa Hadits Nabi tentang keutamaan Imam 'Ali r.a.
Dalam kitab 'Dala 'ilush-Shidq', Jilid II halaman 320 terdapat sebuah
hadits yang diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat Nabi, bahawasanya
Rasulullah s.a.w. memberitahu mereka sebagai berikut:
"Kepada
saudaraku, 'Ali, Allah telah melimpahkan fadhilah tak terhitung
banyaknya. Barangsiapa yang mengakui dan membicarakan salah satu dari
fadhilahnya, Allah mengampuni dosanya yang telah lalu dan yang akan
datang; barangsiapa menulis tentang salah satu dari fadhilahnya, para
malaikat akan selalu memohonkan ampunan baginya selama tulisan itu masih
ada; barangsiapa mendengarkan salah satu fadhilahnya, Allah mengampuni
dosa yang disebabkan oleh telinganya; dan barangsiapa melihat buku
tentang fadhilahnya, Allah mengampuni dosa yang disebabkan oleh
matanya".
Dalam kitab-kitab 'Tarikh Baghdad' Jilid IX halaman 397,
'Kanzul-Ummal' Jilid VI halaman 408, 'Ar-Riyadhun-Nadhrah' Jilid II
halaman 210; dan 'Mustadrakus-Shahihain' Jilid III halaman 139 terdapat
sebuah riwayat hadits yang berasal dari Imam 'Ali r.a, bahawa pada
suatu hari Imam 'Ali r.a menyertai Rasulullah s.a.w. berjalan melewati
sebuah kebun. Imam 'Ali berkata: "Ya Rasulullah, alangkah indahnya
kebun itu"! Rasulullah s.a.w. menjawap: "Di syurga engkau akan mendapat
kebun lebih baik dari itu"! Rasulullah bersama Imam 'Ali r.a berjalan
terus melewati kebun demi kebun, dan tiap melewati sebuah kebun Imam
'Ali selalu mengulangi perkataannya, kemudian dijawap pula oleh
Rasulullah s.a.w. dengan ucapan yang sama. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w.
menarik tangan Imam 'Ali r.a sambil menitiskan air mata. Imam 'Ali r.a
bertanya: "Ya Rasulullah, apakah yang membuat anda menangis"?
Rasulullah s.a.w. menjawap: "Ada sementara orang yang menyimpan dendam
kesumat dalam dadanya, dan mereka tidak akan memperlihatkannya kepadamu
sebelum aku wafat"! Imam 'Ali bertanya: "Apakah kerana aku
menyelamatkan agamaku"? Beliau s.a.w. menjawap: "Ya, kerana engkau
menyelamatkan agamamu"!
Dalam kitab 'Ar-Riyadhun-Nadhrah'
At-Thabariy meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Abu Sa'id,
bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Imam 'Ali r.a
sebagai berikut.
"Engkau telah memperoleh tiga perkara yang tidak
diperoleh orang lain, termasuk aku sendiri. Engkau memperoleh seorang
mertua lelaki seperti aku ini, sedangkan aku tidak memperoleh mertua
lelaki seperti aku. Engkau memperoleh seorang isteri shiddiqah puteriku
itu, sedangkan aku tidak memperoleh isteri seperti dia. Engkau
memperoleh Al-Hasan dan Al-Husein dari tulang sulbimu sendiri,
sedangkan dari tulang sulbiku aku tidak memperoleh putera-putera
seperti mereka berdua. Akan tetapi kalian semua adalah dari aku dan aku
adalah seperti kalian."
Hadits semakna dengan itu diriwayatkan oleh
sumber lain dalam kitab "Manaqib Aal Thalib" dengan nas yang lebih
lengkap, sebagai berikut:
"Hai 'Ali, engkau mempunyai beberapa
perkara yang aku sendiri satu pun tidak mempunyainya: Engkau mempunyai
isteri seperti Fatimah, sedangkan aku tidak mempunyai isteri seperti
dia. Engkau mempunyai dua orang putera dari tulang sulbimu sendiri,
sedangkan aku tidak mempunyai putera seperti mereka berdua dari tulang
sulbiku. Engkau mempunyai mertua perempuan seperti Khadijah, sedangkan
aku tidak mempunyai mertua perempuan seperti dia. Engkau mempunyai ayah
mertua seperti aku ini, sedangkan aku tidak mempunyai ayah mertua
seperti aku. Engkau mempunyai saudara seperti Ja'far, sedangkan aku
tidak mempunyai saudara kandung seperti dia. Engkau mempunyai ibu
seperti Fatimah binti Asad Al-Hasyimiyyah, seorang wanita yang turut
hijrah, sedangkan aku tidak mempunyai ibu seperti dia".
Dalam kitab 'Ahlul-Bait' halaman 124, Ibnu 'Abbas r.a meriwayatkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. menyatakan:
"Manusia diciptakan dari berbagai jenis pohon (yakni unsur), sedang aku
dan 'Ali bin Abi Thalib diciptakan dari satu jenis pohon (unsur).
Apakah yang hendak kalian katakan tentang sebatang pohon yang aku
sendiri merupakan pangkalnya, Fatimah dahannya, 'Ali getahnya, al-Hasan
dan al-Husein buahnya, dan para pencinta kami adalah dedaunnya!
Barangsiapa yang bergelantung pada salah satu dahannya ia akan dihantar
ke dalam syurga, dan barangsiapa yang meninggalkannya ia akan
terjerumus ke dalam neraka".
Dalam kitab 'Al-Imamul-Muhajir' terdapat sebuah riwayat sebagai berikut:
Pada suatu hari datanglah seorang wanita menghadiahkan dua ekor
panggang burung dan dua potong roti kepada Rasulullah s.a.w. Melihat
hidangan selazat itu Rasulullah s.a.w. berdoa. "Ya Allah, datangkanlah
kepadaku seorang yang kucintai dan yang paling mencintaiMu". Ternyata
yang datang adalah 'Ali bin Abi Thalib r.a.
Ketika Rasulullah
s.a.w. mempersaudarakan beberapa orang sahabat dengan beberapa orang
sahabat lainnya, beliau s.a.w. tidak mempersaudarakan Imam 'Ali bin Abi
Thalib dengan siapa pun juga. Dengan hati iba Imam 'Ali r.a. berkata:
"Ya Rasulullah, anda telah mempersaudarakan sahabat yang satu dengan
sahabat yang lain, tetapi anda tidak mempersaudarakan diriku dengan
siapa pun juga"! Dengan ringkas dan tegas Rasulullah s.a.w. menjawap:
"Engkau saudaraku di dunia dan akhirat"!
Hadits tersebut diriwayatkan oleh para perawi yang jumlahnya lebih dari
200 orang. Banyak ahli hadits yang mengetengahkan, seperti: Tirmudziy,
Ibnul Majah, Al-Hakim, At-Thabariy, An-Nasa'iy, Ahmad bin Hanbal, Ibnu
Sa'ad, Ibnu Katsir dan lain-lain.
Sebuah hadits masyhur dan
mutawatir diriwayatkan oleh banyak sahabat Nabi, diantara lain Umar
Ibnul-Khatthab r.a, bahawa pada waktu menghadapi perang Tabuk
Rasulullah s.a.w. berangkat untuk memimpin sendiri pasukan Muslimin
menghadapi bala tentera Rumawi. Imam 'Ali r.a ditinggal di Madinah
untuk mewakili beliau s.a.w. dalam mengurus kepentingan kaum Muslimin.
Ketika Rasulullah s.a.w. siap hendak berangkat Imam 'Ali r.a. bertanya:
"Ya Rasulullah, apakah aku tinggal bersama kaum wanita dan anak-anak?"
Rasulullah s.a.w. menjawap: "Apakah engkau tidak puas mempunyai
kedudukan di sisiku sama dengan kedudukan Harun di sisi Musa? Tetapi
tidak ada Nabi lagi sesudahku".
At-Thabariy, Al-Baladzuriy,
At-Tirmudziy, Al-Waqidiy dan para ulama Hadits lainnya banyak yang
meriwayatkan Hadits sebagai berikut: Rasulullah s.a.w. mengutus Abu
Bakar r.a. berangkat ke Makkah untuk memimpin jama'ah haji, disertai
tugas menyampaikan sepersepuluh pertama dari Surah Al-Bara'ah
(At-Taubah) yang berkaitan dengan perintah Allah tentang larangan bagi
kaum musyrikin mendekati Al-Masjidul-Haram mulai tahun itu. Setelah Abu
Bakar berangkat Rasulullah s.a.w. mengutus Imam 'Ali r.a. berangkat
menyusul Abu Bakar r.a. untuk mengambilalih tugas menyampikan bagian
pertama Surah Al-Bara'ah tersebut kepada kaum Muslimin. Sepulangnya
dari Makkah Abu Bakar r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang
apa sebabnya. Rasulullah s.a.w. menjawap: "Sesungguhnya tidak ada orang
yang mustahaq menyampaikan perintah Allah s.w.t. selain aku, atau
orang dari ahlulbaitku".
At-Thabariy dalam kitabnya yang berjudul
'Dzakha'irul-'Uqba' halaman 30 cetakan tahun 1356 H. mengetengahkan
sebuah riwayat, bahawa Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a. pernah meminang Sitti
Fatimah Az-Zahra r.a. Oleh Rasulullah s.a.w. dijawap: "Allah belum
menurunkan takdir-Nya". Demikian pula jawapan Rasulullah s.a.w. kepada
Umar Ibnul-Khatthab r.a. ketika ia meminang Fatimah r.a. semata-mata
kerana ingin mempunyai hubungan kekerabatan dengan Rasulullah s.a.w.
Menurut Al-Waqidiy dalam kitabnya yang berjudul 'Thabaqat' Jilid II,
ketika Imam 'Ali r.a. meminang puteri bungsu Rasulullah s.a.w. itu
beliau menjawap:
"Ahlan wa sahlan, Jibril memberitahukan hal itu, bahawa Allah telah menikahkan engkau dengan Fatimah".
'Abdulbirr dalam kitabnya yang berjudul "Al-Isti'ab" mengetengahkan
sebuah Hadits yang berasal dari Imam 'Ali r.a., bahawa Rasulullah s.a.w.
berkata kepada Siti Fatimah r.a.:
"Suamimu adalah orang yang
terkemuka di dunia dan akhirat, ia sahabatku yang pertama memeluk
Islam, yang paling banyak ilmunya dan paling besar kesabarannya".
Beliau s.a.w. juga pernah berkata:
"Banyak tokoh-tokoh Qureisy yang menyesali diriku mengenai soal
Fatimah. Mereka mengatakan: Kami telah meminangnya kepada anda, tetapi
anda tidak memperkenankan, akhirnya ia anda nikahkan dengan 'Ali! Aku
menjawap: Bukannya aku tidak memperkenankan kalian dan menikahkannya
dengan 'Ali, melainkan Allah-lah yang tidak memperkenankan dan
menikahkannya dengan 'Ali".
Imam Ahmad bin Hanbal di dalam
"Musnad"-nya mengetengahkan sebuah riwayat Hadits, bahawasanya
Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Imam 'Ali r.a.:
"Engkau ya'sub (ratu lebah)-nya agama, sedangkan harta adalah ya'subnya orang-orang dzalim".
Yang dimaksud dengan "ya'sub" dalam hal itu ialah "pemuka" atau
"pemimpin". Hadits yang semakna dengan itu diriwayatkan juga oleh Abu
Nu'aim Al-Hafidz di dalam kitabnya, 'Hulyatul-Auliya': "Engkau ya'subnya
kaum Mu'minin dan pemimpinnya orang-orang terkemuka".
Dalam kitab
'Al-Fadha'ilul-Khamsah' III halaman 16-17, dan dalam kitab
'Kanzul-'Ummal' VI halaman 393, terdapat sebuah riwayat Hadits berasal
dari Ibnu 'Abbas r.a. yang mendengar sendiri Umar Ibnul-Khatthab r.a.
pernah berkata kepada beberapa orang yang datang kepadanya: "Cukuplah
sudah kalian menyebut-nyebut 'Ali bin Abi Thalib, sebab aku mendengar
sendiri Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa 'Ali bin Abi Thalib
mempunyai banyak sifat mulia. Seumpama ada satu saja dari sifat-sifat
mulia itu yang dimiliki oleh keluarga Al-Khatthab, itu akan lebih
kusukai daripada semua makhluk yang hidup di bawah sinar matahari. Aku,
Abu Bakar, Abu 'Ubaidah dan beberapa orang sahabat Nabi lainnya pernah
datang ke rumah Ummu Salamah. Setibanya di sana kulihat 'Ali sedang
berdiri di depan pintu. Kukatakan kepadanya, bahwa kami ingin bertemu
dengan Rasulullah s.a.w. Ia menyahut: Sebentar lagi beliau akan keluar.
Tak lama kemudian Rasulullah s.a.w. keluar, dan kami berdiri. Beliau
kemudian bertopang pada 'Ali bin Abi Thalib, menepuk-nepuk bahunya
seraya berkata:
"…Engkaulah orang pertama yang beriman, orang Mu'min
yang paling banyak mengetahui hari-hari Allah – yakni hari-hari
turunnya nikmat atau cubaan – paling setia menepati janji, paling adil
dalam membahagikan barang jarahan, paling sayang kepada rakyat dan
paling besar penderitaannya".
Masih banyak lagi Hadits-Hadits
Rasulullah s.a.w. mengenai keutamaan (fadha'il) Imam 'Ali bin Abi
Thalib r.a., yang diriwayatkan oleh para sahabat Nabi dan diketengahkan
oleh para ulama ahli Hadits.
Mungkin ada orang bertanya: Mengapa di
antara empat orang Khalifah Rasyidun hanya 'Ali bin Abi Thalib r.a.
saja yang bergelar "Imam".
Selama kurun waktu tertentu zaman
kelahiran Islam dan pertumbuhannya memang ditandai oleh cirri khusus
tertentu. Yaitu, sepeninggal Rasulullah s.a.w. ummat Islam dipimpin
oleh empat orang Khalifah yang tersohor kelurusan, kebijaksanaan dan
kesetiaan mereka kepada Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. Di antara
empat orang Khalifah itu, terdapat seorang yang mempunyai kedudukan
istimewa dalam sejarah Islam, ia adalah Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a.
Banyak hal yang memberikan keistimewaan kepadanya. Antara lain ialah
bahawa sebahagian ummat Islam di dunia ini mengidentifikasikan diri
sebagai pengikut Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a. Mereka itu dikenal dengan
nama "Kaum Syi'ah". Kecuali itu, 'Ali bin Abi Thalib karamallahu
wajhahu lebih masyur di sebut dengan gelaran "Imam" daripada disebut
dengan gelaran "Khalifah", sejak zaman dahulu hingga zaman sekarang.
Sedangkan tiga orang Khalifah Rasyidun yang lain, yaitu Abu Bakar
Ash-Shiddiq r.a., Umar Ibnul-Khatthab r.a. dan Utsman bin Affan r.a.,
tidak seorang pun dari mereka itu yang disebut orang sebagai Imam. Sudah
pasti hal itu disebabkan oleh adanya berbagai keistimewaan yang
melatarbelakangi kehidupan Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a., sehingga ia
mempunyai identitas tersendiri dalam sejarah kehidupan ummat Islam.
Gelar "Imam" adalah khusus bagi Imam 'Ali r.a. di samping
gelaran-gelaran lainnya, seperti "Khalifah" dan "Amirul-Mu'minin" yang
lazim dipergunakan orang pada masa itu untuk menyebut seorang pemangku
jabatan sebagai pemimpin tertinggi dan kepala Negara Islam.
Dalam kitab "Ahlul-Bait" pada halaman 205 hingga 207 dapat kita jumpai keterangan sebagai berikut:
"Para ahli ilmu kalam memberikan definasi (ta'rif) atau batasan makna
tentang kata "imamah" (keimanan). "Imamah" adalah kepimpinan umum
mengenai segala urusan keagamaan dan keduniaan yang berada di tangan
seseorang. Berdasarkan definasi tersebut maka yang dimaksud "Imam" ialah
seorang pemimpin umum atau seorang ketua yang ditaati dan memiliki
kekuasaan menyeluruh atas semua kaum Muslimin mengenai segala urusan
mereka, baik di bidang keagamaan mahupun di bidang keduniaan. Imamah
merupakan keharusan bagi kaum Muslimin pada masa itu, dan dalam keadaan
bagaimana pun juga tak dapat diabaikan. Dengan adanya imamah, semua
yang tidak lurus dalam tata-kehidupan keagamaan mahupun keduniaan dapat
diluruskan. Dengan Imamah pula keadilan yang dikehendaki Allah dalam
kehidupan manusia dapat dilaksanakan.
Sebab pokok yang mendorong
perlunya diadakan imamah ialah: Menjamin terlaksananya perintah dan
larangan agama, menjaga keselamatan dan kemurnian agama dari
anasir-anasir yang hendak mengurangi atau menambah-nambah ketentuan
agama, memelihara nilai-nilai sosial dan moral dalam kehidupan
masyarakat, melaksanakan ketentuan-ketentuan hukum agama, memberi
pengayoman dan menjamin kesentosaan ummat dan Negara Islam, menjamin
terlaksananya keadilan bagi semua orang berdasarkan Kitabullah dan
Sunnah Rasulullah s.a.w., memimpin ummat dalam perjuangan menegakkan
kebenaran Allah dengan jalan meratakan penyebarluasan agama-Nya kepada
seluruh ummat manusia di muka bumi, dan lain sebagainya.
Untuk
dapat menjadi Imam orang harus memiliki syarat-syarat, antara lain: Ia
harus mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, khususnya ilmu-ilmu
keagamaan, mempunyai rasa keadilan yang tinggi, berani kerana benar,
dan di atas segala-galanya ia harus mempunyai keperibadian yang kuat dan
bersih. Dengan keperibadian yang demikian itu orang akan sanggup
menjauhkan diri dari perbuatan dosa dan maksiat, baik yang mungkin
dilakukan dengan sengaja atau tidak. Dengan keperibadian yang kuat orang
akan dapat menjadi benteng dan pengawal agama Islam, dan tidak mudah
digoyahkan oleh berbagai macam rongrongan keduniaan. Ringkasnya adalah,
bahawa imamah harus berada di tangan orang yang hidup mendambakan
keridhoan Allah semata-mata.
Sehubungan dengan persoalan itu Imam
'Ali r.a. sendiri menegaskan: "Barangsiapa ingin menjadi Imam yang
bertugas memimpin masyarakat, ia harus mampu mengajar dirinya sendiri
lebih dulu sebelum mengajar orang lain. Ia harus sanggup mendidik
dirinya sendiri lebih berhak dihormati daripada orang yang hanya pandai
mengajar dan mendidik orang lain".
Imam 'Ali r.a. berani berkata
setegas itu di depan rakyatnya kerana ia tidak hanya dapat berbicara,
tetapi dapat membuktikan semua ucapannya dalam perbuatan nyata.
Memang benar, bahawa di antara empat orang Khalifah Rasyidun hanya
Khalifah 'Ali bin Abi Thalib r.a. sajalah yang menyandang gelar "Imam".
Gelaran itu tidak diberikan oleh ummat Islam kepada Khalifah yang lain.
Mengenai soal itu seorang penulis kenamaan berkebangsaan Mesir dan
hidup dalam zaman moden, Mahmud 'Abbas Al-Aqqad mengatakan sebagai
berikut:
"Tiga orang Khalifah Rasyidun selain Imam 'Ali bin Abi
Thalib r.a., tidak ada seorang pun dari mereka itu yang membawa bendera
imamah menghadapi tentangan kekuasaan duniawi yang muncul di kalangan
ummat Islam; tidak ada yang menghadapi adanya dua pasukan bersenjata
yang saling berhadap-hadapan di dalan lingkungan ummat Islam sendiri;
dan tidak ada yang menjadi lambang imamah menghadapi masalah-masalah
rumit dan berbagai masalah yang menimbulkan syak dan keragu-raguan".
"Jadi, dalam keadaan tidak terdapat persoalan-persoalan seperti itu,
tiga orang Khalifah sebelum Imam 'Ali r.a. dapat juga disebut "Imam",
tetapi berbeza sekali dengan gelaran "Imam" yang ada pada Imam 'Ali r.a.
Ia adalah seorang Imam yang menghadapi berbagai kejadian dan peristiwa
yang banyak menimbulkan kebingungan dan keraguan fikiran di kalangan
ummat Islam. Kerana itulah ummat Islam secara khusus memberikan gelaran
"Imam" kepadanya. Demikian luasnya gelaran itu dikenal orang pada
zamannya. Demikian popularnya gelaran "Imam" bagi Khalifah 'Ali bin Abi
Thalib r.a. sehingga anak-anak pun mengenali Imam 'Ali r.a. melalui
sanjungan-sanjungan yang dinyanyikan orang di jalan-jalan. Tanpa disebut
nama "Ali bin Abi Thalib", kata "Imam" itu sendiri sudah bererti "Imam
'Ali bin Abi Thalib".
Al-Aqqad masih menambahkan: "Kekhususan
imamah yang ada pada Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a. ialah, bahawa ia
seorang Imam yang tidak sama dengan Imam-Imam lainnya. Sebab, Imam 'Ali
r.a. mempunyai kaitan langsung dengan mazhab-mazhab yang terdapat di
kalangan kaum Muslimin sejak masa pertumbuhan Islam hingga sekarang.
Jadi, pada hakikatnya Imam 'Ali r.a. adalah orang yang mendirikan
berbagai mazhab, atau dapat disebut juga sebagai poros di sekitar mana
golongan-golongan mazhab itu berputar. Hampir tak ada satu golongan
mazhab pun yang tidak berguru kepada Imam 'Ali r.a., dan hampir tak ada
satu golongan mazhab pun yang tidak memandang Imam 'Ali r.a. sebagai
pusat pembahasan ilmu". Demikianlah antara lain yang dikatakan oleh
Mahmud 'Abbas Al-Aqqad dalam bukunya yang berjudul "Abqariyyatu 'Ali
bin Abi Thalib".
Sebagai tambahan atas keterangan tentang
syarat-syarat yang dimiliki oleh seorang Imam, dapatlah kami katakana
bahawa Imam 'Ali adalah seorang yang benar-benar memiliki semua syarat.
Keistimewaannya yang paling menonjol dan tidak dipunyai orang lain
ialah kedalaman ilmunya. Ibnu 'Abbas r.a., seorang ulama puncak yang
terkenal luas ilmunya hingga ummat Islam menjulukinya dengan gelaran
"Habrul-Ummah" (Orang yang paling alim dan saleh di kalangan ummat) dan
"Tarjumanul-Qur'an" (Terjemahan Al-Qur'an), mengatakan dengan jujur:
"Dibanding dengan 'Ali bin Abi Thalib ilmuku hanya ibarat setetes air
ditengah samudra". Itu bukan sekadar basa-basi, melainkan kenyataan
sebenarnya, kerana Ibnu 'Abbas r.a. adalah murid Imam 'Ali r.a.
Khalifah Umar Ibnul-Khatthab r.a. pernah berkata terus terang kepada
Imam 'Ali r.a.: "Hai Abul-Hasan (nama panggilan Imam 'Ali r.a.),
mudah-mudahan Allah tidak membiarkan aku terus hidup di bumi ini tanpa
engkau"! Itu pun bukan sekadar sanjungan, kerana menurut kenyataan,
dalam menghadapi berbagai persoalan yang sukar dan rumit, Khalifah Umar
selalu minta bantuan fikiran Imam 'Ali r.a.
Abu 'Ubaidah bin
Al-Jarrah berkata: "Sya'ir yang diucapkan oleh 'Ali bin Abi Thalib
hanya terdiri dari sembilan kalimat, tetapi tidak memberi kemungkinan
bagi orang lain untuk menyamai kalimat-kalimatnya. Tiga kalimat
mengenai munajat (doa taqarrub kepada Allah s.w.t.), tiga kalimat
mengenai ilmu dan tiga kalimat yang lain mengenai adab. Yang mengenai
munajat ialah ucapannya yang mengatakan: 'Aku merasa cukup mulia dengan
bertuhan kepada-Mu, ya Allah! Aku merasa bangga menjadi hamba-Mu, ya
Allah! Bagiku Engkau adalah sebagaimana kucintai, kerananya
limpahkanlah taufiq kepadaku sebagaimana Engkau kehendaki!" Ucapan yang
mengenai ilmu adalah: "Nilai seseorang tersembunyi di bawah lidahnya,
kerana itu bicaralah! Dengan berbicara engkau akan dikenal orang, dan
orang tidak rugi dengan mengenal dirinya sendiri!" Sedang yang mengenai
adab ialah ucapannya yang mengatakan: "Tanamlah budi baik kepada siapa
saja yang kau sukai, engkau pasti dapat memerintahnya! Jika engkau
membutuhkan pertolongan orang lain, engkau akan menjadi sederajat dengan
dia! Butuh kepada orang lain bererti engkau menjadi budaknya!"
Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam "Shahih"-nya masing-masing
meriwayatkan, bahawa ketika terjadi perang "Khaibar" melawan kaum
Yahudi, Rasulullah s.a.w. memberitahu pasukan Muslimin:
"Besok pagi
panji peperangan pasti akan kuserahkan kepada seorang yang mencintai
Allah dan Rasul-Nya, dan Allah beserta Rasul-Nya pun mencintainya;
kepada Allah akan mengurniakan kemenangan".
Keesokannya harinya
setelah semua pasukan siap ke medan tempur Rasulullah s.a.w. bertanya:
Manakah 'Ali bin Abi Thalib?" Para sahabat menjawap: "Ia mengeluh
matanya sakit". Setelah Imam 'Ali r.a. datang, Rasulullah s.a.w.
mengusap mata Imam 'Ali dengan ludah beliau sambil didoakan supaya
segera sembuh, setelah itu beliau menyerahkan panji peperangan
kepadanya. Menanggapi kebijaksanaan Rasulullah s.a.w. itu Umar
Ibnul-Khatthab r.a. berkata: "Aku tidak pernah kepingin menjadi
pemimpin kecuali pada hari itu"!
Ketika Rasulullah s.a.w. menugaskan
Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a. memimpin jama'ah haji ke Makkah, beliau
mengutus Imam 'Ali r.a. menyusul untuk menyampaikan beberapa ayat awal
Surah Al-Bara'ah. Kepada para sahabat beliau berkata:
"Tidak ada orang yang berangkat untuk menunaikan tugas itu kecuali seorang dari aku dan aku pun dari dia".
Kemudian kepada beberapa orang putera pamannya, beliau bertanya:
"Siapakah di antara kalian yang akan meneruskan kepimpinanku di dunia dan akhirat?"
Semuanya diam kecuali Imam 'Ali r.a. yang menyahut: "Aku, ya
Rasulullah"! Menanggapi jawapan Imam 'Ali r.a. itu Rasulullah s.a.w.
menegaskan:
"Dialah penerus kepemimpinanku di dunia dan akhirat".
'Imran bin Hashin r.a. meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada para sahabatnya:
"Apakah yang kalian inginkan dari 'Ali? Sesungguhnya 'Ali adalah dari
aku dan aku dari 'Ali. Sepeninggalku ia adalah pemimpin setiap orang
mukmin".
Imam Al-Hafidz bin Hajar di dalam kitab "Al-Ishabah"
mengutip sebuah riwayat Hadits dari "Musnad" Ibnu Hanbal yang berasal
dari Hadits Imam 'Ali r.a., bahawa pada suatu hari para sahabat
bertanya: "Ya Rasulullah, sepeninggal anda siapakah yang boleh kita
angkat sebagai pemimpin?"
Rasulullah s.a.w. menjawap:
"Jika
kalian mengangkat Abu Bakar sebagai pemimpin kalian, kalian akan
menyaksikan bahawa ia adalah seorang yang terpercaya, hidup zuhud di
dunia dan mendambakan kehidupan akhirat. Jika kalian mengangkat Umar
sebagai pemimpin kalian, kalian akan menyaksikan ia adalah seorang kuat,
terpercaya dan dalam membela kebenaran Allah tidak takut dibenci orang
lain. Jika kalian mengangkat 'Ali sebagai pemimpin kalian – aku
melihat kalian tidak akan melakukannya – kalian akan menyaksikan ia
adalah seorang penuntun yang mendapat hidayat dan akan membimbing
kalian ke jalan yang lurus".
Ibnu 'Abbas r.a. meriwayatkan, bahawa
pada suatu malam Imam 'Ali r.a. berkata kepadanya: "Hai Ibnu 'Abbas,
bila engkau selesai menunaikan sholat "Isya, datanglah kepadaku di
jabbanah (tanah tinggi) itu". "Selesai sholat aku datang ke sana,
ketika itu malam terang bulan", demikian Ibnu 'Abbas r.a. meneruskan:
"…ia bertanya kepadaku: Apakah tafsir huruf 'alif' di dalam kata
'alhamdu'? Kujawap: "aku tidak tahu". Satu jam lamanya 'Ali bin Abi
Thalib menerangkan makna huruf 'alif' itu. Kemudian ia bertanya lagi:
Apakah ertinya huruf 'lam' dalam kata 'Alhamdu'? Kujawap: "Aku tidak
tahu". Satu jam penuh ia menerangkan makna huruf 'lam'… Demikianlah ia
menanyakan kepadaku hingga huruf terakhir kata "alhamdu" yang semuanya
kujawap "tidak tahu". Masing-masing huruf diterangkan olehnya selama
satu jam penuh hingga fajar menyinsing. Setelah itu ia berkata: "Hai
Ibnu 'Abbas, ayuh kita pergi ke rumahmu, dan siaplah engkau menunaikan
kewajipanmu".
"Apa yang dikatakan olehnya tidak dapat kulupakan,
sehingga aku berfikir: Kalau begitu, ilmuku mengenai Al-Qur'an
dibanding dengan ilmunya 'Ali ibarat setitis air dibanding samudera!
Benarlah bahawa ilmu Rasulullah s.a.w. dari ilmu Allah, ilmu 'Ali dari
ilmu Rasulullah, ilmuku dari ilmu 'Ali. Semua ilmu yang ada padaku dan
para sahabat Nabi jika dibanding dengan ilmu yang ada pada 'Ali adalah
ibarat setitis air dibanding dengan tujuh lautan" (Dari kitab
'Asy-Syaraful-Muabbad li Aal Muhammad').
Sekembalinya dari
Hijjatul-Wada, Rasulullah s.a.w. bersama seluruh rombongan besar yang
dipimpinnya berhenti di sebuah tempat bernama Ghadir Khum. Beliau minta
supaya semua rombongan mencari tempat berteduh di bawah pepohonan.
Kemudian dalam khutbahnya beliau bersabda:
"Seakan-akan aku sudah
dipanggil dan aku akan memenuhi panggilan itu. Kepada kalian telah
kutinggal dua bekal, yang satu lebih besar daripada yang lain:
Kitabullah dan keturunanku. Maka perhantikanlah dua hal itu dalam
kalian meneruskan kepemimpinanku. Kedua-duanya tidak akan berpisah
hingga kembali kepadaku di haudh".
Selanjutnya Rasulullah s.a.w. menegaskan:
"Allah 'Azza wa Jalla adalah Maula-ku (pemimpinku) dan aku adalah maula setiap orang Mu'min".
Kemudian Rasulullah s.a.w. menarik tangan Imam 'Ali r.a. seraya berucap:
"Barangsiapa yang aku ini menjadi maulanya maka orang ini – yakni 'Ali
r.a. – adalah walinya. Ya Allah pimpinlah orang yang menjadikan dia
pemimpinnya dan musuhilah orang memusuhinya".
Thabraniy dalam
kitabnya 'Al-Kabir' dan Ar-Rafi'iy dalam 'Musnad'-nya dengan isnad Ibnu
'Abbas r.a. mengetengahkan sebuah Hadits, bahawasanya Rasulullah
s.a.w. telah menegaskan:
"Barangsiapa senang hidup seperti hidupku
dan mati seperti matiku, lalu ia ingin menjadi perghuni syurga 'Adn
yang ditanam oleh Tuhanku, hendaknya ia mengangkat 'Ali sebagai
pemimpin sepeninggalku, dan orang itupun hendaknya mengikuti pimpinan
orang yang diangkat oleh 'Ali sebagai pemimpin, dan supaya berteladan
kepada ahlulbaitku sepeninggalku. Sebab mereka itu adalah keturunanku
dan diciptakan dari darah dagingku serta dikurniai pengertian dan
ilmuku. Celakalah orang dari ummatku yang mendustakan keutamaan mereka
dan memutuskan hubungan denganku melalui mereka. Allah tidak akan
menurunkan syafaatku kepada orang-orang seperti ini".
Masih banyak
lagi Hadits-Hadits Nabi s.a.w. yang menerangkan keutamaan Imam 'Ali
r.a. sebagai anggota ahlulbait Rasulullah s.a.w. Salah satu di
antaranya yang kami anggap perlu diketahui ialah riwayat Hadits tentang
mubahalah (permohonan kepada Allah s.w.t. supaya menurunkan kutukannya
kepada pihak yang berdusta), suatu peristiwa yang terjadi beberapa
waktu setelah Allah s.w.t. menurunkan firman-Nya yang terkenal dengan
'ayat mubahalah', sebagai berikut:
"Barangsiapa membantahmu tentang
dia (Nabi Isa a.s.) setelah engkau menerima pengetahuan yang
meyakinkan, maka katakanlah kepada orang itu: "Marilah kita panggil
(Kumpulkan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, wanita-wanita kami dan
wanita-wanita kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, lalu
marilah kita pohon kepada Allah supaya menjatuhkan kutukan-Nya kepada
orang-orang yang berdusta". (S. Aali-'Imran: 61).
Ayat mubahalah
itu turun pada tahun ke-10 hijrah berkenaan dengan adanya tentangan dan
pendustaan dari beberapa orang utusan kaum Nasrani dari daerah Najran
yang datang menghadap Rasulullah s.a.w.
Para ahli tafsir dan ahli
Hadits mengatakan, bahawa ayat 61 Surah Aali Imran tersebut turun
kepada Rasulullah s.a.w. tertuju kepada ahlulbait beliau. Mereka
menafsirkan, bahawa yang dimaksudkan dengan "anak-anak kami" ialah
Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu 'anhuma: yang dimaksud dengan
"wanita-wanita kami" adalah Siti Fatimah r.a.; dan yang dimaksud dengan
"diri-diri kami" ialah Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a.
Penulis kitab
'Majma'ul-Bayan' dan lain-lain mengatakan, adalah tidak lazim orang
memanggil dirinya sendiri. Jadi, kalau kalimat "diri-diri kami" hendak
diertikan orang selain Rasulullah s.a.w. maka yang terkena isyarat
kalimat tersebut pasti Imam 'Ali r.a. Sebab, tidak ada orang lain
diajak oleh Rasulullah s.a.w. untuk bermubahalah dengan kaum Nasrani
Najran kecuali Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a., isterinya (Siti Fatimah
r.a.) dan kedua orang puteranya (Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallah
'anhuma). Yang dimaksud "diri-diri kami" bisa Rasulullah s.a.w. sendiri
dan bisa pula beliau bersama Imam 'Ali r.a. Demikian juga penafsiran
yang diketengahkan oleh Al-Waqidiy, Asy-Syi'biy, Jabir dan lain-lain.
Peristiwa mubahalah itu ringkasnya sebagai berikut: Pada suatu hari
datanglah beberapa orang Nasrani menghadap Rasulullah s.a.w. untuk
mempersoalkan agama Islam, dengan maksud hendak menyanggah kebenaran
berita-berita Al-Qur'an mengenai Nabi Isa a.s. Pembicaraan itu tidak
menghasilkan persetujuan apa pun juga selain kesepakatan untuk secara
bersama-sama mohon kepada pihak yang berdusta. Untuk keperluan itu kedua
belah pihak menetapkan tempat dan waktu atas dasar persetujuan
bersama. Ketika waktu yang telah ditentukan itu tiba, Rasulullah s.a.w.
keluar mengajak orang-orang terdekat yang dipandang paling mulia dan
terhormat. Mereka itu terdiri dari Imam 'Ali r.a., Siti Fatimah r.a.
dan kedua orang cucu beliau, yaitu Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallah
'anhuma. Rasulullah s.a.w. berjalan mengendong Al-Husein r.a. yang
ketika itu masih kanak-kanak sambil menggandeng Al-Hasan r.a. yang
sudah agak besar. Di belakang beliau berjalan Siti Fatimah r.a. dengan
kain kerudung, sedangkan Imam 'Ali r.a. berjalan di belakangnya.
Dalam waktu yang bersamaan keluar pula dua orang wakil kaum Nasrani
Najran mengajak anak-anak mereka yang semuanya berpakaian dan memakai
perhiasan serba indah. Mereka diikuti oleh beberapa orang prajurit
berkuda dari Bani Al-Harits. Segala sesuatunya telah disiapkan demikian
rapih. Sekarang kedua belah pihak telah bertemu di sebuah tempat dengan
disaksikan orang ramai yang hatinya berdebar-debar menunggu peristiwa
penting apa yang bakal terjadi.
Setelah masing-masing pihak siap,
dua orang wakil kaum Nasrani Najran mendekati Rasulullah s.a.w. Dengan
air muka kebingungan dan gelisah mereka bertanya kepada Rasulullah
s.a.w.: "Hai Abul-Qasim, siapakah orang-orang yang anda ajak
bermubahalah itu?" Beliau s.a.w. menjawap: "Dalam bermubahalah dengan
kalian sekarang ini aku mengajak orang-orang yang terbaik dimuka bumi
dan termulia di sisi Allah"! Sambil mengucapkan jawapan itu beliau
menunjuk kepada Imam 'Ali r.a., Siti Fatimah r.a., Al-Hasan dan
Al-Husein radhiyallah 'anhuma.
Sambil merasa keheran-heranan dua
orang wakil kaum Nasrani Najran itu bertanya lagi: "Apa sebab anda
tidak mengajak serta orang-orang besar, gagah dan tampan dari kalangan
pengikut anda"? Rasulullah s.a.w. menyahut: "Ya, dalam bermubahalah
dengan kalian sekarang ini kami telah mengajak mereka, penghuni bumi
yang terbaik dan makhluk Allah yang paling utama"!
Orang-orang
Nasrani itu terpukau, hati mereka menjadi kecut dan cemas, kemudian
mereka pergi menghadap pemimpin mereka, seorang Uskup. Uskup yang
bernama Abu Haritsah itu dengan perasaan terpengaruh oleh kewibawaan
Rasulullah s.a.w. sekeluarga, menjawap: "Aku telah menyaksikan sendiri
wajah mereka (yakni Rasulullah s.a.w. dan keluarganya). Seumpama di
antara mereka itu ada yang mohon kepada Allah supaya gunung-gunung itu
dipindahkan dari tempatnya, Allah pasti akan memindahkannya...!
Setelah berhenti sejenak Uskup itu melanjutkan perkataannya:
"...Tidakkah kalian melihat Muhammad mengangkat tangan ke atas ketika ia
menjawap pertanyaan kalian? Benarlah apa yang telah dikatakan oleh
Almasih "jika orang itu mengeluarkan perkataan dari mulutnya kita tidak
akan dapat kembali lagi bertemu dengan keluarga dan harta benda kita"!
Setelah mengucapkan kata-kata itu Abu Haritsah tiba-tiba berkata lagi
dengan suara keras: "Hai, apakah kalian tidak melihat matahari itu sudah
berubah warna? Bukankah di ufuk sana sudah penuh dengan gumpalan awan
tebal? Angin hitam dan merah sudah mulai bertiup kencang, dan
gunung-gunung itu telah mengepulkan asap tinggi menjulang langit!
Lihatlah burung-burung sudah beterbangan pulang ke sarangnya
masing-masing di atas pepohonan! Lihatlah dedaunan gugur berjatuhan dan
tanah di bawah telapak kaki kita sudah mulai goncang"!
Maha Besar
Allah s.w.t.! Orang-orang Nasrani itu benar-benar tenggelam di bawah
pengaruh keagungan wajah-wajah suci, dan akhirnya mereka mempercayai
kemuliaan Rasulullah s.a.w. di sisi Tuhannya. Mereka terpesona
menundukkan kepala di depan Muhammad Rasulullah s.a.w. Saat itu beliau
berkata: "Seksa Allah akan jatuh menimpa orang-orang Nasrani itu. Kalau
bukan kerana pengampunan Allah, mereka pasti akan dijelmakan sebagai
kera dan babi. Bagi mereka lembah pun akan berubah menjadi api. Allah
akan memusnahkan daerah Najran bersama penduduknya, termasuk
burung-burung di atas pepohonan dan semua yang ada pada mereka"!
Dalam risalah kami yang berjudul "Asyura" telah kami katakan, bahwa
dimilikinya fadha'il (keutamaan, kelebihan dan keistimewaan) oleh para
ahlulbait Rasulullah s.a.w. tidak mengurangi keutamaan para sahabat Nabi
yang bukan dari kalangan ahlul-bait, terutama mereka yang telah
menyerahkan seluruh hidupnya kepada Allah dan Rasul-Nya dan telah
mengorbankan jiwa-raga dan harta benda demi kejayaan Islam dan kaum
Muslimin.
Sekalipun demikian, terdapat perbezaan pokok antara
fadha'il yang dimiliki oleh para ahlulbait Rasulullah s.a.w. dan
fadha'il yang ada pada para sahabat Nabi yang bukan berasal dari
ahlulbait. Memang benar, bahawa mereka itu semuanya sama-sama bertakwa,
taat dan setia kepada Allah dan Rasul-Nya. Persamaan fadha'il itu
disebabkan oleh amal kebajikannya masing-masing. Akan tetapi ada
fadha'il yang tidak mungkin dimiliki oleh para sahabat Nabi dari luar
kalangan ahlulbait. Sebab para anggota ahlulbait secara kondrati dan
menurut fitrahnya telah mempunyai fadha'il kerana hubungan darah dan
keturunan dengan manusia pilihan Allah, yaitu junjungan kita Nabi Besar
Muhammad s.a.w. Hubungan biologis itu merupakan kenyataan yang tidak
dapat disangkal dan tidak mungkin dapat diimbangi oleh orang lain.
Lebih-lebih lagi setelah turunnya firman Allah s.w.t. dalam Surah
Al-Ahzab ayat 33 dan wasiat Rasulullah s.a.w. yang berupa Hadits
Tsaqalain. Kecuali itu beliau s.a.w. sendiri telah menegaskan:
"Hai
manusia, bahawasanya keutamaan, kemuliaan, kedudukan dan kepemimpinan
ada pada Rasulullah dan keturunannya. Janganlah kalian diseret oleh
kebatilan" (Ash-Shawa'iqul Muhriqah: 105).
Beliau s.a.w. juga
menekankan betapa pentingnya kaum Muslimin mencintai ahlulbait beliau
sebagai konsekwensi pengakuan kaum Muslimin atas kemuliaan martabat
mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Dua kaki seorang hamba tidak
akan bergerak pada hari kiamat sebelum ia ditanya tentang: Untuk apa
umurnya dihabiskan, untuk apa jasadnya dibinasakan, dan untuk apa
hartanya dibelanjakan, dari mana diperoleh serta bagaimana kecintaannya
kepada ahlulbait". (Hadits Ibnu 'Abbas r.a., dikeluarkan oleh
Thabraniy, As-Sayuthiy dan An-Nabhaniy dalam kitabnya
'Arba'unal-Arba'in'.)
Walaupun para ahlulbait Rasulullah s.a.w.
menurut dzatnya telah mempunyai fadha'il, namun Rasulullah s.a.w. tetap
memberi dorongan kepada mereka supaya memperbesar ketakwaan kepada
Allah s.w.t. Jangan sampai mereka mengandalkan begitu saja hubungannya
masing-masing dengan beliau. Kerana hubungan suci dan hubungan yang
mulia, itu saja, tanpa disertai amal saleh tidak akan membawa mereka
kepada martabat yang setinggi-tingginya di sisi Allah, juga tidak akan
membuat mereka sebagai orang-orang terkemuka di kalangan ummat yang
bertakwa kepada Allah dan Rasul-Nya. Sebab Allah s.w.t. telah
berfirman:
"Sesungguhnya di antara kalian yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang besar takwanya". (S. Al-Hujurat: 13).
Kami katakan, dengan fadha'il dzatiyah dan amaliyah para ahlulbait
Rasulullah s.a.w. memiliki keutamaan ganda, yaitu keutamaan yang tidak
dimiliki orang lain. Keutamaan ganda itulah yang secara tepat dan benar
mendudukkan mereka sebagai para pemimpin di tengah-tengah kehidupan
kaum Muslimin. Bukan sebagai pemimpin yang mulia saja, melainkan juga
pemimpin yang suci, kerana mereka telah disucikan dzatnya oleh Allah
s.w.t. sebagaimana termaktub dalam Al-Qur'anul-Karim (S. Al-Ahzab: 33).
Fadha'il tinggi dan istimewa yang dilimpahkan Allah kepada mereka itu
merupakan penghargaan yang tiada taranya kepada seorang Nabi dan Rasul
yang dicintai Allah Azza wa Jalla, yaitu junjungan kita Nabi Besar
Muhammad s.a.w.
Mengenai fadha'il yang ada pada sahabat Nabi, mereka
memperolehnya dari amal shaleh, ketakwaan dan kesetiaan mereka kepada
Allah dan Rasul-Nya. Tentang hal itu Allah telah menyatakan pujian-Nya,
antara lain:
"Sebagai ummat terbaik di kalangan manusia". (S. Aali Imran: 110).
"Sebagai ummat yang adil". (S. Al-Baqarah:143)
"Sebagai orang-orang beriman yang memperoleh pancaran cahaya Ilahi". (S. At-Tahrim: 8).
"Sebagai orang-orang yang telah mengikrarkan janji setia kepada Allah dan Rasul-Nya". (S. Al-Fath: 18).
"Sebagai orang-orang yang terdahulu memeluk Islam dan telah memperoleh keridhoan Allah". (S. A-Taubah: 100).
"Sebagai pembela-pembela Rasulullah s.a.w." (S. Al-Anfal: 64).
"Sebagai orang-orang muhajirin dan anshar yang saling bantu dan
setiakawan dalam membela seerta menegakkan kebenaran Allah dan
Rasul-Nya". (S. Al-Hasyr: 8-10).
"Sebagai orang-orang yang beriman dan tekun beribadah serta gemar beramal saleh". (S. Al-Fath: 29)... dan lain-lain.
Kendatipun para ahlulbait Rasulullah s.a.w. itu memiliki fadha'il ganda
(dzatiyah dan amaliyah), tidak bererti mereka tidak mempunyai
kemungkinan berbuat keliru atau salah, sebab kemungkinan seperti itu
adalah termasuk sifat-sifat manusiawi. Mereka bukan manusia-manusia
ma'shum seperti para Nabi dan para Rasul yang diutus Allah membawakan
syari'at-Nya kepada ummat manusia. Namun demikian, Allah s.w.t. dengan
kasih sayang dan kepemurahan-Nya berkenan melimpahkan ampunan atas
kekeliruan dan kesalahan mereka serta memelihara mereka dari cacad cela.
Jadi kalau terjadi perbuatan keliru atau salah yang dilakukan oleh
pada sahabat Nabi terhadap para ahlulbait, atau sebaliknya, hal itu
tidak mengherankan kerana mereka itu semuanya adalah manusia-manusia
bukan ma'shum, dan sebagai manusia mereka pun tidak terlepas dari
sifat-sifat kemanusiawiannya masing-masing.
Kita segenap kaum
Muslimin, tidak pandang perbezaan aliran atau mazhabnya masing-masing
wajib mencintai mereka sesuai dengan tingkat martabatnya masing-masing.
Kita wajib bersikap adil terhadap mereka semuanya, mengingat jasa-jasa
mereka terhadap agama, pengorbanan yang telah mereka sumbangkan kepada
kaum Muslimin, ketaatan mereka kepada Rabbul alamin dan kesetiaan
mereka kepada Sayyidul-Mursalin. Sikap yang kita ambil itu harus
bertolak dari niat untuk memperoleh keridhoan Allah semata-mata. Tidak
ada alasan sama sekali menuduh orang yang mencintai ahlulbait
Rasulullah s.a.w. sebagai "pengikut Syi'ah", baik yang ekstrim seperti
kaum Rawafidh atau lainnya. Dalam hal itu tepat sekali jawapan Imam
Syafi'iy r.a. terhadap tuduhan semacam itu. Dalam sebuah bait sya'irnya
ia dengan tegas berkata:
"Kalau mencintai aal (ahlulbait) Muhammad
dituduh sebagai orang Rafidhiy – yakni kaum Syi'ah Rawafidh – maka
biarlah manusia dan jin menjadi saksi bahawa saya ini Rafidhiy".
Imam Syafi'iy r.a. bukan hanya mencintai ahlulbait saja, bahkan ia
menekankan keharusan mencintai mereka dan memandangkan sebagai hal yang
wajib. Dalam sya'irnya yang lain lagi ia mengatakan:
"Wahai
keluarga (ahlulbait) Rasulullah, dalam Al-Qur'an Allah menetapkan
bahawa kecintaan kami kepada kalian adalah wajib. Cukuplah kemuliaan
bagi kalian, hingga gugurlah shalat orang yang tidak mengucap shalawat
bagi kalian".
Dalam sya'irnya yang lain lagi ia mengatakan:
"Ahlulbait Rasulullah adalah pengayomanku, merekalah wasilahku kepada
Allah. Kuharap kelak dapat keserahkan shahifahku dengan tangan kananku".
Zamakhsyariy dalam kitab 'Al-Kasysyaf' mengetengahkan sebuah Hadits
panjang, yang kemudian dikutip oleh Al-Fakhrur-Raziy di dalam
'Al-Kabir', bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa
meninggal dunia dalam keadaan mencintai aal Muhammad, ia mati syahid.
Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan mencintai aal Muhammad, ia
mati dalam keadaan taubatnya diterima Allah. Barangsiapa meninggal
dunia dalam keadaan mencintai aal Muhammad, ia mati sebagai mu'min yang
sempurna imannya. Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan mencintai
aal Muhammad, ia akan diberi khabar gembira masuk syurga oleh malaikat
maut kemudia oleh Munkar dan Nakir. Barangsiapa yang meninggal dunia
dalam keadaan mencintai aal Muhammad, ia akan diiring ke dalam syurga
seperti pengantin wanita diarah ke rumah suaminya. Barangsiapa yang
meninggal dunia dalam keadaan mencintai aal Muhammad, dalam kuburnya
akan dibukakan dua pintu ke syurga. Barangsiapa meninggal dunia dalam
keadaan mencintai aal Muhammad, ia mati di dalam Sunnah Waljama'ah.
Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan membenci aal Muhammad, pada
hari kiamat ia akan dibangkitkan dalam keadaan antara kedua matanya
bertuliskan: "Orang yang putus asa dari rahmat Allah". Barangsiapa yang
meninggal dunia dalam keadaan membenci aal Muhammad, ia mati kafir.
Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan membenci aal Muhammad, ia
tidak akan mencium bau syurga". ('Syaraful-Muabbad li Aal Muhammad:
152).
Zir bin Hubaisy meriwayatkan sebuah riwayat Hadits, bahawa ia mendengar sendiri Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a. berkata:
"Demi Allah yang merekahkan biji dan membersihkan manusia dari dosa,
bahawa An-Nabiyyul-Ummiyyu – yakni Rasulullah s.a.w. – telah menegaskan
kepadaku: Yang mencintai diriku adalah orang beriman dan tidak ada yang
membenciku kecuali orang munafik". (Ibnu Taimiyyah: 'Fadhlu Ahlil-Bait
Wa Huququhum': 80).
Imam 'Ali r.a. meriwayatkan sebuah Hadits Rasulullah s.a.w., bahawa beliau s.a.w. pernah menerangkan kepadanya:
"Setiap Nabi diberi tujuh orang mulia sebagai teman atau pendamping;
kepadaku diberikan empat belas orang... Kami bertanya: siapakah mereka
itu? 'Ali bin Abi Thalib menjawap: Aku, kedua orang anakku, Ja'far,
Hamzah, Abu Bakar, Umar, Mash'ab bin Umair, Bilal, Salman, Ammar,
Al-Miqdad, Hudzaifah dan Abdullah bin Mas'ud". ('Ahlul-Bait Wa
Huququhum': 86).
'Abdurrahman bin Abu Laila meriwayatkan sebuah
Hadits, bahawa ayahnya (Abu Laila) sering bergadang malam bersama Imam
'Ali r.a. Di musim panas Imam 'Ali sering memakai baju musim dingin dan
di musim dingin ia sering memakai baju panas. Ketika ditanya oleh Abu
Laila Imam 'Ali menjawap:
"Ketika terjadi perang Khaibar Rasulullah
s.a.w. mengangkat saya sebagai pemegang panji – yakni sebagai
panglima. Saat itu saya sedang sakit mata. Saya katakan kepada beliau:
Ya Rasulullah, saya sedang sakit mata. Beliau lalu mengusap mataku
dengan ludah seraya berdoa: Ya Allah, hindarkanlah dia dari panas dan
dingin... Sejak itu saya tidak pernah lagi merasa kepanasan dan
kedinginan... Rasulullah s.a.w. ketika itu berkata: 'Kuangkat seorang
yang mencintai Allah dan Rasul-Nya". ('ahlulbait Wa Huququhum' : 89).
Habsyiy bin Janadah mengatakan, bahawa ia mendengar sendiri Rasulullah s.a.w. pernah berkata:
"'Ali dari aku dan aku dari dia, tidak ada orang lain yang menunaikan
tugas mewakili aku kecuali 'Ali" ('Ahlulbait Wa Huququhum": 89).
Buraidah Al-Aslami mengatakan: Ketika aku bersama 'Ali berperang di
Yaman, kulihat ia bersikap keras. Sepulangnya dari Yaman aku menghadap
Rasulullah s.a.w. memberitahukan soal 'Ali itu kepada beliau. Kulihat
wajah beliau berubah, kemudian berkata:
"Hai Buraidah, bukankah bagi
kaum Mu'minin aku ini kebih utama daripada diri mereka? Aku (Buraidah)
menjawap: Benar, ya Rasulullah. Beliau lalu berkata lagi: Barangsiapa
aku menjadi pemimpinnya maka 'Ali pun menjadi pemimpinnya".
Sebuah
Hadits dari Ibnu 'Abbas r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah s.a.w.
menyerahkan panji perang Badr kepada Imam 'Ali r.a. yang ketika itu
masih seorang pemuda berumur duapuluh tahun.
Imam 'Ali r.a. dengan tegas dan jujur pernah berkata:
"Aku adalah hamba Allah dan saudara Rasul-Nya dan aku pun orang yang
paling terpercaya (oleh beliau). Orang selainku yang mengaku seperti itu
adalah dusta. Aku telah menunaikan shalat tujuh tahun sebelum orang
lain, yaitu sebelum ada seorang pun dari ummat ini yang bersembah sujud
kepada Allah".
Ibnu 'Abbas r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah
s.a.w. diangkat sebagai Nabi pada hari Isnin. Keesokan harinya, hari
Selasa, Imam 'Ali r.a. memeluk Islam.
Sa'ad bin Abi Waqqash berkata kepada seorang yang masih meragukan keutamaan Imam 'Ali r.a.:
"Rasulullah s.a.w. minta kepada pamannya, 'Abbas, supaya pindah tempat
dari lingkungan masjid nabawiy ketika masjid itu dipagar. Kepada
Rasulullah s.a.w. 'Abbas berkata: Anda minta supaya kami pindah tempat
padahal kami adalah kerabat anda dan paman anda; sedangkan 'Ali anda
biarkan bertempat tinggal di situ... Rasulullah menjawap: Aku tidak
mengeluarkan anda dan menempatkan dia, tetapi Allah yang mengeluarkan
anda dan menempatkan dia."
Abu Abdullah Al-Jadaliy mengatakan,
bahawa pada suatu hari ia datang menemui Ummu Salamah r.a. Ummul
Mu'minin itu bertanya: Apakah ada orang yang memaki 'Ali dalam keadaan
Rasulullah berada di tengah-tengah kalian? Abu Abdullah menjawap:
Na'udzu billah, tidak sepatah kata pun seperti itu yang kami ucapkan.
Ummul Mu'minin kemudian berkata:
"Aku mendengar sendiri Rasulullah s.a.w. berkata; Barangsiapa yang memaki 'Ali bererti memaki diriku".
Abu Dzar Al-Ghifariy r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan:
"Barangsiapa yang taat kepadaku ia taat kepada Allah dan siapa yang
menentang aku ia menentang Allah, dan siapa yang menentang 'Ali ia
menentang aku".
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Imam 'Ali r.a.:
"Sepeninggalku engkaulah yang akan menjelaskan kepada ummatku soal-soal yang mereka perselisihkan".
Abu Dzar r.a. meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Imam 'Ali r.a.:
"Hai 'Ali, barangsiapa meninggalkan diriku ia telah meninggalkan Allah,
dan barangsiapa meninggalkan engkau ia telah meninggalkan diriku".
Zaid bin Arqam meriwayatkan, bahawa beberapa orang sahabat Nabi pintu
rumahnya berhadapan langsung dengan masjid nabawiy. Pada suatu hari
Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya semua pintu di tutup kecuali pintu
rumah Imam 'Ali r.a. Ketika Rasulullah s.a.w. mendengar banyak orang
memperbincangkan perintah beliau itu, dalam suatu khutbahnya – setelah
memanjatkan puji dan syukur ke hadhirat Allah – beliau berkata:
"Amma ba'du, aku diperintahkan menutup semua pintu rumah itu kecuali
pintu rumah 'Ali, kemudian ada di antara kalian yang membicarakan soal
itu. Demi Allah, aku tidak menutup dan tidak membuka sesuatu melainkan
kerana aku diperintah untuk berbuat itu, dan perintah itu, kuikuti (yang
dimaksud beliau ialah diperintah oleh Allah s.w.t.)".
Ibnu 'Abbas
r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah telah menegaskan betapa dalam ilmu
yang dimiliki oleh Imam 'Ali r.a., sehingga beliau s.a.w. berkata:
"Aku adalah kota ilmu dan 'Ali pintu gerbangnya, barangsiapa yang
hendak masuk ke dalam kota hendaknya ia melalui pintu gerbangnya".
Dalam kesempatan yang lain lagi Ibnu 'Abbas r.a. juga meriwayatkan
kesaksiannya sendiri sebagai berikut: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w.
memandang kepada 'Ali seraya berkata:
"Engkau sayyid (pemimpin) di
dunia dan sayyid di akhirat. Orang yang kau cintai menjadi kecintaanku
dan orang yang kucintai ia dicintai Allah. Musuhmu adalah musuhku dan
musuhku ialah musuh Allah. Celakalah orang yang membencimu
sepeninggalmu". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 98).
Abu Hurairah r.a.
meriwayatkan, bahawa pada suatu hari Siti Fatimah r.a. berkata kepada
ayahandanya. "Ya Rasulullah, ayah menikahkan aku dengan 'Ali bin Abi
Thalib, seorang miskin yang tidak mempunyai harta apa pun juga".
Rasulullah s.a.w. menjawap:
"Apakah engkau tidak puas, bahawa Allah
s.w.t. telah memeriksa seluruh manusia di bumi kemudian memilih dua
orang: Yang satu ayahmu sendiri dan yang lain ialah suamimu!"
('Ahlulbait Wa Huququhum': 99).
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan
pengalaman dan kesaksiannya sendiri, mengatakan sebagai berikut: "Aku
dahulu melayani Rasulullah s.a.w. Pada suatu hari ada orang mengirimkan
ayam panggang untuk beliau. Menghadapi hidangan ini beliau berdoa:
"Ya Allah, datangkanlah kepadaku orang yang paling Engkau cintai agar ia makan ayam panggang ini bersamaku".
Mendengar doa beliau itu aku sendiri lalu berdoa: Ya Allah,
datangkanlah seorang dari kaum Anshar! Akan tetapi yang datang adalah
'Ali r.a., kerana itu kukatakan kepadanya bahawa Rasulullah s.a.w.
sedang ada keperluan. 'Ali r.a. pergi, tak berapa lama kemudian ia
datang lagi. Kepadanya kukatakan seperti semula. Demikianlah sampai ia
berulang-alik tiga kali. Kedatangannya yang ketiga kali, Rasulullah
s.a.w. memerintahkan aku supaya membukakan pintu. Setelah 'Ali r.a.
masuk, kepadanya Rasulullah s.a.w. bertanya:
"Apa yang membuatmu
terlambat? 'Ali menjawap: Ini kedatanganku yang ketiga kalinya. Anas
mencegah aku masuk dengan alasan anda sedang ada keperluan...
Rasulullah s.a.w. lalu bertanya kepada Anas: Kenapa engkau berbuat
seperti itu? Anas menjawap: Ya Rasulullah, tadi aku mendengar doa anda,
dan aku ingin supaya yang datang seorang dari kaumku!... Beliau s.a.w.
kemudian berkata kepada 'Ali: Dia (Anas) kadang-kadang mencintai
kaumnya sendiri!" ('Ahlulbait Wa Huququhum': 100).
Abul-Bakhtariy meriwayatkan, bahawa Imam 'Ali r.a. pernah menceritakan sebagai berikut:
"Rasulullah s.a.w. pernah mengutusku sebagai qadhi (hakim) ke Yaman.
Ketika itu aku berkata: Ya Rasulullah, aku masih muda, mungkin akan
menghadapi kasus perkara yang aku tidak mengetahui hukumnya... Beliau
s.a.w. kemudian meletakkan tangannya pada dadaku seraya berdoa: 'Ya
Allah, mantapkanlah ucapannya dan tuntunlah hatinya'. Sejak itu aku
tidak pernah ragu dalam menetapkan keputusan hukum". ('Ahlulbait Wa
Huququhum': 104).
Hayyan Al-Asadiy mengatakan, bahawa ia mendengar sendiri Imam 'Ali r.a. berkata sebagai berikut:
"Rasulullah s.a.w. telah mengatakan kepadaku: Sepeninggalku ummat ini
akan memperdayakan engkau, engkau akan hidup mengikuti jejakku dan akan
terbunuh kerana membela sunnahku. Barangsiapa mencintaimu bererti ia
mencintaiku dan siapa yang membencimu bererti membenciku...dan ini kelak
akan berubah warna kerana ini4. ('Ahlulbait Wa Huququhum': 107).
Demikianlah beberapa Hadits Rasulullah s.a.w. yang kami kutip dari kitab
'Ahlulbait Wa Huququhum' ('Ahlulbait dan Hak-hak mereka') yang ditulis
oleh Syeikhul-Islam Ibnu Taimiyyah, seorang Imamul-Mujtahidin yang
amat terkenal di kalangan ummat Islam sedunia. Semuanya menunjukkan
betapa tinggi martabat Imam 'Ali r.a. dalam pandangan Allah dan
Rasul-Nya. Benarlah apa yang pernah dikatakan oleh Ummul Mu'minin Siti
Aisyah r.a. ketika ditanya oleh seorang wanita tentang Imam 'Ali bin
Abi Thalib r.a.:
"Anda bertanya kepadaku tentang seorang yang –
demi Allah – aku sendiri belum pernah mengetahui ada orang yang paling
dicintai Rasulullah s.a.w. selain 'Ali, dan di bumi ini tidak ada
wanita yang paling dicintai oleh beliau selain perempuannya – yakni
Siti Fatimah r.a." (Dari Hadits Jami' bin Umar dalam 'Ahlulbait Wa
Huququhum': 123).
Hadits-hadits tentang Fadha'il Siti Fatimah Az-Zahra r.a.
Serangkain Hadits-hadits Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh para
sahabat Nabi, sebagaimana yang telah kami kemukakan pada bahagian
terdahulu buku ini, banyak sekali di antaranya yang berkenaan dengan
fadha'il Siti Fatimah Az-Zahra r.a. Untuk lebih melengkapinya, baiklah
kami tambahkan beberapa Hadits lainnya yang penting untuk diketahui.
Al-Musawir bin Makhramah r.a. meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Fatimah bukan lain adalah bahagian dari aku, apa yang menyenangkan dia
menyenangkan aku dan apa yang menyedihkan dia menyedihkan aku".
('Ahlulbait Wa Huququhum': 111).
Hadits semakna diriwayatkan juga oleh Abdullah bin Zubair r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Fatimah bahagian dari aku, apa yang menggangunya mengganguku dan apa yang menyusahkan dia menyusahkan aku".
Ibnu Asakir meriwayatkan sebuah Hadits yang berasal dari Watsilah, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata:
"Orang pertama dari ahlulbaitku yang akan menyusulku (pulang keharibaan
Allah) adalah engkau, hai Fatimah! Dan di antara para isteriku yang
paling pertama akan menyusulku ialah Zainab; di antara kalian (para
isteri Rasulullah s.a.w.) dialah yang paling dermawan". ('Ahlulbait Wa
Huququhum': 132).
Hadits semakna dengan itu diketengahkan juga oleh
Thabraniy di dalam kitabnya, 'Al-Kabir', yaitu bahawa Rasulullah s.a.w.
berkata kepada puterinya:
"Janganlah engkau menangis kerana
engkaulah dari ahlulbaitku yang paling pertama akan menyusulku".
('Ahlulbait Wa Huququhum': 133).
Hudzaifah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. mengatakan:
"Seorang malaikat yang belum pernah turun ke muka bumi telah minta izin
kepada Allah s.w.t. untuk menyampaikan salam kepadaku, dan ia
menyampaikan khabar gembira bahawa Fatimah adalah wanita terkemuka
penghuni syurga". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 110).
Ummul Mu'minin
Siti Aisyah r.a. meriwayatkan, bahawa dalam keadaan sakit menjelang
wafatnya Rasulullah s.a.w. berkata kepada Siti Fatimah r.a.:
"Hai
Fatimah, tidakkah engkau puas menjadi wanita terkemuka di dunia dan
wanita terkemuka ummat ini?" ('Ahlulbait Wa Huququhum': 111).
Siti Aisyah r.a. juga mengatakan:
"Aku tidak pernah melihat orang yang pembicaraannya mirip dengan
Rasulullah s.a.w. selain Fatimah. Apabila ia datang kepada ayahnya,
beliau berdiri, menciumnya, menyambut gembira dan menggandengnya lalu
didudukkan di tempat duduk beliau. Apabila Rasulullah s.a.w. datang
kepadanya, ia pun berdiri menyambut ayahandanya dan mencium tangan
beliau s.a.w." ('Ahlulbait Wa Huququhum": 111).
Umar Ibnul-Khatthab r.a. mengatakan, bahawa pada suatu hari ia datang kepada Fatimah kemudian berkata:
"Hai Fatimah, demi Allah, aku tidak melihat ada orang yang lebih
dicintai Rasulullah s.a.w. selain engkau. Demi Allah, sesudah ayahmu,
tidak ada orang lain yang lebih kucintai selain engkau". ('Ahlulbait Wa
Huququhum': 123).
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata kepada Imam 'Ali r.a.:
"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau
lebih mulai daripada dia". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 132).
Al-Khathib meriwayatkan sebuah Hadits dari Ibnu 'Abbas r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata:
"Fatimah adalah manusia bidadari, ia tidak pernah haid. Allah
menamainya 'Fatimah' kerana Allah menghindarkan dia dan para
pencintanya dari neraka". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 132).
Ibnu Mas'ud r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. menerangkan:
"Fatimah telah menjaga kehormatan dan kesuciannya, kerana itu Allah
akan memasukkannya bersama keturunannya ke dalam syurga". ('Ahlulbait
Wa Huququhum': 134).
Thabraniy di dalam kitabnya, 'Al-Kabir', meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. berkata kepada Fatimah:
"Allah s.w.t. tidak akan menyeksa dirimu dan anakmu". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 133).
Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a. meriwayatkan, bahwa Rasulullah s.a.w. menegaskan:
"Allah 'Azza wa Jalla murka jika Fatimah marah dan Allah ridho jika Fatimah puas". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 133).
Tsuban r.a. meriwayatkan, pada suatu hari Rasulullah s.a.w. masuk ke
tempat kediaman Fatimah r.a. Saat itu puteri beliau sedang melepas
kalung rantai emas dari lehernya. Kepada ayahanda ia berkata: "Kalung
ini dihadiahkan oleh Abul-Hasan (Imam 'Ali r.a.)". Rasulullah s.a.w.
menjawap:
"Senangkah engkau jika orang mengatakan engkau itu puteri Muhammad, tetapi di tanganmu terdapat rantai neraka"?
Setelah berkata demikian, tanpa duduk lebih dulu beliau segera keluar
meninggalkan puterinya. Seketika itu juga Siti Fatimah r.a. pergi
menjual kalungnya, kemudian wangnya dipergunakan membeli seorang budak
lalu dimerdekakan. Ketika mendengar hal itu Rasulullah berucap:
"Alhamdulillah yang telah menyelamatkan Fatimah dari neraka". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 110).
"Sesungguhnya Allah telah menawarkan emas kepadaku lewat orang-orang
terkemuka di Makkah. Akan tetapi aku menjawap: "Ya Allah, jadikanlah aku
sehari lapar dan sehari kenyang. Di saat aku lapar aku khusyu berdoa
kepada-Mu, dan di saat aku kenyang kuucapkan puji syukur kepada-Mu".
('Ahlulbait': 136-137 – Taufiq Abu Alam).
Sebagai ahlulbait
Rasulullah s.a.w. yang terdekat, Siti Fatimah r.a. juga meriwayatkan
Hadits-hadits yang didengarnya sendiri secara langsung dari
ayahandanya. Di antara Hadits-hadits yang diriwayatkan itu adalah:
Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika Allah mencintai seseorang dari para hamba-Nya, Dia mengujinya.
Bila hamba itu sabar ia akan dipilihnya, dan jika hamba itu ridho ia
akan disucikan-Nya".
Kepada dua orang puteranya, Al-Hasan dan
Al-Husein radhiyallahu 'anhuma, Siti Fatimah r.a. mengajarkan, bahawa
sabar dan ridho adalah pangkal ketaatan kepada Allah s.w.t. Barangsiapa
sabar dan ridho menerima takdir Allah, baik takdir itu menyenangkan
atau tidak, Allah akan menetapkan takdir yang baik baginya, lepas
apakah ia menginginkannya atau tidak. ('Ahlulbait': 137).
Siti Fatimah meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Orang yang dermawan dekat kepada Allah, dekat kepada sesama manusia,
dekat kepada syurga dan jauh dari neraka. Allah adalah Maha Pemurah dan
mencintai orang yang bermurah hati".
Beliau s.a.w. juga telah bersabda:
"Kecenderungan ibarat sebatang pohon di dalam syurga yang
dahan-dahannya bergelantungan ke bumi. Barangsiapa berpegang pada salah
satu dahannya, dahan itu akan menuntunnya masuk ke dalam syurga".
('Ahlulbait': 137 – Taufiq Abu Alam).
Dalam kitab
'Dala'ilul-Imamah' terdapat sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh
Al-Husein r.a. berasal dari bundanya, Siti Fatimah r.a., yang
mengatakan:
"Ayahku berkata: Hati-hatilah engkau jangan sampai
menjadi orang kikir. Kikir adalah suatu cacad yang tidak mungkin ada
pada orang yang bermurah hati. Hati-hatilah engkau jangan sampai
menjadi orang kikir, kerana kikir itu ibarat sebatang pohon di dalam
neraka yang dahan-dahannya berada di dunia ini. Barangsiapa
bergelantung pada salah satu dahannya ia akan terseret masuk ke dalam
neraka. Sedangkan kedermawaan ibarat sebatang pohon di dalam syurga
yang dahan-dahannya berada di dunia, barangsiapa bergelantung pada
salah satu dahannya ia akan dimasukkan ke dalam syurga".
Mengenai
soal kedermawaan itu Siti Fatimah r.a. juga meriwayatkan pesan atau
nasihat suaminya, Imam 'Ali r.a., yang berkata: Barangsiapa mengulurkan
tangan memberi pertolongan, jika ia mampu, Allah akan memberi ganti
atas apa yang telah di infakkannya selagi ia masih hidup di dunia, dan
di akhirat kelak Allah akan memberinya penggantian berlipat ganda.
Pokok fadha'il yang ada pada Siti Fatimah r.a. dapat diringkaskan sebagai berikut:
1. Rasulullah s.a.w. telah menegaskan bahawa Allah murka jika Siti Fatimah r.a. marah, dan Allah ridho jika ia puas.
2. Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa Siti Fatimah r.a. adalah bahagian dari beliau.
3. Siti Fatimah r.a. adalah wanita di dunia yang paling di cintai dan dikasihi oleh Rasulullah s.a.w.
4. Siti Fatimah r.a. adalah wanita yang perkataannya paling dapat dipercayai.
5. Siti Fatimah r.a. wanita suci yang tidak pernah haid.
6. Siti Fatimah r.a. bersama keturunannya terjamin tidak akan masuk neraka.
7. Allah s.w.t. menghendakinya menjadi wadah suci yang melahirkan keturunan suci.
Sebagaimana telah kita ketahui bahawa dalam salah satu Hadits yang
telah kami kemukakan, Rasulullah s.a.w. menegaskan Siti Fatimah r.a.
adalah 'wanita terkemuka di dunia', sedangkan ketika beliau s.a.w.
ditanya oleh puterinya bagaimana kedudukan Maryam beliau menjawap5:
"Ia adalah wanita terkemuka pada zamannya".
Dari jawapan beliau itu jelas, bahawa Siti Fatimah r.a. lebih afdhal
daripada Maryam. Banyak para ulama kenamaan yang mempunyai penilaian
seperti itu, antara lain: As-Sabkiy, As-Sayuthiy, Az-Zarkasyiy,
Al-Muqriziy dan lain-lain6).
Abu Dawud juga berpendapat, bahawa
pernyataan Rasulullah s.a.w. yang menegaskan 'Fatimah adalah bahagian
dari aku' menunjukkan pengertian bahawa keutamaan Siti Fatimah r.a.
tidak dapat disamakan dengan wanita manapun di dunia, kerana ia
merupakan bahagian dari manusia hamba Allah yang paling mulia di dunia.
Seluruh kaum Muslimin, baik kaum Salaf mahupun kaum Khalaf sependapat,
bahawa "bagian dari Rasulullah s.a.w." tidak dapat dibandingkan
keutamaannya dengan siapa pun juga.
Imam Al-Hasan dan Imam Al-Husein radhiyallahu 'anhuma:
Sebagaimana telah kami utarakan pada bahagian terdahulu buku ini, kedua
orang putera suami-isteri Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a. dan Siti
Fatimah Az-Zahra r.a., masing-masing oleh Rasulullah s.a.w. dinasabkan
kepada beliau sendiri, yakni dinyatakan sebagai putera-putera beliau
sendiri. Hadits-hadits shahih mengenai hal itu pun telah kami
kemukakan, antara lain sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Imam
Tirmudziy berasal dari Usamah bin Zaid r.a. yang mengatakan sebagai
berikut: "Pada suatu hari aku datang menghadap Rasulullah s.a.w. untuk
suatu keperluan. Ketika itu beliau s.a.w. bersabda:
"Dua orang anak
ini adalah putera-puteraku dan putera-putera anak perempuanku. Ya
Allah, aku mencintai kedua-duanya, kerana itu cintailah orang yang
mencintai kedua-duanya".
Dalam Hadits shahih yang lain Rasulullah s.a.w. juga menegaskan:
"Sesungguhnya Allah s.w.t. menjadikan keturunan bagi setiap orang Nabi
dari tulang sulbinya masing-masing, tetapi Allah menjadikan keturunanku
dari tulang sulbi 'Ali bin Abi Thalib". (Kitab 'Ahlul-Bait': 273-274).
Bahkan beliau memberitahukan para sahabatnya, bahwa:
"Al-Hasan dan Al-Husein adalah dua orang pemuda terkemuka penghuni syurga". (Hadits Ibnu Sa'ad Al-Khudriy).
Tentang betapa besar kecintaan beliau kepada dua orang puteranya itu tampak jelas dari pernyataan beliau s.a.w.:
"Ya Allah, aku mencintai kedua anak itu, maka cintailah mereka itu dan
cintailah orang yang mencintai kedua-duanya". (Hadits diriwayatkan oleh
Anas bin Malik r.a.).
Demikian pula penegasan beliau s.a.w.:
"Barangsiapa mencintai mereka bererti mencintaiku dan siapa yang
membenci mereka bererti membenciku". Hadits Zaid bin Arqam r.a.).
Betapa besar kecintaan Rasulullah s.a.w. kepada Al-Hasan dan Al-Husein
radhiyallahu 'anhuma itu dapat kita ketahui dengan jelas pula dari doa
beliau kepada Allah s.w.t. yang memohonkan perlindungan khusus bagi
kedua orang cucu beliau itu. Abu Nu'aim meriwayatkan sebuah Hadits
berasal dari Abdullah bin 'Abbas r.a. yang mengatakan, bahwa pada suatu
hari Abdullah bin 'Abbas sedang berada di kediaman Rasulullah s.a.w.
tiba-tiba dua orang anak itu – yakni Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu
'anhuma – lewat di depan beliau. Rasulullah s.a.w. minta supaya kedua
anak itu didekatkan kepadanya. Beliau berkata: "Bawalah ke mari dua
orang puteraku itu, mereka hendak kumohonkan perlindungan kepada Allah
sebagaimana Ibrahim dahulu memohonkan perlindungan bagi dua orang
puteranya, Ismail dan Ishaq!" Setelah kedua anak itu berada di dekatnya,
beliau lalu berdoa:
"Dengan kalimat Allah yang sempurna kalian
kuperlindungkan kepada-Nya dari setiap mata yang berniat jahat dan
syaitan serta semua merbahaya".
Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a.
sendiri juga menegaskan, bahawa Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu
'anhuma adalah putera-putera yang akan meneruskan kegurunan Rasulullah
s.a.w. Dalam perang Shiffin sedang berkobar dengan dasyatnya, Imam 'Ali
r.a. melihat puteranya, Al-Hasan r.a. terjun ke medan tempur. Saat itu
Imam 'Ali r.a. cepat-cepat memerintahkan para sahabatnya: "Singkirkan
anak itu dari medan tempur. Lebih baik aku sendiri yang mati daripada
putera Rasulullah itu. Dengan selamatnya Al-Hasan dan Al-Husein
keturunan Rasulullah s.a.w. tidak akan terputus". ('Syarh
Nahjul-Balaghah' XI halaman 25-26).
Mengenai soal keturunan
Rasulullah s.a.w. itu, Ibnu Abil Hadid dalam kitabnya 'Syarh
Nahjul-Balaghah' XI halaman 26 mengatakan senagai berikut:
"Jika
ada orang bertanya kepada saya, apakah Al-Hasan dan Al-Husein dapat
disebut sebagai putera-putera keturunan Rasulullah s.a.w.? Pertanyaan
itu tentu saya jawap: Ya. Sebab Allah s.w.t. sendiri menyebut mereka
dengan istilah 'anak-anaknya' – yakni putera-putera Muhammad Rasulullah
s.a.w. sebagaimana termaktub dalam firman-Nya:
"...maka katakanlah –
hai Muhammad: Mari kita panggil anak-anak kami dan anak-anak
kalian..." dan seterusnya. (S. Ali Imran: 61).
Yang dimaksud oleh
ayat tersebut ialah Al-Hasan dan Al-Husein. Demikian juga seumpama ada
orang mewasiatkan harta kekayaan bagi anak-anak keturunannya, tentu
anak-anak dari anak perempuannya termasuk dalam pengertian anak-anak
keturunan orang yang memberi wasiat itu. Sebutan seperti itu
dipergunakan juga oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang menamakan Isa
putera Maryam sebagai anak keturunan Ibrahim a.s. Yaitu sebagaimana
termaktub dalam ayat 83-85 S. Al-An'am:
"Dan itulah hujjah Kami yang
Kami berikan kepada Ibrahim dalam menghadapi kaumnya. Kami meninggikan
darjat siapa saja yang Kami kehendaki, sesungguhnyalah bahwa Tuhanmu
Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Dan Kami telah menganugerahkan
Ishaq dan Ya'qub kepadanya. Kepada kedua-duanya itu telah Kami berikan
petunjuk, dan sebelum itu kepada Nuh juga telah Kami berikan petunjuk.
Demikian pula kepada sebagian dari keturunannya, yaitu Dawud, Sulaiman,
Ayyub, Yusuf, Musa dan Harun. Demikianlah Kami memberi balasan kepada
orang-orang yang berbuat baik; dan Zakaria, Yahya, Isa dan Ilyas.
Semuanya adalah orang-orang saleh".
Jadi jelaslah, bahawa anak dari
anak perempuan termasuk dalam pengertian 'keturunan'. Para ahli bahasa
tidak berbeza pendapat mengenai hal itu. Demikian Ibnu Abil-Hadid.
Muhammad bin Thalhah dalam kitabnya yang berjudul 'Mathalibus-Sual Fi
Manaqibi Aalir-Rasul' menceritakan suatu peristiwa yang pernah terjadi
pada zaman kekuasaan Al-Hajjaj bin Yusuf, seorang Menteri Besar di zaman
dinasti Bani Umayyah. Ringkas cerita itu sebagai berikut:
'Asy-Syi'biy, seorang ulama besar yang amat saleh, amat besar simpatinya
kepada keluarga keturunan Rasulullah s.a.w. Tiap menyebut nama
Al-Hasan dan Al-Husein - radhiyallahu 'anhuma – ia selalu mengatakan
"putera-putera keturunan Rasulullah s.a.w." Kata-kata Asy-Syi'biy itu
sering didengar oleh Hajjaj bin Yusuf (seorang penguasa Bani Umayyah
yang dalam sejarah Islam terkenal kejam dan sangat membenci keturunan
ahlulbait Rasulullah s.a.w.). Tiap mendengar kata-kata Asyi'biy itu ia
selalu marah. Pada suatu hari ia berniat hendak membantah kebenaran
ucapan Asy-Syi'biy itu dan sekaligus hendak mencemarkan keturunan
Rasulullah s.a.w. di depan tokoh-tokoh masyarakat. Ia memerintah
Asy-Syi'biy supaya menghadap, dan sebelum itu ia telah mengumpulkan
beberapa orang terkemuka yang sengaja didatangkan dari Kufah dan
Bashrah. Mereka itu terdiri dari alim ulama dan para penghafal Qur'an.
Ketika Asy-Syi'biy datang, Al-Hajjaj menunjukkan muka muram dan tidak
menjawap ucapan salamnya. Setelah Asy-Syi'biy duduk, Al-Hajjaj memulai
percakapan: "Hai Syi'biy, aku selalu mendengar ucapan-ucapanmu yang
menunjukkan kebodohanmu!" Asy-Syi'biy agak terkejut dan tidak mengerti
apa yang dimaksud oleh Al-Hajjaj. Kerana itu ia bertanya: "Soal apa...
hai Amir?" Al-Hajjaj menyahut: "Apakah engkau tidak mengerti bahwa anak
seorang itu pasti bernasab kepada ayahnya sendiri? Semua keturunan
harus dinasabkan kepada ayah mereka. Apa sebab engkau selalu
mengatakan, bahwa anak-anak 'Ali bin Abi Thalib itu putera-putera
Rasulullah dan keturunan beliau? Apakah mereka itu mempunyai hubungan
darah dengan Rasulullah s.a.w. selain melalui ibu mereka, yaitu
Fatimah? Keturunan tidak akan mungkin dinasabkan kepada perempuan,
tetapi hanya dapat dinasabkan kepada lelaki!"
Asy-Syi'biy diam
membiarkan Al-Hajjaj selesai berbicara mengemukakan bantahannya di
depan semua orang yang hadir. Setelah itu barulah Asy-Syi'biy menjawap:
"Ya Amir, saya sama sekali tidak menduga bahwa anda akan berbicara
dengan kami menggunakan kata-kata yang biasa dipergunakan orang-orang
bodoh yang tidak memahami Kalamullah dan Sunnah Rasul; atau kata-kata
yang biasa digunakan oleh orang-orang yang sengaja mengingkari
kebenaran Allah dan Rasul-Nya!"
Al-Hajjaj bertambah marah kemudian
berkata lagi: "Celakalah engkau! Apakah kepada orang seperti aku ini
engkau berani mengucapkan kata-kata seperti itu?"
Dengan tegas
Asy-Syi'biy menjawap: "Ya...mereka yang hadir itu adalah para alim
ulama yang sengaja anda datangkan dari Kufah dan Bashrah. Mereka adalah
orang-orang yang memikul Kitab Suci di atas pundaknya masing-masing!
Bukankah Allah s.w.t. dalam firman-Nya berulang-ulang menggunakan
kata-kata "Hai Bani (anak-anak) Adam"... "Hai Bani Israil"? Mengenai
Ibrahim a.s. Allah s.w.t. juga berfirman: "...dan salah seorang dari
keturunannya ialah Isa"? Apakah Isa a.s. mempunyai hubungan darah
dengan tiga nama tersebut selain melalui bondanya, yaitu Maryam? Kerana
itu benarlah Hadits yang memberitakan sabda Rasulullah s.a.w. yang
menegaskan, bahwa Al-Hasan dan Al-Husein itu kedua-duanya putera beliau
dan pemuda terkemuka penghuni syurga!"
Dengan jawap Asy-Syi'biy
yang tak mungkin dapat dibantah itu, Al-Hajjaj tampak kemalu-maluan,
lebih-lebih lagi kerana para alim ulama yang didatangkan dari Kufah dan
Bashrah tidak membantah penjelasan Asy-Syi'biy yang didasarkan pada
nash Kitab Suci Al-Qur'anul-Karim.
Banyak sumber riwayat yang
mengemukakan, bahwa baik Al-Hasan r.a. maupun Al-Husein r.a.,
kedua-duanya merasa bangga dipanggil dengan "Ibnul-Mushthafa", yang
bererti "putera Rasulullah". Masing-masing memanggil beliau s.a.w.
dengan "ayahku". Al-Hasan r.a. memanggil ayahnya sendiri (Imam 'Ali
r.a.) dengan "Abul-Husein", sedangkan Al-Husein r.a. memanggilnya
dengan "Abul-Hasan". Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, barulah mereka
memanggil Imam 'Ali r.a. dengan 'ayahku'. Demikianlah yang kita ketahui
dari kitab 'Ahlul-Bait' halaman 271.
Hadits-hadits Rasulullah
s.a.w. mengenai Al-Hasan dan Al-Husein r.a. yang diriwayatkan oleh para
sahabat banyak sekali jumlahnya. Semuanya menunjukkan betapa besar
perhatian, kecintaan, kasih sayang dan pesan serta wasiat beliau s.a.w.
mengenai dua orang cucunya yang oleh beliau sendiri dinyatakan sebagai
dua putera beliau sendiri. Hadits-hadits tersebut bertebaran di dalam
berbagai kitab Hadits, kitab Riwayat, Tarikh dan lain sebagainya.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam Risalah "Fadhlu Ahlulbait Wa
Huququhum" menghimpun Hadits-hadits mengenai Al-Hasan dan Al-Husein
radhiyallahu 'anhuma lebih dari 50 buah. Di bawah ini kami kutipkan
sebahagian dari Hadits-hadits tersebut:
Abu Hurairah r.a.
meriwayatkan kesaksiannya sendiri, bahawa pada suatu hari sekembalinya
bersama Rasulullah s.a.w. dari tempat perniagaan (pasar) Bani Qainuqa,
langsung menuju tempat kediaman Siti Fatimah r.a. Rasulullah s.a.w.
bertanya:
"Apakah Laka' ada, apakah Laka' ada di sini?"
Yang di
maksud 'Laka' ialah Al-Hasan r.a. Kami berdua mengira Al-Hasan r.a.
sedang dimandikan oleh bondanya. Tiba-tiba Al-Hasan datang, kemudian
Rasulullah s.a.w. memeluknya seraya berucap:
"Ya Allah, aku mencintai dia maka cintailah dia dan cintailah orang yang mencintainya". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 76).
Siti Aisyah r.a. meriwayatkan, bahwa pada suatu hari Rasulullah s.a.w.
keluar membawa pakaian longgar terbuat dari bulu berwarna hitam.
Beberapa saat kemudian datanglah berturut-turut Al-Hasan r.a., Al-Husein
r.a., Fatimah r.a., dan 'Ali r.a. Semuanya oleh beliau diminta masuk
dalam pakaian yang dibawanya itu, kemudian beliau s.a.w. mengucapkan:
"Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kotoran (rijsa) dari kalian,
hai Ahlulbait, dan hendak mensucikan kalian sesuci-sucinya". ('Ahlulbait
Wa Huququhum': 77).
Buraidah r.a. meriwayatkan, di saat Rasulullah
s.a.w. sedang berkhutbah datanglah Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu
'anhuma, masing-masing mengenakan pakaian berwarna merah. Dua orang
anak yang masih kecil-kecil itu terantuk kakinya hingga jatuh. Melihat
itu Rasulullah s.a.w. segera turun dari mimbar untuk mengangkat mereka
lalu dipangkunya. Saat itu beliau berkata:
"Maha Benar Allah yang
telah berfirman, bahwa harta dan anak-anak kalian sesungguhnya adalah
fitnah (ujian). Ketika aku melihat dua orang anak kecil ini berjalan
dan kakinya terantuk aku tak tega hingga kuputus perkataanku dan
dua-duanya kuangkat". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 81).
Ya'la bin Murrah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. menegaskan:
"Husein bagian dari aku dan aku bagian dari Husein. Allah mencintai
orang yang mencintai Husein. Husein adalah seorang cucu dari beberapa
cucu yang lain". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 84).
Ibnu 'Abbas
meriwayatkan, bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. berjalan sambil
memanggul Al-Hasan r.a. di atas pundaknya. Orang yang melihatnya
berkata: Hai anak kecil, alangkah mulianya yang kau naiki itu!
Mendengar suara itu Rasulullah menjawap:
"Yang naik pun mulia juga"! ('Ahlulbait Wa Huququhum': 85).
'Amr bin Abi Salamah (putera asuh Rasulullah s.a.w.) mengatakan, bahwa
ayat "tathhir" (ayat 33 S. Al-Ahzab) turun kepada Rasulullah s.a.w. di
saat beliau sedang berada di kediaman Ummu Salamah. Beliau kemudian
memanggil Siti Fatimah r.a., Al-Hasan r.a. dan Al-Husein r.a. Mereka
bertiga lalu ditutupi dengan kisa (sejenis kain). Imam 'Ali r.a. berada
di belakang beliau s.a.w. dan ditutupi juga dengan kisa. Kemudian
Rasulullah s.a.w. berdoa:
"Ya Allah, mereka itu adalah ahlulbaitku,
maka hilangkanlah kotoran – rijsa – dari mereka dan sucikanlah mereka
sesuci-sucinya".
Saat itu Ummu Salamah bertanya: "Ya Rasulullah, apakah aku termasuk mereka? Rasulullah s.a.w. menjawap:
"Engkau berada di tempatmu dan engkau memperoleh kebajikan". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 86).
Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan, bahwa Rasulullah s.a.w. pernah berkata:
"Al-Hasan dan Al-Husein dua pemuda terkemuka penghuni syurga, dan ayah
mereka lebih baik dari kedua-duanya". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 89).
Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w. telah menerangkan:
"Barangsiapa mencintai Al-Hasan dan Al-Husein bererti ia mencintaiku
dan siapa yang membenci mereka berdua bererti membenciku". ('Ahlulbait
Wa Huququhum': 90).
Abu Hurairah mengatakan, bahawa ia melihat
sendiri Al-Hasan r.a. masuk ke dalam hijr (kamar) Rasulullah s.a.w.
lalu membelai-belai janggut beliau dengan jari-jarinya. Anak itu
kemudian dirangkul lalu Rasulullah s.a.w. memasukkan lidahnya ke mulut
Al-Hasan seraya berkata:
"Ya Allah, aku mencintai dia, maka cintailah ia". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 115).
Imam 'Ali r.a. meriwayatkan, bahawa (ketika Al-Husein r.a. masih bayi)
Rasulullah s.a.w. menyuruh Siti Fatimah r.a. memotong rambut puteranya,
Al-Husein r.a. Setelah itu Rasulullah s.a.w. berkata:
"Timbanglah
rambut Al-Husein dan bersedekahlah dengan perak seberat timbangan
rambutnya, dan berilah dukun beranak kaki (paha kambing) aqiqah".
('Ahlulbait Wa Huququhum': 117).
Imam Ahmad bin Hanbal di dalam
"Musnad"-nya dan Ibnu Habban di dalam "Shahih"-nya mengetengahkan
sebuah Hadits dari Hudzaifah r.a. yang mengatakan, bahwa pada suatu
hari di saat sedang berada di kediaman Rasulullah s.a.w., tiba-tiba
beliau bersabda:
"Tahukah engkau, hai Hudzaifah, siapa yang
menghadap kepadaku tadi? Dia seorang malaikat yang baru malam ini ia
turun ke bumi, setelah minta izin kepada Allah Azza wa Jalla untuk
mengucapkan salam kepadaku, dan memberi khabar gembira bahawa Al-Hasan
dan Al-Husein itu kedua-duanya pemuda terkemuka penghuni syurga, dan
Fatimah pun wanita terkemuka penghuni syurga". ('Ahlulbait Wa
Huququhum': 134).
Siti Fatimah r.a. meriwayatkan, bahwa Rasulullah s.a.w. berkata:
"Hasan mempunyai bentuk seperti bentukku dan mempunyai kemuliaan
seperti kemuliaanku; sedang Husein mempunyai keberanian seperti
keberanianku dan dermawan seperti dermawanku". ('Ahlulbait Wa
Huququhum': 135).
Al-Baghwiy dan Abdulghaniy di dalam kitab
'Al-Idhah' dan Ibnu Asakir mengetengahkan sebuah Hadits berasal dari
Salman Al-Farisiy r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. berkata:
"Harun a.s.
menamakan dua orang puteranya Syibr dan Syubair; aku menamakan dua
orang puteraku Al-Hasan dan Al-Husein. Sama dengan nama yang diberikan
oleh Harun". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 136).
Ibnu Asakir mengetengahkan sebuah hadits dari Anas bin Malik r.a., bahwasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata mengingatkan:
"Hendaknya di antara kalian tidak ada seorangpun yang berdiri dari
tempat duduknya (untuk menghormati orang lain) kecuali untuk Al-Hasan
dan Al-Husein atau keturunan mereka berdua". ('Ahlulbait Wa Huququhum':
138).
Abu Ishaq mengatakan, bahwa pada suatu hari Imam 'Ali r.a. sambil memandang wajah puteranya, Al-Hasan r.a., berkata:
"Anakku itu adalah sayyid, sebagaimana Rasulullah s.a.w. menamainya.
Dari tulang sulbinya akan keluar (melahirkan) orang yang namanya sama
dengan nama Nabi kalian! Ia serupa dengan beliau dalam hal akhlaknya dan
tidak sama dengan hal bentuk tubuhnya. Ia akan meratakan keadilan di
muka bumi". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 145).
Ibnu Asakir
mengetengahkan sebuah Hadits dari Abu Ja'far yang mengatakan, bahwa di
saat Al-Hasan sedang bersama Nabi s.a.w. ia merasa sangat haus. Beliau
s.a.w. minta supaya diambilkan air, tetapi tak ada air. Akhirnya
Rasulullah s.a.w. memasukkan lidahnya ke mulut Al-Hasan lalu oleh
Al-Hasan lidah beliau di hisap-hisap seperti kurma.
Dari
Hadits-hadits tersebut tampak jelas betapa besar perhatian, kecintaan
dan kasih sayang Rasulullah s.a.w. kepada dua orang cucunya, Al-Hasan
dan Al-Husein radhiyallahu 'anhuma. Selain itu banyak pula para sahabat
beliau s.a.w. yang meriwayatkan Hadits-hadits Nabi tentang
kepahlawanan shayid yang dialami oleh Al-Husein r.a. Hadits-hadits
mengenai itu antara lain seperti di bawah ini:
Salma mengatakan,
bahwa pada satu hari ia melihat Ummu Salamah sedang menangis. Salma
bertanya: "Kenapa anda menangis?" Ummu Salamah r.a. menjawap: "Aku
mimpi melihat Rasulullah s.a.w. kepala dan janggutnya berlumuran tanah.
Aku bertanya: "Ya Rasulullah, anda mengapa?" Beliau menjawap:
"Tadi aku melihat Al-Husein mati terbunuh". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 83).
Ibnu Sa'ad dan Thabraniy mengetengahkan sebuah Hadits berasal dari Siti Aisyah r.a., bahwasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Jibrail memberitahukan kepadaku, bahawa anakku Al-Husein sepeninggalku
akan mati terbunuh di negeri "Thaf". Jibril membawa tanah ini kepadaku
dan memberitahu, di sanalah Al-Husein gugur". ('Ahlulbait Wa
Huququhum': 138).
Ibnu Sa'ad mengetengahkan sebuah Hadits berasal dari Ummu Salamah, bahwa Rasulullah s.a.w. berkata:
"Jibril memberitahukan kepadaku, bahawa anakku Al-Husein akan mati
terbunuh di negeri Iraq. Kepada Jibril aku berkata: Perlihatkanlah
kepadaku segumpal tanah tempat ia terbunuh. Jibril datang...dan inilah
tanahnya". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 139).
Al-Baghwiy, Ibnus-Sakn,
Al-Barudiy, Ibnu Mandas dan Ibnu Asakir, masing-masing mengetengahkan
Hadits Anas bin Harits r.a. yang meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w.
berkata:
(Anakku ini – yakni Al-Husein r.a. – kelak akan mati
terbunuh di salah satu daerah Iraq yang disebut dengan nama Karbala.
Kerana itu barangsiapa di antara mereka (kaum Muslimin) yang
menyaksikan (kejadian itu) hendaknya menolongnya). ('Ahlulbait Wa
Huququhum': 139)
Hadits Ummu Salamah yang diketengahkan oleh Thabraniy menerangkan, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata:
"Jibril bersama kami di dalam rumah. Ia bertanya: Hai Muhammad, apakah
engkau mencintai Al-Husein? Aku menjawap: Di dunia aku sungguh-sungguh
mencintainya. Jibril kemudian berkata: Ummatmu kelak akan membunuh dia
di suatu daerah bernama Karbala!... Jibril kemudian mengambil segumpal
tanah dari tempat itu dan diperlihatkan kepada kami". ('Ahlulbait Wa
Huququhum": 140).
Hadits Ummu Salamah yang diketengahkan oleh Ibnu Asakir meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata:
"Jibril memberitahukan kepadaku bahwa anakku ini (Al-Husein r.a.) akan
mati terbunuh, dan Allah sangat murka terhadap orang yang membunuhnya".
('Ahlulbait Wa Huququhum': 140).
Siti Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepadanya:
"Jibril memperlihatkan kepadaku segumpal tanah dari tempat Al-Husein
terbunuh, dan Allah sangat murka terhadap orang yang menumpahkan
darahnya. Hai Aisyah, demi Allah yang nyawaku berada di tangan-Nya, aku
sungguh sedih, siapakah sebenarnya orang dari ummatku yang akan
membunuh Husein sepeninggalku!" ('Ahlulbait Wa Huququhum': 140).
Thabraniy mengetengahkan sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Ummul
Mu'minin, Siti Zainab binti Jahsy, bahwasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Jibril datang kepadaku memberitahu bahwa anakku ini – yakni Al-Husein
r.a. – kelak akan dibunuh oleh ummatku. Aku bertanya kepadanya:
Dapatkah anda memperlihatkan kepadaku gumpalan tanah dari tempat ia
akan terbunuh? Jibril kemudian memberikan kepadaku segumpal tanah
berwarna merah". ('Ahlulbait Wa Huququhum': 140).
Dari semua Hadits
Rasulullah s.a.w. yang berkenaan dengan para ahlulbait, baik Imam 'Ali
r.a., Siti Fatimah r.a., Al-Hasan r.a. mahupun Al-Husein r.a., kita
dapat mengetahui betapa satunya fikiran dan perasaan beliau s.a.w.
dengan mereka. Benarlah jika beliau menegaskan bahwa mereka itu bagian
dari beliau dan beliau pun bagian dari mereka, siapa yang mencintai
mereka bererti mencintai beliau dan siapa yang membenci mereka bererti
membenci beliau s.a.w. Satunya beliau s.a.w. dengan ahlulbaitnya
tercermin dengan jelas sekali dalam firman Allah s.w.t. S. Asyura: 23,
yaitu:
"Katakanlah – hai Muhammad – Aku tidak minta upah apa pun kepada kalian selain cintakasih dalam kekeluargaan".
Mengenai soal itu akan kami bicarakan tersendiri.
3) Raihanah = Jenis tetumbuhan yang berbau harum.
4) Kalimat terakhir itu diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. sambil
menunjuk kepada janggut dan kepala Imam Ali r.a. Beliau memberi isyarat
bahawa janggut Imam Ali r.a. kelak akan berlumuran darah yang mengalir
dari kepalanya akibat pembunuhan gelap yang dilakukan oleh Aburrahman
bin Muljam, pengikut kaum Khawarij.
5) "Asy-Syaraful-Muabbad Li Aaali Muhammad": 108.
6) Ibid.
Bagian Kelima
PEMBAHASAN TENTANG AYAT "MAWADDAH"
Yang kami maksud dengan 'ayat Mawaddah' ialah firman Allah s.w.t. dalam S. Ay-Syura: 23, yaitu yang berbunyi sebagai berikut:
"Katakanlah – hai Muhammad: 'Aku tidak minta upah apa pun atas hal itu'
– yakni da'wah Risalah – kecuali supaya kalian bercintakasih dalam
kekeluargaan".
Ayat suci tersebut dengan tegas memberi pengertian
kepada kita kaum Muslimin, bahwa cintakasih kepada para anggota
keluarga, atau kerabat, atau ahlulbait Rasulullah s.a.w. merupakan
suatu soal yang diminta oleh junjungan kita Nabi Besar Muhammad s.a.w.
Sesuatu yang diminta oleh Rasulullah s.a.w. hukumnya adalah wajib,
kerana yang diminta oleh beliau bererti diminta oleh Allah s.w.t.
Kewajipan itu menjadi lebih kuat lagi kedudukan hukumnya kerana telah
menjadi ketetapan firman Allah s.w.t. di dalam Al-Qur'an.
Para Imam
ahli tafsir banyak yang membicarakan ayat tersebut, terutama mengenai
pengertian tentang kata 'keluarga' yang dalam nash aslinya (Al-Qur'an)
digunakan kata 'al-qurba' yang dapat pula diertikan 'kerabat'.
Imam
As-Sayuthiy di dalam kitabnya, 'Ad-Durr Al-Mantsur', dan para Imam
ahli tafsir lainnya banyak yang dalam menafsirkan kata 'al-Qurba' itu
menggunakan Hadits Ibnu 'Abbas r.a. sebagai dasar. Ibnu 'Abbas r.a.
meriwayatkan, ada beberapa orang sahabat Nabi bertanya kepada Rasulullah
s.a.w.: "Ya Rasulullah, siapa-siapakah kerabat anda yang wajib kami
bercintakasih?" Beliau menjawap: "'Ali, Fatimah dan kedua orang
puteranya".
Sehubungan dengan itu Ibnu 'Abbas mengatakan, bahwa
beberapa orang dari kaum Anshar mengeluarkan ucapan-ucapan tertentu
yang menyatakan kebanggaan atas jasa-jasa yang telah mereka sumbangkan
dalam perjuangan membela Rasulullah s.a.w. Sebagai reaksi terhadap
pernyataan mereka itu 'Abbas bin Abdul Mutthalib menjawap: "Kami lebih
afdhal daripada kalian". Peristiwa itu didengar oleh Rasulullah s.a.w.,
kemudian pada suatu hari beliau dalam pertemuan dengan kaum Anshar
berkata:
"Hai kaum Anshar, bukankah kalian pada mulanya hina-dina
kemudian dengan aku Allah memuliakan kalian?... Mereka menyahut: Benar,
ya Rasulullah!... Beliau berkata lagi: Mengapa kalian tidak
menjawapku? Mereka bertanya: Apakah yang hendak kami katakan, ya
Rasulullah? Beliau s.a.w. kemudian berkata: Bukankah kalian mengatakan –
kepadaku – "Bukankah anda dikeluarkan oleh kaum anda – dari Makkah –
kemudian anda kami lindungi? Bukankah mereka mendustakan anda kemudian
membenarkan anda dan mempercayai anda? Bukankah mereka tidak mau
menolong anda kemudian anda kami bela?"...
Di saat Rasulullah
s.a.w. masih berbicara ada di antara kaum Anshar yang menukas: "Harta
kekayaan kami dan semua yang ada pada kami sekuruhnya kami serahkan
kepada Allah dan Rasul-Nya". Sebagai jawapan atas pertanyaan mereka
itulah turun ayat "al-mawaddah". Demikianlah Ibnu 'Abbas r.a.
Thawus mengatakan, ketika Ibnu 'Abbas r.a. ditanya mengenai soal itu ia
menjawap: "Yang dimaksud 'al-qurba' (kerabat) dalam ayat tersebut ialah
'aal' (keluarga, ahlulbait) Muhammad s.a.w.
Al-Muqriziy
menafsirkan ayat 'al-Mawaddah' itu sebagai berikut: "Aku tidak minta
upah apa pun kepada kalian atas agama yang kubawakan kepada kalian itu
selain agar kalian berkasih-sayang terhadap kerabatku".
Abul-Aliyah mengatakan, bahwa Sa'id bin Jubair menafsirkan kata 'qurba' dalam ayat tersebut dengan 'kerabat Rasulullah s.a.w.'
Abu Ishaq mengatakan, ketika ia menanyakan makna 'al-qurba' dalam ayat
itu kepada Amr bin Syu'aib ia (Amr) menjawap, bahwa yang dimaksud
adalah 'kerabat Rasulullah s.a.w.'
Suatu hal yang penting kita
ketahui ialah bahwa minta upah atau imbalan atas wahyu yang diterima
dari Allah s.w.t. sama sekali tidak pada tempatnya, sebab menurut kisah
para Nabi di dalam Al-Qur'an, tak ada seorang Nabi pun yang minta upah
atau imbalan. Apalagi Nabi kita Muhammad s.a.w. sebagai
sayyidul-Anbiya wal-Mursalin, lebih tidak layak kalau dikatakan bahwa
beliau itu minta upah atau imbalan atas Risalah yang disampaikan kepada
ummatnya. Untuk mencegah kemungkinan adanya pengertian yang tidak
benar itu Allah s.w.t. telah berfirman kepada Rasul-Nya dalam S. Shaad:
86 sebagai berikut:
"Katakanlah – hai Muhammad: Aku tidak minta
upah apa pun kepada kalian atas hal itu – yakni da'wah Risalah – dan
aku bukanlah termasuk orang yang mengada-ada".
Sebagaimana telah
kita ketahui bahwa tabligh, atau menyampaikan Risalah adalah wajib,
kerana hal itu diperintahkan Allah s.w.t. dalam firman-Nya, S.
Al-Ma'idah: 67:
"...sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu oleh Tuhanmu"...
Kerana itu jelas sekali bahwa ayat 'al-Mawaddah' tidak dapat
ditafsirkan seolah-oleh Rasulullah s.a.w. minta upah atau imbalan atas
da'wah Risalahnya. Yang diminta oleh Rasulullah s.a.w. ialah supaya
ummatnya melaksanakan prinsip mawaddah (cintakasih) yang telah menjadi
kewajipan agamanya. Banyak ayat-ayat Al-Qur'anul-Karim yang mewajibkan
kaum Muslimin supaya bercintakasih dan berkasihsayang di antara sesama
mereka. Tidak sedikit pula Hadits-hadits Rasulullah s.a.w. yang
menekankan soal cintakasih dan setiakawan di antara sesama kaum
Muslimin. Jadi, kalau di antara sesama kaum Muslimin saja Allah dan
Rasul-Nya mewajibkan keharusan saling berkasihsayang dan bercintakasih,
apalagi di antara kaum Muslimin awam dan kaum Muslimin yang berasal
dari ahlulbait atau keluarga Rasulullah s.a.w. Demikian itulah pendapat
Al-Khathib dan Al-Khazin.
As-Sadiy mengetengahkan riwayat berasal
dari Abu Dailam yang mengatakan, ketika 'Ali Zainal Abidin r.a. (ketika
itu masih remaja) di bawa ke Damaskus sebagai tawanan dari Karbala,
ada seorang yang melihatnya berkata: Alhamdulillah yang telah membunuh
kalian (yakni: keluarga kalian, yaitu Imam Al-Husein r.a. dan kaum
kerabatnya), dengan demikian akan berakhirlah abad fitnah". 'Ali Zainal
Abidin r.a. menjawap dengan pertanyaan: "Apakah engkau sudah membaca
Al-Qur'an?" Orang yang jahil itu menjawap: "Ya, tentu!" 'Ali Zainal
Abidin bertanya lagi: "Apakah engkau sudah membaca Aal Haa Miim"? Orang
itu menjawap: "Aku membaca Al-Qur'an, tetapi tidak pernah membaca Aal
Haa Miim". 'Ali Zainal Abidin r.a. berkata: "Kalau begitu engkau tidak
pernah membaca ayat yang berbunyi: "Katakanlah – hai Muhammad: 'Aku
tidak minta upah apa pun kepada kalian atas hal itu (yakni da'wah
Risalah) kecuali supaya kalian bercintakasih dalam kekeluargaan!" Orang
jahil itu bertanya: "Apakah kalian termasuk mereka (keluarga
Rasulullah)?" 'Ali Zainal Abidin menjawap: "Ya!"
Kami kira orang
jahil yang gembira atas terbunuhnya Al-Husein r.a. beserta kaum
kerabatnya di Karbala itu bukan orang beriman. Seumpama ia orang
beriman, ia adalah orang yang telah dikuasai oleh kekuasaan syaitan.
Sebab, tidak mungkin dari mulut seorang beriman kepada Allah dan
Rasul-Nya akan keluar ucapan yang tidak pantas itu. Bagaimana bisa
jadi, kalau dalam hati seseorang terdapat iman yang lurus ia akan
bersyukur atas terbunuhnya keluarga Rasulullah s.a.w.? Bahkan ia merasa
senang mendengar berita tentang percincangan terhadap Al-Husein r.a.!
Barangkali permusuhan yang dahulu dilancarkan oleh Abu Jahl terhadap
Allah dan Rasul-Nya belum sehebat permusuhan orang yang jahil itu. Kami
yakin, bahwa dalam zaman kita dewasa ini tidak ada orang yang demikian
sesat seperti si Jahil itu dalam melampiaskan kebenciannya terhadap
keluarga Rasulullah s.a.w. Andaikata ada orang seperti itu, ia tentu
akan berubah perangainya bila mendengar Hadits-hadits shahih mengenai
fadha'il dan keutamaan para ahlulbait Rasulullah s.a.w., yang
diriwayatkan oleh kaum Salaf yang saleh dan para ulama Islam dari zaman
ke zaman. Bahkan lebih cepat lagi perangainya akan berubah bila ia
mengerti bahwa fadha'il ahlulbait Rasulullah s.a.w. justru termaktub
dalam firman Allah s.w.t. dan dinyatakan sendiri oleh Rasulullah s.a.w.
Hanya orang-orang yang berniat hendak memadamkan sinar Islam sajalah
yang dengan berbagai cara membuat berita-berita dan riwayat-riwayat
bohong untuk menjatuhkan nama baik ahlulbait Rasulullah s.a.w. Mereka
itu termasuk orang-orang yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. dalam
firmannya:
"Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan
mulut (ucapan-ucapan) mereka, namun Allah tidak menghendaki lain
kecuali menyempurnakan cahaya (agama)-Nya, walaupun orang-orang kafir
tidak menyukai". (S. At-Taubah: 32).
Sehubungan dengan tafsir ayat
'al-Mawaddah' itu Zamakhsyariy di dalam kitabnya, 'Al-Kasysyaf'
mengetengahkan sebuah Hadits panjang yang kemudian dikutip oleh
Fakhrur-Razy di dalam 'Al-Kabir'. Hadits tersebut ialah bahwasanya
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa meninggal dunia dalam
keadaan mencintai keluarga Rasulullah s.a.w. ia mati syahid. Sungguhlah
bahwa orang yang meninggal dunia dalam keadaan mencintai keluarga
Muhammad ia memperolah ampunan atas dosa-dosanya. Sungguhlah bahwa
siapa yang meninggal dunia dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad ia
mati dalam keadaan telah diterima taubatnya. Sungguhlah bahwa
barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad
ia mati sebagai orang beriman yang sempurna imannya. Sungguhlah bahwa
barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad
ia diberi khabar gembira oleh malaikat maut akan masuk syurga, kemudian
diberitahu pula oleh dua malaikat, Munkar dan Nakir. Sungguhlah
barangsiapa meninggal dunia dalam mencintai keluarga Muhammad ia akan
diarak masuk syurga seperti pengantin perempuan di arak menuju rumah
suaminya. Sungguhlah bahwa barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan
mencintai keluarga Muhammad, di dalam kuburnya ia akan dibukakan dua
pintu menuju syurga. Sungguhlah bahwa barangsiapa meninggal dunia dalam
keadaan mencintai keluarga Muhammad ia mati dalam lingkungan sunnah
awal jama'ah. Sungguhlah bahwa barangsiapa meninggal dunia dalam
keadaan membenci keluarga Muhammad, pada hari kiamat kelak ia akan
dibangkitkan dalam keadaan tertulis pada keningnya 'Orang yang putus
asa mengharapkan rahmat Allah'. Sungguhlah bahwa barangsiapa meninggal
dunia dalam keadaan membenci keluarga Muhammad ia mati kafir.
Sungguhlah bahwa barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan membenci
keluarga Muhammad ia tidak akan mencium bau syurga".
Fakhru-Raziy
mengatakan, keluarga (aal) Muhammad s.a.w. ialah mereka yang urusannya
tergantung kepada beliau, dan setiap orang yang urusannya bergantung
kepada beliau adalah orang yang paling sempurna. Mereka itu aal
(keluarga) Muhammad s.a.w. Sudah pasti, bahawa Fatimah, 'Ali, Al-Hasan
dan Al-Husein radhiyallahu 'anhum mereka itu merupakan orang-orang yang
paling bergantung kepada Rasulullah s.a.w. Itulah yang kita ketahui
dari Hadits-hadits mutawatir, kerananya mereka itulah yang disebut aal
Muhammad s.a.w.
Lebih jauh Fakhrur-Raziy mengatakan, orang berbeza
pendapat mengenai pengertian atau makna kata 'aal'. Ada yang berkata,
bahwa yang dimaksud 'aal' adalah kaum kerabat. Ada pula yang
mengatakan, bahwa yang dimaksud 'aal' adalah ummat Muhammad s.a.w.
Kalau kata 'aal' hendak diertikan 'kerabat' maka empat orang tersebut
di atas adalah kerabat yang paling dekat, yaitu keluarga. Kalau kata
'aal' hendak diertikan 'ummat yang menerima da'wah beliau s.a.w.' maka
empat orang itu pun jelas termasuk orang-orang yang menerima da'wah
beliau s.a.w. Jadi, dengan apa saja kata 'aal' itu hendak diertikan,
empat orang itu (yakni Fatimah, 'Ali, Al-Hasan dan Al-Husein
radhitallahu 'anhum) adalah 'aal' atau 'keluarga' Rasulullah s.a.w.
Tidak ada perselisihan pendapat mengenai kedudukan mereka itu sebagai
'aal' Muhammad s.a.w. Yang menjadi titik perselisihan pendapat ialah,
apakah orang lain (selain empat orang itu) termasuk dalam pengertian
'aal' ataukah tidak.
Mengenai soal itu – demikian Fakhrur_Raziy
mengatakan – Zamakhsyariy dalam kitabnya, Al-Kasysyaf telah
meriwayatkan, bahwa ketika ayat 'Al-Mawaddah' itu turun Rasulullah
s.a.w. ditanya: "Ya Rasulullah, siapa-siapakah kerabat anda yang wajib
kami cintakasihi?" Beliau menjawap: "'Ali, Fatimah dan dua orang
puteranya". Dengan demikian teranglah, bahwa empat orang itu adalah
kerabat dan keluarga Rasulullah s.a.w. Mereka itulah yang berhak
memperoleh kemuliaan khusus lebih besar. Mengenai itu dapat dikemukakan
tiga buah dalil sebagai berikut:
1. Firman Allah s.w.t. dalam S. Asy-Syura: 23 (ayat 'Al-Mawaddah).
2. Tidak dapat disangkal lagi bahwa Rasulullah s.a.w. sangat mencintai
Fatimah r.a., dan beliau telah menegaskan; "Fatimah adalah bagian dari
aku, apa yang menggangunya mengganguku". Demikian pula mengenai Imam
'Ali, Al-Husein radhiyallahu 'anhum. Rasulullah s.a.w. pun sangat
mencintai mereka. Banyak sekali Hadits-hadits mutawatir yang
memberitakan hal itu. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap
ahlulbaitnya wajib diikuti oleh segenap kaum Muslimin, kerana Allah
s.w.t. telah berfirman:
"...Dan ikutilah dia (Rasul) agar kalian mendapat hidayat". (A'raf: 158).
"...Maka hati-hatilah mereka yang menyalahi perintahnya..." (S. An-Nur: 63).
"Katakanlah hai Muhammad: Jika kalian benar-benar mencintai Allah maka
ikutilah aku, Allah pasti mencintai kalian". (S. Ali-Imran: 31).
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah terdapat suritauladan yang baik bagi kalian". (S. Al-Ahzab: 21).
3. Mendoakan 'aal' Muhammad s.a.w. mempunyai nilai yang besar, kerana
itu doa shalawat ditetapkan sebagai penutup doa tasyahhud di dalam
shalat; yaitu ucapan: Allahumma shali 'alla Muhammad wa 'aala aal
Muhammad. Selain keluarga Rasulullah s.a.w. tidak ada yang memperoleh
penghormatan dan kemuliaan setinggi itu, dan kenyataan tersebut
merupakan dalil bahwa mencintai aal Muhammad s.a.w. adalah wajib.
Demikianlah keterangan yang diberikan oleh Fakhrur-Raziy mengenai makna kata 'al-Qurba' di dalam ayat 'Al-Muwaddah'.
Ada sementara pendapat yang mengatakan, bahwa yang di maksud dengan
'al-qurba' dalam ayat 'Al-Muwaddah'... ialah anak-anak Abdul Mutthalib.
Orang yang berpendapat seperti itu antara lain Al-Qasthalaniy, yang
mengatakan bahwa yang dimaksud 'Al-qurba' atau kerabat ialah keturunan
Abdul Mutthalib.
Ibnu Hajar di dalam 'As-Shawa'iqul-Muhriqah'
mengatakan, bahwa yang dimaksud dengan 'al-qurba' ialah orang-orang
beriman dari keturunan Hasyim (Bani Hasyim) dan Bani Abdul Mutthalib.
Pendapat itu dibenarkan oleh As-Shiban di dalam 'Is'afur-Raghibin' dan
menambahnya dengan 'al-'itrah' (keturunan Rasulullah s.a.w.). Ia
mengatakan, bahwa empat peristilahan tersebut (yakni: 'aal',
'ahlulbait', 'dzawil-qurba' dan 'itrah') mempunyai satu makna. Hal itu
ditegaskan oleh As-Shiban di dalam kitab 'Al-Mawahib'.
Imam
Al-Muqriziy berpendapat, bahwa ayat 'Al-Mawaddah' mempunyai sifat umum
berlaku bagi semua orang beriman. Ia mengatakan, bahwa semua orang Arab
adalah kaumnya Rasulullah s.a.w. dan beliau sendiri adalah dari
mereka. Kerana itu orang lain yang bukan Arab diminta supaya bersikap
baik dan menyukai orang Arab. Banyak Hadits yang mengisyaratkan hal itu.
Al-Muqiriziy lebih jauh mengatakan di antara semua orang Arab, yang
paling dekat hubungan kekerabatannya dengan Rasulullah s.a.w. adalah
orang-orang Qureisy, kerana itu setiap orang Arab harus menghormati dan
mencintai orang Qureisy. Tentang keafdhalan orang Qureisy dibanding
dengan orang-orang lainnya, banyak diketengahkan dalam Hadits-hadits
Nabi s.a.w. Bani Hasyim adalah kabilah (rahth) Rasulullah s.a.w. dan
keluarganya, kerana itu setiap orang Qureisy harus menghormati dan
mencintai orang Bani Hasyim. 'Ali bin Abi Thalib, Fatimah, Al-Hasan,
Al-Husein radhiyallahu 'anhum dan anak cucu keturunan mereka adalah
orang-orang yang paling dekat hubungan kekeluargaannya dengan Rasulullah
s.a.w., kerana itu setiap orang Bani Hasyim harus menghormati dan
mencintai mereka. Demikian kata Al-Muqriziy.
Mengenai Hadits-hadits yang berkenaan dengan fadha'il (keutamaan) Qureisy, antara lain seperti di bawah ini:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Semua orang mengikuti Qureisy dalam kebajikan maupun dalam keburukan". ('Asy-Syaraful-Muabbad Li Aal Muhammad': 162).
"Barangsiapa hendak meremehkan Qureisy ia akan di remehkan (dihina) Allah". ('Asy-Syaraful-Muabbad Li Aali Muhammad': 162).
"Allah memberikan kelebihan kepada Qureisy dengan tujuh perkara yang
tidak pernah diberikan kepada siapa pun sebelum dan sesudah mereka: (1)
Allah memberi kelebihan kepada Qureisy dengan (melahirkan aku) dari
mereka. (2) Kenabian ada di tengah mereka. (3) Hijabah (kewajipan
mengurus Ka'bah) ada pada mereka. (4) Siqayah (kewajipan menjamin air
minum bagi semua jama'ah haji) juga pada mereka. (5) Allah menyelamatkan
mereka dari serbuan 'pasukan gajah' (bala tentera Abrahah dari Yaman).
(6) Mereka menyembah Allah 10 tahun lebih dari sebelum orang lain. (7)
Tidak ada orang atau kabilah mana pun selain mereka yang disebut dalam
satu surah dalam Al-Qur'an (Li iilaafi Qureisyin)." ('Asy-syaraful
Muabbad': 162-163).
"Semua orang mengikuti Qureisy. Yang Muslim
mengikuti Muslim-nya Qureisy dan yang kafir mengikuti kafir-nya
Qureisy. Sesungguhnya semua orang menurut asal fitrahnya; orang-orang
yang baik di masa jahiliyah dapat menjadi orang-orang yang baik di
dalam Islam jika mereka telah sedar". ('Asy-Sayaraful Muhabbad': 163).
"Hai manusia, janganlah kalian mencerca Qureisy agar kalian tidak
binasa. Janganlah kalian meninggalkan Qureisy agar kalian tidak sesat.
Janganlah kalian mengajar mereka, tetapi belajarlah dari mereka kerana
mereka itu lebih mengerti daripada kalian. Seumpama mereka (dahulu)
tidak sombong, tentu kedudukan mereka dalam pandangan Allah sudah ku
umumkan". ('Asy-syaraful': 163).
"Cintailah orang Qureisy, kerana siapa yang mencintai mereka ia akan dicintai Allah". ('Asy-syaraful Muabbad': 164).
"Cinta kepada orang Qureisy adalah iman dan benci kepada mereka adalah kufur". ('Asy-syaraful Muabbad': 164).
"Dahulukan orang Qureisy dan janganlah kalian mendahului mereka.
Seumpama (dahulu) orang Qureisy tidak sombong tentu kedudukan mereka
dalam pandangan Allah sudah kuberitahukan". ('Asy-syaraful Muabbad':
164).
"Qureisy adalah kebaikan bagi semua orang, orang tidak akan
baik kecuali dengan mereka, ibarat makanan yang tidak akan baik kecuali
dengan garam. Qureisy adalah khalis-hatullah (manusia bersih yang
diciptakan Allah). Barangsiapa yang melancarkan perang terhadap mereka
ia akan dicabut nikmatnya, dan barangsiapa yang hendak berbuat jahat
terhadap mereka ia akan dihinakan Allah di dunia dan diakhirat".
('Asy-syaraful Muabbad': 164-165).
"Janganlah kalian memaki
Qureisy, kerana orang alim (yang akan muncul) dari Qureisy kelak akan
memenuhi semua penjuru bumi dengan ilmu". ('Asy-syaraful Muabbad':
165).
Mengenai Hadits yang terakhir itu Imam Ahmad bin Hanbal dan
lain-lain mengatakan, bahwa orang alim yang dari Qureisy itu ialah Imam
Syafi'iy r.a. sebab tidak ada seorang alim yang ilmunya terpelihara di
semua pelosok dunia selain Imam Syafi'iy.
Putera Imam Ahmad bin
Hanbal yang bernama Shalih menceritakan sikap yang diperlihatkan
ayahnya kepada Imam Syafi'iy, sebagai berikut: Pada suatu hari Imam
Syafi'iy datang menjenguk ayahku (yakni Imam Ahmad). Ayahku berdiri
menyambut kedatangannya, merangkul dan mencium keningnya. Imam Syafi'iy
dipersilakan duduk oleh ayahku di tempat duduknya, kemudian mereka
bercakap-cakap. Ketika Imam Syafi'iy hendak pulang dan sudah naik ke
atas kenderaannya (keldai, kuda atau unta) ayahku mengantarkannya
dengan berjalan kaki di sampingnya. Ketika Yahya bin Mu'in mendengar
berita tentang kejadian itu, ia bertanya kepada ayahku: "Subhanallah,
kenapa anda berbuat seperti itu"? Ayahku menjawap: "Seumpama ketika itu
aku berjalan di sampingnya dan anda juga turut berjalan di samping yang
lain, tentu anda akan memperoleh manfaat. Barangsiapa yang ingin
memperoleh ilmu Fiqh sebanyak-banyaknya hendaknya ia mencium ekor kuda
yang ditunggangi Imam Syafi'iy r.a."!
At-Thabariy dalam tafsirnya
mengenai ayat 'Al-Mawaddah' mengatakan, bahwa ayat tersebut bermakna:
"Hai orang Qureisy, aku tidak minta upah apa pun kepada kalian. Yang
kuminta hanyalah supaya kalian berkasih sayang dengan kerabatku dan
memelihara silaturrahimi yang ada antara aku dan kalian".
Ibnu
'Abbas r.a., Ibnu Ishaq dan Qatadah, ketiga-tiganya mengatakan:
Rasulullah s.a.w. mempunyai hubungan kekerabatan dan keturunan dengan
setiap anak suku kabilah Qureisy. Ayat tersebut mengandungi erti
permintaan agar orang-orang Qureisy jangan mengganggu beliau s.a.w.
Berdasarkan Hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas r.a., Ibnu Hatim
dalam menafsirkan kalimat "...dan barangsiapa berbuat kebaikan..."
(lanjutan ayat Al-Mawaddah) mengatakan bahwa yang dimaksud dengan
'kebaikan' (hasanah) ialah 'cintakasih kepada aal Muhammad s.a.w.'
Sebagaimana diketahui, Ibnu 'Abbas r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. telah berkata:
"Cintalah Allah atas nikmat yang dilimpahkan-Nya kepada kalian,
cintailah aku berdasarkan kecintaan kepada Allah, dan cintailah
ahlulbait berdasarkan kecintaan kepadaku".
Ibnu Mas'ud r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. telah berkata:
"Mencintai ahlulbait Muhammad satu hari lebih baik dari ibadah satu tahun".
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahwa Rasulullah s.a.w. telah menegaskan:
"Yang terbaik di antara kalian ialah orang yang terbaik sikapnya terhadap ahlulbait sepeninggalku".
Thabraniy dan lain-lain mengetengahkan beberapa Hadits Nabi s.a.w. tentang kecintaan kepada ahlulbaitnya, antara lain:
"Seorang hamba Allah tidak akan sempurna imannya sebelum kecintaannya
kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum
kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaanya kepada keturunannya
sendiri; sebelum kecintaannya kepada keluargaku melebihi kecintaannya
kepada keluarganya sendiri; dan sebelum kecintaannya kepadaku dzatku
melebihi kecintaannya kepada dzatnya sendiri".
"ahlulbait dan para pencintanya di kalangan ummatku akan bersama-sama masuk syurga seperti dua jari telunjuk ini".
"Hendaklah kalian tetap memelihara kasihsayang dengan kami, ahlulbait,
kerana orang yang bertemu dengan Allah (pada hari kiamat kelak) dalam
keadaan mencintai kami ia akan masuk syurga dengan syafaat kami. Demi
Allah yang nyawaku berada di tangan-Nya, amal seorang hamba Allah tidak
akan bermanfaat baginya kecuali dengan mengenal hak-hak kami".
Ad-Dailamiy mengetengahkan sebuah riwayat Hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Barangsiapa yang hendak bertawassul (berwasilah) dan ingin memperoleh
syafaat dariku pada hari kiamat kelak, hendaknya ia menjaga hubungan
silaturrahimi dengan ahlulbait dan berbuat yang menggembirakan mereka".
Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah s.a.w. memberitahukan kepadaku:
"Bahwa orang-orang yang pertama akan masuk syurga ialah aku, Fatimah,
Al-Hasan dan Al-Husein. Aku bertanya: Bagaimanakah para pencinta kami,
ya Rasulullah? Beliau menjawap: Di belakang kalian".
Imam Ahmad bin
Hanbal r.a. mengetengahkan sebuah Hadits, bahawa pada suatu hari
Rasulullah s.a.w. memegang tangan Al-Hasan dan Al-Husein seraya
berkata:
"Barangsiapa yang mencintaiku dan mencintai kedua anak ini
dan ayahbunda mereka, ia akan berada di dalam derajatku pada hari
kiamat".
Yang dimaksud 'di dalam derajatku', bukan bererti sederajat
dengan beliau s.a.w., melainkan bersama-sama beliau dalam musyahadah
(menyaksikan Dzat Ilahi).
"Barangsiapa berbuat baik kepada salah
seorang dari keturunan Abdul Mutthalib dan ia belum memperoleh
imbalannya di dunia, maka imbalannya menjadi tanggunganku pada hari
kiamat kelak, bila ia bertemu denganku". (Hadits marfu diketengahkan
oleh Thabrani).
"Empat golongan yang akan memperoleh syafaat dariku pada hari kiamat. Mereka itu adalah:
1. Orang yang menghormati keturunanku.
2. Orang yang memenuhi kebutuhan mereka.
3. Orang yang berusaha membantu urusan mereka pada saat mereka memerlukannya.
4. Orang yang mencintai mereka dengan hati dan lidahnya".
Ibnun-Najjar di dalam kitab 'Tarikh'-nya tentang Al-Hasan bin 'Ali r.a.
mengetengahkan sebuah Hadits, bahwasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
(Segala sesuatu mempunyai asas. Asas Islam ialah kecintaan kepada para sahabat Rasulullah dan kecintaan kepada ahlulbaitnya).
Thabraniy mengetengahkan sebuah Hadits berasal dari Ibnu 'Abbas r.a. yang mengatakan, bahwa Rasulullah s.a.w. pernah berkata:
"Dua kaki seorang hamba Allah tidak akan dapat bergerak pada hari
kiamat sebelum ia ditanya tentang empat perkara: Untuk apa umurnya
dihabiskan; untuk apa tubuhnya (jasadnya) dirusakkan (yakni:
dipergunakan hingga mati); untuk apa hartanya diinfakkan dan dari mana
diperoleh; dan ditanya tentang kecintaannya kepada ahlulbait".
Ad-Dailamiy mengetengahkan Hadits berasal dari Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a., bahwasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
"Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas shirath ialah
yang paling besar kecintaannya kepada ahlulbaitku dan para sahabatku".
Dalam Shahih Bukhariy dan Muslim terdapat sebuah riwayat Hadits sebagai berikut:
Al-'Abbas, paman Nabi, mengadu kepada Rasulullah s.a.w. tentang adanya
kelompok orang Qureisy yang sedang bercakap-cakap, tetapi setelah
mereka melihat Al-'Abbas datang, mereka memperlihatkan muka kecut dan
menghentikan percakapannya. Mendengar pengaduan itu Rasulullah s.a.w.
tampak gusar, wajahnya merah padam dan keningnya berkeringat. Beliau
kemudian berkata:
"Kenapa sampai ada orang-orang yang sedang
bercakap-cakap, tetapi bila mereka melihat seorang dari ahlulbaitku
datang lalu menghentikan percakapannya. Demi Allah, iman belum masuk ke
dalam hati seseorang sebelum ia mencintai mereka (para ahlulbaitku)
kerana mereka itu adalah kerabatku".
Menurut riwayat lain, ketika itu Rasulullah s.a.w. berkata:
"Demi Allah yang nyawaku berada di tangan-Nya, iman belum masuk ke
dalam hati seseorang sebelum ia mencintai kalian (ahlulbait) demi
kerana Allah dan Rasul-Nya".
Thabraniy di dalam kitab 'Al-Ausath' mengetengahkan Hadits, bahwa Abdullah bin Umar Ibnul-Khatthab r.a. mengatakan:
"Kalimat terakhir yang diucapkan Rasulullah s.a.w. ialah: Gantikanlah
aku (teruskanlah kepemimpinanku) di kalangan ahlulbaitku".
Imam 'Ali r.a. meriwayatkan, bahwa Rasulullah s.a.w. telah berkata:
"Didiklah anak-anak kalian mengenai tiga perkara: Mencintai Nabi kalian, mencintai ahlulbaitnya dan membaca Al-Qur'an".
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Allah mempunyai tiga hurumat (hal-hal yang wajib dihormati dan tidak
boleh dilanggar). Barangsiapa yang menjaga baik-baik tiga hurumat itu
Allah akan menjaga urusan agamanya dan keduniaannya; dan barangsiapa
yang tidak mengindahkannya, Allah tidak akan mengindahkan sesuatu
baginya. Para sahabat bertanya: Apakah tiga hurumat itu, ya Rasulullah?
Beliau menjawap: Hurumatul-Islam, hurumatku dan hurumat kerabatku".
Semua pemimpin dan para ulama kaum Salaf dan Khalaf (generasi sezaman
dengan Rasulullah s.a.w. dan generasi-generasi berikutnya) memupuk
kecintaannya masing-masing kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w., terutama
Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a. yang pernah berkata:
"Kerabat Rasulullah s.a.w. lebih kucintai daripada kerabatku sendiri".
Al-Bukhariy mengetengahkan ucapan Abu Bakar r.a. di dalam 'Shahih'-nya:
"Jagalah – wasiyat – Muhammad mengenai ahlulbaitnya".
Ibnu Allan mengatakan, bahwa Imam Nawawiy – Penulis kitab
'Riyadhus-Shalihin' – mengertikan kata 'jagalah' tersebut di atas
dengan: 'peliharalah, hormatilah dan muliakanlah'.
Al-Mala dalam kitab 'Sirah'-nya mengetengahkan sebuah Hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berpesan:
"Wasiatkanlah kebajikan bagi Ahlulbaitku. Pada hari kiamat kelak aku
akan menggugat kalian mengenai ahlulbaitku. Barangsiapa yang menghadapi
gugutanku, ia akan digugat oleh Allah, dan barangsiapa yang digugat
oleh Allah ia akan dimasukkan ke dalam neraka".
Sebuah Hadits
shahih yang diketengahkan oleh banyak Ahlul-Sunnah (para ulama Hadits)
memberitakan kejadian sebagai berikut: Ketika anak perempuan Abu Lahab
meninggalkan orang tuanya dan hijrah ke Madinah, ada beberapa orang
dari kaum Muslimin yang berkata kepadanya: Hijrahmu ke Madinah tidak
ada gunanya samasekali, kerana orang tuamu adalah umpan neraka! Ketika
anak perempuan Abu Lahab melaporkan kejadian itu kepada Rasulullah
s.a.w., beliau amat gusar, kemudian berkata:
"Kenapa sampai ada
orang-orang yang menggangguku melalui nasab dan kaum kerabatku?!
Sungguhlah, barangsiapa yang mengganggu nasabku dan kaum kerabatku
bererti ia menggangguku, dan barangsiapa yang menggangguku bererti ia
mengganggu Allah".
Thabraniy dan Al-Hakim mengetengahkan Hadits berasal dari Ibnu 'Abbas r.a., bahwasanya Rasulullah s.a.w. telah berkata:
"Hai Bani Abdul Mutthalib, kalian kudoakan kepada Allah mengenai tiga
hal: Semoga Allah memantapkan kedudukan kalian; semoga Allah melimpahkan
ilmu kepada orang yang sesat di antara kalian. Seumpama ada orang yang
naik turun antara Rukn dan Maqam (dua buah tempat sekitar Ka'bah)
kemudian ia shalat dan puasa, tetapi jika ia meninggal dunia dalam
keadaan membenci ahlulbait Muhammad, ia masuk neraka".
Dalam kitab
'Al-Ausath' Thabraniy mengetengahkan Hadits berasal dari Jabir bin
Abdullah, yang mengatakan bahwa ia mendengar Rasulullah s.a.w.
berkhutbah, antara lain beliau berkata:
(Hai manusia, barangsiapa menbenci kami, Ahlulbait, pada hari kiamat ia akan digiring sebagai orang Yahudi).
Abu Sa'id Al-Khudriy meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:
(Orang yang membenci kami, ahlulbait, Allah akan memasukkannya ke dalam neraka).
Thabrani meriwayatkan sebuah Hadits berasal dari Imam 'Ali bin Abi Thalib r.a. berkata kepada Mu'awiyah bin Abi Sufyan:
"Hati-hatilah jika engkau membenci kami, kerana Rasulullah s.a.w. telah
berkata: Orang yang membenci kami dan dengki terhadap kami pada hari
kiamat akan dihalau dari syurga dengan cambuk dari neraka".
Imam Ahmad bin Hanbal r.a. mengetengahkan sebuah Hadits marfu, bahwa Rasulullah s.a.w. berkata:
"Barangsiapa membenci ahlulbait dia adalah munafik"
Rasulullah s.a.w. juga telah berkata:
"Syurga diharamkan bagi orang yang berlaku dzalim terhadap ahlulbaitku dan menggangguku lewat keturunanku".
Demikian banyaknya Hadits-hadits Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan
oleh para sahabatnya, yang kesemuanya memberi pengertian kepada kaum
Muslimin, bahwa mencintai beliau s.a.w. dan ahlulbaitnya merupakan
bagian dari agama Islam, yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim yang
mendambakan keridhoan Allah s.w.t., kerana keridhoan Allah dan keridhoan
Allah dan keridhoan Rasul-Nya merupakan kesatuan yang tak terpisahkan.
Mereka itulah ahlulbait Rasulullah s.a.w. yang wajib kita kenal dan
kita akui keutamaan martabat serta kelebihan-kelebihan yang telah
dilimpahkan Allah sebagai anugerah istimewa kerana hubungan kekeluargaan
mereka dengan Rasulullah s.a.w.
Mereka keluarga suci dan mulia
Barangsiapa dengan ikhlas mencintainya
Ia memperoleh pegangan yang sentosa
Untuk bekal kehidupan di akhiratnya
Yang keluhuran perilakunya terkenal di dunia
Kebajikannya menjadi buah bibir dan cerita
Dan keagungannya diingat orang sepanjang masa
Hormat kepada mereka adalah kewajipan agama
Kecintaan kepada mereka wujud hidayat yang nyata
Mentaati mereka adalah curahan cinta
Dan kecintaan kepada mereka adalah takwa
Setelah dibai'at sebagai penerus kekhalifahan ayahandanya, Imam
Al-Hasan r.a. dalam khutbahnya antara lain menegaskan kedudukan
ahlulbait Rasulullah s.a.w., sebagai berikut:
"Kami adalah keluarga
terdekat Rasulullah s.a.w., kami ahlulbait beliau yang baik, kami
adalah salah satu dari dua tsaqal (tsaqalain) yang diwasiatkan datuk
kami s.a.w. kepada ummatnya, kami tsaqal kedua setelah Kitabullah yang
di dalamnya terdapat penjelasan terperinci mengenai segala sesuatu dan
yang tidak mengandung kebatilan samasekali, baik secara samar-samar
atau pun secara terang, suatu Kitab suci yang diturunkan oleh Allah
Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji, Kitab Suci yang tafsir dan
ta'wilnya ada pada kami. Kerana itu hendaknya kalian taat kepada kami,
kerana ketaatan kalian kepada kami telah diwajibkan selama kami tetap
taat kepada Allah Azza wa Jalla dan kepada Rasul-Nya. Allah s.w.t.
telah berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul-Nya dan ulil-amri dari kalian". (S. An-Nisa': 59).
Selanjutnya Imam Al-Hasan r.a. berkata: "Kami adalah pimpinan kaum
Muslimin dan hujah Ilahi di alam semesta. Kami adalah maula kaum
Muslimin dan kami jaminan keamanan bagi penghuni bumi sebagaimana
bintang-bintang menjadi jaminan keamanan bagi penghuni langit..."
"Hai ummat manusia, barangsiapa telah mengenalku, tentu ia telah
benar-benar mengenalku, dan barangsiapa yang belum mengenalku maka
kenalilah bahwa aku adalah Al-Hasan bin 'Ali, aku putera Nabi, putera
manusia yang diutus Allah sebagai pembawa berita gembira dan peringatan,
putera seorang Nabi dan Rasul yang mengajak ummat manusia
bersembahsujud kepada Allah. Aku adalah putera pelita yang memancarkan
cahaya terang-benderang, aku seorang dari ahlulbaitnya yang oleh Allah
s.w.t. telah dibersihkan dari segala noda dan kotoran serta telah
disucikan sesuci-sucinya. Aku seorang dari ahlulbait Rasulullah s.a.w.
yang Allah mewajibkan setiap Muslim supaya berkasihsayang kepadanya.
Allah Tabaraka Wa Ta'ala telah berfirman kepada Rasul-Nya s.a.w.:
"Katakanlah: Aku tidak minta upah apa pun kepada kalian atas da'wah
Risalah selain supaya kalian berkasihsayang dalam kekeluargaan, dan
barangsiapa berbuat kebaikan kepadanya akan Kami tambahkan kebaikan".
(S. Asy-Syura: 23).
Kerana itu hendaklah kalian berbuat baik dengan
berkasih sayang kepada kami, ahlulbait Rasulullah s.a.w. Imam 'Ali bin
Abi Thalib r.a. dalam penjelasannya mengenai ciri-ciri khusus para
pengikut dan pencinta ahlulbait Rasulullah s.a.w. mengatakan sebagai
berikut:
"Para pengikut dan pencinta kami, ahlulbait Rasulullah
s.a.w., adalah orang-orang yang mengenal Allah dan melaksanakan
perintah-perintah-Nya. Mereka itu orang-orang yang memiliki keutamaan
dan selalu berbicara benar, makanan dan pakaian mereka sederhana,
berjalan dengan tawadhu (rendah hati) mencari keridhoan Allah dengan
taat kepada-Nya dan tunduk kepada-Nya dengan khusyu beribadah. Mereka
memejamkan mata dari semua yang diharamkan Allah dan gemar mendengarkan
serta menuntut ilmu untuk mengenal Tuhannya. Dalam menghadapi cubaan
dan kesenangan, jiwa mereka menunduk dan ridho menerima takdir Ilahi.
Kalau bukan kerana umur yang telah disuratkan Allah s.w.t. bagi mereka,
sekejap mata pun roh mereka tidak akan tetap di dalam jasad mereka,
kerana mereka itu sangat merindukan pertemuan dengan Allah, amat
mendambakan limpahan pahala-Nya dan selalu takut akan hukuman-Nya yang
amat pedih. Dalam jiwa mereka hanya Al-Khaliq sajalah Yang Maha Besar,
selain itu adalah serba kecil dalam pandangan mereka. Mereka
membayangkan syurga seperti orang yang pernah menyaksikannya sambil
duduk bersandar di pelaminan. Gambaran mereka mengenai neraka seperti
orang yang pernah menyaksikan sambil merasakan adzabnya dengan sabar
beberapa hari lamanya kemudian akan tiba saatnya bagi mereka untuk
menikmati kebahagiaan yang lama. Mereka dirayu keduniaan, tetapi mereka
tidak menginginya. Keduniaan mengejar-ngejar mereka, tetapi mereka
sanggup membuat keduniaan tidak berdaya menguasai mereka. Di malam hari
kaki mereka tegak berdiri (shalat), membaca bagian-bagian dari
Al-Qur'an, mendidik diri mereka sendiri dengan contoh-contoh dan
teladan yang terdapat di dalamnya, dan dengan Al-Qur'an yang dibacanya
itu mereka mengubati penyakit yang ada di dalam jiwa mereka. Ada
kalanya juga mereka duduk bersimpuh, menekuk lutut dan ujung jari-jari
kaki bersembah sujud kepada Allah. Dengan air mata bercucuran pada
kedua pipinya mereka mengagungkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha
Kuasa, mohon kepada-Nya supaya dilepaskan dari keduniaan yang
membelenggu mereka. Itulah yang mereka lakukan di malam hari.
"Di
siang hari mereka adalah para ahli hikmah yang patuh kepada Allah, para
ulama yang takwa dan takut kepada Tuhannya. Mereka tampak seperti anak
panah yang belum disepuh (lemah lunglai) sehingga engkau menduga
mereka itu orang-orang sakit atau orang-orang yang kebingungan, padahal
mereka tidak demikian. Mereka itu tercekam jiwanya merasakan kebesaran
Allah dan kehebatan kekuasaan-Nya; hati mereka tidak pernah terlepas
dari Tuhannya dan fikiran mereka pun tak pernah lengah. Apabila mereka
telah terlepas dari cekaman batinnya, mereka segera mengabdikan diri
kepada Allah dengan berbuat kebajikan sebanyak-banyaknya. Mereka tidak
puas dengan sedikit berbakti kepada Allah dan tidak meminta balasan
sebanyak-banyaknya. Mereka adalah orang-orang yang selalu menyedari
kekurangan pada dirinya dan senantiasa ingin berbuat kebajikan
sebanyak-banyaknya. Engkau dapat menyaksikan pada diri mereka
masing-masing terdapat kesedaran beragama yang kuat, terdapat kemantapan
tekad dalam sikapnya yang lembut, memiliki iman dan keyakinan yang
mantap, selalu haus ingin menambah ilmu, memahami fiqh sedalam-dalamnya,
menuntut ilmu dengan tabah dan sabar, luwes dalam usaha mencapai
tujuan. Mereka tidak membutuhkan sesuatu, tetapi hidup mempunyai tujuan.
Mereka memperindah diri dengan hidup kekurangan, dan berkasihsayang
dengan hati yang sabar. Mereka khusyu dalam beribadah, bermurah hati
kepada orang yang kesusahan, memenuhi hak orang lain, tidak serakah
dalam mencari penghidupan, menghendaki yang serba halal, giat memberikan
petunjuk dan nasihat, ketat menjaga tuntutan selera, tidak tergiur
oleh sesuatu yang tidak diketahuinya, selalu memperhitungkan apa yang
hendak diperbuatnya, tidak tergesa-gesa melakukan sesuatu, dan
sekalipun ia berbuat baik namun tetap merasa takut. Di pagi hari mereka
sibuk berdzikir dan di petang hari mereka terus menerus bersyukur. Di
malam hari mereka berhati-hati agar tidak lupa beribadah, dan di pagi
hari riang gembira atas rahmat Allah yang diperolehnya. Mereka selalu
menginginkan sesuatu yang kekal (kehidupan akhirat) dan hidup zuhud
meninggalkan hal-hal yang tidak berguna. Mereka menerapkan ilmunya dalam
amal perbuatan dan menyatukannya dengan kesabaran. Mereka rajin dan
giat serta tak kenal malas, tidak bercita-cita muluk dan dari Allah
mereka mengharap kebajikan. Mereka asyik menanti ajal dengan hati
senantiasa bersyukur kepada Tuhan, rela dengan apa yang ada pada
dirinya, sanggup menahan amarah, pantang mengganggu tetangga, mudah
urusannya, menonjol kesabarannya dan banyak dzikirnya. Mereka tidak
berbuat kebaikan kerana riya (untuk mendapat pujian orang) dan tidak
meninggalkan kebajikan kerana malu. Mereka itulah para pengikut dan
pencinta kami, ahlulbait Rasulullah s.a.w." (Mahmud Syarqawiy:
'As-Sayyidatu Zainab': 36).
Itulah sifat-sifat mulia, luhur dan
sempurna yang semestinya menghiasi diri setiap Muslim agar dapat
menjadi pencinta sejati ahlulbait Rasulullah s.a.w. Sebab, jika orang
benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w. dan ahlulbaitnya maka tidak
bisa lain ia tentu mengikuti jejak mereka dan bersuriteladan pada
keluhuran akhlak dan perangai mereka. Itulah hikmah yang terkandung di
dalam perintah Allah dan Rasul-Nya supaya setiap Muslim senantiasa
mengucapkan shalawat dan salam bagi Rasulullah s.a.w. beserta
ahlulbaitnya. Mengucapkan shalawat adalah mudah, tetapi mewujudkan
ucapan shalawat dalam kehidupan nyata memang menuntut kesedaran iman
yang setinggi-tingginya.
Bagian Keenam
NASH-NASH HADITS "AL-KISA"
Sebagaimana telah kita ketahui dari uraian pada bahagian permulaan buku
ini, Hadits 'Al-Kisa' mengandung dua pengertian pokok yang amat besar
dan penting. Yaitu: (1) Pembuktian atau dalil tentang kesucian
ahlulbait Rasulullah s.a.w.; dan (2) bahwa yang dimaksud 'ahlulbait'
ialah Imam 'Ali r.a., Siti Fatimah r.a. dan kedua orang puteranya,
Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu 'anhuma.
Nash-nash Hadits
tersebut diriwayatkan oleh berbagai sumber dan oleh banyak rawi (orang
yang menyampaikan riwayat) dengan teks yang agak berlain-lainan, tetapi
mempunyai makna yang sama. Di bawah ini kami kutipkan beberapa nash
dari Hadits 'Al-Kisa':
"Aisyah r.a. berkata: Pada suatu pagi
Rasulullah s.a.w. dengan mengenakan jubah terbuat dari bulu berwarna
hitam keluar (dari hijr), kemudian datanglah Al-Hasan, lalu ia
dimasukkan ke dalam jubah seraya berucap: "Sesungguhnya Allah hendak
menghilangkan kotoran (rijsa) dari kalian, ahlulbait dan hendak
mensucikan kalian sesuci-sucinya".
(Dari Hadits Zakariya, dari Mush'ab bin Syaibah dan dari Shafiyyah binti Syaibah. Lihat Tafsir At-Thabariy 22/5).
"Ummu Salamah r.a. berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. berada di
tempat kediamanku bersama 'Ali, Fatimah, Al-Hasan dan Al-Husein. Untuk
mereka kubuatkan khazirah (makanan terbuat dari tepung dan daging).
Setelah makan mereka tidur, kemudian oleh Rasulullah s.a.w. mereka
diselimuti dengan kisa, atau kain sutera, seraya berucap: 'Ya Allah,
mereka ahlulbaitku, hilangkanlah kotoran dari mereka dan sucikanlah
mereka sesuci-sucinya". (Dari Hadits Zaid, dari Syahr bin Hausyab. Lihat
Tafsir At-Thabariy: 22/6).
"Abu Ammar berkata: Aku duduk di rumah
Watsilah bin Al-Asqa bersama beberapa orang lain yang sedang
membicarakan soal 'Ali r.a. dan mengecamnya. Ketika mereka berdiri
(hendak meninggalkan tempat) Watsilah berkata: Duduklah, kalian hendak
kuberitahu tentang orang yang kalian kecam itu. Di saat aku sedang
berada di kediaman Rasulullah s.a.w. datanglah 'Ali, Fatimah, Hasan dan
Husein. Beliau kemudian melemparkan kisanya kepada mereka seraya
berucap: Ya Allah, mereka ahlulbait. Ya Allah, hilangkanlah kotoran
dari mereka dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya. Aku bertanya: 'Ya
Rasulullah, bagaimanakah diriku? Beliau menjawap: Dan engkau...!
Watsilah selanjutnya berkata: Demi Allah, bagiku peristiwa itu
merupakan kejadian yang sangat meyakinkan". (Dari Hadits Abu Nu'aim
Al-Fadhl bin Dakkain yang mengatakan menerima Hadits itu dari
Abdus-Salam bin Harb, dari Kaltsum Al-Muharibiy, berasal dari Abu
Ammar. Lihat Tafsir At-Thabariy: 22/6).
"Ummu Salamah r.a. berkata:
Ketika turun ayat 'Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kotoran dari
kalian, ahlulbait, dan hendak mensucikan kalian sesuci-sucinya'.
Rasulullah s.a.w. memanggil 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husein, kemudian
beliau menyelimuti mereka dengan kisa buatan Khaibar seraya berucap:
'Ya Allah, mereka ahlulbaitku. Ya Allah, hilangkan kotoran dari mereka
dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya. Ummu Salamah bertanya: 'Tidakkah
aku termasuk mereka'? Rasulullah s.a.w. menjawap: 'Engkau berada di
dalam kebajikan"?
(Dari Hadits Waki', dari Abdulhamid bin Bahram,
dari Syahr bin Hausyab, dari Fudhail bin Marzuq, dari Athiyyah, dari
Abu Sa'id Al-Khudriy, berasal dari Ummu Salamah r.a. Lihat tafsir
At-Thabariy: 22/7).
"Ummu Salamah r.a. berkata; Fatimah datang
kepada Rasulullah s.a.w. membawa sebuah kuali tembikar berisi ashidah
(sejenis makanan terbuat dari tepung) yang baru dimasaknya. Kuali yang
dialasi dengan baki itu kemudian diletakkan di hadapan beliau s.a.w.
Beliau bertanya: 'Manakah kedua anakmu?' Fatimah menjawap: 'Di rumah'.
Beliau berkata lagi: 'Panggilah mereka'. Fatimah lalu menemui 'Ali dan
berkata: 'Datanglah menghadap Nabi s.a.w. bersama dua putera anda'.
Ummu Salamah berkata lebih lanjut: 'Ketika Rasulullah s.a.w. melihat
mereka datang, beliau mengambil kisa dari tempat tidur, kemudian
dibentang, dan mereka diminta duduk di atasnya. Beliau lalu mengambil
empat ujung kain kisa digabung menjadi satu dengan tangan kiri beliau
di atas kepala mereka. Kemudian beliau mengangkat tangan kanannya
sambil berdoa: 'Ya Allah, mereka adalah ahlulbait, hilangkanlah kotoran
dari mereka dan sucikan mereka sesuci-sucinya".
(Hadits dari
Zarbayi, dari Muhammad bin Sirin, dari Abu Hurairah r.a. dan berasal
dari Ummu Salamah r.a. Lihat tafsir At-Thabariy: 22/7).
"Ummu
Salamah r.a. mengatakan, bahwa ayat 'Sesungguhnya Allah hendak
menghilangkan kotoran dari kalian, ahlulbait, dan hendak mensucikan
kalian sesuci-sucinya' turun ketika Rasulullah s.a.w. sedang berada di
rumahnya. Ummu Salamah r.a. berkata: 'Ketika itu aku duduk di dekat
pintu rumah. Kepada Rasulullah s.a.w. aku bertanya: 'Ya Rasulullah,
apakah diriku termasuk ahlulbait'? Beliau menjawap: 'Engkau memperoleh
kebajikan, engkau termasuk para isteri Nabi'. Ketika itu Rasulullah
s.a.w., 'Ali, Fatimah, Al-Hasan dan Al-Husein berada di rumahku".
(Dari Hadits Ibnu Marzuq, dari Athiyyah, dari Abu Sa'id berasal dari
isteri Nabi, Ummu Salamah r.a. Lihat tafsir At-Thabariy: 22/7).
"Abdullah bin Wahab bin Zam'ah mengatakan: Ummu Salamah r.a. memberitahu
kepadaku, bahwa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. mengumpulkan
Fatimah, Al-Hasan dan Al-Husein r.a., kemudian ketiga-tiganya
dimasukkan ke dalam jubahnya, lalu beliau berdoa mohon kepada Allah
s.w.t.: 'Merekalah ahlulbaitku...' Ummu Salamah berkata: 'Ya
Rasulullah, masukkanlah aku bersama mereka', Rasulullah s.a.w.
menjawap: 'Engkau termasuk keluargaku". (Dari Hadits Hasyim bin Utbah
bin Abi Waqqash, berasal dari Abullah bin Wahab bin Zam'ah Lihat tafsir
At-Thabraniy: 22/7 dan Tuhfatul-Ahwadziy: 9/66).
"Umar bin Abi
Salamah – anak tiri Rasulullah s.a.w. – mengatakan, bahwa ayat
'Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kotoran dari kalian,
ahlulbait, dan hendak mensucikan kalian sesuci-sucinya turun kepada
Rasulullah s.a.w. di rumah Ummu Salamah. Kemudian Rasulullah s.a.w.
memanggil Hasan, Husein dan Fatimah, lalu ketiga-tiganya diminta duduk
di depan beliau. Beliau memanggil 'Ali lalu diminta duduk di belakang
beliau. Kemudian beliau bersama mereka menyelimuti diri dengan kisa
seraya berucap: 'Ya Allah, mereka ahlulbaitku, maka hilangkanlah kotoran
dari mereka dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya'. Ummu Salamah
berkata: 'Apakah aku bersama mereka'? Rasulullah s.a.w. menjawap:
'Engkau berada di tempatmu dan engkau memperoleh kebajikan'. (Dari
Hadits Muhammad bin Sulaiman Al-Ashbahaniy, dari Yahya bin Ubaid
Al-Makky, dari Atha bin Abi Rabbah, berasal dari Umar bin Abi Salamah.
Lihat Tafsir At-Thabariy: 22/7 dan Tuhfatul-Ahwadziy: 9/66).
"Sa'ad
mengatakan: Ketika wahyu tersebut turun (yakni S. Al-Ahzab: 33)
Rasulullah s.a.w. memanggil 'Ali, dua orang puteranya dan Fatimah.
Mereka lalu dimasukkan ke dalam jubah beliau s.a.w. seraya berucap: 'Ya
Allah, Rabbi, mereka adalah keluargaku, ahlulbaitku". (Dari Hadits
Bukair bin Asma, dari Amir bin Sa'ad, berasal dari Sa'ad. Lihat Tafsir
At-Thabariy: 22/8).
"Hakim bin Sa'ad berkata: 'Ali bin Abi Thalib
r.a. memberitahu Ummu suatu peristiwa yang terjadi ketika ia berada di
rumah Ummu Salamah r.a. Ummu Salamah r.a. mengatakan: 'Di rumahku turun
ayat 'Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kotoran dari kalian,
ahlulbait, dan hendak mensucikan kalian sesuci-sucinya'. Ummu Salamah
r.a. menceritakan: 'Ketika itu Rasulullah s.a.w. datang ke rumahku,
kemudian beliau berkata: 'Jangan memberi izin masuk kepada siapa pun'!
beberapa saat kemudian datanglah Fatimah r.a. Aku tak dapat mencegahnya
bertemu dengan ayahandanya. Kemudian datang Al-Hasan, aku pun tak
dapat menghalanginya bertemu dengan bundanya dan datuknya. Lalu datang
lagi Al-Husein r.a., aku tak dapat menghalanginya juga. Mereka semuanya
termasuk 'Ali bin Abi Thalib r.a. berkumpul di sekitar Rasulullah
s.a.w. duduk di atas permaidani. Rasulullah s.a.w. lalu menyelimuti
mereka dengan kain kisa seraya berucap: 'Ya Allah, mereka ahlulbaitku,
hilangkanlah kotoran dari mereka dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya'.
Pada saat itulah turun ayat tersebut di atas. Aku bertanya: 'Ya
Rasulullah, dan aku...? Demi Allah, beliau tidak menjawap: 'Ya'. Engkau
memperoleh kebajikan". (Dari Hadits Abdullah bin Abdulquddus, dari
Al-A'masy, dari Hakim bin Sa'ad, berasal dari 'Ali bin Abi Thalib r.a.
Lihat Tafsir At-Thabariy: 22/8).
Bagian ketujuh
KISAH TENTANG TAFSIR AYAT 32 S. FATHIR
Dalam kitab 'Uyunul-Akhbar' terdapat sebuah kisah tentang tafsir ayat 32 S. Fathir yang berbunyi sebagai berikut:
"Kemudian Kitab itu 'Al-Qur'an' Kami wariskan kepada orang-orang dari hamba Kami yang telah Kami pilih".
Pada suatu hari Imam 'Ali Ar-Ridha r.a. (seorang pemimpin terkemuka
keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w.) menghadiri pertemuan yang
diselenggarakan oleh Khalifah Al-Ma'mun di Marwa. Dalam pertemuan
tersebut hadir pula sejumlah ulama dari Iraq dan Khurasan. Mereka
diminta oleh Khalifah Al-Ma'mun supaya menafsirkan ayat 32 S. Fathir
tersebut di atas. Atas permintaan Khalifah Al-Ma'mun para ulama dari
kedua daerah itu menerangkan, bahwa yang dimaksud kalimat 'orang-orang
dari hamba Kami yang telah Kami sucikan' ialah ummat Islam seluruhnya.
Imam Ar-Ridha tidak sependapat dengan para ulama yang hadir, kemudian
menguraikan tafsir ayat suci tersebut seperti di bawah ini:
"Yang
dimaksud dengan kalimat tersebut...", demikian kata Imam Ar-Ridha,
'...ialah 'Al-Itrah At-Thahirah' ('Keturunan suci Rasulullah s.a.w.').
Sebab, kalau yang dimaksud kalimat tersebut 'seluruh ummat Islam' tentu
semuanya akan menjadi penghuni syurga, padahal Allah telah berfirman
lebih lanjut dalam ayat tersebut:
"Di antara mereka itu ada yang
berlaku dzalim terhadap dirinya sendiri, ada yang sedang-sedang saja
(muqtashid) dan ada pula yang lebih mendahului berbuat kebajikan seizin
Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar".
Dalam ayat berikutnya Allah berfirman:
"Bagi mereka disediakan 'syurga Adn', mereka akan memasukinya dan di dalamnya mereka akan dihiasi dengan gelang-gelang emas..."
Jadi, yang mewarisi Kitab suci ialah Al-'Itrah At-Thahirah 'keluarga
suci keturunan Rasulullah s.a.w.', bukan orang-orang selain mereka.
Merekalah yang dimaksud oleh ayat:
"Sesungguhnya Allah hendak
menghilangkan kotoran dari kalian, ahlulbait, dan hendak mensucikan
kalian sesuci-sucinya", dan mereka itu jugalah yang dimaksud oleh
Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya:
"Kutinggalkan kepada kalian dua
bekal: Kitabullah dan itrahku, ahlulbaitku. Kedua-duanya tidak akan
berpisah hingga kembali kepadaku di haudh (syurga). Maka perhatikanlah
bagaimana kalian akan meneruskan kepemimpinanku mengenai dua hal itu".
Lebih jauh Imam Ar-Ridha menjelaskan:
"Mereka diharamkan menerima shadaqah (atau zakat), padahal orang-orang
selain mereka tidak diharamkan. Kalian tentu telah mengetahui bahwa
baik hak waris maupun kesucian berada di tangan orang-orang pilihan
yang hidup di atas hidayat Ilahi, bukan di tangan orang-orang lainnya.
Allah s.w.t. juga telah berfirman:
"...Sesungguhnya Kami telah
mengutus Nuh dan Ibrahim, kemudian kepada keturunan dua orang Nabi itu
kami berikan kenabian dan Kitab suci. Namun di antara mereka itu ada
yang mengikuti hidayat dan banyak pula yang fasik". – S. Al-Hadid: 26.
Jadi jelaslah, bahawa warisan atas kenabian dan Kitab suci, diberikan
Allah kepada orang-orang yang memperoleh hidayat, bukan kepada
orang-orang fasik. Selain itu Allah juga telah menganugerahkan kelebihan
dan keutamaan kepada keluarga suci jauh lebih banyak daripada yang
dianugerahkan kepada orang lain. Allah berfirman:
"...Allah telah
memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran melebihi semua
ummat dalam zamannya masing-masing, yaitu suatu keturunan yang
sebagiannya berasal dari sebagian yang lain. Allah Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui" – S. Aali Imran: 34.
"Apakah mereka itu dengki
kepada orang-orang itu kerana kurnia yang telah diberikan Allah
kepadanya? Sungguhlah bahwa Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah
kepada keluarga Ibrahim dan kepadanya telah Kami berikan kerajaan yang
besar" (yakni kenabian turun temurun). (S. An-Nisa: 54)
Kemudian kepada seluruh kaum beriman Allah s.w.t. berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan Ulil Amri dari kalian". – S. An-Nisa: 59.
Yakni orang-orang yang hidup dikurniai hikmah kenabian dan Kitab suci,
yaitu orang-orang yang menjadi sasaran kedengkian dan irihati mereka
yang tidak beriman.
Mengenai keturunan suci mereka (Al-Itrah At-Thahirah), Allah s.w.t. telah menjelaskan pengertiannya melalui firman-Nya:
"Dan berilah peringatan kepada kaum kerabatmu (hai Muhammad) yang terdekat". – S. Asy-Syu'ara: 214.
"Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kotoran dari kalian,
ahlulbait, dan hendak mensucikan kalian sesuci-sucinya". – S. Al-Ahzab:
33.
"Barangsiapa yang membantahmu 'hai Muhammad' tentang kisah Isa
setelah datang pengetahuan 'yang meyakinkan kepadmu', maka katakanlah
kepada mereka: 'Marilah kita panggil (kumpulkan) anak-anak kami dan
anak-anak kalian, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kalian,
diri-diri kami dan diri-diri kalian; kemudian marilah kita bermubahalah
kepada Allah mohon supaya menimpakan laknat-Nya kepada orang-orang
yang berdusta". (S. Aali Imran: 61).
Kemudian Rasulullah s.a.w.
menampilkan 'Ali, Fatimah, Al-Hasan dam Al-Husein radhiyallahu 'anhum.
Dengan demikian Rasulullah s.a.w. mengertikan kalimat 'diri-diri kami'
dengan 'Ali r.a. Hal itu dipertegas lagi oleh sabda beliau ketika itu:
"Hendaknya Bani Wali'ah kaum Nasrani dan Najran mahu berhenti; jika
tidak, maka akan kuutus kepada mereka seorang yang seperti diriku".
Yang dimaksud dengan 'seorang seperti diriku' ialah 'Ali bin Abi Thalib
r.a. Itulah keistimewaan khusus yang tidak ada pada orang lain mana pun
juga.
1. Perintah Rasulullah s.a.w. kepada para penghuni rumah
dalam lingkungan masjid nabawiy supaya berpindah tempat tinggal,
kecuali keluarga suci (Imam 'Ali r.a. dan keluarganya), sehingga banyak
orang bertanya, termasuk 'Abbas paman Nabi: 'Ya Rasulullah, kenapa
anda membiarkan 'Ali tinggal di tempat itu, sedangkan kami anda
keluarkan'? Beliau menjawap: 'Aku tidak membiarkan dia dan mengeluarkan
kalian, tetapi Allah-lah yang membiarkan dia dan mengeluarkan kalian'
Mengenai hal itu terdapat keterangan yang jelas, yaitu pertanyaan Rasulullah s.a.w. kepada 'Ali bin Abi Thalib r.a.:
"Kedudukanmu di sisiku sama dengan kedudukan Harun di sisi Musa, tetapi tidak ada Nabi lagi sesudahku'.
Firman Allah s.w.t. kepada Musa a.s. sejalan dengan pertanyaan Rasulullah s.a.w. kepada 'Ali r.a., yaitu firman-Nya:
"Dan telah Kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya: 'Hendaklah kalian
berdua mengambil beberapa rumah di Mesir untuk tempat tinggal kaummu,
dan jadikanlah rumah-rumah kalian itu tempat beribadah". (S. Yunus: 87).
Dalam ayat-ayat tersebut di atas tampak jelas kedudukan Harun di sisi
Musa dan kedudukan 'Ali bin Abi Thalib r.a. di sisi Muhammad Rasulullah
s.a.w. Bersamaan dengan itu beliau s.a.w. sendiri telah menegaskan:
"Masjid ini – yakni yang boleh bertempat tinggal di lingkungan masjid
nabawiy – tidak halal kecuali bagi Muhammad dan ahlulbaitnya".
2. Allah telah berfirman:
"Dan berikanlah kepada kaum kerabat hak mereka". (S. Al-Isra: 26).
Ayat tersebut merupakan kekhususan bagi ahlulbait Rasulullah s.a.w.
Ketika ayat tersebut turun, Rasulullah s.a.w. berkata kepada puterinya,
Fatimah r.a.:
"Itulah sebidang tanah di Fadak, yang tidak tergarap
baik dengan menggunakan tenaga unta ataupun kuda. Tanah itu khusus
bagiku, bukan untuk kaum Muslimin. Atas perintah Allah tahah itu
kuberikan kepadamu, maka ambillah untukmu dan anak-anakmu".
Allah telah berfirman:
"Katakanlah (hai Muhammad); 'Aku tidak minta upah apa pun kepada kalian
atas (da'wah Risalah) itu selain agar kalian berkasihsayang dalam
kekeluargaan". (S. Asy-Syura: 23).
Ayat tersebut juga khusus bagi
ahlulbait Rasulullah s.a.w., bukan bagi orang lain. Berkasihsayang
dengan ahlulbait beliau s.a.w. adalah kewajipan yang ditetapkan Allah
s.w.t. bagi segenap kaum Mu'minin. Setiap orang beriman yang
berkasihsayang dengan ahlulbait Rasulullah s.a.w. dengan setulus hati
ia akan dimasukkan ke dalam syurga. Mengenai itu Allah telah berfirman:
"Dan mereka yang beriman serta berbuat kebajikan akan berada di dalam
taman-taman syurga. Di sisi Tuhan mereka akan memperoleh apa yang mereka
ingini. Yang demikian itu adalah kurnia amat besar. Dengan kurnia
itulah Allah menggembirakan para hamba-Nya yang beriman dan berbuat
kebajikan. Katakanlah (hai Muhammad) 'Aku tidak minta upah apa pun
kepada kalian atas (da'wah Risalah yang kusampaikan) itu selain agar
kalian berkasihsayang di dalam kekeluargaan". (S. Asy-Syura: 22-23).
Ayat tersebut memberi penafsiran yang jelas, akan tetapi banyak orang yang tidak memenuhi permintaan beliau itu.
Abulhasan meriwayatkan sebuah Hadits yang didengar dari para
orangtuanya dan berasal dari Amirul Mu'minin Imam 'Ali bin Abi Thalib
r.a.; bahwasanya pada suatu hari sejumlah Muhajirin dan kaum Anshar
bersepakat datang menghadap Rasulullah s.a.w. Dalam pertemuan dengan
beliau itu mereka berkata: 'Ya Rasulullah, anda tentu memerlukan harta
dan barang-barang untuk nafkah penghidupan anda sendiri dan untuk
menjamu para utusan dari berbagai daerah yang datang menghadap anda.
Ambillah harta dan kekayaan kami dan pergunakanlah menurut kamahuan
anda atau simpanlah jika anda hendak menyimpannya'. Pada saat itu
turunlah malaikat Jibril, lalu berkata kepada Rasulullah s.a.w.: 'Hai
Muhammad, katakanlah: Aku tidak minta upah apa pun kepada kalian atas
(da'wah Risalah yang kusampaikan) itu selain agar kalian berkasihsayang
dalam kekeluargaan'. Beberapa orang munafik yang ada di dalam
rombongan mereka itu berkata di antara mereka sendiri: 'Yang membuat
Rasulullah tidak mahu menerima tawaran kami itu ialah kerana ia hendak
mendesak kami supaya mencintai kaum kerabatnya setelah ia wafat. Itu
adalah kebohongan yang sengaja dibuat-buat dalam pertemuan. Itu suatu
kedustaan yang besar sekali'! Atas celotehan kaum munafik itu turunlah
wahyu Ilahi:
"Bahkan mereka mengatakan: 'Dia (Muhammad) telah
mengada-adakan kedustaan terhadap Allah!' Jika Allah menghendaki
nescaya Dia mengunci-mati hatimu. Allah (berkuasa) menghapuskan yang
batil dan membenarkan yang haq dengan kalimat-kalimat-Nya (Al-Qur'an).
Sungguhlah, bahawa Allah Maha Mengetahui segala yang tersembunyi di
dalam dada (hati)". (S. Asy-Syura: 24).
Setelah menerima wahyu
tersebut Rasulullah s.a.w. mengutus seorang sahabat untuk menanyakan:
Apakah benar ada orang yang berkata seperti itu?
Di antara
rombongan yang pernah datang menghadap Rasulullah s.a.w. itu menjawap:
Ada beberapa orang di antara kami yang berkata sekasar itu, dan kami
sendiri sangat tidak menyukainya.
Utusan Rasulullah s.a.w. itu
kemudian membacakan ayat tersebut di atas kepada mereka. Mereka
menangis, kemudian turunlah firman Allah kepada Rasul-Nya:
"...Dialah Allah yang berkenan menerima taubat dari hamba-hamba-Nya,
memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kalian perbuat".
(S. Asy-Syura: 25).
Demikian pula mengenai ketaatan, Allah telah berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan ulil-amri dari kalian". (S. An-Nisa: 58).
"Sesungguhnya penolong kalian hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang
yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat seraya
tunduk kepada Allah". (S. Al-Ma'idah: 55).
Jelaslah, bahwa ketaatan
kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w. sekaitan dengan ketaatan kepada
beliau s.a.w. dan kepada Allah; dan kepemimpinan mereka pun sekaitan
dengan kepemimpinan beliau s.a.w. dan dengan kepemimpinan Allah s.w.t.
Demikian pula hak mereka untuk menerima bagian (4% = Khumusul-khumus)
dari ghanimah dan jarahan perang sekaitan dengan hak beliau s.a.w.
untuk menerima bagian itu. Di luar itu Allah s.w.t. mengharamkan
Rasulullah dan para ahlulbaitnya menerima shadaqah atau zakat. Mengenai
hal itu Allah telah berfirman:
"Sesungguhnyalah, bahwa shadaqah
(atau zakat) hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin,
orang-orang yang bekerja mengurus shadaqah (zakat), kaum muallaf (yang
masih perlu dimantapkan (hatinya), untuk (memerdekakan) budak, untuk
menolong orang-orang yang kehabisan bekal dalam perjalanan jauh.
(Semuanya itu) merupakan ketetapan yang diwajibkan Allah". (S.
At-Taubah: 60).
3. Sebagaimana telah kita ketahui, bahwa dalam Al-Qur'anul-Karim Allah s.w.t. telah berfirman:
"Dan perintahkanlah keluargamu supaya menegakkan shalat dan hendaknya engkau bersabar dalam mengerjakannya". (S. Tha Haa: 132).
Sebagai pelaksanaan perintah Allah itu Rasulullah s.a.w. sejak turunnya
ayat tersebut, tiap hari selama sembilan bulan selalu singgah ke pintu
rumah 'Ali dan Fatimah radhiyallahu 'anhuma pada saat-saat beliau
hendak menunaikan shalat fardhu di masjid beliau lima kali sehari. Dari
pintu rumah puterinya itu beliau selalu mengingatkan: 'As-Shalatu,
yarhamukumullah!' ('Shalat ...semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada
kalian'). Bila mendengar itu Abul-Hasan (Imam 'Ali r.a.) selalu
berucap: 'Al-hamdu lillah yang mengkhususkan kemuliaan besar kepada
kami"!
Demikianlah uraian Imam Ar-Ridha r.a. dalam menjelaskan
dalil-dalil dan hujjah-hujjah mengenai makna ayat 32 S. Fathir, yang
berbunyi:
"Kemudian Kitab itu (Al-Qur'an) Kami wariskan kepada orang-orang dari hamba Kami yang telah kami pilih".
Dalam mengakhiri pertemuannya dengan para ulama itu Khalifah Al-Ma'mun
berkata kepada Imam 'Ali Ar-Ridha r.a.: 'Semoga Allah membalas kalian,
ahlulbait, dengan kebajikan sebesar-besarnya dari ummat ini!'
PENUTUP
Dari ayat-ayat suci Al-Qur'anul-Karim, dari Hadits-hadits Rasulullah
s.a.w. yang diriwayatkan oleh para sahabat beliau, dan dari pendapat
para Imamul-Mujtahidin serta para ulama; yang telah kami paparkan dalam
buku ini, semuanya merupakan dalil-dalil syar'iy yang mendasar dan kuat
tentang kewajipan setiap orang beriman mencintai dan menghormati
ahlulbait Rasulullah s.a.w. beserta semua keturunan mereka, semata-mata
demi kerana Allah dan Rasul-Nya.
Dari semua uraian yang terdapat di
dalam buku ini pembaca dapat memperoleh pokok-pokok pengertian yang
melandasi kewajipan mencintai dan menghormati ahlulbait Rasulullah
s.a.w. dan keturunannya. Pokok-pokok pengertian itu ringkasnya sebagai
berikut:
1. Rasulullah s.a.w. dan ahlulbaitnya berhak memperoleh ketaatan dan penghormatan dari ummatnya.
2. Rasulullah s.a.w. adalah pangkal kemuliaan dan kesucian ahlulbaitnya.
3. Beliau adalah wali bagi semua ahlulbait dan keturunannya.
4. Beliau s.a.w. adalah ayah (sesepuh) mereka.
5. Ummat Islam wajib mendahulukan mereka.
6. Ummat Islam harus mahu menimba ilmu dari mereka.
7. Apa yang membuat mereka tidak senang, membuat Rasulullah tidak senang.
8. Apa yang melegakan mereka melegakan Rasulullah s.a.w.
9. Hubungan nasab mereka dengan beliau s.a.w. tidak terputus pada hari kiamat.
10. Hubungan mereka dengan Rasulullah s.a.w. sebagai wasilah tidak terputus pada hari kiamat.
11. Hubungan kekerabatan dan kefamilian (mushaharah) antara mereka dengan Rasulullah s.a.w. tidak terputus pada hari kiamat.
12. Iman
belum benar-benar masuk ke dalam hati seseorang hamba Allah sebelum ia
mencintai ahlulbait demi kerana Allah dan kerana kekerabatan mereka
dengan Rasulullah s.a.w.
13. Barangsiapa
yang menghormati dan berbuat baik terhadap mereka, pada hari kiamat
kelak ia akan memperoleh balasan baik dari Rasulullah s.a.w.
14. Setiap orang beriman wajib mencintai mereka atas dasar kecintaannya kepada Rasulullah s.a.w.
15. Orang terbaik di kalangan ummat Islam ialah yang paling besar kecintaan dan penghormatannya kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w.
16. Seseorang
di kalangan ummat Islam tidak akan memperoleh kebajikan di dunia dan
di akhirat, kecuali jika ia mencintai mereka demi kecintaannya kepada
Allah dan Rasul-Nya.
17. Seyogyanya
orang lebih menyukai hubungan persaudaraan dengan mereka daripada
hubungan persaudaraannya dengan kaum kerabatnya sendiri.
18. Setiap Muslim wajib menyedari bahwa ahlulbait Rasulullah s.a.w. mempunyai hak yang amat besar atas dirinya.
19. Setiap Muslim wajib menghormati dan menjaga keselamatan mereka.
20. Barangsiapa
mengganggu mereka bererti mengganggu Rasulullah s.a.w., dan orang yang
mengganggu beliau s.a.w. bererti mengganggu Allah s.w.t.
21. Seorang
Mu'min belum benar-benar beriman selagi ia belum mencintai Rasulullah
s.a.w., dan ia belum mencintai Rasulullah s.a.w. selama belum mencintai
ahlulbait beliau.
22. Mereka senantiasa bersama-sama dengan Al-Qur'an hingga saat mereka masuk syurga.
23. Orang yang memperoleh hidayat Ilahi ialah yang berpegang teguh pada Al-Qur'an dan ahlulbait Rasulullah s.a.w.
24. Orang yang tidak berpegang pada Al-Qur'an dan ahlulbait Rasulullah s.a.w. adalah sesat.
25. Rasulullah
s.a.w. telah mengingatkan kita akan kewajipan kita terhadap Allah
s.w.t. mengenai keharusan kita mencintai ahlulbait beliau s.a.w. dan
mengenai keharusan kita menghormati mereka. Rasulullah s.a.w. mengaitkan
kehormatan mereka dengan kehormatan beliau sendiri dan kehormatan
agama Islam.
26. Barangsiapa
mengindahkan kehormatan Rasulullah s.a.w. dan ahlulbaitnya, Allah
s.w.t. akan memelihara keselamatan agama dan keduniaannya.
27. Barangsiapa
yang tidak mengindahkan kehormatan Rasulullah s.a.w. dan kehormatan
ahlulbait beliau, Allah s.w.t. tidak akan memelihara keselamatan agama
dan keduniaannya.
28. Rasulullah s.a.w. telah mewasiatkan kepada kita supaya kita menyampaikan segala hal yang baik kepada ahlulbait beliau.
29. Rasulullah
s.a.w. pada hari kiamat akan menggugat setiap orang yang mengurangi
hak ahlulbait beliau, dan barangsiapa yang pada hari kiamat akan
digugat oleh beliau s.a.w. ia akan masuk neraka.
30. Ahlulbait
Rasulullah s.a.w. adalah hablullah (tali Allah) yang kita diperintah
supaya teguh berpegang padanya, sebagaimana firman Allah: "Hendaklah
kalian semuanya berpegang teguh pada tali Allah". (S. Aali Imran: 103).
31. Kita
harus mengerti, bahwa ahlulbait Rasulullah s.a.w. adalah orang-orang
yang menjadi sasaran irihati kerana mereka memperoleh limpahan kurnia
Allah s.w.t.
32. Seorang
hamba Allah belum benar-benar beriman selagi kecintaannya kepada
ahlulbait Rasulullah s.a.w. belum melebihi kecintaannya kepada dirinya
sendiri dan keluarganya.
33. Persahabatan
setia dengan ahlulbait adalah hidayat yang dinyatakan Allah dalam
firman-Nya: "Aku adalah Maha Pengampun bagi siapa yang bertaubat,
beriman dan berbuat kebajikan". (S. Thaa Haa: 82).
34. Allah s.w.t. sangat murka terhadap orang yang mengganggu ahlulbait Rasulullah s.a.w.
35. Barangsiapa
mencintai dan menghormati mereka, Allah akan memanjangkan usianya dan
melestarikan kurnia nikmat yang dilimpahkan kepadanya.
36. Barangsiapa
yang membenci dan menghina mereka, Allah akan memendekkan usianya dan
akan mencabut nikmat yang diberikan kepadanya, dan pada hari kiamat ia
akan dibangkitkan dalam keadaan bermuka hitam.
37. Manusia
akan selalu mengikuti mereka dalam kebajikan mahupun dalam keburukan.
Dengan kebaikan mereka manusia akan menjadi baik dan dengan kerosakan
mereka manusia akan menjadi rosak.
Mengingat kesemuanya itu, sebagai
penutup tulisan kami dalam buku ini, kami berseru agar kaum Muslimin
tidak enggan membantu kesukaran para keturunan ahlulbait Rasulullah
s.a.w., mahu belajar kepada mereka yang berilmu dan mengajar mereka
yang kurang mendalam ilmunya. Kebaikan dan kesentosaan kaum Muslimin
banyak kaitannya dengan kebaikan dan kesentosaan mereka. Mereka adalah
bahtera keselamatan bagi kaum Muslimin, tak ubahnya dengan
bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk jalan dalam perjalanan
gelap di tengah samudera.
Beruntunglah orang-orang yang memelihara
hubungan baik dengan ahlulbait, kaum kerabat Rasulullah s.a.w. dan
keturunan mereka. Bahagialah orang-orang yang dengan syafaat Rasulullah
s.a.w. akan memperoleh kebahagiaan hidup kekal di akhirat. Alangkah
nikmatnya orang-orang yang dengan keridhoan Allah dan Rasul-Nya
memperoleh kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Allaahumma
shalli 'alaa sayyidinaa Muhammad wa 'alaa aali sayyidina Muhammad, wa
sallim wardha 'an shahabat Rasullillahi ajma'in.
Amiin.
16 Rajab 1406
27 Maret 1986